Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, March 28, 2013

Stand with the Maasai

Mee kari ohsem at The Chicken Rice Shop! :D


No, I'm not typing this from Masai.

Sebenarnya GB dah hilang idea pasal apa yang nak di post kat sini. Balik-balik cerita pasal kebizian kerja yang tak sudah. Dah beberapa orang kat opis client dan opis GB pesan kat GB...jangan terlalu kerja kuat sangat. Sayang la kat diri sendiri.

Ye. GB sayang. Heheh.

Cuma downsidenya adalah GB tak sempat nak balik KL. Lama tak jumpa mak ayah. Rasa kosong. Rindu betul sampai haritu GB call dan bergayut lama dengan mak ayah, update cerita memasing. Hihihi.

Life keje macam biasa. Sebab GB kan dah resident kat opis client maka environment sikit berbeza, which is good. Komen macam 'cantik awak harini', 'awak berseri-seri harini', dan lain-lain adalah sesuatu yang baru untuk GB sebab sepanjang keje sebelum ni, GB jarang dapat good morning wish macam itu dan sikit sebanyak benda tu buat GB happy hari-hari. By tengah hari tu mungkin ada yang bikin spoil. Hangin dengan contractor biasanya. Hangin dengan client pun selalu jugak. Heheh. Tapi bila balik opis petang tu, mood kembali okey. ;D

Sebelum ni kebanyakan dari diorang GB cuma jumpa dua minggu sekali masa meeting, atau masa turun site. Tapi sekarang hari-hari jumpa. Dah boleh jadi geng pulak. Heheheh~

Apa lagi ek nak cerita? Emm..selain dari kulit pagi cerah petang hitam (tapi sekarang dalam proses pencerahan semula), rambut GB sebaliknya dah improved. Dulu gugur macam orang sakit. Tapi sekarang dah kuat dan tebal semula. Penangan collagen dan vitamin C mungkin. Huhuhu.

Lagi...ummm...aha. GB sedang dalam pencarian Chicken Rice Ball yang halal kat Melaka. Dan juga asam pedas paling sedap kat Melaka. Dan port sunset yang ohsem juga kat Melaka. Huhuhu~

P/S: Tapi tak pelik ke dengan tajuk entry nih? Kalau nak tau apa sebenarnya yang GB maksudkan, klik je sini.

Sunday, March 24, 2013

Akan Ku Jumpa

Boating at Tasik Chini

Lama dah GB tak taruk lagu hari Ahad kan? Okey lah...minggu ni GB taruk. Lagu ni GB suka sejak jadi OST drama masa bulan Ramdhan beberapa tahun lepas lagi. Mula tu suka sebab suka pelakon dalam cerita ni, lepas tu makin dengar, eh, memang sedap pulak lagu nih. Terus jadik feveret sampai sekarang. Selain tu lirik dia kalau dengar time PMS boleh berjuraian air mata GB. Hahaha!!!




Azfar - Akan Ku Jumpa


Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu


Monday, March 18, 2013

One of the most difficult things to explain on earth is the nature of my job

Rusa remaja, Zoo Johor


Bila ada orang ajak berjumpa, selalunya GB cakap boleh, tapi tak sure pukul berapa. Kalau dah set pun selalunya kensel. Wiken boleh lah, tapi kadang-kadang selalunya orang tak faham. Diorang suka tanya 'awak keja apa sampai hari-hari balik lewat?'.

Huuu...

Cemana nak explain eh?

P/S: Lebih haru kalau yang bertanya itu adalah satu company dengan kita, branch lain lah tapi. Huhuhu~

Sunday, March 17, 2013

What to do when there's nothing to shoot?

Peacock. Zoo Johor. Johor Bahru. Malaysia.


