Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, June 24, 2013

Sibu Island Excursion - Day 2

Kemuncup (Chrysopogon aciculatus Retz)

Hari kedua. Hari last. Kitorang tak sunrise sebab side pantai yang ini tak nampak sunrise. Kalau nak tengok sunrise kene trekking ke sebelah satu lagi pulau. Encik guide semalam cakap dia boleh bawakkan ikut shortcut kalau nak sunrise (upon request katanya...hewhewhew), tapi since kitorang cuma ada slipar dan skirt kembang (GB lah), maka takpelah. Tempat lain pun boleh tembak sunrise kot. Hehehe...

Kitorang gi breakfast dulu, lepak lama sikit. Lepas tu pegi menjelajah pulau. Jelajah setakat yang boleh lah. Banyak betul kemuncup kat pulau nih...isk. Habis skirt kembang GB tangkap kemuncup. Takpelah, balik karang boleh cabut. Hahaha.

Aktiviti pagi tu adalah bergambar dan berlakon dan buat drama. Haha! Kitorang tak mandi laut ye...takut hitam! Pastu checkout. Simpan beg kat kaunter, conquer hammock lagi, main carrom, dan buat la apa yang patut sementara nak tunggu feri sampai. Kul 3 petang balik...kul 3.30 sampai Jeti Tanjung Leman.


Maka berakhirlah cuti kitorang yang 2 hari itu. Tapi tak berakhir kat situ je tau! Kitorang proceed ke Kuantan pulak lepas tuh. Tidur semalam. Esoknye attend kenduri kat Bukit Setongkol. Pastu balik KL. Ahad balik JB pulak.


Sekian la pusing-pusing separuh Semenanjung versi Jun 2013... :)

P/S: So, where to next? Pulau? Highland? Obesi? ;D

Saturday, June 22, 2013

Sibu Island Excursion - Night 1


Khamis, 13/6/2013

Lepas sunset, kitorang lepak jap tepi pantai sampai betul-betul gelap. Nak tunggu pukul 9 malam sebab nak join Moonlight walk, tapi cam lambat lagi je. Baik pegi makan jap. Pegi cafe, belek menu je nak dekat 20 minit sebab nak order benda yang cepat siap, sebab takut tertinggal ketapi. Tapi last-last bende yang cepat siap banyaknye takde, kecuali mushroom soup. Boleh laaa dari takde, buat alas perut.

Pukul 9 startlah kitorang berjalan dalam gelap pusing pantai, meredah kemuncup dan patah balik ke pantai. Time ni excited memasing nak tengok Bioluminescent Ostracods atau 'blue sands' atau 'sea firefly'. Benda ni dibawak dari laut ke pantai dan akan melekat kat pasir di gigi air. Kalau tengok betul-betul, akan nampak cahaya warna biru berkerlipan kat pasir. Boleh amik dengan tangan. Tapi kalau pakai lampu suluh, kite takkan nampak kerlipan cahayanya. GB cuba amik gambo tapi fail sebab tripod tinggal kat kaunter. CPL dapat capture a few times tapi... :)

Oh. Kat sini ada cerita kelakar sikit. Guide yang bawak kitorang pada mulanya budak pompuan. Lepas tu separuh jalan guide lelaki ni take over. Dia la yang bawak kitorang gi tengok blue sands kat pantai. Sekali imbas, nampak macam someone yang GB familiar dan terfikir pulak nak kenal. Terfikir je pun. Tetibe encik guide macam melekat dengan kitorang berdua. Macam kitorang berdua je yang nak tengok blue sand, macamlah orang lain taknak tengok. Eh? Kelakar Parah nih.

Pastu kitorang berdua nak stay, nak amik gambo bintang. Bintang sungguh banyak di langit yang tak berawan. Best sangat! So GB dan CPL nak gi amik tripod dulu kat kaunter. Encik guide tuh ekhem tetibe nak belajar amik gambo bintang kononnye. Hahahaha! Maka temanlah kitorang ke kaunter dan patah balik ke pantai pun dia ikut. Sungguh-sungguh nak belajar amik gambo bintang ye?? Sungguh-sungguh jugakla mengajo sampai patah tripod GB! Huwaaaa!!!!

Kitorang sengih-sengih sesama sendiri bila dia tanya itu ini.  Berdua je ke? Adik beradik ke? Berapa malam kat situ? Bilik nombor berapa? Jaga-jaga tidur malam, ada banyak creatures. Katanyalahhh.... Amboi amboi amboi...

Takpelah...terima kasih sebab teman kitorang memblue sands, membintang dan mengumang-umang di tepi pantai ye. Dia ajak karoke, tapi kitorang balik bilik ah nak rehat! Dan nak cabut kemuncup!

Umang-umang di bawah cahaya lampu torchlight encik guide. :D

P/S: Aktiviti malam kat sini yang itulah. Moonlight walk dan karaoke. And tripod murah GB dah terkubur di sana.... sobs! Nasib baik GB bawak satu lagi tripod yang DrSinga bagi dulu. Dan satu lagi...be careful of what you are wishing for. Kita tak tahu bila waktunya hijab langit terbuka luas. :)

Wednesday, June 19, 2013

Sibu Island Excursion- Day 1

Sunset tak jadi. Pulau Sibu. 

