Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, October 31, 2013

Kuching: Not A Cat City (Part 5) - City Walk, Sarawak Cultural Village, & D'Puri Spa Village Resort, Santubong


GB kene laju-laju update nih. Dah berzaman entry tak abis update. Lam mim bab betul...huuu...

Ok. Dipendekkan cerita. Hari ketiga. Kitorang agak santai pada paginya. Turun bawah breakfast dengan muka yang macam dah mandi padahal tak mandi lagi. Turun awal la tapi. Dah makan kenyang-kenyang, baru naik atas untuk mandi, siap dan packing sekali untuk check out. Dalam 9.30 cemtu kite dah setel semua, naik bas dan menuju ke bando. 

Konon plan nak gi muzium la..mana-mana laa...tapi ended up dengan ramaiii yang buat aktiviti sendiri sebab kebetulan bas takleh masuk ke jalan muzium sebab tutup sebab sambutan Hari Malaysia. GB rasa ramai yang cari souvenirs. GB pulak lebih kepada jalan-jalan tengok town sambil amik gambo dan sikit aktiviti membeli souvenirs kalau berkenan. 

Lepas tu kitorang naik bas semula dan gerak ke Santubong. Kat sini...ada sikit drama berlaku...

Kitorang sampai time lunch. GB sebenarnya agak tak sedap perut sejak pagi lagi. Tak tau..salah makan atau sebab angin...atau sebab makan banyak sangat sepanjang waktu kat Kuching. Tapi yang penting, time lunch tu GB tak enjoy langsung makan walau budak-budak lain sume cakap lauk dia sedap. Gambar takde snap satu pun. Dan...most of the time GB spend kat toilet sebab muntah.

Lembik... )':

Tapi GB cuba jugak la kuatkan diri, tambah-tambah lepas muntah tu perut dah ok sikit. Pegi jugak la ke Sarawak Cultural Village. Jenjalan masuk umah tu kuar umah ni...tengok architecture dan budaya masyarakat dan suku kaum Sarawak yang berwarna-warni. Pastu tengok cultural show diorang yang GB boleh bagi two thumbs up!!! Best! :D

Cuma cam biasa...kalau pegi sendiri tempat-tempat macam ni GB tak pegi kot. Huhu...

Perut lapar sebenarnya...maklumlah..semalam-semalam makan tak ingat dunia...tup tup harini tak makan...mau tak kebuluran. Mana-mana jajan yang GB jumpa GB beli je. Nak alas perut.

Cepat betul Allah tarik nikmat makan dan nikmat kesihatan...insaf kejap...

Anyway, lepas dah abis jenjalan kat cultural village tu, kitorang pun menapak ke resort tempat nak tido malam ni. Juga tempat nak grand dinner by the sea kononnye malam ni. Beg semua bas dah anto ke sana, lepas tu diorang cabut. E'ehhh...main taruk ke beg orang sesuke ati! Kalau nak tau, ada satu plastik bag souvenirs yang GB beli hilang tau! Dalam tu ada keychain dan fridge magnet untuk bagi kengkawan. Sebab mana nak tau diorang nak buat gitu, GB taruk je kat belakang seat lah. Alih-alih jadi gitu...bising jugak laa GB tapi tak jumpa sampai ke sudah. Grrrr....

*

Kitorang check in. GB redha je lah kalau tak jumpa souvenirs tu. Anggap je dah bukan rezeki. Perut pun tak berapa nak sedap lagi. Rehat jap...lepas tu nak gi pantai. Lagi bagus. Cuaca pun tak panas. Mendung...so takde la burn. Heheh. 

GB tak mandi pantai tapi...Just amik gambo, lari-lari sikit, jerit-jerit lepas tensen sikit, dan amik gambo bebudak lain yang kemain seronok mandi pantai dan lompat-lompat...

Time tu diorang dah setting tempat untuk Grand Gala Dinner kitorang. Meja kerusi, decorations, tempat nak BBQ...suma dah siap. 