Sepanjang beberapa minggu lepas, GB busy yang amat. Siyes busy sampai budak opis pun tak sempat nak bertanya khabar. Busy sampai tak sempat nak catch up news kawan-kawan kat fesbuk. Busy sampai tak sempat nak balas-balas message orang kat fesbuk. Busy sampai tak sempat nak update blog, apatah lagi nak blogwalking. Dan busy sampai kena datang ofis on weekends, balik lambat dan tido ofis on weekdays.

Bila ada orang concern pasal lifestyle GB yang macam tak sayang diri sendiri ni, GB terfikir, ada betulnya juga. Katanya, sekarang ni boleh la keje macam ni, nanti bila dah kawin takkan nak keje macam ni juga?  Hmmm...GB appreciate his concern tapi selagi kerja tak siap selagi tu tak boleh penat. Syukurlah badan dan minda saling memahami. GB tak penat walau kerja macam nak gila. Tapi bila kerja dah siap, automatik rasa penat tu datang dan GB amik peluang rehat semalam, akhirnya. Rehat bagi GB tak semestinya kene qada tidur sampai berhari-hari, sekadar dapat tidur pada waktunya dan bangun dengan relax tanpa risaukan hal kerja, itu pun dah cukup. Bonus kalau dapat jalan-jalan. Hihihi.

So hari ni GB ajak member pegi Zoo Johor. Idea nak gi zoo ni datang lepas GB baca artikel dalam Weekly Digital Photography School yang saban minggu masuk ke email GB. Tajuk artikel, "What to do when there's nothing to shoot?"

Nice article indeed. :)

Owh. Dalam beberapa minggu yang sibuk ni, baru-baru ni GB ada terfikir nak further study. Tu pun lepas borak-borak dengan opismate kat site opis. Dia duduk depan GB dan kitorang selalu borak kalau terserempak dalam opis. Yup, tunggu terserempak baru boleh borak. Sebab selalunya kalau nak terserempak pun, pagi dengan petang je. Semua orang kat situ busy jugak.

Mungkin sampai satu-dua minggu lagi GB akan terus busy tapi tak se busy minggu-minggu sudah lah. Then lepas tu harap-harap GB boleh concentrate on site sahaja. InsyaAllah.

Syukurlah GB belum kawin.

P/S: Bila kita makin dewasa, kita akan makin faham kenapa Allah aturkan jalan hidup kita macam ini dan kita akan berhenti mempersoalkan perkara remeh seperti ehem I-guess-you-know-what. Tunggu benda yang tak pasti ni selalunya sia-sia. Lebih baik concentrate on apa yang kita kene buat pada waktu sekarang ni. Betul tak? ;)

Sunday, March 10, 2013

Hong Kong: Day 4 (Finale)



Last day. GB bangun awal walau kaki sakit. Nak intai sunrise, tapi nan hado. Takpelah. Final packing. Nak checkout. Then turun breakfast, tapi before that GB dah balun dulu roti dengan sambal ikan bilis dalam tin. Nikmatnya makan gitu kat tempat orang....! Hihihi.

Harini tak sejuk sangat. Boleh je kuar jalan-jalan without stokin dan sarung tangan. Cardigan pun GB dah cabut sebab tak berapa sejuk.

Bas bawak kitorang pegi kedai ginseng dan kilang barang kemas. Dua-dua tempat ni ada orang Hong Kong yang pandai cakap Melayu. Cakap Indon sebenarnya. Pekat sungguh slang, dah macam tengok movie Indon pulak. Sebenarnya GB tak faham nape nak dibawak ke sini sebab tak menarik pun. GB tengok-tengok je dan tak beli walau dipujuk-pujuk-pujuk-pujuk dek diorang. Tapi diorang kata ini tempat yang government dia wajibkan pelancong pegi kalau datang Hong Kong. Iyelah tuuuu...

Then we off for lunch. Lunch awal sebab japgi dah nak gi airport. Makan kat Indian Restaurant pulak kalini. Punye awal sampai...makanan pun tak siap lagi. Takpe, kitorang tunggu! Macam biasa, rasa boleh tahan. Sedap gak. Dan GB layan dia punye dessert (rice vermicelli in milk) sampai 2 kali! Oh, lunch ni konsepnye buffet so boleh ulang amik apa yang kite mau.

