Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, February 27, 2013

Hong Kong: The Land of Louis Khoo - Day 2 Part 4 (Tsim Sha Tsui)



GB sempat caj sekejap aje bateri kamera sebelum kitorang keluar jalan-jalan di Kota Hong Kong. Ada la satu bar. Huuu. Puncanya sebab kite nak kejar shuttle bus pukul 10pm dari hotel ke Tsim Sha Tsui. Shuttle bus kerap, tapi kite nak maksimakan masa meninjau-ninjau, itu pasal la. Lagipun last bus pukul 11.15pm. Kalau terlepas kene naik cab pulak. Huuu...

Jalan-jalan di Kota Hong Kong sewaktu Raya Cina is around the corner adalah agak mengujakan. Cuaca sejuk, jadi banyak fesyen yang kita boleh tengok. Ada yang pakai baju tebal-tebal macam sejuk nho, ada jugak yang selamba je pakai seksi-seksi. Tapi personally GB rasa cuaca dia memang sejuk, cuma GB takde baju tebal. Just lapiskan dua cardigan je dengan t-shirt dan inner kat dalam.

Kat sini kitorang ended up membeli sedikit barang kat kedai tepi jalan. Boleh bargain dan jangan terkejut kalau dengar depa cakap Melayu untuk certain term biasa tawar-menawar lah. Tapi kalau kita cakap balik depa tak faham pun.

Sini juga ada banyak kedai barang elektronik. Kamera. Henpon. Tablets. Oh, lupa nak kabo. Hong Kong adalah negara duty free jadi harga barang elektronik especially kamera memang dijual murah banyak dari Malaysia. Kalau ada bajet nampak gaya berbaloi jugak beli kamera kat sini. Ada international warranty so tak payah risau bila balik Malaysia karang. Mulanya GB risau takut ehem barang tiruan ke sebab murah benor? Tapi dari cerita amoi tourist guide, Hong Kong sangat menjaga quality dan originality barang yang masuk dalam negaranya negerinya. So kebarangkalian untuk terbeli barang tiruan kat sini adalah lebih kurang 0.1%. Tak macam China. Sana kebarangkalian untuk terbeli barang tiruan adalah 99.9%. Huhuhu.  GB tak beli tapi...

Pukul 11.15pm, kitorang tunggu kat bus stop untuk balik ke hotel. Esok kene bangun awal sebab ada agenda full day! Ok. Mari kite pulang, buat jama' ta'khir, caj kamera, mandi kalau rajin dan tido!

P/S: Pengajaran day 2 Part 4: 1. Banyak juga bangsa asing di sini (macam India, Pakistan, Bangladesh). Jadi ada kompleks yang bila kite pergi, bangsa itu je yang banyak. Kalau rasa tak sedap hati sila beredar dari situ dan jangan jalan sorang-sorang especially pompuan.

...to be continued... 

Hong Kong: The Land of Louis Khoo - Day 2 Part 3 (8 Degree Hotel Harbour Plaza)



...sambungan dari sini...

Untuk pengetahuan, geng jenjalan Hong Kong GB ni kuat makan semuanya. Kalau buffet breakfast tuh diorang makan macam bela jin dalam badan. GB tak makan banyak lah tapi. Hehehe...

So, lepas Victoria Peak, kite naik bas menurun bukit. Lalu kat kawasan perumahan elit Hong Kong nih. Laluannya sempit dan ada member cakap ini tempat shooting filem Initial D. Tak tau la dia cakap fakta atau auta. Sekarang perut memasing dah lapar. Kita dibawa ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre untuk makan malam. Situ ada Muslim food canteen. Of kos lah kan, kata dalam masjid.

Kitorang dihidangkan dengan nasik sorang semangkuk kecik. Stail orang China makan la. Lauk pauk banyak jenis tapi GB tak amik gambo sebab bateri dah abis. Huhuhu. Sebab nasik dia melekat, maka GB makan pakai chopstick. Hihihi layannn...sebab kalau nasi kat umah nak makan pakai chopstick alamatnye takde la orang nak masuk meminang sebab bersememeh!

Ok. Nasik dia sedap. Lauk dia pun sedap.

Tetiba ada pulak yang mintak tambah nasik. Tak cukup semangkuk. Kakak canteen bawak semangkuk besor. Yang mana tak kenyang lagi tuh balun lagi satu dua round. Ish..macam anak jin! Tapi mungkin jugak sebab sejuk maka perut tak kenyang-kenyang. Agaknye la. Lepas dah kenyang puas hati memasing, memandangkan nasik dalam mangkuk tu masih ada, kitorang ingat nak mintak tapau. Boleh makan dengan sambal ikan bilis dalam tin yang dah dibawak siap-siap dari Malaysia. Heheh...

