Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, April 30, 2013

Chini. Mereka. Dan GB si gadis pingitan. Lebih kurang lah.

Trust me.

Nothing can stop the fun. Not even a pair of baju kurung cotton.

Hay na? :D

GB tengah menyumpit

Penyumpit paling terer. Huhuhu~

Boating.
Kitorang yang gila. Tapi sila fokus kat kabus-kabus kat belakang tuh. GB hilang banyak kalori sebab shot ni. Bape kali try baru puas hati. Member berdua tu dah ready aje nak posing. Tripod taruk atas tangga, set timer 10sec, GB terus lari ke jeti dan join dan pose. First few times tu asyik tak balanced jer! Composition kelaut! 


P/S: Entri ke nih? Entri lah ni kan? Layan kan je la. Esok 1 Mei lagipun. Bila lagi nak mengarut, kan? Selamat bercuti kawan-kawan! :D

Monday, April 29, 2013

Chini. Sunrise. And the price? Still priceless. :)

The precious Golden hour. Mahal nih!

Mari mengupdate entri terperam. Heheh.

GB tunggu lagi sampai betul-betul gelap, lepas tu baru gerak balik ke dorm. Nak tau kenapa GB tidur kat dorm, sile baca balik entri ni ye... :D

*

Balik tu, kitorang lapar. Nasib baik ada lauk kenduri yang dibekalkan member dari Felda Keratong tu. Sedap tu. Ada nasi jagung. Ayam masak merah. Tapi kitorang takde pinggan. Bekas lain apatah lagi. Lupa pulak nak mintak pinggan polisterin kat cafe. Sudahnya kitorang makan je beralaskan plastik. Alhamdulillah...kenyang amat... Huhuhu...

Tidur malam mimpi indah tuh! Hahaha!!!

**

GB dah target nak tembak sunrise esoknya. Dan esoknya GB bangun awal, pakai baju kurung cotton dan keluar awal ok. Feeling gadis pingitan betul! Port yang sama. Kat jeti tu jugak. Nampak tak nampak sangat la tapi okey la. Mendung lagi pun...hihihi~

Tunggu sampai cerah. Puas hati? Of kos lahhh puas hati. :)










Then kitorang gi brekfes. Cadangnya dalam kul 12 gitu nak gerak balik dah. Sebab taknak sampai lambat sangat kat JB. Lagipun balik kitorang nak ikut Mersing (weehoo!!). Tetiba lepas breakfast boleh pulak tersangkut amik pekej naik bot 1 1/2 jam. Caj adalah RM80 per boat. Boating pusing tasik, masuk anak sungai, patah balik, pi kampung Orang Asli pulak, menyumpit bagai dan patah balik ke resort. Patutnya 1 1/2 jam, jadik 2 jam pulak. Tapi takde extra caj, so kire oke lah. Fun! Siyesli! 

Ehem. GB gi boating menyumpit bagai tu semua dengan baju kurung cotton itu la. (Ada orang tu cakap orang gila je gi boating pakai baju kurung. Fine.... :p). Huhuhu~

P/S: Balik time. Kitorang ikut Mersing. Pukul 3 petang baru check out. But going back, GB tak drive. Member yang drive. Malam baru sampai. Sampai umah with a big big grin. Terima kasih kat kengkawan sekepala segila GB tuh. Looking forward to a bigger grin next time! Soon!  :D

Saturday, April 27, 2013

Chini. Sunset. Priceless

Hues of sunset

Cerita GB, takde lain. Bizi manjang this lately. Nasib baik masa ada yang sudi menjenguk blog GB walau dah makin berkurangan. Hihihi. Tengkiu kawan-kawan.

Tapi nak cerita gak sikit.

Haritu kan masa gi Tasik Chini, GB dengan geng boleh kata main gamble je. Sebab... 1) Kitorang tak sure pukul berapa nak gerak dari Felda Keratong. 2) Cuaca mungkin tak mengizinkan. 3) Kitorang mungkin penat.

