Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, November 25, 2013

KK lagi : Part 2 (Desa Cattle Farm, Ladang Teh Sabah, Pekan Ranau)




...maka hari kedua di Kundasang berakhir dengan tido bertemankan cuaca dingin menusuk tulang dan bunyi angin yang berderu kencang di luar.

***

Hari ketiga. Kitorang bangun, siap-siap, breakfast dan check out. Mandi dengan air yang dingin macam ais. Kebas satu badan. Tapi best jugak la rasanya. Hahaha. For info, kat Kinabalu Mountain Lodge ni water heater nya hanya dipasang dari pukul 5 petang sampai la 8 malam. Pelik kan? Untuk traveler bajet macam kitorang, water heater tak penting pun. Asalkan dapat tempat tidur dan tempat siap-siap untuk ke destinasi seterusnya, itu dah kira okey sangat! Kalau nak mandi berwater heater tunggulah masa honeymoon karang. Ahah!

(Sebenarnya pasal water heater ni GB dah tau masa booking kat Agoda.com lagi. Tapi kitorang on je sebab murah i.e. RM130 je sebilik. Masa last time kat Kundasang, bilik airnya ada water heater yang boleh dipasang bila-bila masa, tapi lagi murah. RM30 je satu kepala. Hihihi... )

Pagi ni kitorang menuju ke ladang lembu. Alaaa... yang ramai orang cakap macam New Zealand tu. Bagi GB, tujuan ke sana adalah untuk snap snap lagi dan minum susu segarrrrr dari ladang, tapi yang lebih utama lagi adalah untuk amik gambo ladang lembu tu berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dengan puncaknya sekali. Sebab last time pegi, puncak gunung tak nampak dowh! Dannn....impian GB tercapai! Alhamdulillah.... Sangat cantik gunung hari tu, puncaknya nampak clear walau ada awan lalu dan pergi. So next time kalau tak pegi ladang lembu tu pun takpe dah...takde la rasa ralat.

Bagi geng lain, ini first time untuk diorang. So bayangkanlah diorang punya excited tu macam mana.... hehehe.

Cuma...kali ni tengok development macam dah terlalu banyak kat kawasan tu. Dua tahun lepas lebih nyaman rasanya. Hmm...

*

Kitorang gerak ke Ranau. GB tak cadang nak masuk Poring Hot Spring. Sebab umm...kitorang kena turun balik KK by harini jugak. So tak boleh cover semua. Nanti tak puas. Lagipun on the way balik nak singgah rumah terbalik pulak. Sudahnya GB cuma bawak pegi jalan Ladang Teh dan Kampung Luanti. On the way ke Ladang Teh, sebenarnya GB terlanggar lubang kat tengah jalan. Tak perasan! GB dah risau takut tayar pancit ke apa ke lepas terlanggar lubang tu. Sebab lepas langgar lobang tu GB nampak macam ada ring besar tayar bergolek. GB ingat tayar dah tercabut. Lagipun kereta belakang ada hon hon macam nak bagitau something. Tapi lepas keep on driving, takde rasa pelik pun kat tayar. But still... risaunya...tapi harap-harap takde apa la yang buruk berlaku... :(

Lap peluh!

Kat Ladang Teh yang forever macam tuuuu jugak...baru la perasan cap rim kete tu dah tercabut! Terus rasa hilang darah kat muka. Alaaa...cemana ni?? Dah la kete sewa...Kang kene caj rim pulak. Adoi...spoil mood time tu. Nak bersuka ria pun dah tak berapa nak rasa. Terus otak pusing-pusing fikir cemana la nak setel ni?

Oh ye, Ladang Teh Sabah still macam itu jugak. Still less attractive than the one kat Cameron Highlands. Mungkin next time GB kena pegi awal pagi kot, sebab dengarnya time sunrise cantik sebab bergunung dan berkabus. Sunset pun cantik. Hmm..ok la. GB tak putus asa. Cuba lagi next time.