*

On the way ke airport, GB cuma cuci mata tengok kota Hong Kong yang padat amat ni. Snap snap sikit. Tengok scaffolding buluh kat site yang under construction. Pokok-pokok yang sama macam kat Malaysia. Dan seterusnya sampai ke Lantau Island. Dan sampai ke airport.

Dah setel sume urusan check in, kitorang solat dulu. Kat airport ni ada bilik solat tapi multi religion punya. Pandai-pandailah. Ada petak untuk muslim bersolat, dah siap direction ikut arah kiblat.

**

Untuk balik, kitorang naik Cathay Pacific. Ada sikit konflik masa kat sini. Mulanya kene naik kat gate 32. Kitorang berpecah sebab ada yang nak shopping cekelat la, beg la, perpium la tapi janji nak jumpa balik kat port tu 30 minit before boarding. Tiba-tiba akak tourist guide call kata tukar gate. 41. Nak ke gate 41 nih kene naik train. Kitorang inform semua. Pada waktu yang dijanjikan tuh memasing dah tunggu nak naik train. Tapi ada yang tak sampai walau time tu lagi 15 menet nak boarding. As sudah... Call call katanya tengah jalan ke gate 41. What?? Kitorang dah gelabah. Kene naik train lah baru boleh ke situ!

Then sorang turun naik untuk pastikan member tak salah bagi info. Lepas tu kocoh-kocoh dia turun suruh kitorang sume naik train without member yang takde lagi tuh. Lagi 5 minit nak boarding tuh.

***

Turun train. Kitorang berlari lagi macam Amazing Race. Sampai gate 41..rupanya member tadi dah ada kat situ! Katanya dia jalan, tapi jauh gile la. Ooohhh..mana la kitorang tau ada connecting bridge kat level lagi atas tuhhhh....! Ahahaha!!

****

Kitorang dijangka sampai pukul 7.45pm gitu. So GB dah aim nak shoot sunset! Seat bukan kat tepi tingkat tapi... tapi itu bukan satu masalah sebab GB dah pesan kat member yang duduk kat tepi tingkap, sila roger GB kalau side dia nampak sunset. Berjaya! Walau kene marah dengan stewardess sebab flight dah nak touched down time tu, dah kene pakai seatbelt, tapi GB lari dari side sana ke side sini sebab nak shoot sunset. Hahaha!!! Nasib baik member tolong shoot kan sebab GB tak sampai tangan.... :D

Kitorang selamat sampai KL dalam kul 7.45pm. Heaven sangat dapat jejak kaki kat tanah air sendiri walau panas. Heaven sangat dapat tengok muka mak, ayah dan adik-adik. Heaven sangat dapat makan sate Kajang kat R&R Dengkil. Makan lagik! Hehehe.

*****

P/S: Kesimpulannya diet GB selama kat Hong Kong ni burst. Makan banyak giler. Tapi bila timbang naik sekilo je sebab banyak eksesais jalan kaki kot. Tapiiii....GB sedikit dehydrated sebab kurang minum air sebab 1. Malas nak bawak air botol besor. 2. Cuaca sejuk, takut banyak minum karang banyak buang air pulak. Dah satu hal nak berkejar ke toilet selalu.

Ok dah. Sekian. :)


Hong Kong: The Land of Jackie Chan - Day 3 Part 2 (Ocean Park, Mong Kok Road)

Cable Car at Ocean Park
Kat pantai tadi GB singgah kat 7 Eleven jap, meninjau dan beli apa yang patut. Beli Dark Chocolate Hershey's yang macam takde kat Malaysia, tapi tak tau lah ada ke tak sebab tak penah jumpa lagi kat Malaysia. Ada logo halal, sebab tu berani beli. Logo halal from Malaysia ok...rupanya import dari Malaysia. Hahaha. Terus feel at home. Gittewwww... :p

*

Ok. Sudahlah jalan-jalan kat tepi Repulse Bay Beach yang comel tu...Jom cepat ke Ocean Park.

