Sebab...
1. Kat sana selain dari bahasa standard, GB juga ada berkomunikasi dengan geng dalam slang Kedah, especially bila cakap kat dalam kereta dan tak mahu perbualan itu difahami oleh Decky. Siyes dia tak faham langsung bila kita cakap slang Kedah. Heheh.
2. Dan disebabkan tu kita rasa best pulak nak jawab 'Asal dari Kokdiang' bila orang sana tanya asal kita dari mana.
3. Masa makan kat Balai Kambang.. tetibe satu keluarga turun dari kereta dan nampak buah mangga yang tergantung di dahan dan berkata... 'tudiaaaa....besaqnya pelam!!!'
***
Decky tanya kalau ke Malaysia kuih apa yang cocok dimakan dan local? Kitorang cakap... cekodok! Terbahak-bahak dia gelak sebab kelakar kot. Sejak hari tu dia dok sebut la "cekodot...cekodot...!". Sebut pun salah. Hahahah.
***
Masa Lilik ikut sekali ke Dieng... ada satu line lawak ni yang dia selalu sebut... selalunya kalau 'terkena' dengan kitorang la..
'Waduhhh... terkena lagi aku. Sedap banget... macam makan ubi, tapi kecekik (tercekik!)'
***
Kat sana rata-ratanya kereta Toyota banyak berada atas jalan raya. Sedikit Honda dan kereta lain. Tetapi tidak Proton.
Tetibe masa on the way ke pantai-pantai, GB nampak sebijik Proton Savvy. Akhirnya nampak jugak Proton kat sini. Tapi... kete tu tengah stranded tepi jalan la pulak sebab rosak!
Masa kat entrance Borobudur... GB tercicirkan lip balm. Fuh... seksa... seharian hari tu dan esoknya GB menggelisah sebab bibir rasa pedih kesan sunburn. Kulit pun pedih. Salah sendiri la. Sape suruh tak apply sunblock secukup rasa kan?
Nasib baik CPL pinjamkan lipbalm dia.. hihihi
***
Kat Bandara Adi Sucipto (ariport Jogja), GB tersumbat (sengaja sebenarnya) botol sarsi yang belum dibuka tu dalam beg, so bila lalu kat scanner tu dah tentu lah disuruh bukak. Disuruh buang atau habiskan airnya. SO kat sini kitorang pun berganti-ganti passing botol la sebab nak habiskan air tuhhh. Dah macam orang mabuk. Mabuk sarsi!
Saja kan... tak sah kalau takde drama-drama!
***
Kat Jogja GB cuma beli sehelai shawl, se bouquet bunga abadi, dan sebotol sarsi sebagai souvenirs untuk diri sendiri. Total cost ole ole untuk diri sendiri cuma RM15 saja.
![]() |
Nindiaaaa shawl yang GB beli kat sana! |
***
Edu Hostel
Dorm kitorang ada 6 katil. So pandai-pandailah ye. Room mates yang lagi 2 tu; sorang asal Holland, Anniek namanya. Dan sorang lagi asal dari Kanada.
During a conversation with Anniek, dia tanya... "Adakah Muslim memang kena solat selepas bangun tidur dan sebelum tidur?"
GB just jawab yes. Dan tambahan, kita ada 5 kali waktu solat. Wajib. Dan ia langsung tidak mengganggu sebarang aktiviti, walaupun ketika melancong ataupun walau dengan siapa atau di mana kita berada. Dan kita kena pastikan ibadat kita itu tidak mengganggu orang lain. Dia faham dan hormat.
Dan GB juga terangkan, orang Islam juga perlu hormat jika orang lain mahu amalkan agama mereka.
Anneik adalah seorang free thinker namun dia mahu mengambil tahu. Bercakap tentang agama dengan seseorang yang sangat asing dengan agama kita (kerana dia yang tanya) adalah agak mengujakan.
Tak sempat pulak nak we-olsie dengan Anniek.
Lobby |
Checking in |
Lift door |
Katil double decker. Tinggi macam almari. Gambar dari Anash. Abaikan watermark sebab dah penat nak ngedit asing-asing. Heheh~ |
Shower ada dua. Pandai-pandai lah ye bila duduk sharing macam ni... Gambar dari Anash. Abaikan watermark sebab dah penat nak ngedit asing-asing. Heheh~ |
Locker masing-masing siap dengan power point di dalam setiap satunya.. Gambar dari Anash. Abaikan watermark sebab dah penat nak ngedit asing-asing. Heheh~ |
![]() |
Ada mezzanine floor dekat common area. Kat sini boleh la nak tengok tv ke... wifi kei... |
![]() |
Breakfast ada kat rooftop bermula pukul 6.30 pagi |
Selalu boleh nampak ini. |
Dan ini dan lebih lagi! |
![]() |
Dan boleh buat begini |
![]() |
Dan juga begini. Ahaha!! |
![]() |
Makanan ringan yang dijual masa on the way keluar dari Prambanan. Sale pisang tu adalah feveret GB. Sedap!!! |
![]() |
Yang panjang-panjang tu kerepek belut. Sedap je GB dengan DrSinga makan! |
![]() |
GB order ni. Nak try teh telur.. Lapisan atas itulah namanya telur. Perah limau,, kacau, dan minum. Sedap! |
![]() |
Belalang goreng pedas. Yang ini GB tak try. |
![]() |
Air kelapa. Dihidangkan sekali dengan air gula melaka buat pemanis. |
GB nak taruk gambar random yang belum GB taruk dalam entries sebelum ni.
Sekian....