Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, July 29, 2013

Beli baju raya last minit? Stended....!!!

Thank you Nekcik sebab bagi GB gelang dan coin purse yang cantik ni...! :D

Sabtu lepas GB ajak mak gi Tesco Shah Alam sebab nak usha-usha baju Orked by Jovian Mandagie tuh. Excited jugak membelek sebab kat Tesco Bukit Indah kat JB ni takde. Untuk baju berjenama designer, harga dia adalah ok, range dia dalam RM300 (Setakat yang GB nampak la. Ada banyak lagi kot tapi tak abis pusing.).

Lepas tu GB pusing tempat t-shirt dan beli 2 helai t-shirt kaler hijau dan purple yang berharga RM12 sehelai. Hahaha!

Baju raya? Belum beli lagi. Mungkin akan end up macam tahun tahun sudah. Grab je mana yang sempat kat kedai dan mix and match. Istilah buat baju raya berenda labuci bertema adalah tak pernah wujud bagi GB. Cuma tahun ni ada yang sarankan GB pakai baju kurung moden. Baiklah!

P/S: GB memang cerewet sikit bab baju. Sebab tu baju tak banyak. Selalunya pakai sekali je, lepas tu bagi adik. Ada beberapa pasang je yang GB betul-betul berkenan dan pakai sampai lunyai. Satu lagi, masa memilih tu GB suka bayangkan, adakah GB akan pakai untuk kali kedua dan ketiga dan seterusnya tanpa orang perasan kita pakai baju yang sama? Kalau jawapannya mungkin ya, GB letak balik, tak beli. Kedekut pun ya kot? Hahah!

Thursday, July 25, 2013

Untuk Kakak

Untuk Kakak. Handheld. :D

Semalam stay ofis sampai pukul 2 lebih. Mata tak mengantuk walau dah dekat pukul 4, sebab minum kopi agaknya...lepas pantang 14 hari. Pagi ni pulak bangun pukul 5 pagi dan berjaga sampai sekarang. Malam lak nak balik KL. Johor tak cuti Nuzul Quran, tapi GB ingat cuti, sebab tu book tiket balik malam ni. Kene la apply leave....

Busy pun still nak tembak bulan tapi...

P/S: Ada orang racun suh angkat sebijik DSLR. Macam dah ter'racun' nih. Tapi GB stillllllll akan konsider beli lens baru untuk dak GF3 tuh apart from angkat sebijik DSLR. Sebab besor gabak susah nak angkut invisibly ke sana sini lahhh~

Wednesday, July 24, 2013

Untuk awak

Untuk awak. Handheld. :D

Semalam tembak bulan. Haruslah boleh tak perasan setting resolution kecik. Maka, tak boleh dibesar-besarkan sangat kalau tak nanti pixel pecah. Malam ni kite try tembak lagi ye...


P/S: Sori. GB tak sempat reply komen dan return visit. InsyaAllah soon. Bz amat ni sebab sume nak kejo sebelum balik KL esok malam. Wewww!!!

Saturday, July 20, 2013

Drama minggu ini. And oh, he's taken. Next!

Desserts Trio at Fullhouse Cafe, Wangsa Walk

Awal minggu ini GB dan the whole office dah dikejutkan dengan satu berita tergempar. GB dan colleagues lain yang lebih senior dah dengar agak awal, jadi untuk elakkan sebarang panik GB kene la explain kat bebudak lain. Sebab cemana-cemana pun kerja kene berjalan macam biasa. Kelam kabut jugak sebenarnya. Dengan nak ada presentation la, submission, tender, site lagi. Tapi things are rectified pretty fast. Hari yang sama jugak top management dari KL datang untuk betulkan keadaan. Pantas.

Lepas semuanya settle, GB borak jap dengan orang admin dari KL. Kitorang dapat really really good news pulak lepas tuh. Semuanya macam dah tertulis. Macam drama sangat! Segala ujian. Dan rahmat. Terutamanya kepada budak-budak yang kekal bertahan dalam pressure kerja yang macam nak gila ni. Dalam bulan Ramadhan pulak tu... alhamdulillah... syukur. :)

A blessing in disguise. :D

Harap-harap takde dah drama lepas ni. Well, tak lama lagi GB nak gi Borneo. Jenjalan je pun. Tapi tak sabar nih!

Drama lain; he's taken. The Ducati guy, remember? Tapi GB tak kecewa sebab kisahnya baru dua hari je pun. Hahaha!

P/S: Tetiba banyak la pulak cuti nak apply nih. Dah la GB jenis yang jarang amik cuti. Huhuhu~


Monday, July 15, 2013

Kisah dia yang kacak dan tinggi dan tegap dan...tapi...