Ummm...apa yang GB nak cerita pasal Ocean Park ek? Mungkin GB boleh taruk dalam bentuk point je lah kot... (dah malas nak cerita pun ye jugak. Heheh...)

Grand Aquarium


  1. Masuk Grand Aquarium. Besor weh aquarium nya. Dan ehem kalau nak tau ni first time masuk aquarium gergasi macam ni sebab Aquaria KLCC tuh pun GB tak penah sampai lagi..tup tup masuk yang kat Hong Kong pulak. Ehehehe...
  2. Gi Giant Panda Adventure. Panda betul tapi dalam kurungan. Tengah lepak-lepak makan buluh pulak tuh. So shot panda kat sini tak cantik!
  3. Naik Cable Car. First time nih GB naik cable car. Kat Malaysia tak penah naik pong! Hahaha!
  4. Masuk North Pole Encounter. Ada penguins banyak!!! Penguins betul ok.... Takleh pegang tapi...
  5. Main game air kat Expedition Trail. Kene splash-splash bagai sampai basah atas bawah! Kamera pun sipi-sipi lagi nak kene air! *Ehem, first time gak nih main game gini. Maklum, tak penah pegi Sunway Lagoon...hehehe...
  6. Water ride kat Raging River. Punnnnn basah jugak!!! Seb baik member bagi baju hujan! Nak beli mahal sangat, sampai HKD40 sehelai! Kat sini ride dia agak extreme tapi tah kenapa orang Hong Kong ni sume control cun, takmo jerit-jerit. Kitorang dari Malaysia ni pulak yang jerit lelebih sampai orang lain yang tunggu turn suma gelak-gelak dan tepuk tangan. E'eh?? Depa rasa fun kot dengar kitorang menjerit?
  7. Intai anjing laut kat Pacific Pier. 
  8. Selebihnya just tolong tangkapkan gambo member yang tengah naik ride pusing-pusing seram kat Space Wheel dan roller coaster extreme kat Hair Raiser dan The Dragon. The Dragon ni siyesli gilo sebab berapa kali pusing 360 darjah dan ride nye kat tepi laut pulak tuh! Bayo 10 hibu pun GB tak sanggup! Never!
Kawan-kawan boleh tengok sini untuk tau apa yang GB maksudkan.

Kesimpulannya kitorang tak abis jalan pun sebab ada banyakkkk lagi tempat yang best yang tak terpergi. Besor Ocean Park nih. Sehari tak cukup. Ye lah...sedangkan Legoland pun tak cukup sehari nak cover kan... Takpelah. Even kalau yang bukan jenis naik rides atau games, pun mungkin akan rasa satu hari itu tidak cukup.

The Dragon punye roller coaster. Part of it. 

Gambar pun GB tak amik banyak sebab bateri sobs sobs!! Dan kaki pun rasa nak ranap sebab naik turun bukit. Huuu....

Kitorang turun bawah naik Ocean Express. Macam LRT. Instead of naik cable car macam masa mula-mula tadi.

Frankly kalau pegi sendiri (bukan dengan package), GB tak pegi kot tempat macam ni. Sebab GB lebih suka tengok natural setting, life and culture of the locals instead of pegi for having fun macam ni. Sebab tu Genting pun GB tak penah pegi. USS pun. Sunway Lagoon pun. Haa...sebab dah faham kan kenapa?

Tapi dah alang-alang dah pegi tuh kite enjoykan diri saja la... tak gitu? :D

**

Habis jalan, Kitorang dibawa makan malam kat another Chinese Muslim Restaurant kat Kowloon tapi GB dah lupa apa nama dia sebab takde gambo dari kamera GB. Bateri dah kong. Sini makan dia sedap jugak. Tapi drama sentiasa ada lah ye...

