Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, July 18, 2014

Borneo lagi: Bintulu, Miri, Brunei - Part 9 (Day 3: Brunei - Royal Regalia, Seria, Miri)

Menurut cerita hotel owner, kat Brunei ni tak banyak tempat jual souvenirs. Kalau ada pun cuma satu dari Lucky Star je. Ada beberapa branch. Tapi beliau cadangkan kitorang pegi terus ke Royal Regalia. Di samping boleh tengok adat istiadat Kesultanan Brunei, ada jugak kedai jual souvenirs kat sana. So tak payah pegi banyak tempat dah. Ok. Cadangan diterima. Mari kita ke Royal Regalia!


1. Dalam perjalanan ke sana, boleh tengok view Brunei dari atas jalan raya. Bangunan Royal Regalia adalah yang berkubah besar tuh. Kitorang park kete kat parking space seberang jalan. Dan berjalan kaki melintas ke sana.

Masuk ke dalam kena buka kasut, dan tinggalkan semua barang termasuk handbag, kamera dan handphone di dalam locker yang disediakan. Tak boleh amik gambar kat dalam kawasan pameran. Kawalan jugak ketat, dengan CCTV dan pengawal. Lepas keluar ke souvenirs shop baru boleh amik-amik gambar kat kawasan yang dibenarkan sahaja di tingkat bawah.

Pendapat GB: bagus melawat Royal Regalia ni sebab Negara Brunei ni adalah negara kaya yang punya background kesultanan yang hebat. Tambahan pulak bila Sultan Brunei sekarang dah implement 100% hukum hudud, pasti kita nak tahu bagaimanakah latar belakang Baginda Sultan sehingga mampu membuat pelaksanaan yang sebegitu hebat, bukan? :)


Ini lah souvenirs shop dalam Royal Regalia tu. Dan barang-barang yang dijual. Ada fridge magnet, keychain, postcard, tudung satin stail Brunei. dan macam-macam lagi! And yes, they do sell crude oils found in Seria as their souvenir. Cool kan? One good (or maybe bad) thing here is they accept other currencies selain dari Dollar Brunei. Which is quite useful sebab bila dah membeli memang lupa terus berapa dollar je yang tinggal dalam wallet, nasib baik boleh bayar pakai ringgit. Tapi kene beringat. Sebab currency exchange nye sama dengan Singapore ye, lebih kurang 2.6. Pokai mak!

The area allowed for photo taking, selfies, etc etc.
By this time kitorang dah lapar sangat dah. Terlama pulak kat sini. So better gi cari makanan untuk lunch dulu. Lepas ni jauh lagi perjalanan.


Our lunch. Nasi dan buttered chicken. Iced lemon tea. Suhun goreng.
Makanan kat Brunei ni tak pernah mengecewakan. Subhanallah... Alhamdulillah...
Sebenarnya niat di hati nak singgah Masjid Hassanil Bolkiah untuk solat dan tengok cemana interior masjid, tapi disebabkan kekangan masa, kitorang tak sempat nak ke sana. Serbuk kopi sedap jugak tak sempat nak cari. Takpelah. Kite datang balik next time lah. So kite decide untuk teruskan ke Seria aje.

Mari teruskan perjalanan...

View sepanjang jalan dari Bandar Seri Begawan ke Seria. Kite tuned on to Radio Brunei. Subhanallah, tiada yang lagho dalam rancangan radionya. Semuanya bacaan ayat suci al-Quran, tazkirah, lagu-lagu nasyid, dan selalunya ada penerangan lanjut tentang hukum hudud.
 Dalam sejam lebih kendian, baru sampai Seria. Kat sini kite pegi kat One Billionth Marrel Monument, dan Oil and Gas Discovery Centre, dan berkejar ke Masjid di Pekan Seria untuk solat.

One Billionth Barrel Monument. Designed by Akitek Idris. Ada sebab kenapa design monumen nya begitu. Melambangkan pengaliran minyak mentah dari bawah tanah ke permukaan bumi. Kenapa 6 structure? Melambangkan sumber minyak yang datang dari pelbagai lokasi. Dan angka 6 sebagai simbolik tempoh 6 dekad penjelajahan dan penghasilan minyak sehingga mencapai tong ke sebilion. 

Letaknya betul-betul kat tepi pantai, so boleh bayangkan tak betapa panas amat kat sini.
'Nodding donkeys' ada di sana sini. Teruja pulak GB!

Oil and Gas Discovery Centre. Masa sampai tempat ni dah tutup sebab dah petang. Jadi boleh jenjalan kat luar je. Tengok miniatures bangunan dan struktur penting kat Seria ni. 

Singgah solat kat Masjid Pekan Seria
Dan teruskan perjalanan ke Miri
Disebabkan ada member nak cari kek lapis, kitorang singgah jap kat pasar kat Miri ni, mencari kek lapis. GB dah takde benda nak beli. So just jalan-jalan amik gambo je. Bateri kamera pulak dah nak abis. Battery pack takde. Kene la  berjimat cermat dan amik gambo pakai phone aje. Sobs!

Barang-barang yang dijual kat pasar kat Miri ni. Ada jumpa ulat sagu tu, hidup lagi. Kalau dah dimasak mau juga GB mencuba. Eheheheh~
Then kitorang ada beberapa agenda. 1. Nak makan apa dan kat mana untuk dinner? 2. Pukul berapa nak gerak balik Bintulu? 3. Nak tidur kat mana?

Miri adalah sesak sebab malam minggu. Jadi kitorang beli KFC dan naik ke Grand Old Lady untuk makan lepak-lepak kat atas. GB makan nasi katok yang dibeli pagi tadi. Masih elok dan sedap! Sementara tu geng lain google hotel untuk tidur sekejap sebab penat wehhh nak terus drive balik ke Bintulu. Dah la jalan gelap gulita! Paling penting kitorang tak boleh terbabas tidur sebab esok pagi flight kite dari Bintulu!!! (nangis!!!)


Kitorang makan atas pickup truck ni aje. Boleh tengok view Bandaraya Miri. Tapi kamera GB sudah abis bateri. Ini semua pakai handphone. Pasrah!

Akhirnya kitorang check in kul 10 lebih. Solat. Caj phone, kamera, etc. Mandi siap-siap (ehehehe). Dan pukul 3 pagi (ye...3 pagi!) nanti kita akan checkout dan gerak ke Bintulu!!!!

P/S: Kalau nak join traveling dengan GB sila gigih dengan benda-benda macam ni ek. Heheheh~

4 comments:

  1. kena gigih baru panjang langkah

    ReplyDelete
  2. Kalau aku..dah gastrik perut sbb dah lari biology timing...haha

    ReplyDelete
  3. bila agaknya berpeluang untuk travel bersama GB nie..oh kena ingat pesan GB, kena gigih!

    sebelum nie memang takde perasaan nak ke Brunai, tapi bila dah baca dua tiga blog kengkawan yang share entry Brunai nie, terus berkeinginan..insyaAllah satu hari nanti mesti dtg sini

    ReplyDelete
  4. Puas hati dapat berjalan macam ni. Tapi ada tempat yang terlepas tu. Kena pergi repeat lagi tu.

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D