![]() |
Selamat pagi Bintulu!! Dan macam mana rupa jalan dari Bintulu ke Miri. |
Kitorang bangun dan bersiap. Pukul 6.30am terus checkout dan turun. Dah terang benderang pun time tu. Mula tu ingat nak breakfast terus sebab ada restoren kat sebelah tu je, tapi tak bukak pulak. Ingat sini cerah awal, bukak kedai pun awal. Huhuhu~
Sudahnya kitorang cari je kedai lain sebab perut kene isi ni. Lapar! Tapi lambat pulak makanan siap. Takpe. Tunggu je lah. Plan asal nak gerak seawal mungkin ke Miri dan seterusnya ke Brunei. Plannya nak sampai sebelum solat Jumaat kat sana. Map dah study. Sebab masuk sana GB tak activate data plan sebab kedekut, tapi switched on roaming la (itu yang kantoi dengan kontraktor sebab diorang call masa kat Brunei). So kene la study map yang berkeping-keping tu.
Kul 7am lebih kurang, kite gerak. Dari Bintulu ke Miri amik masa lebih kurang 3 jam drive. Sepanjang jalan ada banyak kampung-kampung dan ladang-ladang. Jalan dia boleh laaaa walau bumpy giler. Takpe, baru la rasa adventurous sikit!
Kul 10 sampai Miri. Lepak jap kat pantai nak abiskan nasik goreng yang beli kat Bintulu tadi. Cantik betul pantai kat Miri ni. Kalau sunset sure ohsem nyer. Tapi kitorang takde that luxury of time. Kene berkejar ke Checkpoint Sungai Tujuh pulak.
![]() |
Pantai cantik di Miri. Dan pengembara-pengembara bersama GB. |
![]() |
Kene bayar tol RM10 nak merentas sempadan ke Kuala Belait. Motor pun kene tol juga. |
![]() |
Sungai Tujuh Immigration Checkpoint. Siapkan passport memasing kat sini. |