Tapi last-last lepas malas nak fikir panjang, kitorang redah je. Bilik tak book pun. Just bawak baju beberapa pasang. Itu pun baju GB yang patutnya nak pakai masa bersantai tertinggal pulak, yang terlekat cuma baju kurung cotton. Aiseh...

Tapi takpe. Kalau terpaksa, GB fikir nak singgah je memana membeli baju sehelai ke...hihi. Tapi sedar tak sedar GB drive dari Felda Keratong sampai ke Tasik Chini tanpa berhenti mana-mana pun. Lebih kurang sejam. Jama' ta'khir pun buat kat surau Lake Chini Resort aje. Alhamdulillah tak terbabas waktu.

Lepas tu tanya chalet, ada kosong tak? Rupanya penuh. Puncanya sebab sebelah tu aje ada kem PLKN, so bila weekend meriah la resort tu dengan mak ayah pelatih. Selain tu ada jugak serombongan pakcik dan makcik Persatuan Pesara pun banyak jugak yang memenuhkan bilik-bilik. Yang tinggal cuma dorm. Takpe, kitorang fikir dulu.

Mula tu ingat nak ke Felda Chini yang berdekatan, sebab situ memang ada homestay. Tapi setahu GB homestay situ memang selalu penuh. Kalau nak kena book dulu.

So kitorang conquer surau dan jadikan tu port berbincang. Nak balik...dah petang. Lagipun nak drive kat jalan tu gelap-gelap adalah bahaya sebab jalan tak rata dan mungkin jugak hujan. Plus penat driving tadi pun tak hilang lagi. So lepas bincang-bincang, kitorang setuju tidur je kat situ. Dorm pun dorm lah!

Lepas bayo deposit, kitorang check in. And to our surprise, dorm yang ada 10 katil tu takdelah rupa macam dorm sangat pun. Dari luar nampak cam chalet biasa. Bilik air kat dalam. Ada plug point. Kipas. Bantal selimut semua lengkap. Kire okelah! Dah le satu kepala RM25 je! Murah kan??

Lepas check in, mandi segala...kitorang keluar. GB angkut kamera dan tripod. Menghala ke jeti. Sunset. First time kat Tasik Chini.

Priceless. :)

P/S: Nyamuk banyak. Tapi kaki taknak berganjak walau malam dah mengambil tempatnya. Tenang. Rasa hilang segala beban di kepala. :)

Thursday, April 25, 2013

Kan ku terus mencari sampai Tanjung Piai. Gittewww... :D

Boardwalk ke hujung benua


Ahad lepas, lepas puas menggugel tempat-tempat best yang boleh dijelajah kat sekitar JB ni, akhirnya GB dan member decide nak ke Tanjung Piai. Lama dah plan nak ke sini, tapi Ahad lepas sebenarnya benda tu jadik something unplanned that worked. Takpelah. Plan lama-lama pun selalunya tak jadi pun kan? Yang redah tu pulak yang menjadi biasanya.

Mujur dalam bab ni GB ada member sekepala segila. Eheheh.

Tapi, kenapa Tanjung Piai ek? Ala..senang je. Mesti la sebab nak jejak kaki kat Penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia. Cool kan?

*

Pegi sana macam biasa, pakai GPS. Tapi to be frank signage yang ada adalah agak efektif, jadi kalau tak pakai GPS pun insyaAllah boleh sampai takde sesat. Sampai sana dalam kul 5 lebih. Beli tiket. Amik-amik gambo kat landmark depan tu guna kamera pinjam, then Asar dulu, pastu jalan meredah hutan paya bakau. Redah ikut boardwalk ajelah.

Tiket sorang rege RM5 ye.