**

Pukul 7.30 malam. GB dah siap-siap mekap untuk gi dinner. Sambil pandang-pandang luar sebab GB boleh nampak tempat setting dinner dari bilik. 7.32pm...angin kencang. Pokok kelapa kat luar tu macam nak tumbang ditiup angin. Macam nak hujan pun ada...

Tiba-tiba tengok hujan turun lebat sangat....! Dalam sekelip mata kosong kat luar. Meja kerusi ada la...tapi chef-chef tukang BBQ lesap. Dah angkut barang-barang masuk dalam. Huhuhu...gala dinner kitorang kena buat kat indoor la nampak gayanya...huhuhu...

**

GB masih teruskan aktiviti muntah-muntah sepanjang malam. Makan pun...setakat sayur tu mampu la. Nak ayam sangat, kambing sangat, sotong sangat atau udang sangat...tak mampu. Masuk sikit...kuar balik. Wuwuuw...lembik. Hilang nikmat makan. Wuwuwuuu....

Lupa pulak...hari ini jugak kek lapis yang kitorang order kat Dayang Salhah sampai. Sebenarnya semalamnya kitorang singgah kat Dayang Salhah untuk buat testing dan beli kek lapis. Kalau ramai-ramai gini boleh je place order, bayar, pastu diorang akan hantarkan ke tempat kite menginap. GB beli kek batik red velvet. Sedap seksangat!!!

Ok sambung. So malam tu sebelum tidur, GB telan Gaviscon yang member bagi. Harap-harap esok perut akan bertambah baik. Lagipun esok last day...

P/S: Dari situ, Gunung Santubong sungguh dekat di depan mata. Menurut cerita tourist guide...Gunung Santubong ni ada cerita mistiknya. Mmm... takpelah. Sambung last day next entry yer...



Monday, October 28, 2013

Tanjung Balau, Desaru: Prelude

Sunset

Ye. GB tau. Citer Sarawak tak abis lagi.

Citer Sabah apatah lagi.

Ni dah tetibe masuk citer Desaru. Apecerrr? Hahaha!!!

Sikit-sikit ye kengkawan. Sikit-sikit.

P/S: Bukan tu je. Citer belangkas. Makam-makam. Kota-kota. Bukan sengsorang. Tapi dengan DrSinga, CPL, dak Iyra,  dan Laksamana Bentan tau! :D

Wednesday, October 23, 2013

Kuching: Not A Cat City (Part 4)- Semenggoh Orang Utan Rehabilitation Centre, Jong's Crocodile Farm, Water Taxi




Hari kedua. GB terlepas sunrise. Bilik GB tak mengadap sunrise tapi... Patutnya kalau nak menyunrise GB kene ketuk bilik kawan GB yang mengadap timur tapi kitorang pakat-pakat jet-lagged lah (sangat...! :p)...hihihi.

Siap-siap, turun bawah breakfast. Breakfast kat hotel menu dia macam biasalah. Memang la buffet tapi takde food yang authentic dari Sarawak. Siyesli next time nanti GB datang lagi, memang tak laaa nak breakfast kat hotel. Better keluar cari laksa Sarawak lagi nyaman! Huhuhu.

By the way, kitorang ditidurkan (hewhewhew) kat Four Points by Sheraton Hotel ye...

*

Pastu gerak la kitorang mencari Orang Utan dan Buaya. Tak banyak kot GB nak cerita pasal makhluk-makhluk Allah ni. Cuma nak cerita...kat Semenggoh Rehabilitation Centre tu, kita ada option sama ada nak berjalan dari parking ke tempat bagi makan orang utan, atau naik van. Kalau jalan jaraknya dalam 1km lebih, tapi jalannya naik turun bukit. Semput jugak kot sementara nak tengok orang utan makan. Kalau naik van, cepat sampai. Tambang ada la sikit, macam biasa. Cuma kalau nak kejar masa, GB nasihatkan naik la van. Jalan kaki ni sesuai kalau trip kite lebih kepada santai dan tak terikat dengan itinerary.

