Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, April 3, 2014

Happy ending vacation: Part 1 - Pangkor

 



Agak lama jugak GB plan bercuti ke Pulau Pangkor dengan kawan yang dah GB kenal sejak darjah 1 lagi ni. Tapi banyak kali postpone sebab mak tak sihat. Takkan GB nak gi jalan-jalan dan tinggalkan mak kat rumah. So bila mak dah makin ok, boleh la GB teruskan plan.

Untuk proceed sebenarnya kita kena paksa diri juga. Kalau tak makin lama la tertangguh. Untuk itu kawan GB dah book terus bilik kat Pangkor, pastu pandai-pandai la kitorang nak 'jadikan' macam mana. Huhu~

Sebabkan ni first time kitorang gi Pangkor, so memasing sangatlah excited! GB dah plan baekkk punya nak menyunset bagai kat sana dan amik gambo banyak-banyak macam biasa lah. Jadi kamera-kamera wajiblah bawak. Tripod. Chargers. Tapi... hat dengan sunglasses pulak tertinggal. Aiseymen...

*

Dipendekkan citer setelah kitorang drive dan singgah makan dan drive lagi sampai ke Marina Island Pangkor, beli tiket feri dan off berlayar ke sana! Teksi-teksi pink menunggu. Pink-pink comel semuanya. Kaum lelaki, di sini macho anda akan lenyap sebab memang dah takde teksi kaler lain dah! Rasanyalah.... heheh! :p

**

On the way ke Teluk Nipah, memang teruja sebab tengok betapa cantiknya pulau ni. Cuaca pun cantik! Kitorang check in kat Anjungan Beach Resort and Spa. Very nice secluded resort with a pool yang cuma 3 minutes walk ke pantai, tempat makan-makan dan kemudahan lain. Seriously sangat dekat dan selesa!

(GB rekemen tempat ni kalau ada sesiapa nak gi honeymoon ok! Sebab GB pun nanti macam nak gi situ balik untuk honeymoon! #tetibe~)

***

Rest jap. Then siap. Pastu keluar. Ke pantai, berlariku. Mmm..berjalan je sebenarnya. Bawak kamera. Kamera lagi satu. Lenses. Tripod. Cari port. Pacak.

Tapi...

Petang tu mendung. The sun still set. Tapi takde hues. Kelabu je. Pastu hujan. Sampai ke malam! Huhuhu.... kecewa!

Alasan kukuh untuk kembali. Mana boleh tak capture sunset kat Pangkor. Kan??

P/S: Kan best kalau hari-hari kite boleh cuti-cuti? Pastu bila kembali ke alam nyata...baru sedar betapa projek yang tengah naik tu tak boleh tinggal gitu je. Sobs!

23 comments:

  1. adik akak yang sorang tu mesti suka sebab pink!!

    ReplyDelete
  2. Akak dulu pi pangkor duduk di Pangkor Village, Teluk Bogak. Pantai depan pintu chalet dik...:)

    ReplyDelete
  3. pangkor dah banyak kali pi, tapi setiapnya pengalaman mesti tak sama.

    pernah skali pergi balik melaka-pangkor-melaka tak smpai 28jam. mcm kelam kabut sangat, taktau kejarkan apa, heh.

    ReplyDelete
  4. dah lama tak pi..rasa syok jugak kalau ke pangkor cuti bulan 6 nanti..

    ReplyDelete
  5. beberapa kali sampai Lumut..tak sampai ke Pangkor lagi..sobss...

    ReplyDelete
  6. Lama dah teman tak ke Pulau Pangkor... GB kalau nak view yang lagi best, pergi la ke Pulau Pangkor Laut tu... Pulau tu kat sebelah pulau pangkor tu jer... Dari Teluk Nipah boleh nampak pulau tu... Kalau pandai berenang, boleh lah berenang ke sana... :)

    ReplyDelete
  7. ala kalau tak bleh kirim fridge magnet
    *tetiba jugak haha*

    ReplyDelete
  8. tak penah lagi jejak kaki kesana...okay jeles dgn kamu,wuuu

    ReplyDelete
  9. cantik yer pangkor ada burung kenyalang.. :)

    ReplyDelete
  10. tu hari g sensorang dirik... jadik jaa... huhuu... jiwa kena kental la tapi nyerr... ;)

    ReplyDelete
  11. awat mai tak habaq? aku kat lumut!

    ReplyDelete
  12. gB, kau snap gambar tu guna apa? phone dengan camera sekali ada dalam gambar tu.

    ReplyDelete
  13. ak pulau2 kt malysia ni pulau langkawi n pulau pinang je prnh g kn.. cian kn.. hahaha

    ReplyDelete
  14. Eh-eh GB... Kena pergi lagi tu tau... Tak yah tunggu honeymoon lah....
    Weekend nie pergi dulu yer...heheheheh. Kalau hujan lagi, pergi lagi...hihihihihi

    ReplyDelete
  15. Lama takpi Pangkor
    Mmg gB kena pi semula tangkap matahari terbenam....
    Kalau gi hanimun takut takda masa tunggu matahari .. Pi la sekarang..

    ReplyDelete
  16. belum pernah sampai Pangkor lagi, insyaAllah bole datang nanti

    ReplyDelete
  17. mksu rasa mksu berangan nak gi pangkor dah 8, 9 tahun dah . huhuhu

    anjungan beach resort & spa ya?

    tak tahu bila ni. entah2 tunggu duit epf keluar baru merasa pegi. huhuhu

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,
    Pernah sampai pangkor tapi tak sempat nak jelajah hu huhuhu hu cedihhhh!

    ReplyDelete
  19. KA mmg cukup lama dh x ke pulau ni.. !

    ReplyDelete
  20. rindu dengan laut tapi en. suami tak minat pergi laut.. nanti hitam katanya.. wakakaka.. walhal memasing bukan putih mana pun..

    ReplyDelete
  21. Hmm.. I tak pernah lagi gi Pangkor for bercuti2. Look nice.
    Ok, leh insert one more place for 2014 :)
    Thanks GB...

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D