Pagi-pagi buta sebelum lalat bangun lagi kite dah bangun dan siap-siap. 3.30 pagi udah kena turun. Maka demi menghormati member sebilik yang tengah tidur... kitorang bersiaplah senyap-senyap dan dalam cahaya malap-malap sebab takut ganggu orang tidur...
Turun ke lobby tengok Decky sudah ada. Uish mamat ni... punctual betul! Kita pulak yang terlambat sikit... tapi sempat jugak sampai ke Bukit Setumbu tu on time. Elok-elok azan Subuh sampai lah kitorang.
Diberitakan kitorang akan mendaki lebih kurang 300 meter hingga ke puncak. Masa dengar tu GB dah rasa darah takde kat muka dah. Tinggi tuh! Sambil terimbau peristiwa hampir tewas (kononnnn) masa mendaki Bukit Terasek kat Taman Negara dulu. Memang nyaris patah balik. Sorang pun sorang lahhh. Dan dulu cuma kurang 300 meter je pun dah rasa gitu. Dan kali ini??
#mukabiru
Kali ini GB panjat ja. Trek bagus. Tak licin. Ada tali dan railing kayu dan buluh untuk berpaut. Dan ada orang buat maintenance pagi-pagi gitu ok!! I mean... sapu daun... buang daun... kira ok la tu kan?
GB rasa bila cecah 100 meter je GB dah cungap. Dah slow. Tengok CPL lajuu ja ke atas. Tengok belakang.... eh... mana DrSinga dan Anash?? Laaa...
Rupanya GB laju jugak manjat sebab ngikut rentak dakCPL tuhh. Hahaha!!!
Pastu teruskan. Lagi dan lagi. Sempit dah rasa paru-paru GB nih. Bila bernafas rasanya orang belakang akan kompius... bunyi nafas tenuk atau maknusia?? Tetibe nampak CPL kat depan. Rupanya dah sampai. Eh... siyes dah sampai??? Tak rasa macam 300 meter pun!! #dandannnn....
*
View yang worth the penatlelahnafasbunyitenuk bagai nih. Indah. Subhanallah. Rasa bagai mahu duduk sahaja situ dan tatap. Dan berharap agar waktu terhenti. Tapi... ada tripod yang mahu dipasang dan memori yang mahu dirakam. Jadi... moh le kita!
5.04 am. Dari kejauhan nampak cahaya lampu. Mungkin dari kampung-kampung. |
![]() |
5.32. We-olsie sikit! |
![]() |
5.33. We-olsie lagi! |
5.40 am. Orang semakin ramai. Dan kebanyakannya pelancong |
![]() |
5.40. Skodeng sikit! |
6.05. Matahari mula meninggi di celah kepulan awan yang mendung |
![]() |
6.10 am |
6.11am. It's magical moment bila kabus mula menghilang, dan cahaya mula menerang, sehingga puncak Borobodur muncul terjulang |
Puncak Borobodur. Closed up. |
6.13am |
Time to go back. Macam yang GB cakap. Kita ada hari yang paaanjaaaanggg!
Bila kita tahu kita ada kekangan waktu...kita hampir pasti akan lakukan apa sahaja yang mungkin tak akan kita buat sewaktu berada di waktu selesa. Memanjat bukit di Jogja ini adalah salah satunya. Dan ia adalah indikasi kepada sesuatu: bahawa dengan kemahuan yang kuat, apa sahaja adalah tidak mustahil.
Monolog lagi...
Ok next entri.... kita ke Borobodur. Next entri eh! Next entriii!!!
sonoknyeee.. dah lame tak buat aktiviti panjat2 nih.. kalau buat mau sempot rasenye.. hehhehe..
ReplyDeleteRasa2 kan lah.. mesti kepenatan tu hilang sebab dapat layan view yg teramat2 cantik :D
ReplyDeletekalau rasa nak jadik hajjah [ hahahaaaaa]
ReplyDeletekita boleh pergi Puncak Suroloyo pulak..
sila gugel
jom lah... hajah pon hajah lah...!!!!
ReplyDeletecantek nye gambo2 awok ... gambo kite tak semenggah ko... huhuhuuu...