Ok. Gini.

Dia Kacak. Tinggi. Tegap. Alim. Bijak. Manis. Baik. Dan menunggang Ducati.

Tapi tang perut nampak macam buncit dah kawin.

Ok.

Pangkah.


Selamat berpuasa!!!

P/S: Harini contractor ajak berbuka buffet kat hotel. Dah lepas toll, tetibe ada call in dari opis. Urgent. Terus u-turn. Takpe, beli sendiri dan berbuka kat opis pun rezeki jugak namanya. :)

Monday, July 8, 2013

Draft yang yang akhirnya di'published' jadik entri



Banyak jugak draft yang GB save je tak publish sebelum yang ini. Blank tetibe. Tapi nak update. Boleh?

*

So, kite terawih esok!

Selamat berpuasa kawan-kawan. Mari puasa secara menyeluruh. Puasa mata, mulut, nafsu. Itu biasa. Ada yang lebih lagi yang kite harus buat. Puasa dari tulis benda yang bukan-bukan. Puasa dari melihat yang bukan-bukan. Puasa dari menayang yang bukan-bukan. Juga puasa dari berbelanja yang bukan-bukan.

Mari jadi contoh umat terbaik yang sepatutnya kita jadi. Slow-slow pun takpe, asalkan buat.

Setuju? :)

P/S: Tiba masanya GB pun kene lapangkan hati untuk memaafkan mereka yang berkenaan. Forgive and forget. Buang segala persangkaan dan sifat negatif. Absorb yang positif-positif aje. Kawan dengan orang yang positif aje dan belajar dari mereka. Dan GB minta maaf minta ampun andai ada yang tak senang dengan  kenakalan/kejengkelan/keberlagakkan GB atau atas apa sebab sekali pun. Ek? :)

Monday, July 1, 2013

365 Hari Yang Penuh Cinta


365 hari yang lepas, GB drive dak pepel sorang-sorang menuju Selatan, meninggalkan cinta-cinta hati yang dah lama setia menemani di KL. Demi satu penghijrahan. Selepas diuji dengan segala ujian yang tak pernah GB terfikir GB akan hadapi selama ini.

Orang fikir GB berhijrah kerana cinta hati ada di sana (seperti kebanyakan orang, mungkin). Tapi tidaklah. GB sengaja mahu mencabar diri sebenarnya.

GB selalu percaya kalau kita berhijrah, maka Allah akan lorongkan kurnia dan rezeki seiring dengan penghijrahan itu. Dah rasa. Sedang rasa. Dah jadi pun. Syukur. Syukur sebab Allah beri ilham dan keberanian untuk GB buat sesuatu yang luar dari biasa. Pulangannya ada dan haruslah share dengan yang memerlukan kerana ada bahagian untuk orang lain juga di dalamnya. InsyaAllah.

*

Dan dalam 365 hari ini jugak, GB cuba menjelajah ke seluruh pelusuk JB dan daerah lain. So far cuma sempat sampai ke area UDA, Bandaraya JB, Danga Bay, Nusajaya termasuklah Kota Iskandar, Legoland dan Puteri Harbour, Gelang Patah, Pontian, Tanjung Piai, Kulai, Senai, Sedenak, Mersing, Tanjung Leman, Pulau Sibu, Seri Alam, Masai, Pasir Gudang, Segamat, Bukit Kepong, Muar, Pagoh, Stulang. Err..mana lagi ek?

**

Pun begitu, tinggal di sini pun ada ujiannya. Adatlah bila deal dengan manusia yang susah nak dipuaskan hati. Kite pulak pompuan. Bujang. Orang berkelana pulak tuh. Kadang tu meletup jugak sebab geram. Tapi takpe. Sekejap je meletup sebab selebihnya cinta mengatasi segalanya. Pengalaman macam tu buat GB cuba apa sahaja asalkan aura positif sahaja yang mengiringi GB. Aura cinta.

Ya. GB rasa ada cinta yang kuat di sini. Cinta itu GB rasa sejak bulan pertama bekerja lagi. Dan yang manisnya, sampai sekarang cinta itu masih ada.

Semoga cinta itu akan berterusan untuk 365 hari akan datang. Dan seterusnya. Dan semoga ada suatu pengakhiran demi sebuah permulaan.

:)

P/S: Sebagai seorang pemakan sejati, GB juga enjoy makanan kat sini. Laksa Johor, kacang pool, jelly ice, rojak Asma, mee rebus tulang, air katira, tauhu bakar, lontong kering, nasi ambeng - ada yang GB tertinggal ke? Aha, cuma belum jumpa sup tulang merah dan murtabak singapore yang sedap je kat sini.