Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, December 29, 2013

Marah GB, sindir anak menantu orang lain~



GB rasa GB kena marah.

Tapi GB belum lah menantu sapa-sapa lagi. Setakat ni masih solely anak mak ayah. Hehehe.

*

Yang kene  sindir?

Anak menantu orang lain lah!

P/S: Kadang-kadang best jugak kene marah sebab itu tandanya orang care pasal kite. Marah tanda sayang. Eh?? Ye ke? Hehehe...

Monday, December 23, 2013

Eh. Another year end?

Burrito Set Meal, KLCC

2013 rasa macam terlalu pantas berlalu.

Azam pun tak sampai separuh terlaksana. Kawen pun belum. Tetibe dah nak 2014 dah?

Aishhh....

Benarlah janji-janji Allah...

P/S: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Friday, December 13, 2013

KK lagi lahhh!: Part 4 (Jesselton Point, Suria Sabah, Kampung Air Tanjung Aru) - Finally...the final one. Yeah!

1. Conquer jalan ketapi untuk buat photoshoot. Lokasi, dekat je dengan Airportview Hotel, tempat tido kitorang masa malam last
2. Sanggar madu dan keju. Sanggar tu maksudnye pisang goreng
3. Puding kelapa Kampung Salut. Terbaik! Ohsem! Murah!!! RM4 je satu kepala kelapa.
4. Lokan bakar Kampung Salut. Rasa? Tak tau. Tak order sebab baru lepas makan nasik.
5. Airportview Hotel. Dekat betul dengan KKIA2
6. Restoren Ummi Aisah. Dekat Alamesra area One Borneo. Sanggar pisang keju tu boleh dapat kat situ. Food lain? Ohsem jugak!

 Graffiti kat Suria Sabah. Kegilaan orang gila macam GB.


1. Strolling around Kampung Air Tanjung Aru.
2. Dan Jesselton Point, amik-amik gambo.
3. Dan sedikit last minit shopping kat Pasar Filipina.

*

Last day. Ini adalah aktiviti-aktivitinya. GB sum up dengan gambo dan caption je ye sebab penat la nak taip panjang-panjang. Oh...cap rim kete sewa kitorang takleh pasang sebab ada part yang patah. Takpelah, sanggup je bayar penalti sebab buat cap rim orang tercabut.

Tapi tuan kete sewa cakap tak payah bayar apa-apa! Alhamdulillah...!!! Hihihihi...!!

Sebab last minit shopping kat Pasar Filipina tu, maka kitorang balik dengan extra 1 kotak. Alahai...penuh tangan.

Balik time..takde delay. Flight on time. Dan oh...KKIA Terminal 2 adalah sesak gilerrrrr dengan ma'nusia!!!! Haritu masa sampai pun nampak macam "alamak, biar betul KKIA 2 nih..!". Hihihi. (Ni fes taim GB guna KKIA 2.)

P/S: Alhamdulillah. Selamat sampai. Dan looking forward to another cuti-cuti. Yang October dah lepas, kene buat delayed entry dah tuh. Dan yang bakal menyusul baru ada dua tempat tahun depan. Mungkin akan ada lagi 1-2 plan akan GB work out. Dengan travel partner baru, perhaps? Nak join ke? Taknak join takpe, GB gi sorang. :p

Kesian Sekian.

Sunday, December 1, 2013

KK lagi : Part 3 (Pekan Ranau, KK Park, Rumah Terbalik Tamparuli, Pasar Filipina)





Kitorang decide untuk cari rim tu on the way back ke Kundasang. Berharap tu tak la sangat tapi itu last resort sebelum call tuan kete untuk beritau rim kete dia tercabut. Disebabkan tu GB drive slow-slow takut terlepas tempat kejadian, dan geng lain diwajibkan untuk mereport kalau ternampak sebarang benda yang menyerupai rim kat tepi atau tengah jalan. Lori dan kereta lain sabar je membontoti kereta kitorang. Nasib baik diorang tak hon. Huhuhu...

Akhirnya...betul-betul kat lubang yang GB terlanggar tadi, geng yang duduk kat belakang menjerit! Dia kata ada benda macam rim kat tepi jalan, terletak elok kat atas bukit tepi jalan tuh. Apa lagi...terus bagi hazard light, berhenti, dan member keluar berlari ke arah benda yang macam rim itu.

Betul!!! Memang rim kete kitorang! Hahaha syukur alhamdulillah...! Siap amik gambo kenangan lagi! Heheh.

Lepas tu baru senang hati nak sambung jenjalan. Lunch dulu kat Pekan Ranau. Makan nasi padi bukit yang rare (sebab tu first time GB nampak) dan sedap! Lepas dah kenyang kitorang gerak lagi, singgah bergambo kat depan Kinabalu Pine Resort dan sekejap kat KK Park sekadar untuk gi toilet dan amik gambo kat depan dan kat decking tu je. Nak gi Timpohon takut terbabas time nanti. GB kan tak suka drive kat Jalan Kundasang ni time gelap...

Tapi takpe, dah tak stress dah driving sebab rim dah jumpa. Esok kitorang try pasang kat KK. Huuu...

*

Lalu Pekan Tamparuli, dan singgah kat Rumah Terbalik. Tiket masuk harga RM10. Tapiiiii......

Tapi GB tak rasa rumah tu menarik sangat pun. Sekadar semuanya diterbalikkan. Kata diorang rumah asalnya ada kat Kota Belud. Tapi...frankly laa...kalau diorang terbalikkan rumah tradisional Sabah adalah lebih menarik lagi. Memang susah, memang mencabar, tapi kurang-kurang kita puas hati. Ni rumah moden je kot... masuk tak sampai 5 minit, pastu kuar. Diorang tak bagi amik gambo kat dalam, luar je boleh. Kalau kene tangkap kene denda RM100. CCTV merata-rata tapi GB tak tau la function atau tak. Hehehe...

Sekali masuk...cukup kot bagi GB. Mahal tuh RM10 sorang. Mode kedekut. Huuuu...

(Pendapat peribadi GB je ni. Sapa rasa nak pegi, silakan. At least rumah terbalik ni ada kat Tamparuli aje... huuu)

**

Kitorang bergegas balik sebab nak cari masjid. Kalau ikutkan GB nak singgah je kat mana-mana masjid yang jumpa on the way, tapi last-last solat kat Masjid Negeri. Nasib baik sempat. Sambil tu ingat nak caj kamera sekali...bateri dah kong. Sebab kitorang plan nak gi Pasar Filipina lepas Maghrib karang, dan nak makan seafood.

Sedihnya tak dapat pulak GB tumpang caj kamera kat masjid. Huu...tak dapat la amik gambo happening malam-malam kat KK town ni... Maka sebab itu, GB missed nak amik gambo malam kat pasar sebelah Pasar Filipina dan kat tempat seafood. Pinjam kamera member je untuk amik gambo food, tu pun sebab nak elakkan kempunan. Huuuu....

***

Kitorang check in kat hotel yang sama kitorang duduk masa first day sampai. Rest, charge apa yang patut, dan prepare for last day esoknya...

ZZzzzzz......