Diorang mintak tolong GB mintak tolong akak tu tapaukan nasik. GB pun dengan budi bahasa berkata...

"Can we take away the remaining rice?"

Kakak tu dengar dan reaksinya macam terkejut. Pastu dengan mata terjegil dan bersuara kuat ala memekik, dia cakap...

"What??? Tapau?? You want to tapau??? Kenot! Kenot!" sambil dia angkat pinggan mangkuk dan nasik yang tak habis tadi tuh.

Erk.

Sentap GB kene marah sebab nak tapau nasik je pun!! Sobs!

*

Rupanya baru tau...sini takde budaya tapau kalau tak abis makan. Tapi ada jugak dengan soksek yang nasik tambah tu dia bagi free, sebab tu tak kasi tapau. Abis tu kalau tak bagi tapau dia masuk balik dalam periuk nasik ke? Huhuhu...musykil... :p

**

Ok. Time to check in kat hotel. This time hotel kat tengah Kowloon. 8 Degree Hotel Harbour Plaza namanya. Nak tau kenapa nama dia begitu? Sebab most element dan design termasuk lantai dan column dan decoration dibina menyenget sebanyak 8 degree. Hahaha cool. Check in. Caj bateri kamera jap. Then kitorang nak kuar jenjalan kat Tsim Tsa Shui. Weehooo!

P/S: Pengajaran Day 2 Part 3: 1. Study dulu culture diorang sebelum buat bawak culture kite masuk. 2. Kalau ada lain yang GB ingat GB akan update later.

...to be continued...

Monday, February 25, 2013

Selingan: Lake Chini Resort



GB break kan kejap entri Hong Kong eh. Citer pasal Tasik Chini jap.

*

Kali terakhir GB ke sini adalah pada 2010. Sekadar makan tengah hari dan bergambar kejap tepi tasik sebelum balik KL.

Apa yang ada kat Tasik Chini? Itu persoalan mereka yang tahu tentang rancangan GB dan dua lagi kawan untuk ke situ Sabtu baru ni. Kata mereka, tak payah la ke situ. Takde mende. Baik pegi Gunung Ledang. Ada air terjun. Ada chalet. Dan ada juga antara kitorang yang ragu-ragu....apa ada di Tasik Chini?

Sebab awal lagi dah ada niat nak ke Chini, maka kitorang teruskan aje lah. Ni kes main redah sebenarnya. Bergantung kepada cuaca dan waktu bertolak, sebab asalnya kitorang bertiga dari JB ke Felda Keratong sebab hadiri majlis pertunangan sorang kawan. Dari situ sebenarnya ada banyak pilihan kalau nak berlibur. Jarak pun lebih kurang je. Dari situ ke Tasik Chini ada la dalam 100km lebih kurang. Kite tak book bilik. Siyes main redah je ni.

**

Lebih kurang sejam kemudian kitorang sampai. Dipendekkan cerita... (cerita panjang akan menyusul kemudian), kitorang duduk kat jeti. Memang takde apa-apa pun. Setakat air tasik, pulau kecik, angin.  Tapi...kitorang taknak balik. Sebab, di sebalik takde apa-apa tu...terlalu banyak benda yang ada kat sini. Seribu satu ketenangan.

To be frank, keputusan nak ke sini adalah yang terbaik yang kitorang buat. Semalam balik umah dengan hati yang berbunga kembang. :)

P/S: Oh. Masa 2010 kat sekitar kawasan ni takde mesin ATM. Tapi sekarang dah ada ye.. :D

Friday, February 22, 2013

Hong Kong: The Land of Louis Khoo - Day 2 Part 2 (Victoria Peak)


Kitorang dibawa keluar dari Lantau Island dengan bas persiaran. Memandangkan masih awal untuk makan malam, maka kitorang dicadangkan pegi Victoria Peak dulu. On je lah. Naik tram yang jalan mendakinya sungguh curam. Duduk pun rasa macam nak terbalik je kerusi. Dari situ nampak Kota Hong Kong yang sungguh packed dan bangunan-bangunan tinggi yang dibina rapat-rapat. Seriously Hong Kong memang tak cukup tanah!

*

Kerisauan GB masih berkisarkan tentang bateri kamera yang dah tinggal 1 bar. GB syak sebab cuaca sejuk maka bateri cepat habis. Logik ke tak? Hahaha! Sebab GB ingat pesanan akak DrSinga suh bawak tripod untuk amik gambo ohsem kat puncak Victoria Peak karang, maka tripod dah tersedia dalam beg. Tak mau dah ulang kesilapan serupa semalam. Ecewahhh! Namun bateri kamera yang dah semput adalah sungguh meresahkan GB. Hmmm....

