(Amaran: GB rasa entri ni panjang kot!)
Dari Lumut, kitorang drive ke Taiping demi semangkuk mee udang Kuala Sepetang. Plan nye gini... Drive ke Kuala Sepetang (Taiping), makan mee udang, pusing Lake Garden seround, balik KL, and on the way balik melencong jap ke Kuala Selangor (kalau time tu cerah lagi) , makan cendol bakar dan karipap gergasi, balik umah dan hoorey!
Jadi...mari kite ke Taiping dulu ye...
1.45pm, gerak dari Marina Island Pangkor. Dari Lumut ke Taiping lebih kurang 80km je. Kite ikut jalan dalam, sebab jauh nak patah balik ke highway. On the way tu singgah beli goreng pisang kat Pantai Remis...sebab lapar laa... dah 2.30 petang tapi belum makan. Dah la pagi tu breakfast comel comel je kat bilik, minum nescafe dan makan jajan sebab malas pulak nak cari breakfast kat luar. So sambil ngap-ngap goreng pisang tuh, kitorang menikmati sangat perjalanan tu. Sebenarnya fun la ikut jalan dalam ni. Macam-macam boleh tengok. Dan since bukan GB yang drive, dah tentu la lagi fun sebab boleh suka-suka hati je amik gambo. Heheh! Sampai Changkat Jering....agak jammed. Ni jammed nak menghala ke highway. Parah jugak kalau situasi ni berterusan sampai time kitorang nak balik KL nanti. Lepas tu baru teringat... cuti sekolah dah nak abis rupanya. Patut la jammed!
Sudahnya pukul 3.30pm baru sampai Kuala Sepetang. Gembira! This time GB nak try Mee Udang Mak Jah pulak. For info... GB dah pernah try Mee Udang Mak Teh (sedappp!!!). Member GB tu first time, jadi dia ikut aje.
*
Besar sungguh area Mee Udang Mak Jah ni. Dah macam pusat penjaja. Seat banyak. Pilihan makanan pun banyak, selain dari mee udang tu la kan. Kat tepi jalan tu ada jual laksa udang, kerang bakar, siput duri rebus, seafood goreng. Happening sangat! Jadi kitorang order mee udang seorang semangkuk. Dan GB beli siput duri lepas teruja tengok meja sebelah penuh dengan cengkerang berduri-duri yang nampak seram tuh!
**
Cerita pasal food.
Mee udang dia penuh udang. Gemuk dan fresh. Udang dia sedap! Tapi GB makan mee tak abis sebab kenyang udang. Member ngap abis! Siput duri tu pulak.. sedap jugak! Nasib baik sebelum beli kakak gerai tu bagi tester sebab dia nampak muka GB macam seram-seram je tengok siput tu. Tapi nak try. Tapi seram. Tapi isk! Pastu member order pulak sepinggan sotong goreng tepung. Heh. Cuba bayangkan perut kitorang cemana time tu...? Ok.. dah bayangkan? Bagus... sekarang...bayangkan mata kitorang pulak.... zzzzzZZZ....
***
Cemana-cemana pun kene la make a move jugak kan walau mata dah berat. Hari pun dah petang. Perut penuh. Terbayang pukul berapa la agaknya nak sampai Kuala Selangor nanti? Maybe skip kot. Sebab dengan perut macam ni...tak terbayangkan dah nak menyumbat lagi.
Sebelum balik kite gi Taman Tasik jap. Pusing-pusing mengutip nostalgia. Dulu GB kerap ke Taiping. Pusing Taman Tasik. Naik Bukit Larut. Makan kat Pekan Taiping. Kuey tiaw Doli. Cendol. Laksa. Jadi Taiping dan GB sebenarnya bukan asing. GB suka Taiping.
Cuma...pelik sikit tengok Lake Garden this time. Feeling dia tak sama. Pokok hujan-hujan still ada tapi feeling dah tak sama. Nape tak nampak view dahan pokok hujan-hujan yang mencecah air tasik? Dah kene trim pendek ke? Siyes GB tak boleh kutip nostalgia tu sebab feeling yang hilang tu. GB pun pelik.
So kitorang decide nak balik je KL. Dekat dengan Zoo Taiping, kite nak u-turn, tapi sebab ada satu pakcik ini bawak motor bagai bersiar-siar...maka kitorang 'ter'masuk ke simpang ke Bukit Larut. Tak jauh dari simpang tu, nampak banner 'Sentosa Villa'...
Mmm... perasaan ingin tahu menebal. Sentosa Villa? Tengok banner macam menarik. Nak jugak tau. Mana tahu next time datang Taiping boleh tidur kat situ.. Maka kitorang ikut je signboard sampai la jumpa tempatnya. Mmm...sangat secluded. Letaknya kat hujung-hujung taman perumahan. Banyak pokok. Nyaman. Redup. Nampak privacy sangat. Nampak exclusive. Tapi tetap nak masuk dalam bertanya rate bilik. Tak salah kan bertanya?
****
Dipendekkan cerita...kitorang check in. Atas alasan:
1. Highway mesti jammed giler
2. Boleh rehat-rehat sebab dah penat seharian
3. Lagipun esok (Isnin) memasing dah amik leave
4. Esok boleh la singgah Kuala Selangor makan cendol bakar dan karipap gergasi.
5. Heheh!
P/S: Kang next GB citer apa kitorang buat kat Taiping heh. Biasa la. Nasib baik dua-dua kepala sama gila. Boleh la buat kerja gila dengan aman.
P/S 2: Oh ye. GB akan buat satu entry summary bergambar pasal kisah jenjalan kali ini selepas final part. So...be prepared for sooo many pics ek!

Adehh bersambung la pulak .. org tgh excited nih. Hihihi.
ReplyDeletesaya xpernh lg cuti2 kt taiping...
