Seperti dirancang, kitorang checkout dalam kul 3.30am. Terus gerak ke Bintulu. Ikut jalan yang gelap tidak berlampu tu. Kiri kanan cuma pokok sawit dan hutan. Sesekali ternampak cahaya di kejauhan, mungkin ada penempatan di situ. Langit telus tidak berawan. Bintang bertaburan dan berkerlipan. Asyik....
Sementara member lain sambung tidur, GB tak mau tidur sebab terpesona sungguh melihat langit dan bintang yang banyak macam tu. Seakan dah lama tak melihat pemandangan sebegitu. Dan...
Sebelum Subuh, GB dongak ke langit lagi. Kali ini apa yang GB nampak membuat GB takjub. Dan mahu menangis. GB nampak Bima Sakti kita. Milky Way! Indah subhanallah...! First time GB tengok dengan mata sendiri. First time! Bayangkan kalau kita punya kemewahan waktu ketika itu, pasti GB akan pacak tripod dan shoot!
Tapi GB cuma mampu rakam dengan otak ni aje. Sebab beberapa jam dari sekarang kitorang dah kena ada kat airport. Pagi satu, tempat tu gelap gelita, tak tau apa yang ada di depan, belakang, kiri dan kanan. Melainkan jaluran Bima Sakti di langit itu sahaja.
Takpelah. GB pasrah. Namun syukur sebab Allah beri peluang untuk GB lihat sendiri. Hihihi~
*
![]() |
Cahaya limpah di ufuk Timur |
Dan lepas tu mata tak lepas tengok sunrise pulak. Dan misi mencari surau. Sebab Subuh makin lewat tapi bayang surau tak nampak pun! Bila jumpa Surau, Subuh pun dan nak abis. Astaghfirullahalazim...!
![]() |
Satu-satunya surau yang kita jumpa |
![]() |
Subuh hampir tamat. Ayuh! |
![]() |
Cantik pulak bunga lalang ni. 'Bukit' belakang tu macam baja kot. Sebab ada bau~ |
![]() |
Baru nampak kereta lalu... |
![]() |
Dan matahari pun muncul... |
*
Sampai Bintulu, kite gi breakfast dulu kat restoren haritu. Nyam nyam! Lepas tu singgah Pasar Awam Bintulu cari kek lapis lagi (sebab kat Miri tak jumpa, heheh). And member beli souvenirs. Lepas tu off ke airport.
![]() |
Mee kolok daging lagi! Nyam nyam!!! |
Dalam 9.15am kite depart, 11am sampai LCCT, dan lepas tu drive balik JB. Selesai pun. Penat. Tapi seronok tu dah tentu la kan? Balik sekejap, unpacked, pastu packing balik untuk another trip weekend tu pulak. Hahaha!!!
![]() |
Lepak jap kat foodcourt |
![]() |
Sambil kira kos perbelanjaan masing-masing, dan terus dibahagikan supaya senang cerita. |
![]() |
Tiket parking |
~The End~

salam GB
ReplyDeletecantik permandangan pagi kat sana..teringat lagi masa kat kundasang, baru seawal jam 4am nak tengok cahaya mentari pagi menyinari gunung kinabalu...caaaantik sangatt meh :)
Pengalaman jalan2 mmg best
ReplyDeletePenat belakang cerita..
Tapi...
Itu cerita 30tahun dulu.
Sekarang kalau akak.. Mmg dah tak daya.
Enjoy my dear
Sementara masih kuat dan cergas...
Lalang pun cantik kalau yg pegang cameran pandai ambil gambar..
ReplyDeleteSetahun berapa hari AL GB? Asyik jenjalan tak sudah:)
speechless.....bukan sebab pic yang cantik2 tu...tapi sebab banyak sungguh tahi lalat kat kaki GB!
ReplyDeletekenapa lalang kat sana lagi cantik dari lalang kat sini..?
ReplyDeleteindahnya pemandangan..
ReplyDeleteIngatkan snap milky way tu. Adeh.. Hehe
ReplyDeleteMiss GB! Selamat Hari Raya!
ReplyDeleteCantik gambar2 tu semua. Jeles tengok. Gambar Raya takde ke? hehe..
Salam lebaran,
ReplyDeletemee kolok...sedapnyer...masa duduk Serawak dulu selalu makan..
Salam. Hee mengucapkan selamat kembali ke KL. *Senyum.
ReplyDelete