Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, April 26, 2014

Happy ending vacation: Part 4 - Taiping, Kuala Selangor, dan pulang!

1. 2 ekor burung hantu carik kapan yang memandang tepat ke GB masa GB halakan lens. Seram jap.
2. Anak gajah. 3. Bapak tapir. Err..mak tenuk. Errr.. anak cipan. Errrr...
4. Tiket lerr.. 5. Signage ada sikit je lampu, orang rabun malam macam GB pasti tak boleh baca!
6. Walkway gelap bebeno. 7. As written. 8. Nasib baik fountain ni ado sikit lampu

1. Langit merah biru tempias matahari terbit. Dan pokok durian.
2. Jaga-jaga. Licin. Kalau jatuh bangun sendiri.
3. Itik bangun pagi-pagi. 4. Itu family deluxe kalau tak silap.

1. Unggas nan seekor. 2. Outdoor deco kat cafe dia
3. Kunci bilik. 4. Very nicely landscaped. :)
5. Taman Tasik Taiping yang kekeringan...
*

Lepas rehat-rehat... kite pegi Zoo Taiping. Pegi Night Safari katanya. Tiket seorang RM20. Naik tram dua round. Banyak jugak haiwan yang berjaga time tu. Heheh. Lepas tu jalan sampai nak sesat. Tapi umm... gelap sangat la situ. Tak cukup lampu. Lampu yang ada pun tak cukup terang. Agak menakutkan kalau jalan berdua apatah lagi sorang-sorang. Even jalan segroup pun boleh hilang jugak kalau tak stick to group tuh. Kalau bawak anak-anak kecik kene pastikan diorang tak berlari-lari sebab kalau nanti payah nak jumpa.

Ye...kita faham kalau diorang nak maintain natural feel dalam hutan untuk haiwan-haiwan tu... tapi kena jugak fikir pasal visitor ni. At least kalau diorang illuminate walkway, bagi direction berlampu, signage kasi terang atau apa sajalah asal keselamatan terjamin, rasa syok la sikit kot. Ada banyak sangat cara nak tingkatkan keselamatan untuk create sense of pleasure for visitors kat sini. Tolong eh Zoo Taiping... teguran ikhlas nih. Kalau diorang rasa nak hire consultant untuk design, GB ada. Meh meh...

*

Lepas tu gi makan malam. Mula tu ingat nak gi Kueytiaw Doli, tapi tetibe kite pegi makan kat belakang Balai Bomba. Dah ada pusat penjaja baru le kat situ. See...punye la lama GB tak gi Tepen sampai tup tup dah ada pusat penjaja baru dah. Pesat jugak la pembangunan kat bandar Tepen ni. Sampai ke malam pun still ada lori concrete sampai kat construction site dekat-dekat situ.

Malam pun happening dah sini. Last masa GB datang (6 tahun lepas) malam-malam kat sini takde apa sangat. Sekarang dah ada tempat hangout malam-malam. Cool.

Tapi kitorang takde la bertengah malam kat situ. Abis makan terus balik Sentosa Villa. Nak rest. Tido. Esok GB nak bangun awal mengintai sunrise.

**

Pagi di Taiping. Sunrise tak berapa nampak sebab mendung. Aduh... takpelah. Takde rezeki sunrise and sunset la vacation kali ini. GB just pusing-pusing kawasan je. Landscape dia cantik! Ada banyak pokok. Pokok durian pun banyak dan tengah berbunga pulak tuh! Ada kolam. Itik. Angsa.

Honeymoon kat sini mesti best! Hahaha!!!

Breakfast included ye kat sini. Lepas breakfast pusing kawasan lagi sampai hujung sempadan. Besar jugak la area ni. Yang tengah under construction pun ado. Next time datang mesti lagi besor. Heheh.

Dah plan dah nak datang lagi next time. Ngeee.

Ok. Sedikit info. Kat Sentosa Villa ni ada hotel room untuk single or couple traveler, ada jugak villa untuk honeymoon dan villa untuk family. Rates? Bagi GB adalah berpatutan la kalau nak compare dengan very well landscaped area dia nih. Make sure bila kat sini jalan-jalan la kat taman dia. Baru best...!

Klik la sini kalau nak tau serba sedikit...

***

Lepas checkout, kitorang gi pusing Taman Tasik Taiping, masih nak cari pokok hujan-hujan yang dahannya mencecah tasik tuh. Still tak jumpa. Lepas tu baru perasan... pokoknya ada, dahannya pun masih ada, tapi rupanya tasik yang kering dek kemarau. Patutlah tak nampak mencecah air sebab dia sebenarnya mencecah lantai tasik yang dah kering. Isk!