Member GB mintak cili padi sebab lauk sume tak pedas. Depa bagi lah sikit. Pastu masa nak balik tu depa mintak sikit nak bawak balik. Tokey dah buat muka. GB tak sure dapat ke idok sebab GB lebih risau pasal kaki yang sakit dan kamera yang dah kong tuh. Tapi last-last baru dapat tau yang cili tu harga dia mahal kat Hong Kong ni. Lagipun, orang situ bukan pemakan cili, so stok takde lah banyak nho kat dapur tu. Gitu lah ceritanya.

***

Balik hotel. Ada sikit time untuk refresh, solat dan charge kamera sebelum kitorang keluar pegi Ladies' Market kat Mong Kok Road. This time kitorang naik cab je. Nasib baik ada cab sebab kan CNY Eve time tu. Amoi tourist guide pun balik awal sebab mak dia tunggu nak makan besor. Happening la Hong Kong malam tu sebab orang sibuk shopping last minit. Esok raya maa...huhuhu.

Tempat ni nama dia gitu sebab barang yang dijual banyaknya barang untuk pompuan. Tapi barang lelaki pun ado. Harga dia so-so, tapi kalau pandai tawar memang dapat murah giler. GB beli beg untuk mak, rege HKD280. Tawar-tawar dapat HKD150. Yey.

Member GB beli beg dengan rege yang sama. Tawar-tawar dapat HKD80. Dem! Giler terer menawar.

Ok GB mengaku bab ni GB fail. Sobs!

Sold at Ladies' Market
Kat sini kitorang jumpa orang Keramat. Ahahaha!! Seb beik friendly maka boleh borak-borak kutuk-kutuk cakap Melayu. Heheh! Takde lah kutuk, cuma feeling dia lain la bila kita jumpa orang yang boleh cakap bahasa ibunda kat tempat orang.

***

Kaki GB memang sakit sepanjang jalan. Sebab kasut, bukan sebab jalan. Mana la GB tau kasut tu tak sesuai nak dibawak jalan jauh. Sudahnya member tolong carikan kedai kasut yang bukak lagi untuk GB beli sandal. Jumpa. Tapi HKD70 lah sepasang. Beli la jugakkk...sobs!

****

Balik time. Kalau nak sunrise ke apa ke kat Hong Kong ni dari bilik hotel, esok pagi aje yang tinggal untuk waktu ini. So far memang tak nampak any sunrise nor sunset moments kat sini. Takpelah. There's always next time. Kite tengok esok pagi cemana.

Malam ni kena kemas-kemas barang, pack elok-elok sebab esok dah nak balik. Yey!

P/S: Pengajaran Day 3 Part 2: 1. Sentiasa bawak sehelai baju hujan dalam beg, just in case. Dalam kes GB ni berguna masa main water ride kat Ocean Park. 2. Bawak makanan sendiri kalau nak pegi Ocean Park. Sebab situ takde restoren halal (so far). Ada Malay food kiosk tapi tak tau certified halal atau tak and  kitorang tak pegi sebab jauh nho nak patah balik. Tapi kalau yakin nak makan Fillet O Fish McD, silakan. 3. Makanan luar TAK BOLEH dibawak masuk ke dalam Ocean Park (dan juga Disneyland). Diorang akan cek beg setiap orang. Tapi boleh seludup kalau sorok dalam baju atau beg kamera atau celah mana yang boleh disorok lah. :D. 4. Pakai kasut yang paling selesa, tak cengkam kaki dan tak makan kaki. Sandal pun ok sebab Ocean Park ni tempatnya berbukit. 5. Ladies Market ni culture lebih kurang sama macam Petaling Street. Kalau dah tawar-tawar pastu tak amik...siap la... huhuhu.

...final part to be continued soon...!!!...