Dari Kompleks Pelawat, boleh jalan ke tip of Mainland Asia tuh. Jalan lebih kurang 635 meter, sampai la ke hujung benua tuh. Tak terasa macam berjalan sejauh tu pun sebab tengok tup tup nampak globe tu, eh, dah sampai hujung? Mungkin sebab sepanjang jalan tu ada banyak info pasal paya bakau, pastu boleh snap gambo, baca-baca, agaknya tu pasal tak terasa jauhnya. Jauh ke tapi? Heheh.

Dah sampai hujung. Yeay!


*

Mulanya rasa mungkin macam nak spoil je sebab sebenarnya Ahad tu hujan. So kalau nak amik gambo langit tak cerah mana. Tapi turned up jadi cantik pulak sebab ada reflections atas lantai basah. Dan seronok tengok laut. Monyet pun ada. Dari sini boleh nampak sunset (dan sunrise juga rasanya), tapi kitorang tak tunggu. Tak nampak sunset pun sebab mendung. Dalam tak tunggu tu lama jugak la bertapa kat situ. 6.50 baru gerak balik. Dah gelap. Orang pun takde. Nyamuk banyak.

Sampai kat Kompleks Pelawat  rupanya lampu dah tutup. Kecuali kat info kaunter. Ingat ada orang lagi, tapi rupanya monyet yang dah take over! Cekcepat kitorang jalan ke parking lot. Tinggal 2 kereta je dan kat keliling tu monyet banyak betul! Alahai...

Nasib baik masih ada orang tunggu kat gate, dia bunyikan hon, mungkin sebab nak halau monyet kot. Cekcepat kitorang masuk dan kunci pintu. Cabut! Lepas keluar je, gate pun terus tutup.

Rupanya dah setengah jam tempat tu tutup. Isk! Nasib baik tak bawak tripod bagai, mau carried away menyunset kan? Pastu gelabah sebab dah gelap. Hahaha!

Interprem sikit. Hewwww...

P/S: Bunyi macam scary kan? Tapi GB dan member gelak-gelak dalam kete sebab rasa kelakar. Ad hoc mini getaway yang berjaya! Nanti kite gi yang betul-betul punye pulak!

Monday, April 22, 2013

Takde sunset tapi... Tanjung Piai, Pontian, Johor.



Ni first time GB gi jenjalan tanpa kamera sendiri. Puncanya sebab charger GB tak tau taruk kat mana. Maklumlah...opis je ada  dua. Plug point merata. Sudahnya bateri flat terus tapi charger tak jumpa. Maka terpaksalah berpuas hati dengan kamera pinjam sebab cemana-cemana pun tetap nak jugak gi jenjalan meredah hutan paya bakau kat Tanjung Piai nun, tapi sayang lah kalau tak amik gambo kan?

Trip ni tak plan. Ingat nak ke tempat lain, last-last ke Tanjung Piai GB sampai. First time jugak ke Tanjung Piai. Tempat yang ohsem bagi mereka yang berjiwa macam GB. Nanti GB citer lelebih ek pasal mini trip (lah sangat!) weekend baru ni. :D

Takde sunset tapi...

P/S: Last-last jumpa charger dalam beg laptop. Eii. Nak marah sape ekkkk???

Wednesday, April 17, 2013

Home Sweet Home

Takde kaitan. Kesian Sekian.


GB dah pindah rumah.

Itu pun nak cerita kan? Hahah.

Tapi GB nak cerita jugak.

GB dah pindah rumah. Duduk dengan member seopis dan dua orang lagi yang GB dah kenal lama sebelum pindah masuk. Dulu menyewa bilik kat rumah besor yang ada empat bilik. Besor memang besor. Tapi takde soul. Bila balik, rasa sunyi. Kalau tak lepak kat bilik tengok TV, GB keluar. Tak betah duduk di rumah walau untuk basuh baju sekali pun. Rasa sempit. Aura tak bagus mungkin.

Rumah sekarang cuma ada dua bilik. Tapi rasa lapang. Rasa 'warmth'nya. Bilik bukan lagi tempat lepak, sebaliknya ruang tamu dan dapur jadi tempat 'melesau'. Feels like home. Instead of just house.

