Bersedia untuk bernafas dalam environment berbau kentut telur!
*
Inilah Dieng. Yang dipercayai sebuah dataran tinggi gunung berapi gergasi yang masih aktif. Dan di Kawah Sikidang ini kita saksikan salah satu bukti keaktifan aktiviti volkanik di Dieng ni. Kidang itu bermaksud rusa. Nak tahu fakta lebih beserta sejarahnya sekali? Ke blog
DrSinga jom!
Turun je kereta... mai dahhh orang ramai-ramai nak jual face mask. Nak bagi tutup muka sebab udara bau kentut. Tapi kitorang tak beli. Tahan je. Alaaa.... bau sulfur je pun. Sulfur dan wapnya adalah bagus untuk kesihatan kulit, maka mengapa perlu ditutupin muka itu...??? #tetibe
Dari parking area ke kawahnya kene jalan jauh juga. Dalam 200-300 meter jugak. Tapi sebab ada banyakkk gerai jual macam-macam, maka tak terasa sangat la jauhnya. Tapi masa memanjat tu semput jugak GB. Sebab, 1; Udara sejuk, maka paru-paru rasa sempit. 2; Wap panas sulfur bau kentut telur tu berebut-rebut masuk hidung kite. Tapi berjaya jugak sampai ke atas. Yeahhh!!!
 |
Nampak wap panas kat atas kanan tu? Itu lah puncanya bau kentut tuh! Dari sini nampak ada orang naik kuda dan gerai jual ketulan sulfur |
 |
Sulfur juga dikenali sebagai belerang. Bagus untuk penyakit kulit. Malah boleh hilangkan tatu permanent tanpa rasa sakit? Betul ka?? |
 |
Ketulan sulfur. Gini haa rupa dia... |
 |
Sagat-sagat ni pastu letak kat jerawat. GB tak penah buat tapiiii....hihihihi...!! |
 |
Itu kuda. Dan orang. Nak naik? Bolehhhhh...!!! Tapi kene bayar lah! |
 |
Panjat jangan tak panjat! |
 |
Sampai dah. Berpagar. Sebab takut jatuh masuk dalam tu. Kalau berani boleh ceroboh dan pegi dekat sikit. Sini punya bau dah hebat!!! |
 |
Anash-shangat! |
 |
Apa yang CPL tembak? Itulah solfatara. Hembusan wap panas dengan suhu sekitar 40 darjah celcius. |
 |
CPL tengah mentripodkan batu itu! Untuk aksi aksi cover album Ukays yang boleh dijengah kat blog DrSinga. CPL belum hapdet lagi foto cover album kitorang rasanya. Dannnn...nampak tak orang yang tengah terbongkok kat atas bukit tu? Apa dia buat?? |
 |
Zoom sikit. |
 |
Tengah melombong sulfur rupanya... untuk dijual di gerai... |
 |
Dan mamat tuh tengah bergembira dengan kudakularigagahberraniiii!!! |
 |
Time ni angin bawak wak ke sana. Nampak view sikit. Kalau angin ke sini memang putihhhh je laaa.... tak nampak apa dah... |
 |
Lihat jauh nun di sana.... nampak tak betapa jauh kitorang memanjat...??? |
 |
Owh. Ini dia rupanya Kawah Sikidang. Bau hebat. Suhu juga boleh tahan. Panas dalam dingin. Dan air kat dalam tu menggelegak bak mendidih! |
 |
Nampak tak wap yang di kejauhan belah kiri tuh? Itu adalah stesen janakuasa elektrik. Hebat kan? Diorang gunakan wap panas dari aktiviti volkanik ini untuk memutarkan turbin! |
 |
Nak amik gambo lumpur panas yang menggelegak tuh...! |
 |
Yeah dapat!! Punya la payah....!! Sebab angin la dok bawak wap ke arah kite je...!!! |
 |
Ok dah puas hati dapat gambo gelembung lumpur. Rest jap. Ok... kalau nak tau... batu tu panas-panas rasa dia. |
 |
Di sana sini boleh nampak wap macam ni keluar dari celah-celah batu. |
 |
Masa dah time kot? Jom turun! |
 |
Isi perut jap. Kitorang order kentang goreng. Dan kakak yang menjeling tu GB suka tengok muka dia. Cantik! |
 |
Bila diambil gambar katanya... 'Gak usah bukk...jelek!' |
 |
Tapi GB degil. Nak jugak amik gambo dia. Kak Anash pancing dia nak bergambar bersama. (Gambo dengan kak Anash tertinggal pulak lupa nak taruk sini). Mata hazel ok!! Agaknya sebab hari-hari dok kene wap sulfur...tu yang cantik kot! |
 |
Anak kecilnya. |
 |
Comel kan?? |
 |
Ok dah. Jom mengkentang! Ini perasa cili manis. |
 |
Dan ini perasa jagung. Kentang sini wajib makan! Sedappppp!!!! |
 |
Bunga abadi. Sebenarnya GB baru tau pasal bunga ni kat sini lah, dari DrSinga. Dia eksaited sangat pasal bunga nih!
|
 |
Cuba teka jari siapa?? |
 |
Makcik ni pun cantik! |
 |
Macam buah markisa. Passion fruits. Tapi entahlah. Lupa GB nak tanya. Kalau tanya pun GB tak paham apa jawapannya. Hahaha!! |
 |
Cili. GB syak pedas. Sebab so far cili kat sini pedasnya memang hell!! |
 |
Kentang local |
 |
Kerepek kentang yang dicampur dengan daun kentang sekali! GB tak beli. Hihihi.
|
 |
Kerepek Carica. Ini adalah dari species Carica pubescens (Mountain papaya). Adik beradik betik. Betik adalah Carica papaya. GB tak beli tapi. Hihihi... |
 |
Mereka minta dipotret. Maka GB menurut sahaja. Hi!!! |
Ok. Next stop kita akan ke Telogo Worno. Apa tuh??? Next entri ok!
sebab dah biasa bau kentut telor maka no hal lah bau sulphur kat sini !!
ReplyDeleteitu buah Terung Belanda / tamarillo
buah markisa / passion fruit bulat
dua-dua kalau dibuat air sedap!!
Wow... Mcm kat kat dr singa.... Nmpak cam adventurous sgt....best
ReplyDeleteAir hujan disitu boleh menjadi Hidrogen Sulfat...H2SO4... Asid sulfurik...
ReplyDeletePercaya?
Hehe...
nampaknya kalau x tahan bau kentut tu better bawak mask dari sini kan. Eh!! JM nampak ka Anash lah :-)
ReplyDeletecili tu macam cili habanero...kalau betul..spesis pedas amat tuh!
ReplyDeleteand ibuk yang matanya hazel tu mengingatkan i pada foto natgeo yang famous amos tu...kanak2 hazara...mata hazel macam tu la. faktor sulfur jugak kah..?kikikiki
Ramai ke orang kat kawasan tu sampai siap berniaga macam2 pulak..
ReplyDeleteGB..kakak penjual tu memang cantik orangnya, wajah asli tanpa make up, kalau touch up sikit..sure makin laris gerainya
ReplyDeletekagum dengan mereka, dimana-mana pasti akan berniaga...
itu jari Dr singa!
My fav shots are 'kudakularigagahberraniiii' & yg last tu :)
ReplyDelete