Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, February 27, 2014

Yang cantik di mata kita tak semestinya cantik di mata orang lain~

Roost Cafe, Jalan Dhoby, JB

Kat umah mak ayah GB yang di Sungai Petani tu, perabot masih ada lagi. Sengaja disewakan dengan perabot sebab malas nak angkut semua pindah Shah Alam. Antaranya kerusi lama yang dah berusia hampir 30 tahun. Ala...kerusi kayu zaman dulu yang kene taruk kusyen tu...

Kalau ikutkan... mak nak jual kerusi tu dulu sebab kite dah ada set lain. Tapi GB tahan-tahan...tak payah la jual. GB asing-asingkan... ada yang GB taruk dalam bilik tidur GB. Ada yang taruk kat ruang tengok TV. Sebabnya GB sayang kerusi tu. Ada kenangan zaman kanak-kanak (masa di Kuantan) di situ.

Dengan kerusi tu la dulu GB buat kubu dan main dengan adik-adik. Mak bertempik sebab bersepah, then kemas balik...tapi tak lama. Lepas tu eksaited nak buat kubu semula. Lepas tu bersepah balik, mak muncul dari dapur dan bertempik lagi. Heheh...Macam tu lah sampai beberapa kali sehari...

*

GB ni sentimental sikit. Penyayang. Sebab tu banyak barang lama kat rumah GB tak bagi mak jual. Tunggu nanti GB nak amik taruk kat rumah sendiri. Satu benda yang GB cari... almari gobok buat simpan lauk yang dulu selalu ada kat mana-mana rumah yang GB pegi. Dulu kat umah tokwan ada gobok tu, tapi lepas tokwan meninggal... gobok tu dah taktau pegi mana. Buaian besi lama yang selalu GB duduk berbuai dengan tokwan pun dah bercerai berai.. Nak mintak takut... nak pasang tak reti. Berkarat gitu je. Sedih pulak sebab kenangan GB dengan tokwan tak banyak mana pun... Kan GB membesor kat Kuantan. Balik Kedah jumpa tokwan pun berapa kali je.

Ada yang cakap... 'Ala...beli je baru...'. Tapi GB tetap rasa yang beli baru tak sama feelnya walau bentuknya sama.

Taktau lah. Mungkin sentimental terlebih sangat kot. Huhuhu~

28 comments:

  1. pandangan kita sama..along suka deco ni...sejuk jer hati tgok....

    ReplyDelete
  2. Betul gB
    Barang lama mmg punya sentimental value...
    Jangan tak tahu
    Kami pun jenis nak buang sayang.. Kumpul2 sampai sanggup sewa rumah simpan barang2 lama..
    Habis tu.. Takda yg lama.. Mana dtg yg baru? Tak gitu?

    ReplyDelete
  3. benda benda lama termasuk perabot tu, kita simpan sebab sentimental value nya...Pernah tgk rancangan Rick's Restorations kat channel History? Saya suka rancangan tu...org hantar barang2 lama yg kalau kita tgk " teruknya keadaan! "...tapi diminta utk di restore semula, demi sentimental value...dan hasil akhirnya...wallah!!

    http://www.ricksrestorations.com/

    ReplyDelete
  4. ms setuju sangat dengan tajuk kat atas tu...eeeh terkeluar topik kah hehehe

    ReplyDelete
  5. sentimental value sebenarnya tiada ganti nilainya...

    ReplyDelete
  6. sama saja peel dgn anak2 akak. bila jumpa kusyen tu pakat buat kubu juga

    ReplyDelete
  7. itulah perangai manusia...tak mungkin sama citarasa...so ikutlah kehendak hati sendiri...baru puas hati..

    ReplyDelete
  8. gobok simpan lauk tu yang jaring kaler hijo tu kan
    kat rumah kampung kita kat ganu ada. old skool sangat. jaring pon ada dah koyak sket

    ReplyDelete
  9. GB, gobok simpan lauk aku masih ada kat rumah tu. Tapi tak simpan lauk dh masa la. Guna untuk simpan bahan kering macam megi ke, nescafe, gula, garam tu semua la.

    ReplyDelete
  10. --yang hensem di hati kita tak semestinya hensem di mata orang laen-- hehehe...