Pastu pegi singgah jap Kampung Luanti. Nak try fish spa. Tapi ramai orang. Kena beratur. Amik nombor. Dan masa terhad. Too commercialized. Last-last kitorang keluar gitu je. Tak rasa enjoy. Lagipun perut dah lapar.

Fikiran terganggu pasal rim pun ada jugak...

...to be continued...

P/S: Kalau takde drama...tak sah ek jenjalan? Ek??

Thursday, November 21, 2013

KK lagi? Nak buat cemana....dah memang suka... : Part 1 (Pulau Mamutik, Tamparuli, Pekan Nabalu, Kundasang)




(Amaran: Entri ni panjang gile kot! Baca dengan risiko sendiri...)

Since GB dah penah cerita panjang lebar pasal jalan-jalan kat KK ni masa last time pegi, maka GB cerita pendek-pendek sudah. Pasal tempat yang GB pegi...boleh baca balik kat entry lepas. Nanti GB taruk link. Kecuali kalau ada tempat yang baru GB sampai, baru GB akan bercerita. Boleh?

Kali ini GB terbang dari Senai Airport, naik Air Asia. Berempat. Tiga terbang dari Senai, sorang terbang dari LCCT. Diorang semua first time ke KK. Dan GB pulak baru tiga kali. Patut jumpa kat KKIA dalam pukul 9.30 malam. Tapi....

Sorang geng jenjalan lambat. Dia sangkut kat jammed kat Jalan Skudai dan GB pulak terpaksa melencong ikut highway yang jauh 2 kali ganda dari jalan biasa sebab jammed jugak. Dalam pada tu GB pulak dok risau geng KL. Dapat SMS, mungkin tak dapat join katanya. Dia busy sangat the whole day. Sampaikan lagi 25 minit nak boarding, dia dalam bas lagi. Kata dia, kalau sempat...sempat la. Kalau terlepas...dia balik umah ja. Aduh... GB rasa nak pitam. Siyes! So on the way tu asyik busy call sana sini sebab nak follow up status. Adoi...mood hampir kena cantas!

Tapi...kitorang semua managed to get to the airport on time! Alhamdulillah. Member KL depart kul 7.25pm gitu. Kitorang pukul 8.20pm. Tapi...flight delay pulak.... 2 jam lebih ok! Rasa bengang pulak sebab baru lepas berpeluh berlengas sebab lari mengejor flight tadi. Huh!

Sampai KK... tengah malam dah. Kesian geng KL. Penat kot tunggu kat airport lama-lama. Terus kitorang amik kete sewa, drive to hotel, check in, dan tido!

*

Esoknya...kitorang check out, gi isi minyak full tank, dan terus gi Jesselton Point. Sampai, cari tiket boat, cari makan dan terbang ke Pulau Mamutik. Terbang pakai bot laju le tapi... hihihi...

Kat Pulau Mamutik ni kitorang snorkeling aje. First time ever GB snorkel ok! Setengah jam jugak duduk aje kat atas pasir sebab takut nak masuk dalam air. Kaki je basah...kepala tak basah pun. Lepas tu try rendam-rendam. 10 minit abis kat situ. Praktis pakai goggle dan praktis bernafas. Slow slow sangat.

For info...GB takut air ye...

Lepas tu baruuu berani nak ke tengah. Rendam-rendam badan. Biar floating. Tu pun kadang panik gak bila rasa kaki tak jejak dan air laut masuk dalam mulut. Yeckkk! Nasib baik teringat GB tengah pakai life jacket, kalau tak sure meraung minta tolong punye...

Takpe...slow-slow...no panic...no panic...

Tup tup sedar tak sedar...GB dah terapung sampai ke tengah rupanya. Leka tengok ikan... batu karang... Oh... Subhanallah... cantikkk sangat! Terus berangan nak snorkel lagi next round kat tempat lain pulak....tapi kene beli waterproof casing untuk camera la. Sebab rugi laaa snorkel tak amik gambo!

