January lepas GB gi Singapore dengan osmet, CPL, DrSinga dan ditemani kawan kita di sana. Masa tengah tembak-tembak kat Geylang tu, tetibe GB ditegur... "Dari Brunei kah?"
Time tu GB tertanya-tanya... macam orang Brunei ke muka GB ni?
Bila dah kat Brunei baru GB faham nape orang itu bertanya macam tu. Member geng travel cakap, orang Brunei ada sikit muka macam GB. Bulat-bulat. Boleh gitu? Ehhh!!!
*
Untuk entry yang ni, GB decide untuk letak lebih banyak gambar instead of cerita panjang-panjang. Semua gambar adalah GB yang capture kecuali diberitahu sebaliknya. Dalam entry lepas Uncle Gedek ada tanya if gambar-gambar tu GB yang capture sebab stail nampak lain kan.. Memang nampak lain pun...
Sebenarnya memang gambo-gambo tu GB amik sendiri, tapi sebab amik dalam pickup truck yang tengah bergerak dan tangan yang bergoncang selain dari space constraint dalam truck tu, dibantu oleh editing layout yang kelam kabut sebab nak cekcepat update blog, maka begitulah jadiknya...
Hehehe...!!!
**
Brunei - The journey
 |
Awalun jouney di negara yang sudah implement hukum Hudud ni. Jauh lagi perjalanan kita. Takpe. Enjoy the view. By the way.. time ni kan Brunei adalah panas! |
 |
Jambatan Sungai Rasau |
 |
Kene lalu tol dulu sebelum masuk highway ke Bandar Seri Begawan ye... |
 |
Tol harga BND3 sahaja ye... |
 |
Alhamdulillah... zikir sepanjang jalan... insyaAllah tenang dan selamat pemanduan... |
 |
As I told earlier, Brunei time ni adalah sangat panas. Sampai hutan pun terbakar.. |
 |
Tebal asap! |
 |
Dan bomba pun kene la padamkan api... |
 |
Ni maksudnya u-turn... |
 |
Macam ni... |
 |
Had laju cuma 100km/j je. Kalau hujan jadik 70km/j sahaja okey! |
 |
Kesan hutan terbakar |
 |
Sini petrol yang ada cuma Shell sahaja... |
 |
Subhanallah... awan sangat cantik! |
 |
Kem tentera |
 |
Jirat Cina pun ada kat Brunei ni~ |
 |
Skodeng sikit..... ;D |
Lepas ni kitorang dah mula masuk area bandar. Nak cari Masjid Omar Ali Saifuddin sebenarnya, tapi tersalah masuk simpang. Last-last jumpa Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah pulak. Takpelah... alang-alang dah time Solat Jumaat, yang lelaki gi solat dulu. Kitorang yang pompuan tunggu kat kete dan ada yang tinjau-tinjau untuk amik gambar...
And again... Brunei adalah panas gile time ni. Sikit lagi nak pengsan!
 |
Cantik betul masjid nih!!! |
 |
Skodeng lagi... hai orang Brunei! |
 |
Cantik kan? |
 |
Sape dalam mirror? Itu la GB... |
 |
Solat selesai, dan bertebaranlah umat di muka bumi... |
For info...Jumaat adalah hari cuti bagi Brunei ye. Sabtu keje. Pastu Ahad cuti balik.
Pelik?
*
And now GB dan geng nak gi cari makan. Perut dah lapar. Dahaga lagi. Next entry GB akan tunjuk what are for lunch, hotel kite, dan boating kat Kampung Ayer.
P/S: Ok tak stail entry gini?
orang geylang, dah biasa jumpa orang brunei menembak kot.
ReplyDeletesji
Ohh..Brunei...nak kahwin dgn org Brunei lah hahaah...maybe lebih islamic dari org msia..ehh..ye ke
ReplyDeleteOo..itu ke GB nyer :-)
Seronok...seronok... Akak ada sebuah novel yang ditulis oleh orang Brunei dan persekitarannya Brunei. Baru akak tau yang letrik diorang ialah prepaid. Anyway, style gitu..ok dah. Tapi cerita lebih2 sikit. Akak kan suka baca yang meleret2 ni.
ReplyDeleteBest nye!!
ReplyDeleteoh rindunya kenangan kat masjid tu GB
ReplyDeletemasjid Hassanil bolkiah kan,
ada try nasi katok tak ?
:)
Tahun 1991 pergi sekali ke Brunei
ReplyDeleteMuka perempuan sana mmg bulat, putih2....
Senang nak kenal....
Tp makcik tgk u lebih org melaysia....
Sweet....
GB manis orangnya!
ReplyDeletekalau lah jalan-jalan kat malaysia ada papan tanda zikir mcm tu kan best boleh mengingatkan kita sentiasa andai terleka
maknanya sy pon ada rupa orang brunei la, sebab bulat jugak
ReplyDeleteeh tetiba hahaha
hai gB,
ReplyDeletelama tak komen sini
sebab akak sombong
dan
bongkak
(nih komen apa ntah)
*menghitung hari utk hari itu...*
Kuat benor dia skodeng orang brunei hahahhaa :D
ReplyDeleteMemang seronok dan rasa lain bila berada di Brunei kan.. Hari tu dah datang tapi still nak datang lagi :D
Tak singgah Kuala Belait ker?
http://timetravelafif.blogspot.com/2014/01/brunei-part-1-jalan-jalan-di-kuala.html
bagus2 tak ....sopan2 tak orang Brunei?
ReplyDeletesinggahan dari pcl ;
http://www.nazlee.com
http://gelagatorang.blogspot.com
salam GB
ReplyDeletenak jalan² ke Brunei jugak la lepas nih..insya ALLAH