Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, June 14, 2014

Borneo lagi: Bintulu, Miri, Brunei - Part 5 (Day 2: Brunei - Kampong Ayer)

Kampung Ayer ni pada mulanya GB bayangkan macam Kampung Air Tanjung Aru kat KK sana nun. Tapi rupanya jauh berbeza. Saiz kampung pun besar. Jauh lagi besar dari Kampung Air Tanjung Aru.

1. Pegi je jeti, nanti bot akan datang. Dia takkan tunggu kite kat jeti.

2. Pakcik ni dah lambai-lambai. Kitorang ok je bot ni sebab ada bumbung. Tetibe ada satu lagi bot datang. Tapi takde bumbung, so takpelah kite tak naik. Nanti hitam. Heheh. Lagipun rege tambang sama. BDN5 je sorang. Hihik!

3.Takde life jacket bagai ye. 

4.Panaih ngat!

5.Jeti 6. Lengang.
6.Jeti 7 ni macam nak kene roboh je...

7.Pakcik ni peramah orangnya. Sporting pun ye jugak. Tapi....GB tak paham la bahasa Brunei... GB syak dia cakap bahasa Brunei pure! Sebab memang tak faham. So tak dapat la cerita balik apa yang pakcik tu storikan pasal Kampung Ayer ni.

8.Rilekkk je 

9.Semua umah ada bot. Pakcik kayo semuanya!
10. Ini adalah sekolah

11. Ini sekolah agama kalau tak silap, atas ayer. 

12. Jual minyak ye bang??

13. Ada jambatan merentas air untuk hubungkan orang kampung. 

14. Kat sini, pakcik ni pusing 2-3 kali sambil bercerita. GB dan member tak faham, so dia guna bahasa isyarat. Yang GB faham pulau ni ada kaitan dengan lagenda Brunei. Kisah ayam menyabung. Jadi batu. Dan dia sebut nama pulau ni. GB balik google... dan ni ha nama dia. Lumut Lunting. So boleh lah baca sejarahnya ni sini ye.

15. Sape la tak rentung kalau cuaca macam ni kan? Cuma sayang langitnya berawan tebal, tak biru.

16. Ini yang kitorang tunggu-tunggu nak tengok. Petrol station atas air!!!

17. Tutup. Sebab hari Jumaat kot. Nak tanya pakcik tu tapi nanti dia cerita kite tak paham... :(

18. Please take note. Sini cuma ada Shell sahaja ye...

19. Pengebot-pengebot tengah tahan panas!
20. GB adalah yang tengah pegang kamera itu. 

21. Ni balai bomba. Kan best kalau time boleh nampak abam-abam bomba tu kat boat diorang..

22. Bot bomba!

23. Parking boat bawah building je. Abis citer.

24. Abis sudah. Lama jugak. Lebih kurang 45 minit pusing kampung. Tapi GB tak puas hati sebab tak dapat jalan-jalan kat kampung tu. Pusing naik bot je mana cukup...

Ok. Kampong Ayer, ticked!

Sekarang better kite gi cari mana hotel kite. Hari dah nak petang. Nak refresh bagai. Petang dan malam karang ada lagi tempat lain nak pegi. 

Jadi nak senangkan cerita, kite berenti je tanya jalan kat orang. Huhuhu~

17 comments:

  1. Pakcik tu bwak pusing keliling gitew je sah le x puas pastu ckp bahasa brunei hahaha ofcoz lah semua melopong. Unik betul kg air ni mcm mana lah dorang melabur ek. X nampak pulak anak anak kg naik sampan main air kan GB

    ReplyDelete
  2. waaa.. jln2 je GB..
    seronok. !

    1st time tgok pump minyak kt laut.. hahaa

    ReplyDelete
  3. bestnya sekolah atas air!

    sji

    ReplyDelete
  4. Miss GB ni.. Gambar jenjalan dia tak pernah mengecewakan tapi ada aje menjeleskan. Hehe..

    Bestnya pi jenjalan! =)

    ReplyDelete
  5. Indah sungguh panorama. Nak pegi lagi tak? Kalu ada plan nak pegi, roger ya. Nak Ikuttttt....!

    ReplyDelete
  6. Isi minyak kat Shell tu self service ke... nanti bot hanyut, macam mana? :d

    ReplyDelete
  7. salam GB
    cantik² gambar yg diambil. Best jugak kan jalan kt Brunei dah macam pergi melawat negeri kat semenanjung rasanye :) tapi takde la isi minyak dalam air..spesel3x

    ReplyDelete
  8. pakcik tu bercerita bagaikan mencurah air ke daun keladi... hahaha rugi kan.

    ReplyDelete
  9. 5 hengget jer utk 45mnts journey? Bestnyaaa.... GB, takder homestay ke kat Kg Ayer tu? Boleh feeling2 hidup atas air kan..

    ReplyDelete
  10. uncle tak suka jalan2 macam ni... takot kulit hangus terbakar


    hehe

    ReplyDelete
  11. pertama kalitengok sekolah atas air..best tu..agaknya kalau panas sanagt,cikgu cakap gini.."ok murid2,jom kita terjun.."
    heheh

    ReplyDelete
  12. Memang rata-rata mereka kayo sebab matawang dia dollar sama dgn nilai SGD. Kena bayar 5 dollar sebenarnya duit kita dah RM12.50/-

    Ronda atas air yg tak pernah kakak rasa.

    ReplyDelete
  13. GB! Tak sempat jumpa GB huuhuhuu email GB baru jer saya check..

    ReplyDelete
  14. Harap2 ada lagi trip GB dtg Brunei nanti, boleh saya tunjukkan banyak tempat lagi. Sorry email dah lama tak check...

    ReplyDelete
  15. GB ni tak keje eh? asyik melancong jer kejenya....(mode:jeles banget)

    ReplyDelete
  16. mencabar sungguh naik bot....tapi cam best je GB...hehehe

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D