Khamis, 13/6/13

Kitorang gerak dari JB pukul 8 pagi. Sampai Tanjung Leman pukul 10.30 pagi. 2 1/2 jam jugak makan masa. Terus beratur untuk check-in ferry, amik boarding pass, dan tunggu ferry gerak pukul 11.30. Kul 12 sampai ke Pulau Sibu! Wew!!!

First of all, check in lah kan. Then check apa aktiviti yang ada. Kitorang takde plan nak buat activiti extreme macam snorkeling ke (extreme ke masalahnya? Huhuhu), instead nak aktiviti yang leisure je. Sambil menembak. Sambil merayap. Hihi.

Antara aktiviti yang ada....jungle trekking, moonlight walk, snorkeling, karaoke, etc. Ada swimming pool, gym, flying fox, mini zoo..pastu ada lagilah. Just klik je kat link kalau nak tau lebih. Kitorang nak join moonlight walk. Pastu teringin jugak join jungle trekking tapi sport shoes takdak. Ada slipar je memasing. Ahaha.

Then jenguk bilik, rest jap, pastu grab glasses dan hat dan terus kuar cari makan. Harga makan dan barang lain di Pulau Sibu adalah TIDAK murah ye... Lepas makan kite pegi merayap tengok apa yang ada. Kite kacau rusa dan anak kambing dan burung merak dan ayam turki di mini zoo dan lepas tu titorang jumpa hammock tepi pantai! Dan terus conquer! Hahaha!

Sambil bercerita dan amik amik gambo, sedar tak sedar hari dah petang. Balik la dulu kan. Solat dan rehat jap kat bilik. Kulit pun dah agak sunburned dah, tapi takpe! Sebab petang tu kitorang nak tembak sunset. Can't wait! Heheh.

*Ada call in dari contractor tapi GB malas nak angkat. Orang tengah cuti lah!



P/S: Tapi sunset kitorang tak berapa nak sunset sebab awan tebal di ufuk Barat. Takpelah. Bukan rezeki. Tapi lepas tukar port, kitorang lepak tepi pantai sambil layan blue hour dan amik gambo lagi. Owhhh...rindunye momen tu.... :)

Monday, June 17, 2013

Prelude: Lots of mmuahhh. By the sea. ;D

CPL dan GB. Kalau orang tanya kitorang ni adik beradik ke..kite iyekan aje...

We packed our bags. And hat. And glasses. And sunblock. And smiles as sweet as honey. And lots of stories.

Pergi menuju ke suatu tempat yang sekarang ni hati kitorang dah tertinggal di sana.

*

Juga ada cerita tentang pertunangan yang sempurna. Next-next entri lah GB stori mori yekk...

**

Ini baru prelude.

P/S: Still ada that strange yet nice feeling, especially bila orang tanya cemana kitorang kenal? Hewwww~
P/S2: Kalau kebizian ini berterusan...nampak gaya macam sebulan 4 entri je la yang kuor...hewww..

Monday, June 10, 2013

Menghitung hari part 2


Lagi sebulan, puasa lah kita. Lagi sebulan jugak (kurang sebenarnya), genaplah setahun GB merantau ke tempat orang ni.

Frankly GB dah boleh adapt. Kite balik kampung melawan arus. Aha, cool! Dan disebabkan tu, GB rasa JB ni best. Better than KL in some parts. Ada la gi jenjalan tapi masih banyak tempat tak terpergi lagi.

GB yang lama masih ada. Itu tak mungkin berubah walau di mana kita berada. Akar kita tetap sama.

GB pun tak tahu berapa lama akan duduk di sini. Mungkin lagi 2-3 tahun, atau mungkin akan terus bermastautin. Mungkin. Kalau ditakdirkan akan terus bermastautin, GB tak menolak. Kalau tidak, then GB anggap hijrah adalah yang terbaik untuk GB, seperti mana yang GB pernah buat sebelum ni.

Tapi untuk sementara waktu ni, biarlah GB jatuh cinta dengan JB dan orangnya dulu. :)

P/S: Sementara tu, mari fikir apa nak pakai Khamis dengan Jumaat nih! ;D

Sunday, June 9, 2013

Menjejak Sejarah di Balai Polis Bukit Kepong

Yang belah kanan tu dapur. Setiap section dalam bangunan ni ada dapur, meja dan tingkap kecik macam dalam gambar ni. Menurut cerita pakcik tukang renovate, ini untuk membolehkan anggota polis mengawal persekitaran melalui tingkap tu, dan masih boleh buat aktiviti memasak. Zaman dulu susah, tak macam zaman sekarang. Hal keselamatan dan pengawasan bukan perkara yang boleh dianggap ringan. 

Seperti yang GB dah cerita kat entri ni, mehla GB share sikit pasal Balai Polis Bukit Kepong. Kalau nak diikutkan, dah lama GB nak ke sini. Everytime filem Bukit Kepong tu keluar kat TV, tiap kali tu jugak rasa nak menjejak ke tapak tinggalannya. Dan kali ni GB bernasib baik sebab perjalanan dari Bekok ke Pagoh melalui Bukit Kepong, maka singgahlah kitorang.

