Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, August 27, 2013

Masih Syawal lagi



Sekarang masa untuk bekerja sampai lebam. Dan puasa sampai cukup 6 hari di bulan Syawal. Dan attend open house sampai sendat perut. Dan berjangok dengan baju ala feminin, shawl stail ayu dan wedges (sebab pakaian biasa GB adalah t-shirt atau kemeja dengan jeans atau seluar slack dan shawl lilit ala kadar atau tudung bawal simple, dan kasut yang tak feminin langsung). Dan juga senyum manis-manis sebab biasanya GB serius memanjang kat site.

Bulan depan mari kita berjalan ke sana sini ya... ;D

Kerja kene kasi siap dulu tapi...

P/S: Tadi ad hoc kene ke seberang tambak untuk diskusi dengan seorang arkitek bangsa Jepun yang ofisnya kat tengah-tengah Amara Sanctuary Resort kat Sentosa Island nun. First time drive sendiri kat situ...nasib baik ado GPS Nokia 3210 GB yang tak payah pakai internet tuh. Heheh. Dan debar takut tak lepas sebab passport mati lagi 3 bulan. Syukur la tak kene patah balik tadi. :D

Thursday, August 22, 2013

Ada waktunya, hati mahu berpuitis juga



Mungkin kita keras.

Tapi bukan kerana benci, tapi sayang. Mungkin kerana nak bersembunyi di belakang hakikat dengan harapan agar waktu berpihak kepada kita. Mungkin kerana di sebalik yang keras itu ada kelembutan yang terpaksa dijaga rapi kerana tak mahu digadaikan dengan sebuah harapan yang mungkin kecundang.

Mungkin.

*

Manusia adalah misteri.

P/S: Biasanya kalau post guna bahasa berkias ni jarang dapat komen kat facebook. 'Like' je banyak. Huhuhu.

Tuesday, August 13, 2013

Masih tak jemu


Beraya bukanlah beraya namanya kalau bukan di desa. Sebab tu walau dah gigih drive dari JB ke KL, malam raya pertama tu masih gagah berkonvoi dari KL ke Kedah pula. Kalau nak diikutkan memang penat, tambahan pulak sepanjang bulan puasa ni GB punya energi macam hilang tak tau ke mana. Tapi bila dah sampai...tengok sawah padi, sunrise, Gunung Jerai... dan dan hilang penat!

Dua malam di rumah makngah kat Kampung Batu 18, Yan...GB masih tak jemu menatap Gunung Jerai dari kejauhan dan masih seronok terbongkok-bongkok mengambil gambar padi yang dah tunduk menguning waktu golden hour.

Padi tunduk itu nampak lebih indah sebab masih ada embun yang berkilauan bak intan di daunnya

Lepas tu terdengar suara memanggil dari dapur, suruh masuk dalam untuk sarapan. Sarapan kita adalah nasi putih panas-panas, ulam rebung buluh madu fresh dan sambal belacan, sambal ikan dan ikan masin goreng. Ahh..syurga!

Lepas tu baru bersiap nak pergi beraya pula.

Indah kan beraya di desa? Tambah-tambah pulak sebab masih boleh update gambo kampung masuk kat facebook walau takde wifi...heheh! :)

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ye kawan-kawan. Untuk pengetahuan, GB dah maafkan semua orang dalam hidup GB. Tolong maafkan GB jugak eh. Tengkiu... :)

P/S: GB tak jemu juga nak taruk gambar kampung ni walau dah beberapa kali featured kat blog ni. Kalau nak tengok yang lepas-lepas, silalah tengok kat entri sini , sini, sini, dan sini.