    ReplyDelete
  11. Banyak kenangan lama terhakis di minda akak mungkin faktor umur kot. Lemari lauk tu punya kenangan tersendiri kan GB?

    ReplyDelete
  12. Kerusi kayu yang ada kusyen tu masih ada kat rumah saya. bila nak dekat raya cat balik kayu dia terus nampak baru..

    ReplyDelete
  13. almari lauk tu memang legend,
    kalau boleh simpan dan cat elok2
    memang ada nilai tersendiri :)

    ReplyDelete
  14. Mesti GB ni jenis suka menyimpan dan sayang nak buang barangkan. Hehe

    ReplyDelete
  15. salam hujung minggu dari Bunda..

    ReplyDelete
  16. saya pun jenis sentimental, tp skrg kena belajar jadi kurang sentimental sikit, suami tak suka simpan bahan2 arkib mcm saya...huhu

    ReplyDelete
  17. benda yang menyimpan kenangan memang sayang nak di buang kan?/

    ReplyDelete
  18. benda lamani kalau dijaga meman g cantik tapi kalau terbiartu tak comel dah...
    pandangan orang tak samakan...

    ReplyDelete
  19. Dalam bab ni, kita boleh jadi geng... Akakpun sama macam GB.. Sayang dengan benda2 lama especially arwah abah punya sebab dia kan dah meninggal.. Dia punya typewriter akak jaga dengan elok.. Kalau biarkan, memang dah jahanam dah dikerjakan dek anak2 buah..

    Yang ralatnya sebab almari baju masa zaman tentera dulu dah jahanam masa renovate rumah dulu.. Pekerja tu dok pijak2 dan jadikan almari tu macam tangga... Sedih betul.. Almari tu besar, takde tempat nak simpan.. berhujan berpanas, lama2 lerai la dia.. huhuhu...

    Sekarang ni akak dok jaga kerusi rotan satu set tu.. Banyak yang dah tercabut tapi akak ikat balik.. Mak kata nak buang tapi akak tahan.. Akak kata tu abah yang beli dulu.. So, adik akak ikat mana2 yang dah tak boleh nak paku tu dengan cable tie.. Kusyen yang asal memang dah takde.. Sayang gak kat kusyen tu sebab Dunloppilo original lagi tu.. Nak beli kusyen macam tu sekarang ni memang tak dapat la..

    Lagi satu, set Chess dengan papan Carom yang arwah abah beli masa kitorang kecik2 dulu pun habis hilang dan jahanam.. Semuanya dek penangan cucu2 mak.. Lagipun masa dorang kecik akak kan kat JB.. Jadi takde siapa yang pantau semua tu..

    Ehh, dah macam satu entry pulak komen akak ni.. Maaf ya GB.. Bukan apa, seronok berkongsi minat yang sama... heeeeee...

    ReplyDelete
  20. Lagipun kualiti yang baru dan lama sangat jauh berbeza. Dulu2 brang semua baik2. Besi semua padu dan tebal. Kayu semua tahan lasak. Zaman sekarang, kalau setakat berat badan akak nie, duduk tak menghenyak pun dah jahanam.

    ReplyDelete
  21. betul tu GB...taste setiap org kan bebeza..tapi bila lihat brg2 lama dan klasik ni mmg cantik..

    ReplyDelete
  22. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  23. Js pun teringin nk beli gobok lauk tu...kt mna ada jual ye...hihi

    ReplyDelete
  24. Dah dua tiga kali singgah sini...harini baru nak tinggal jejak.
    barang lama adalah elok di simpan, tak menyesal/teringat2 nanti....makcik pun tercari2 juga 'almari lauk'

    ReplyDelete
  25. memang penyayang jgk.. tapi kalau dah sarat sangat rumah, terpaksa lepaskan pada yang berpatutan..

    ReplyDelete
  26. nilai yang orang lain tak mungkin tahu.. kenangan yang tinggal buat kita sayang nak buang barang yang ada. Selagi ada ruang kita simpan elok2.. ;)

    ReplyDelete
  27. nilai yang orang lain tak mungkin tahu.. kenangan yang tinggal buat kita sayang nak buang barang yang ada. Selagi ada ruang kita simpan elok2.. ;)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D