**

Kat Jong Crocodile Farm ni ada banyak buaya of course... ada buaya kudung buaya buta buaya muda buaya tua...semua ada. Peak of the show adalah waktu bagi buaya makan. Buaya-buaya beratur dalam air sambil cuba ngap daging-daging yang tergantung merentas tasik. Tukang tarik tali yang mana daging bergantungan tu pulak saje main acah-acah buaya. Suruh kasi effort lebih sikit kot kat buaya-buaya tuh. Apa-apalah...

GB tengok kejap, pastu bosan. Nasib baik ada port cantikkkk sangat kat dalam Taman Buaya tuh. Boleh la kite duduk-duduk amik gambo. Selebihnya..GB tak sabar nak keluar sebab tempat macam tu bukan favourite GB kalau gi jenjalan. Cuma satu perkara nak beritahu...buaya adalah sangat banyak di Sarawak. Kat Sungai Sarawak tu memang banyak buaya sebab itu habitat dia. Kalau ada kes manusia kena baham tu...mmm...nak buat cemana kan. Manusia yang duduk berurusan kat habitat dia la yang kena hati-hati.

***

Petang membawa ke malam..aktiviti adalah pusing-pusing tengok segala jenis bangunan dengan architecture yang menarik kat Bandaraya Kuching ni. Jalan-jalan town, Gambier Street, Kuching Waterfront...etc etc...

Ok pass.

****

Malam. Masa yang ditunggu-tunggu. Semalamnya kan kitorang naik cruise pusing sungai, nampak lah tempat yang happening kat seberang sungai tu. So malam ni kitorang dah pakat-pakat nak baik bot tambang (water taxi) ke seberang sana. Tambang adalah sangat murah. 50 sen je! Tujuan ke seberang sana: dah tentu la makan! Ok la, pengembaraan ke seberang sungai berbaloi. Pengembaraan 2-3 minit je pun! GB dapat rasa nasi goreng dabai. Sedap. Yeay! Dan kawan-kawan lain order mee kolok tapi diorang cakap macam tak bape sedap. Rezeki diorang la kalau cemtu. Huhuu...

Hari yang panjang. Balik hotel baru terasa penat. Esok nak checkout dan menuju ke Santubong pulak...zzz...

P/S: Sepanjang waktu di sana, GB selalu nampak dua gunung yang letaknya jauh antara satu sama lain. Satu adalah Gunung Santubong, dan satu lagi Gunung Serapi. GB teruja sikit tempat yang ada background gunung ni sebab cantik sangat!!!

Wednesday, October 16, 2013

Kuching: Not A Cat City (Part 3) - River Cruise & Seafood at Top Spot




Kuching bertuah sebab ada Sungai Sarawak mengalir di tengah-tengahnya dan juga waterfront yang menarik, di kedua-dua belah tebingnya. Dan tambah menarik lagi, sungai nan sebatang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk Kuching. Dan yang bertuahnya dah tentulah kitorang sebab dapat merasa naik cruise menyelusuri Sungai Sarawak, dapat tengok-tengok view bandaraya Kuching di satu sisi, dan view kekampungan yang ohsem sebab dilatari Gunung Santubong di sisi yang satu lagi.

Sungguh mengasyikkan...dan yang penting, rare. :)

Sebab time tu cuaca memang agak mendung dan berawan tebal, maka GB tak dapat view sunset, malah sipi-sipi cahaya matahari terbenam pun GB tak nampak. Tiba-tiba je langit dah biru nak malam. Huhuhu...

Tapi takpe. Next time insyaAllah...pegi lagi untuk view sunset dari Sungai Sarawak. Boleh?

