Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, July 16, 2014

Borneo lagi: Bintulu, Miri, Brunei - Part 8 (Day 3: Brunei - Tamu Kianggeh)

Sebenarnya GB tengah pusing nih. Ada banyak lagi cerita Brunei. Miri dan Bintulu ni. Kalau nak cerita semua rasanya sampai hujung tahun pun takkan abis sebab sekarang ni speed GB dah macam siput sedut. Tapi kalau tak cerita kang, rasa tak best la pulak. Aishhh. GB cuba la mana yang termampu ek!

*

Selamat pagi Brunei!

Buka je mata, GB terus cam yang katil tempat GB tidur tu letaknya kat dalam sebuah bilik di hotel di Negara Brunei Darussalam. Ye la... kan ada orang yang jenis lambat ingat sikit kalau dia bangun tidur kat tempat baru.

Harini banyak agenda. So kite siap-siap untuk breakfast dan checkout sekali lepas nih. Ayuh!

1. Kuih hijau sedap tu beli semalam kat Pasar Gadong. Masih elok lagi.
2. Nasi goreng baki semalam, dipanaskan dalam microwave. Dan pais kambing jadi lauk. Giler ohsem!
3. Kopi Brunei yang sedapppppp giler! Hey, penggemar kopi macam GB takkan tipu bab kopi ok. Sayang sikit sebab tak dapat cari serbuk kopinya untuk dibawa balik ke Malaysia.
4. Dapur kitorang yang cool. ;)

Selesai breakfast, kite siap angkut barang untuk checkout.

1. Deko dan interior bilik dan hall dan common area untuk info kawan-kawan.

1. Tuan Haji Sofian, hotel owner. Kite berborak dan beliau cadangkan mana tempat best untuk cari nasik katok, kopi Brunei, dan souvenirs! Dan time ni jugak la kite tanya jalan ke sana sini. Sangat helpful!!
Based on cadangan Tuan Haji Sofian tadi, kitorang gi cari nasik katok yang paling best ni dulu. Walau dah breakfast, tapi nasi katok ni GB fikir boleh simpan untuk makan tengah hari atau makan malam. Rugi la tak try nak nak pulak orang local yang suggest kan. Tempatnya tak jauh, kurang 200meter je dari entrance hotel.

1. Stall nasik katok yang power tuh!
2. Brunei from my lenses
3. And even ada temple jugak rupanya kat sini. :)

Lepas tu kite gi Tamu Kianggeh dulu. Tamu ni kene pegi dulu sebab pagi. Lagi pulak kat sini la kite boleh tengok apa yang orang Brunei suka guna dan makan based on apa yang dijual di tamu. Tamu ni unik sebab letaknya kat tepi sungai. So nak pegi pakai pedestrian bridge boleh, nak pakai sampan pun boleh.


Kitorang tak pakai sampan la tapi...

Views of Tamu Kianggeh

Faces of Tamu Kianggeh.
1. The man on the boat was actually reluctant to give me a smile even with a pointed lens towards him. The smile he gave to me was a coincidence, thinking that I was not there (on the bridge) anymore.
2. The little girl gave me a calming stare when I pointed my lens on her. I was lucky!

1. GB lupa nak tanya berapa tambang nak ke seberang?
2. Makcik penjual kuih tradisional Brunei. Makcik ni agak keberatan untuk pandang kamera GB, so GB kene amik hatinya dulu, baru nak pandang. GB beli kuih dia, dan bertanya apa rahsia wajah cantik berseri-seri walau umur sudah lanjut. Katanya, bedak sejuk. Huhu~
3. Sampan guy yang mendekati kitorang tapi kite taknak naik sampan...

1. Bedak 7 warna ni digunakan masa upacara perkahwinan. GB tak sempat nak korek lebih-lebih sebab nak kejar masa.
2. Cili kering gemuk-gemuk. Tak beli. So tak tau tahap pedasnya macam mana.
3. Tangas. GB tak tahu apakah itu.
4. Irup-irupan. Harap-harap ada kawan-kawan dari Brunei dapat bantu; apakah itu?
Boleh tahan jugak kan suasana kat Tamu Kianggeh ni. Bersih. Lantai basah sikit sebab hujan. Tapi overall; selesa la untuk berjalan dan tengok-tengok barang.

Lepas ni kite ada beberapa tempat lagi nak pegi, sebelum gerak ke Seria dan seterusnya ke Miri pulak. Doakan GB punye mood update bertahan. 

Thank you. Muah!

6 comments:

  1. Irup-irupan itu in my understanding is mixed herbs yg perlu di makan selepas bersalin...dlm masa pantang lah tu.
    Terus terang saya tak sanggup nak habiskan waaaaaa dan tangas kalau tak silap sejenis kayu kering yg digunakan sebagai ubat tradisional gitu khususnya utk kaum wanita..biasanya benda tu dibakar.

    ReplyDelete
  2. salam GB.. lame tak menjengah blog kamu.. huhuhu.. semenjak abam dah sekolah ate bz bebeno omak ni..

    banyak info kat entry ni.. bestt..

    ReplyDelete
  3. Memang kalau gini gaya sampai habis raya cerita tak habis lagi...

    Kakak dengar aje nasi katok tapi tak pernah jumpa pun di tempat kita ni kan..

    ReplyDelete
  4. nampak banyak benda best boleh buat kalau gi Brunei ni bila baca your entry..selama ni igt brunei membosankan..hahaha

    anyway, bilik hotel tu nicely decorated :)

    ReplyDelete
  5. salam GB
    cantik tempat2nya
    terbuka hati nak g brunei la pulak :)

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak benda yang tak pernah jumpa dekat Brunei ni kan GB. Nasi Katok tu sedap ke?

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D