Rasanya ramai kengkawan lain dah cerita pasal Bukit Kepong ni. Dan latest, kawan baik GB dah cerita dalam entrinya kat sini. So boleh bukak dan baca dan tengok gambar. Biarlah GB taruk gambar yang GB tak penah jumpa kat tempat lain lagi. So far. Kalau ada, tolong kabo ye. Heheheh~

P/S: Terasa nak tengok balik movie Bukit Kepong?


Friday, June 7, 2013

Once upon a time. :D


Cam tak yang mana GB?

Kalau tak cam sila klik sini. Hek hek!

P/S: Just to recall cerita Hong Kong GB, kat links ni - Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10.

Sunday, June 2, 2013

Air Terjun Bekok



Haritu kan masa cuti Hari Wesak, GB dengan budak umah pegi piknik kat Air Terjun Bekok. Kitorang pegi bertiga sebab lagi sorang balik kampung. Nama sebenarnya Hutan Lipur Sungai Bantang, tapi sebab letaknya kat Bekok makan senang orang panggil air terjun Bekok aje.

So kitorang siapkan bekalan untuk piknik. GB buat laksa goreng. Yang jadi laksa goreng tu sebab masa beli bahan kat Tesco, kompiden ingat ada bihun kat umah. Sekali balik tengok yang ada tu bukan bihun, tapi laksa. Laksa pun laksa lahhh...

Dak umah goreng keropok, nugget ayam, pastu bawak jajan untuk diabiskan time piknik nanti. GB pulak yang paling penting tripod dengan tapaknya, dengan ND filter, dan of kos kamera lah. GB tak niat nak mandi pun, so takde pulak bawak baju spare. Towel kecik bawak tapi..

Maka kitorang pun gerak. Jauh juga nak ke situ. Kene ikut highway, masuk susur Yong Peng Selatan, menghala ke arah Segamat. GB ikut GPS je so nak bagi direction tu dah ingat-ingat lupa. Tapi sebelum sampai ke simpang air terjun yang sebenar, ada satu simpang masuk ke Empangan Bekok. Jangan masuk yang tu tau. Memang tak jumpa la air terjun nya...

Lepas Zohor kitorang sampai. Dalam sejam setengah jugak amik masa. Cari port yang takde orang, bukak makanan pastu makan! Laksa goreng GB tergoreng banyak pulak. Maklum laa, biasanya goreng kat umah untuk perut-perut piranha memang la banyak, heheh. Ni bila dok dengan kawan-kawan, terbiasa buat macam tu. Tu pun GB dah edit banyak tuh.

Takpe. Yang tak abis kite simpan. Sementara budak lain dah pegi main air dan cabut-cabut pacat, GB pasang tripod dan attach ke kamera. Pacak dalam air. Shoot. Owh..heavennye weekend macam ni. Pasal pacat GB tak risau sebab pegi mana pun pacat taknak gigit GB. Darah pahit agaknya. Huu. Tapi bila rasa gatal-gatal kat kaki tu seriau la jugak. Ngeee...

Port kitorang lepak tu tak nampak pun air terjunnya. Mungkin kene jalan ke dalam lagi baru jumpa kot.

Dalam kul 5 lebih tu kitorang dah gerak pulang. Tapi belum pulang lagi. Nak singgah umah makcik member kat Pagoh dulu. So ikut jalan lain. Pakai GPS juga...huhuhu. Yang bagusnya, lalu kat Balai Polis Bukit Kepong. Singgah....! GB rasa apa yang kitorang tengok kat situ, kawan-kawan lain tak penah tengok lagi. Mungkin la. Nanti next entri GB cerita apa yang GB jumpa. :)

Nak dekat pukul 7 baru sampai Pagoh. Jauh jugak rupanya ikut jalan tu. Next time better patah balik ke Segamat, ikut highway dan ikut susur Muar/Pagoh. Tapi kalau patah balik ke Segamat tak lalu la Bukit Kepong...

Masa kat umah makcik member tu, GB perasan seluar kat betis ni ada kesan tompok macam darah. Tapi GB ignore sebab ingat mungkin tanah kat air terjun tadi tu ke tercalit kat situ. Member pun perasan. GB cek tapi takde pun. Tanah lah kot. Laksa goreng yang lebih tadi GB bagi kat anak makcik member. Dia panaskan. Bila Maghrib je penuh la budak-budak balik dari bermain, tetibe memasing senyap je kat dapur. Bila cek tengok buat apa, rupanya memasing tengah makan laksa goreng kite....hahaha!!! Sedap katanya. Ngeee...

Malam tu jugak kitorang balik JB. Tak tidur situ pun. Sampai dalam pukul 10 lebih. Bila sampai umah, tengok tompok tu dah jadi dua. Bila tengok betul betul, eh, ade kesan gigit dan darahnya masih mengalir keluar. Pacat punye keje rupanya!!!!

P/S: Pasni nak gi pulau pulak. Wew. Tak sabar!!!