ReplyDeletesis, nk tanye siket pic ni sis snap sndiri ke? pakai kamera pe ek... cantik... :)
Sempat lah pergi camping dekat Bukit Larut and jalan ke Zoo Taiping waktu malam. Hehe.. Miss GB tak pi daki bukit dekat Bukit Larut ke?
ReplyDeleteOk.. tak sabar nak tengok pic2 yang awesome tu. =D
Hehehehe.... lama dah teman tak ke Tepeng nie.... berapa rate Sentosa Villa tu....
ReplyDeletewahh dapat tengok gambo mee udang sedapnya..
ReplyDeletesiput tajam tu boleh dimakan rupanya, akak tak tau pun selama ni gb :)
I miss my hometown...
ReplyDeletetepenggggg tunggu aku balikkk!!
:D
Kakak rasa Mee udang Mak Jah ni sedap betul sebab ramai kawan blogger cerita. Kakak dpt tengok aje sebab tak pernah sampai lagi..
ReplyDeleteentah bilalah boleh dapat...
saya suka Taiping jugak ! pendek cite, saya suka Perak. dapat pakwe orang perak mesti best. eh tetiba haha
ReplyDelete@Tihara
ReplyDeleteTu la kak, kau balik² nak makan kambing aje.
oih..bestnye MakJah..sodap..
ReplyDeleteGB guna software apa untuk compile pics camtu..menarik la..hihi..saya peniru..peace yols..
salam Jumaat..lama tak mengomen kat blog GB..bestnya jenjalan..kite x pernah smpai lagi ke taiping..mcm best je...mcm menarik je..mcm sedap je makanan..
ReplyDeleteakak pernah cuba cari Kuala Sepetang dari Penang, tapi tak jumpa jalan. Uwaaaa...!! GB, akak rasa tak panjang pun entry ni. Akak ok jer... nak up gambar bebanyak? Laaaaagiii akak suka...
ReplyDeleteup laju2 piccas, tak saboooo :D
ReplyDeletethanks gb, best tgk gambo makanan, heh!
Bestnyer
ReplyDeleteRasa nak balik, balik
Rasa nak bermalam.... Bermalam
Tingat macam masa muda2 dulu...
tengok mee udang tu teringat zezaman dulu. kita urang pun pernah outing kat sini....sedepleh
ReplyDeleteAkak sekali je pernah sampai Taiping nun.. Itupun ikut kakak.. Sekejap je kat sana sebab lepas tu hujan turun mencurah-curah.. Bila camtu, balik je la.. Dah la naik bas.. hehehe..
ReplyDeletesiput duri ada rasa laut tak?!
ReplyDelete:)
Makchaq tak pernah lagi makan mee udang kuala sepetang tu.. padahai bila balik kg pakchaq dah dekat sangat dah.. tapi bila ajak dia pi.. mesti dia kata tak payah la.. tak sedap pun...
ReplyDeleteCendol bakar tu makchaq pernah makan kat cawangan dia yg on the way nak ke airport, tapi kurang ump.. cawangan kot..
x leh tahan la tgok mee udang besor2 tuh...sedapnya...
ReplyDeleteBila le sekali akak nak buat kerja gila macam tu...:)
ReplyDeleteGambar Mee Udang patut diberi anugerah gambar terbaik tahun 2014.
ReplyDelete@kakchik@ella
ReplyDeletesaya dah abiskan, yeay!!!
@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
ReplyDeletetry la gi sekali. pasti jatuh cinta.
ye dik. gambo amik sendiri. thanks ek.. :)
guna kamera lama ja, campur2 antara lumix gf3 dengan eos500D.
@Faarihin
ReplyDeleteakak dah penah trekking naik atas bukit larut tuh. ohsem! kalau ada time nak buat lagi!
@Izni Hafiz Abdul Rashid
ReplyDeleterate dia ok. takde la meletop wallet. heheh~
@Tihara
ReplyDeletesaya pun baru tahu dan baru festaim tu rasa. hehehe~
@BitsBest
ReplyDeletedah berapa lama tak balik ni? ish..babab kang!
@Kakzakie
ReplyDeletekalau mee udang tu saya boleh buatkan bagi kakak makan... hehhe
@Fazleyatul Aini
ReplyDeletetak penah lagi dapat pakwe orang perak.
ehh!!
@t.a.t.a
ReplyDeletekambing la osem kan kak tihara! hehehe~
@~~DucKneSs~~
ReplyDeletesaya pakai photoscape je. no hassle! :D
@Nida Mohd
ReplyDeletesemua yang dikomen tu adalah betul! :D
@Aziela
ReplyDeletetak jumpa jalan?? lenkali roger GB!
tak panjang eh? laa... dah sakit jari naip ingat dah cukup panjang. hahaha!!!
@||alis||
ReplyDeletesikittt time lagi kite up segala mala pics ye. till then enjoy dulu gambo food tu ok!
@Ibu n Abah
ReplyDeleteheheh.
kalau kene gengnye je boleh buat kak.
kalau tak sekepala payah sikit. hehehe~
@dilabangiWORLD
ReplyDeletekire familiar jugak le dengan tepen ye awak? :D
@~ Cik Azz ~
ReplyDeletetaiping memang selalu hujan kak... kene get ready selalu. sayang la tak sempat jenjalan sini.. :D
takpe.. next time ok~!
@Dr Singa
ReplyDeletemm...
takde.
mereka adalah liat liat!
@makchaq
ReplyDeletekalau nak sedap saya cadangkan mee udang makteh.
ngeee
@Amanda Suria
ReplyDeleteudang obesiti semuanya!
@JunAina
ReplyDeleteanytime pun boleh kak! hehehe~
@Juno
ReplyDeleteyeayyy,, tq!!!