Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, April 15, 2014

Happy ending vacation: Part 2 - Still in Pangkor

Pusing-pusing Pangkor naik Teksi

GB against red bricks wall of Dutch Fort, Pangkor Island
Esoknya, kitorang check out dan naik teksi pusing pulau. Just pegi Kota Belanda dan Batu Bersurat yang takde pape tu je pun. Tapi mata sungguh terpersona melihat betapa cantiknya pantai-pantai di Pulau Pangkor ni. GB dah plan... next time datang lagi, stay lama sikit. Sewa motor dan pusing pulau sendiri. Sebelum tu kene la belajar naik motor dulu. Sebab boleh kata, lalu la kat mana ceruk pun, view yang GB nampak semuanya cantik-cantik!

Bila sampai jeti, GB ada diskas dengan member tu... 'Rasa macam nak duduk sehari lagi.'

Heheh. Kalau nak ikutkan kepala gila kitorang rasanya memang extend sehari lagi. Tapi memandangkan kitorang plan nak pegi makan mee udang kat Kuala Sepetang pulak, maka kite pospon dulu niat tu. Next time datang balik Pangkor ok!

Next entry GB citer pasal journey memburu mee udang Kuala Sepetang tu pulak ye...

P/S: GB dah banyak kali ditanya oleh mereka yang tak faham tentang profession GB dan mereka yang pelik tengok GB yang memang dah well known as pelik nih, "kenapa kerja berpanas begini walaupun ada degree?". Kelu kejap sebab fikir apa nak jawab. Boleh tak GB jawab gini... "Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya...". ;)

21 comments:

  1. Lama tak bw, ( sibuk sangat la ni)
    Nak bagi tau.. makchaq pun ada bergambaq kat lubang bulat tu..tahun 91 kot.. pakai baju kurung...

    ReplyDelete
  2. susah nak melayan mentality orang yg igt " ada degree, kena duduk opis ada ekon"...kan? atau " ada degree, kena kerja pakai kot"...hahaha

    ReplyDelete
  3. harga makanan kat sana macam mana...akak belum sampai lagi...baru sampai lumut je hehe

    ReplyDelete
  4. gB
    Yg tinggi degree nya mmg kerjanya melebihi org takda degree....
    Org ada degree dianya boleh cover semua.. Sbb tu dlm cuaca panas pun ada tugasnya.....
    Mee udang... Best..

    ReplyDelete
  5. Jeles sungguh dengan MissGB ni.. jalan2 aje kerjanya.. =D

    ReplyDelete
  6. lama x singgah blog GB.. n3 ttp menarik & pic2 mmg cantik2 hehehe

    ReplyDelete
  7. gb..

    kita hidup ni asek dengar soalan tak perlu org sekeliling yg sengaja taknak faham.

    "penat blajar dulu, kenapa tak masuk keje gomen, kenapa tak jadik cikgu, kalau jadik cikgu dh senang dh skrg ni.."

    tapi di wall fb sy;

    penuh keluhan2 kawan keje gomen.

    penuh share dari kawan2 yg bergelar cikgu.

    apa pon, bersyukur dengan apa yg kita ada, tuh lebih baik. Allah tuh adil, kita tak dapat yg ini, tapi Dia bagi kita yg itu, itu, dan itu :)

    ReplyDelete
  8. @Daddy Ziyyad

    Itu mentality orang zaman batu doc. Bos gue tak de apa benda pun, tapi duduk jugak ofis yang ada ekon.

    ReplyDelete
  9. Dik, gambar tu dah almost perfect untuk di print dan di jual sebagai poskad. Memang cun gilerrrrrr. Cuma tu la, kalau nak buat poskad, kena la tukar tak pakai selipar..hahahahahha...

    Oh...malaslah nak layan. Adik akak dulu sementara menunggu posting, pergi menoreh getah belakang rumah. Sajer exercise dengan mak. Itupun orang kampung dengan sedara mara perli kata adik akak jadi cikgu pokok getah. Pedulikan jer komen2 orang yang cenggitu.

    ReplyDelete
  10. Kalau yg ada degree tak sanggup berpanas kakak rasa akibatnya pembangunan terbantutlah. Tak kan nak bagi yg tak sekolah buat BQ, check bearing, ketinggian bangunan dgn structure tanah dsb... runtuh bangunan dik oiii!

    ReplyDelete
  11. sampai sekarang mrs masih tak sure GB keje ape hehe..janji GB hepi dan rezeki itu halal, org ada degree tak semestinya ddk dlm ofc

    tak sabar tunggu entry mee kuala sepetang! excited mrs kalo bab2 makan nie

    ReplyDelete
  12. aku pernah g pangkor tapi takde lak terpergi ke tempat2 tu...hmm.. kena ulang balik la gayanya...

    ReplyDelete
  13. bestnya jalan-jalan sakan makan mee udang..sangat telio nih
    GB arkitek kan, sepatutnya tak pelik pun.. :)

    ReplyDelete
  14. biarlah orang nak kata apa.. yang penting kita tau apa niat kita tujuan kita kerja kita..

    apa-apapun gambar2 tu memang cantik.. nice view.. ;)

    ReplyDelete
  15. orang yg faham je akan faham tugas seorang LA.

    ReplyDelete
  16. Biarlah org nak kata..yg penting kita tahu apa yg kita buat.

    mee udang kuala sepetang memang sedap..

    ReplyDelete
  17. nice pics..btw, biarlah kerja apa pon, janji halal n kita bahagia..yang laen, sila tutup je telinga..

    ReplyDelete
  18. bila kita nak p holiday ni. asek tengok orang holiday. pitih takdok haha

    ReplyDelete
  19. suka pepatah : "Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya...".

    .
    saya selalu guna.

    ReplyDelete
  20. Hmm... I jadi tak sabar nak cuti2 di Pangkor :)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D