Tetiba GB dengar orang jerit-jerit. Uiks...apasal? Terus tengok darat...apa jadi? Rupanya life guard suruh naik atas darat. Hujan! Time tu baru la nampak langit hitam, rasa angin kencang dan ombak kuat. Tapi GB kat tengah laut lagi dan dilambung-lambung pulak tuh! Tu namanya snorkeling tak ingat dunia!

Lepas naik ke darat, hujan turun lebat sangat! Yang pelik semua orang nak berlindung bawah shelter. Padahal tadi memasing main air laut. Ni air hujan tak nak main pulak? Hahaha!

**

Kitorang balik ke Jesselton Point by tengah hari. Lapar balik... Tapi kitorang tak boleh lambat sebab nak drive ke Kundasang pulak, dan wajib sampai sebelum gelap. So kitorang makan kat Tamparuli je. Makan kat tempat yang sama yang macam GB penah makan dulu tau. Kedai sama, menu lebih kurang, harga pun murah macam dulu jugak. Hihihi. Sambil bawak geng pegi jalan dan amik-amik gambo kat the real Jambatan Tamparuli hehehe... Ye laa...kalau diorang drive sendiri sure diorang tak melencong masuk ke Pekan Tamparuli. Sure nye terus ikut jambatan concrete baru tu dan ingat 'laa..macam ni je ke Jambatan Tamparuli?'. Betul tak??

Sempat lagi tuuu beli baju kat Pekan Tamparuli....adey!!!

Rumah Terbalik? Nanti la masa on the way balik... Tak excited nak pegi pun...tengok le cemana nanti. Huhuhu...

***

This time kite sewa kereta dan GB drive. Nak ke sana sini pakai GPS dak Nokia 3210 tu aje. Heheh. Bilik kat Kundasang pulak GB book kat Agoda.com. Masa sampai tu dah pukul 4 lebih. Lambat jugak. Sebab singgah Pekan Nabalu, tengok souvenirs, naik look out tower, makan nenas. Pastu jem sikit kat Jalan KK-Kundasang. Sebab ada kegiatan repair jalan dan melebarkan jalan kat beberapa tempat.

So bila sampai, GB terus ke Kinabalu Mountain Lodge. Mula tu GB ingat Kinabalu Mountain Lodge ni tempat yang sama yang GB tido dulu. Mountain Resthouse. Ingat dia dah renovate dan tukar nama. Dah masuk nak parking pun, pastu bila tengok balik...eh..sama je macam last time datang. Nama pun sama. Silap dah ni... Nasib baik owner dia bagitau mana sebenarnya lokasi lodge tu.

Jalan masuknya adalah 500 meter sebelum entrance ke KK Park ye. (Yang Mountain Resthouse tu pulak 500 meter selepas entrance ke KK Park...). Dari simpang entrance nak ke tempat tu kena drive lagi 1 km ke dalam. Dengar macam 1 km je kan...tapi 10-15 minit jugak baru sampai. Jalan sangat mendaki. Berkerikil. So kena slowww je. Sempit pulak tu. Tapi view cantik di kiri kanan buat driving slow-slow itu sangat menarik!

Sebenarnya...masa first time datang Kundasang dulu...GB tidur kat satu tempat yang GB dah lupa apa namanya. Puas google kat google map... macam jumpa, tapi macam tak betul. Rupanya masa on the way nak ke lodge kitorang tu akhirnya GB jumpa tempatnya. Halleluyah Retreat Centre. Rasanya dulu nama dia lain. Tapi kan...GB punya excited sampai tak sabar pulak nak datang lagi ke Kundasang walaupun time tu memang dah ada kat Kundasang pun! Hahaha.

Tapi...nak tau tak apa yang buat Gb tak boleh lupa tempat ni?