*

Agaknya macam tu jugak yang sesetengah orang rasa kan? Tinggal kat rumah besar tapi sunyi, dan akhirnya cari 'happyness' di luar. Berbanding dengan sesetengah orang lain yang rumahnya kecik aje, tapi kegembiraan di dalamnya buat dia rasa 'penuh'.

A home is where your heart is. Home sweet home.

A house, instead, is just a place where you don't feel rested even if you are resting.

My forty five cents.

P/S: Bila kita berpeluang diberi pengalaman yang berbagai macam ni, maka sepatutnya juga kita boleh menilai apa sebenarnya yang kita mahu dalam hidup. Kemewahan, kekayaan, prestij, kebahagiaan?Atau lain-lain? Dan apa pilihan kita?

Sunday, April 14, 2013

Harus Terpisah

Sofea Jane Waterfall, Kemensah

First of all, nape GB suka lagu ni? Sebab suara penyanyi ni sedap. Pastu, sebab melodinya sedap. Pastu, sebab liriknya. Liriknya suka ulang balik perkataan terakhir yang dia dah sebut. Cool.

Selamat mendengar. ;D




Cakra Khan – Harus Terpisah 

Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Friday, April 12, 2013

Cinta Jangan Pergi

Caesalpinia pulcherrima


Dulu GB tak percaya pada instinct. Mungkin sebab instinct pun tak kuat. Lagipun takut perasan je lebih. Tapi sekarang GB percaya. Dan GB rasa instinct GB sekarang kuat dan boleh dipercayai, maka sebab tu GB percaya kot.

Hihihi.

Jadi sekarang ni, GB lihat pada lirikan mata, gerak bahasa tubuh, dan senyuman. Diam atau bersuara. Getaran dan nada. InsyaAllah apa yang GB rasa tu betul. Orang suka ke, tak suka ke, buat-buat tak suka ke.

Ehem. GB faham maksud lirikan itu. Jangan buat-buat macam awak tak tahu. Okey?

Optimis tak? Hahaha!

P/S: Sekarang dah jadi follower tegar drama Cinta Jangan Pergi. Dan juga Versus. Oh rindunya waktu berebut TV dengan mak masa Versus musim pertama. GB geng ayah, tapi selalu kene tengok TV kecik dalam bilik sebab mak dah conquer TV besor kat luar yang ada Astro. Hahaha!!!

Tuesday, April 9, 2013

Kisah hantaran RM15 Ribu



Ada member kat opis nombor dua ni cerita, kawan dia orang Singapura, bertunang, belanja sampai SGD15 ribu.

Tu baru bertunang. Belum kawin.

Kawan yang lagi sorang, hantaran kawin dia kat pengantin perempuan, RM15 ribu. Belum belanja kenduri dan lain -lain lagi.

Kawan yang kawannya bertunang dan belanja SGD15 ribu tu dah pening kepala sambil sengih-sengih kat GB. Hahaha!

*

Gb gelak ja. Sebab GB bukan jenis yang nak grand-grand kalau bertunang atau kawin. Bertunang pun macam tak perlu je. Nikah terus, better. Itu pun GB tak mau pelamin. Tak mau berdewan bagai. Mahu majlis yang santai dan mesra. Cukup sekadar tetamu yang hadir cukup makan, tapi makan kena sedap ye. Lebih bagus kalau GB boleh layan semua yang hadir tu sama rata. Boleh bersalaman dengan semua yang hadir. Kalau bersanding, mungkin ada antara tetamu yang kita perasan dari atas pelamin sahaja dan boleh senyum dan lambai-lambai sahaja. Itu pun kalau perasan diorang hadir. Kalau tak perasan lagi haru. Kan?

So, GB muktamad. Takmau sanding. Takmau hantaran berdulang-dulang. Hantaran kahwin GB mahu rahsiakan. Maskawin pun nak rahsiakan juga. (Eh jap, boleh ke rahsiakan maskawin? Hihihi). Eceh, planning ahead. As always. Plan as if dah ada calon je. Typical GB.