Masa yang diambil adalah lebih kurang 1 jam lebih. Masa naik cerah lagi. Lepas abis dah gelap betul dah. Tapi time tu jugak seluruh Bandaraya Kuching disinari cahaya lampu pulak. So feeling dia ala-ala romantik gitu. Feeling sorang-sorang pun boleh rasa romantisnya, heheh. Tak caye? Cer try naik sekali. Pastu mesti nak naik lagi. Dan lagi. Dan lagi. ;)

Sebab company GB ni agak besor maka GB tak kenal semua orang. Time tu la nak tegur-tegur sapa staff lain. Boleh kenal-kenal. Mana tau tetibe jumpa orang kampung ke. Dan time tu jugak la nak offer amikkan gambo boss-boss yang pada mulanya terpaksa terima hakikat muka sendiri takkan masuk dalam kamera sebab takde orang nak amikkan gambo. Kisahnya GB ni memahami sebab biasanya kalau jenjalan sorang memang itu la dilemanya. Itu yang jadi kes kene posing sendiri-sendiri depan tripod tuh. Kesian gak kan jadik boss? Eh??

Lepas tu kitorang dibawa makan kat satu tempat ni, Top Spot. Banyak restoren seafood kat situ. Amazingly seafood dia fresh-fresh dan of kos lah sedap kan.. Kat sini je makan sampai nak pecah perut. Mana taknya. Sponsored kot. Hahaha!!!Oh ye, sini adalah first time GB rasa umai Sarawak dan keropok oyster yang besor kuali saiznya. Sayur midin dah tentu wajib ada. Ohsem!

Pastu kitorang dihanto balik ke hotel dan 'dipaksa' rehat sebab esok dengarnya program start awal pagi dan akan berjalan berpeluh seharian sampai la ke malam! GB ikut jerrrr.... ;)

P/S: Tak tau la kenapa...tapi siyes kat Kuching tu bab makan memang berselera sangat!

Saturday, October 5, 2013

Kuching: Not a Cat City (Part 2) - Laksa Sarawak di Kota Sentosa & Bangunan DUN Sarawak

Sarawak DUN Building, inside and outside


Menurut cerita tour guide kitorang, kucing di Sarawak tidak dipanggil Kucing, sebaliknya 'Pusak'. Jadi bermaksud bukan Kucing lah yang dimaksudkan dengan Kuching itu, sebaliknya perkara lain yang tiada kaitan dengan haiwan itu langsung.

Oleh kerana itu, GB langsung tak beli any souvenirs yang ada gambar kucing. Sebab macam misleading. Heheh.

*

Company tempat GB bersuka ria ni ada branch di KL, JB dan Penang. Itu yang di Malaysia. Kawan-kawan tau kan GB keje kat branch JB? Dari JB ada dalam 40 orang macam tu, jadi kite terbang dari Senai. Ada 2 staff dari Penang join grup JB dan sorang staff dari KL pun masuk grup kitorang jugak sebab nama dia masuk last minit. Dari KL diorang ada chartered flight sebab dah lebih 100 orang, so diorang naik kat KLIA laaa...

Group JB yang paling untung sebenarnya...pegi paling awal tapi balik paling lambat. So kitorang ada banyak masa untuk berjimba-jimba di Bandaraya Kuching ni dibandingkan dengan group dari KL. Hahah!

Dipendekkan ceciter...kitorang sampai dalam pukul 9.40am. Mujur tak payah buang masa menunggu mereka yang dari KL, sebab diorang kul 12 lebih baru sampai. Jadi kitorang dibawa sarapan dan check in hotel dulu. Boleh rehat-rehat sebab petang tu nak pegi Bangunan DUN Sarawak. *biasalah kan company trip punya itinerary...hehehe...

*

Breakfast pertama di Kuching...laksa Sarawak kat satu kedai makan di kawasan Kota Sentosa. MasyaAllah ohsem sungguh. Authentic dan memang jauhhhh lagi sedap dari laksa Sarawak versi Secret Recipe yang GB ingat dah cukup sedap tuh!!! Disebabkan kitorang serbu kedai tu ramai-ramai, tuan kedai tu sanggup pegi beli mangkuk extra sebab semua orang order laksa Sarawak!