Bangun awal pagi. 3.30 pagi. Tunggu terbit mentari. Awan gemawan dan bukit bukau berbalam sudah semacam pulau di lautan saat disimbah cahaya mentari pagi... View tu GB tak penah dapat kat tempat lain. Situ je! Situ! 11 tahun...11 tahun ok... GB simpan memori tu dan tak pernah lupa malah asyik termimpi-mimpi. Dan next time ke Kundasang, GB dah tau nak tido kat mana! Yeahhh!!!

Akhirnya...kitorang sampai jugak kat Kinabalu Mountain Lodge itu... Sungguh indah view dari situ. Cantik sangat. Nyaman sangat. Sejuk sangat! Dan lepas check in, GB terus cari toilet! Sejuk!!!

****

Lepas solat, kitorang turun. GB nak layan sunset. Nampak tak nampak aje sunset nye, tapi indah sangat. Indah... tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Dulu pun GB penah layan sunset jugak tapi dari tepi jalan la. Lebih kepada kejar sunset time tu. Time tu punye sunset....ohsem! Tapi GB tak dapat capture dengan baik. Nak tengok? Sana.

So this time GB santai aje menyunset. Angin dingin memang kencang berderu. Tapi takpe...sejuk gedi pun GB tak kisah... Terus tunggu blue hour. Sampai hilang semua warna. Lepas tu masuk dalam makan megi. Hehehe.

P/S: Esok punya agenda bermula awal. So tido jom. Sejuk woh!

Sunday, November 17, 2013

Di sebalik ganasnya petir...



...ada orang yang mengagumi kecantikan panahan kilatnya...

P/S: Hari tak mungkin selalu cerah, indah, berpelangi. Kerana awan gelap pasti akan datang. Tapi bila awan gelap pergi, tetaplah kita di situ kerana hari pasti akan cerah kembali. Jangan di ikut pulak awan gelap tu..

Nota: Saya sudah tukar watermark besor ke watermark kecik yerrr...huhuhu

Wednesday, November 13, 2013

Kuching: Not A Cat City (Part 6 a.k.a final) - Morning at D'Puri Spa Village Resort, Another City Walk & Shooting Rainbow from Up Above

Damai Puri Spa and Village Resort, and it's surrounding

Jalan-jalan pusing town, cari souvenirs dan amik-amik gambo

Kenapa saya suka flight siang. Huhuhu~

Finally. Abis jugak entry Kuching ni. Lepas 2 bulan tarikh berjalannya. Adey....

*

Kesimpulannya...

Hari last. Santai amat. Bangun pagi, gi breakfast. Pastu gi main pasir kat pantai. Amik-amik gambo budak-budak riang yang mandi laut pastu suh kite snap. (Layan je laaaaa huhuhu). Pastu siap balik ke Kuching. Singgah beli souvenir lagi. Cari pes laksa Sarawak. And then dihanto balik ke airport. Flight petang... so boleh nampak awan, pelangi laut, tanah dan sungai kat luor. Suke!!!

Sampai je kat Senai dah plan untuk pack for the next trip yang flight nye tak sampai lagi satu minggu tu pulak. Juga ke Pulau Borneo. Hahaha!!!

Sekian.

P/S: Charm Kuching masih terasa. So...sapa nak join GB for next trip to Kuching? ;D

Friday, November 8, 2013

Selingan lagi: Hari yang bagus untuk beli Harian Metro

(Lepas entry ni GB akan abiskan entry Sarawak. InsyaAllah! Heheh!)

Harian Metro hari ini ye.

Rizal, thank you. :D

Dan kawan-kawan yang dah perasan dan wish-wish tu, thank you juge. Hihihi~

P/S: Sambil dah redha pasni muka mungkin akan ada di pembungkus nasik lemak, belacan, buah pelam, sayur, ikan atau jadi pelapik time nak makan. Huhuhu....