Simplicity is beauty. Tak gitu? ;D

P/S: Hey, orang pandang GB macam fussy, macam high maintenance, tapi hakikatnya tak ramai yang tahu. Takpelah. Biarlah yang mahu betul-betul tahu saja yang tahu. Belum ada yang betul-betul nak tahu lagi tapi. Mungkin ada tapi GB yang tak tahu atau buat-buat tak tahu. Mungkin. :p

Monday, April 8, 2013

Episod Mari Merempit di Dalam Hutan



Sabtu lepas GB dan kawan-kawan pegi Kemensah Adventure Park main ATV (All Terrain Vehicle). Sesuai dengan nama dia, memang ATV ni boleh lalu kat atas semua jenis permukaan. Sebab kitorang bawak masuk dalam hutan, maka segala jenis laluan, walau se 'steep' mana pun pon kite boleh redah. Mencabar jugak sebab kontrol mesin ni totally di tangan sahaja. Kaki kite tak payah buat apa-apa, tapi kalau rasa macam nak terbalik selalunya mesti akan keluar kaki, konon nak tahan. Amik masa jugak nak biasakan.

Kitorang amik pekej ke Sofea Jane Waterfall, so spend masa dua jam merempit dalam hutan tu. Break dalam setengah jam kat air terjun. Pastu sambung balik merempit ke kem. Laluan memang mencabar dan menguji tangan sebab minyak dan brek sume kene kontrol kat tangan. Brek pulak bukannya jenis lembut. Keras yang amat!

Nak jadi cerita, tangki minyak hitam ATV GB bocor masa nak patah balik. Minyak hitam keluar merecik-recik. Berasap. Panik jap GB, nasib baik ada instructor. Dan nasib baik jugak tak kene bayar. Kalau eksiden pecah bumper, aha...yang itu kena bayar. RM400. Gulp. Hahaha!

Naik ATV ni kelajuan bukan perkara utama, yang penting semua surface dia boleh lalu. Bak kata instructor lah. Tapi siyesli fun giler! GB nak repeat, next time bawak adik-adik pulak.

Kalau nak tau pasal ATV ride kat Adventure Park nih dengan harga pekejnya sekali, klik sini.

*

Oh satu lagi, GB nak cerita sikit. Haritu GB cakap GB amik produk mencerahkan kulit kan? Sebenarnya GB minum Aura White yang GB beli dengan kawan kite kat sini. Masa ber-ATV, by petang tuh GB dah berpeluh sakan dah. Kalau ikutkan keadaan biasa, time macam tu GB dah nak nampak hitam betul dan selalunya tak sabar nak gi cuci muka dan pakai moisturiser dan bedak semula. Sekadar touch up pun dah takde kesan. Tapi Sabtu lepas GB kekal cerah even dah berpeluh berpanas sakan. By that time GB dah consume 12 hari.

Kesimpulannya, produk ni berkesan untuk GB. Sekian. Heheh.

P/S: Still annoyed with my optimism? Don't be. Buang masa je. Khalas. :)

Tuesday, April 2, 2013

Jangan takut kalau nampak gadis cantik berdiri seorang diri di tepi lebuhraya selepas Subuh




Sebab gadis cantik itu mungkin GB yang tengah menembak sunrise.

Kui kui kui!!!

P/S: Kepada yang tertanya-tanya, GB makan vitamin C macam kat gambo sebelah kiri ni. Colagen pulak bertukar-tukar dari Pure Marine Collagen ke Le Collagene yang GB beli kat kawan kite kat sini. Sekarang ni pulak tengah minum another type of collagen pulak untuk tujuan tertentu. Dah berhasil kang GB share dengan kengkawan. Selain tu, GB jugak amik Herbalife (yang buat GB terfikir, ini kot sebabnya kenapa GB tak penat walau keja macam Bangla.). Khalas. :D