Hmmm.. Ok dah. Jom gerak balik KL cepat sebab malam ni nak balik JB pulak. Singgah R&R Sungai Perak untuk lunch. Pastu sempat jugak ler singgah Kuala Selangor jap makan cendol bakar. Sebelum tu ada sikit marah sebab all the way back asyik dapat call dari contractor kat site dan ada satu call ni yang buat GB bengang gila, dan aura marah tu agaknya sampai buat kete sikit lagi nak eksiden dalam hujan lebat tuh. Istighfar, mengucap. Dan syukur semua selamat. Alhamdulillah...

P/S: Sekian ceritera panjang lebar GB. Sekarang tengah packing lagi. Passport dah ready. GB nak ke Pulau Borneo lagi, tapi destinasi lain pulak kali ini. Dan macam biasa...walau lambat giler sekalipun.... GB akan up dalam entry nanti. Hehehe!

26 comments:

  1. habis round round malaya...pgi nyeberang pulak ye..enjoy travelling while young!!

    ReplyDelete
  2. mai tepeng ka?

    sentosa Villa tu syok la dok dlm hutan sejuk ja

    ReplyDelete
  3. @NEKCIK

    sebenarnya saya belum pernah sampai kelantan... maka saya belum le habis round malaya lagi. hehhe

    ReplyDelete
  4. @Nieda ramly

    yep. memang best Sentosa Villa tu. nex time gi lagi nak dok situ jugak.

    jumpa nak? :D

    ReplyDelete
  5. Bestnya gi tepen..akak dah lama tak balik kg perak..
    Nak gi brunei ke lepas ni? :)

    ReplyDelete
  6. @Tihara

    hihi..

    nampaknya macam itu le.. ngeee~

    ReplyDelete
  7. Teman tak pernah lagi berkunjung ke nightbsafari nie.... mesti banyak bunyi yang menarik, mata yang bersinar di mlm hari...

    ReplyDelete
  8. Ke Brunei kitak maok make basikal?
    Boleh sik kamik ngekot? ;)

    ReplyDelete
  9. Burung hantu carik kapan...??!!!
    Huh...seram sungguh.
    Takde gengster dlm dunia ni yg namanya seganas dan segerun itu...hatta nama gengster filem tamil...

    ReplyDelete
  10. salam

    tak lepas lagi tengok zoo taiping malam malam nih...best juga rupanye yekk tengok haiwan yg aktif malam² nih..

    ReplyDelete
  11. best ek sentosa villa tu...cik abg baru dok ajak singgah night safari weekend ni...tp bila baca entry Gb ni mcm tak sesuai plak baby baru 50 hari masuk zoo tu, kan? ke Gb rasa ok jer...?

    ReplyDelete
  12. lain macam renungan burung hantu tu

    ReplyDelete
  13. haha..my fav spot utk lunch or dinner=balai bomba..

    ReplyDelete
  14. amboi itik pagi lagi dah berjalan-jalan

    ReplyDelete
  15. kak ati pernah ke zoo taiping tu tapi siang harilah

    takut nk pi malam2...takut en. U..tersesat melingkor kt trem tu...huhu

    ReplyDelete
  16. @Tihara
    Kak TAB, on the way balik Perak singgah sini sat. Leh kita open table nak?

    Nak tak?

    ReplyDelete
  17. Belum hilang penat dan seronok dan nak pergi lagi?

    ReplyDelete
  18. Selesanya die...
    Terase nak terbang.... Berkepak dia pergi....
    Selamat bercuti dan menikmati keindahan alam ciptaaan ALLAH

    ReplyDelete
  19. Bulan 6 nanti mai lagi ye..biasanya bulan 6 air tasik tu penuh la sebab tu musim hujan..

    ReplyDelete
  20. Adakah Zoo Taiping menyedihkan macam Zoo Negara?

    ReplyDelete
  21. Belum pernah lagi pergi Taiping untuk leisure. Kena masuk list juga lah nanti gamaknya...

    ReplyDelete
  22. tak pernah lagi melawat zoo taiping. ingatkan takde apa2..tapi nmpk mcm seronok jer..

    ReplyDelete
  23. salam. sempat ronda2 di miri tak. saya takder kat miri pada 2mei. weken saya ada.

    oya, jangan lupa ke musuem petroleum.


    .

    ReplyDelete
  24. SALAM AWAK,BOLEH ADD FB SAYA TAK REGARDING REVIEW PRODUK TU.. https://www.facebook.com/sitiauni.afifah?ref=tn_tnmn

    P/S: TGK LATEST STATUS EH.

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D