Saturday, March 2, 2013

Hong Kong: The Land of Jackie Chan - Day 3 Part 1 (Avenue of Stars, Aberdeen Floating Village, Repulse Bay Beach)



Hari ketiga di sini bermula dengan cuaca yang lebih sejuk. 12 darjah Celsius. Baju yang tak tebal dilapis-lapiskan supaya rasa sedikit hangat, tapi tak hangat mana pun. Agenda utama nak ke Ocean Park. Tapi memandangkan Ocean Park bukak pukul 10 dan kitorang pulak ada banyak masa lagi, maka why not kite pusing-pusing tempat lain dulu kan? So we started the day dengan jalan-jalan kat Avenue of Stars yang boleh nampak skyline Hong Kong. Hmm...kalau malam menarik lah sebab ada lampu-lampu, tapi nampaknya next round ke Hong Kong lah baru GB gi tembak gambo malam. Setakat amik gambo tapak tangan Leon Lai...baik amik tapak tangan sendiri. Tapi GB amik juga gambo tapak tangan dia, sesaja. Sebab minat pun yerrr... Huhuhu.

Kat sini pada mulanya amoi tu bawak member dia, katanya kawan dia tu pandai amik gambo kalau kita nak mintak tolong amikkan. Pastu dia pun amik. Satu pakai kamera dia. Satu lagi pakai kamera kita. Sorang...sorang dia 'tolong' amikkan. Tup tup petang tuh siaplah sepiring (yerrr....dia print dan tampal atas piring..!) gambo kite yang dia jual dengan rege HKD200 atau RM80. Yerrr...siap nak terima duit MYR tuh kalau tak cukup cash HKD. Cis! Ada yang tak beli sebab eh hellowwww...ada kita mintak ke?? Walau dia pujuk-pujuk suruh beli, siap nak bagi special price kalau semua beli tuh. Huh. GB beli tapi... Dem.

*

Pastu amoi tu bawak gi boating kat floating village. Untuk info, floating village ini adalah kampung nelayan yang satu-satunya yang tinggal kat Hong Kong ni. Dulu banyak, tapi sekarang dah tinggal satu ni je. Mungkin lagi 10 tahun dah takde kot kampung nelayan ni. Sebabnya macam biasalah...Hong Kong kan tak cukup tanah. Lagipun industri perikanan bukanlah penyumbang utama ekonomi Hong Kong, so buat apa depa nak preserve? Depa pun main import je semua sumber makanan. Baik tambak untuk buat bangunan-bangunan untuk orang Hong Kong tinggal.

Itu cerita amoi tourist guide kitorang ye...

Boating dan lalu kat bot-bot nelayan, tengok view Hong Kong yang dah dikepung dek bangunan tinggi sana sini, dan lalu jap kat Jumbo Floating Restaurant (GB tak tau pun nape restoren ni femes nho??) ni cajnye adalah sebuah ucapan 'Toce auntie, Gong Xi Fa Cai' dan HKD60. Dabelcisbeger sungguh sebab ini kes macam paksa jugak sebab ada antara kitorang yang taknak naik sebab takut mabuk laut, tapi dipaksa naik jugak-jugak. Huh!

**

In both cases, GB malas nak amik pot sangat, nanti spoil mood cuti. Lagipun bukan tak penah makan dan kene bil ratus-ratus kan? Anggap je la untuk bulan tu GB tak payah la makan mahal-mahal. Boleh cover dah kat situ. Huhuhu...

***

Lepas tu kitorang singgah kejap kat pantai. Eh, Hong Kong ada pantai ke? Ado. Tapi kecik yo. Dan takleh banding la dengan pantai-pantai kat negara kita ni. Pantai diorang cuma sekadar suatu indikasi bahawa Hong Kong masih berpantai. Boleh gitu? Hahaha!

...to be continued...

P/S: Pengajaran Day 3 Part 1: 1. Jangan pernah terlupa bahawa walau di mana jua pun, bangsa China adalah teramat terer meniaga. Kite kene hati kering sikit banyak.