Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, June 26, 2014

Borneo lagi: Bintulu, Miri, Brunei - Part 6 (Day 2: Brunei - Hotel Apek Utama & Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin)


It's time to go find our hotel pulak. Kitorang book hotel pakai agoda.com. Nama Hotel Apek Utama. Pelik kan nama dia? Kitorang tak kisah pasal nama sebab hotel tu murah dan yang penting kitorang nak buat tempat rehat dan refresh je. And how to get there? Mula-mula kite refer map. Nampak macam jauh tapi sebenarnya dekat je dengan Kampong Ayer. And lepas tu macam biasa, kita tanya orang aje laaa...

Jadi, ini adalah apa yang kitorang nampak dan perlu lalui sebelum sampai hotel...

1. Tamu Kianggeh. Unik tempat ni. Must visit. 

2. Maybank pun ado kat Brunei..

3. Tak sure building apa ni...

4. Kalau ke tempat orang GB suka tengok backlane. Kat sini bersih je backlane dia,,,

5. Nampak tak roundabout...?

6. Jalan pesisir sungai untuk ke hotel.
7. Sampai dah kat pintu gerbang hotel!! Building kat Brunei ni memang humble-humble gini je. Sangat sederhana. Yang gah di sana adalah mesjid. :)


8. Biasa je building dia kan?
9. Bukan rumah kedai ni. The whole building adalah hotel semata-mata.
10. Terus I Love Brunei!
So kite check in dulu. Rehat jap, solat, pastu siap-siap nak keluar balik.

11. Amik gambar kat cermin hotel dulu sebelum kuar menuju masjid!

*

Kalau ikut plan, mula-mula nak gi Masjid Omar Ali Saifuddin. Pastu nak kejor sunset kat Pantai Jerudong. Pastu nak gi Pasar Gadong. Pastu balik hotel.

Tapi... disebabkan penat...kitorang keluar agak lambat. Kite gi Masjid Omar Ali Saifuddin pun dah petang. Kalau ikutkan keliling masjid tu pun ada air, so GB fikir sunset kat situ pun ok je. Sebab... 1. Pantai Jerudong tu dalam 20km dari situ. 2. Dah petang. 3. Mendung, so risau kalau kejar jugak ke pantai, nanti sunsetnye tak berbaloi.

Since semua dah setuju nak skip Pantai Jerudong, kitorang spend masa leisurely kat masjid berkubah emas tuh. Indah sangat. Nak sukat segenap sudut tapi kang lama pulak. Takpe, mana yang boleh GB sukat, GB sukat. Mana yang tak boleh tu, insyaAllah next time datang balik. Hihih....

12. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang berkubah emas. Masjid ni mula dibina pada tahun 1954 dan dibuka pada tahun 1958. Boleh menampung lebih kurang 3000 orang jemaah. Sumber di sini.

13. Jom kite masuk


14. Simple je design dia tapi cantik


15. Mosaic biru emas to suit the white columns

16. Kubah emas ni makin cantik keemasan menjelang petang


17

18. Lampu kat minaret dah dipasang
19. Struktur bentuk kapal zaman silam ni extended dari masjid, maksudnya dia part of the masjid jugak. Digunakan masa tilawah al-Quran. Sumber di sini.

20. Sunset malu-malu sebab langit dah mendung sebenarnya

21. Mari kite ke kapal

22. Mari kite ke atas


23. Dekorasi dalaman

24. Nampak tak kubah semakin bersinar?

25. Boleh nampak full view masjid dari atas sini

26. Dah makin gelap. Lampu dah pasang. Kubah makin keemasan. Awan makin tebal. Angin makin kencang.

27. Kite terjumpa keluarga dari Jepun ni. Lepas bertukar-tukar email address kitorang pun berlarian ke masjid sebab nak solat. Tapi time tu hujan lebat dan masing-masing takde payung atau baju hujan untuk dipinjamkan kepada keluarga tu. Mungkin diorang kene tunggu sampai hujan reda jap sebab nanti anak diorang demam pulak...

28. Disebabkan tempat wuduk wanita kat bawah..maka terpaksa kite yang pompuan-pompuan ni curi-curi amik wuduk kat tempat wuduk lelaki ni. Pun tempias-tempias sebab hujan sangat lebat.

29. Tempat solat wanita. Sejuk amat dalam ni. Sikit lagi nak demam. 

Hujan masih lebat, tapi malam masih muda. Plan seterusnya nak ke Pasar Malam Gadong, cari makan. Redah atau tidak?

Next entry eh GB citer....


6 comments:

  1. semuanya cantik!
    err.. ko tak nak kikis sikit ke kubah emas tu?

    ReplyDelete
  2. masjid tu sangat cantik bila waktu malam...ahh teringat time suami bekerja disana dulu..

    ReplyDelete
  3. GB: untung nya dpt solat d masjid yg mewah tu, cantik betul

    Psttt...Jm nampak GB yg sweet tu :-)

    ReplyDelete
  4. round about tu kalau langgar je pun tak sangkut kawah kereta agaknya.. ek?

    ReplyDelete
  5. Subhanallah..bilalah dapat pegi Brunai!

    Errr GB cer turunkan ilmu bagi gambar besar mcmni dlm blog hiii

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D