Sweet kan... :)

Satu perkara yang dipesan oleh encik tour guide...orang kat Sarawak ni slow and steady. Jadi kite kene sabar kalau makanan lambat sampai. Jangan tanya-tanya banyak kali sebab memang mereka slow and steady. Contohnya, kalau ada 5 orang satu meja order makanan...mereka akan prepare sampai semua jenis makanan siap baru akan dihantar ke meja. So far yang GB perhati...macam itulah. Takpe...ikut je cara orang tempatan...betul tak?

*

Lepas check in, rehat jap, then group KL pun sampai dalam pukul 12 lebih. Pukul 3 dah kena ada kat Bangunan DUN. Sebenarnya GB tak amik tau sangat pasal tentative sebab before pegi tu GB gile busy sampai tak sempat nak study tentative program. Ikut je laaaaaa.....

*

Kat Bangunan DUN, selain dari dibawak pusing seluruh bangunan tengok design dan structure, kitorang juga secara ekslusif dapat address note dari Speaker Dun Sarawak sendiri, Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar. Peluang yang rare dan diakui sendiri oleh staff kat DUN tu. Siap boleh bergambar dan dihantar pulang olehnya dengan lambaian tangan.

Personally bagi GB, bukan calang-calang orang boleh jadi Speaker DUN. Orang hebat dan berkarisma sahaja boleh jadi Speaker DUN. Dan beliau adalah salah seorang yang hebat itu. (Walau GB tertido kejap dalam hall, bukan sebab bosan tapi sebab penatttt sangat!)

P/S: Basically banyak tempat kitorang dibawa pegi untuk tengok architecture dan landscape design. Mentang-mentang la akitek-akitek punye trip. Adoi...layan je la kan... next entry kite citer lagi ye.

Friday, October 4, 2013

Kuching: Not A Cat City (Part 1) - Intro



Sebenarnya GB tak plan pun nak ke Kuching tahun ni. Niat memang ada sebab GB nak abiskan pusing seluruh Malaysia sebelum proceed ke negara lain pula. Tetibe July lepas GB dapat tau company nak buat staff retreat ke Kuching.  Atau nama lainnya company trip la...

Jadi kalau bukan kerana peluang yang datang bergolek...GB langsung tak terfikir untuk jejakkan kaki ke bumi Kuching dalam waktu terdekat ni.

Lagipun GB risau jugak pada mulanya sebab takut terclash dengan plan rahsia yang satu lagi.
Syukurlah tak clash. ..maka dapat la GB ke Kuching dengan aman... :D

***

Nak ke sana dengan aman damai memang boleh...tapi nak berasa aman di sana payah sikit.  Sebab time tu workload kitorang banyak sangat!!! Tender la..presentation..construction tengah laju. .sampai rasa sikit lagi macam takmau pegi dah. Time tu kitorang dah tahap stay back kat ofis hari-hari sampai pagi tau. Hari-hari! Termasuk la weekends!

Tapi last-last...pegi juga. Alhamdulillah...

Itu pun nyaris-nyaris give up...

***

GB nak cerita panjang lebar sikit..tapi part by part. Cuma kesimpulan yang nak diberitahu adalah...syukurlah GB dan budak opis lain tak give up dan teruskan je ke Kuching. Penat otak dan badan memang sangat tapi puas hati lah sebab...Kuching adalah ohsem!!!

P/S: Kenapa GB cakap Kuching bukanlah bandaraya kucing? Next entry GB ceciter ye...

Wednesday, October 2, 2013

Bila laa nak update wehhh...?



Yang bebenornye GB bukan tak teringat nak update blog. Tambah-tambah pulak banyak nho citer tertunggak masih tak terbayo lagi.

Cuma siyes GB cakap nih...GB busy teramat sekarang.

Doakan masa menyebelahi GB ye kawan-kawan...tq... :)

P/s: .....