**

Oh ye....sampai kat puncak, masih cerah lagi. Maka kitorang masuk Madame Tussauds Wax Museum dulu. Aish...masuk dalam ni mana boleh tak amik gambo ye dak? Hahaha!! GB tak amik dengan semua la. Pilih-pilih mana yang berkenan je. Ada antaranya GB terpaksa tumpang kamera member...gara-gara nak amik gambo cityscape Hong Kong kejap lagi.


Dah puas berposing dengan patung lilin, kitorang keluar untuk tengok view Hong Kong dari atas puncak bukit. Amoi tourist guide tu dah pesan, kat luar building tu sejuk yang amat. Around 11-12 degree celsius. Bateri kamera dah merah tanda nak mati. Macam lampu dada Ultraman bila dia dah nak mati juga. Aihhhh...cemana nak amik gambo view...???

***

Keluar je dari bangunan...fuh...sejuk..! Angin kuat...! Dan berkabus tebal! Dia punye tebal kan...bila kite toleh belakang dah tak nampak dah kawan kita. Gitulah dia punye tebal. Huhuhu.

View Hong Kong? Of kos lah tak nampak! Hahahah!!! Ok. Tak ralat sangat lah walau bateri dah abis. Ngeeee....

Tapi...nampak gayanya kene repeatlah gi Hong Kong nih. Mana boleh pi sana tak amik gambo view dari atas..ye dak? Heheheh.....

Then kitorang gerak untuk cari makan malam (yang ada cerita menarik!) dan check in kat hotel kat Harbour Plaza.

...to be continued...

P/S: Pengajaran Day 2 Part 2: 1. Sentiasa expect yang unexpected bila pi Hong Kong time winter nih. Sebab kata amoi tourist guide tu semalamnya punyelah clear view dari atas!

Tuesday, February 19, 2013

Hong Kong: The Land of Louis Khoo - Day 2 Part 1 (Disneyland)



Hari kedua bermula dengan angin yang kencang dan cuaca yang lebih sejuk. Terjaga awal sebab lapor...GB tengok je macam mana palma-palma kat bawah macam nak patah ditiup angin. Pastu masak air. Buat kopi. Nampak megi (Mamee Chef perasa Tomyam sebenarnya..) dalam beg. Uish...sedapnya. Rendam terus buat ehem early breakfast kononnya...huhuhu. Pastu siap-siap beg untuk checkout, turun bawah dengan segala barang dan join budak lain pegi brekfes.

Lupa nak kabo. Kitorang tidur satu malam kat Disney's Hollywood Hotel. Sea view katanya, tapiiiii...tak nampak laut sangat pong sebab time tuh laut dengan langit lebih kurang je rupa dia!

*

Hotel ni takde restoren yang halal certified. Sebab GB dah brekfes megi kat bilik, maka takdelah lapo bebeno. So kat bawah cuma amik cereal dan salad je dan grapefruit juice. Ada option lain bagi yang lapar. Telur rebus ado. Cereal dengan susu. Buah. Jus buah. Yogurt.

**

Keluar hotel...zassss! Sejuk! 16 darjah celsius. Terus beratur nak naik shuttle bus. Orang sini pelik sikit. Kite beratur tapi depa selamba je potong Q dan tolak-tolak. Ugh. Kene berkasar jugak nampaknya. Tapi sekasar mana laaa orang Melayu ni boleh jadi kan? Nak nak GB.... Huhuhu...

Harini plannya nak gi Tomorrowland. Tengok Parade. Lunch. River Cruise. Toy Story Land. Dan sedikit aktiviti tinjau meninjau. So kitorang berpecah ke bebarapa grup ikut preference memasing. Yang penting pukul 1 wajib kumpul untuk lunch dan pukul 4 wajib jumpa kat bas stesen.

***

Di sini. Di Hong Kong ni. Ada beberapa benda yang GB tak pernah buat even masa kat Malaysia. Contohnya naik roller coaster. Sebenarnya kat Tomorrowland, GB join member queue up kat Space Mountain. Ingatkan depa bagi spek 3D dan kerusi je gerak-gerak. Rupanya roller coaster terus. Dalam gelap ala angkasa lepas pulak tuh! Menyumpah jugak la dalam hati sebab rasa tertipu tapi sebelum tu dah baca doa naik kenderaan dulu. Hihihi. Sebenarnya GB bukan jenis yang naik roller coaster atau game-game macam gini. Tak berani. Sayang jantung! Dah ternaik tu... masa badan kene lipat-lipat, jerit je la kuat-kuat sambil tobat tak akan naik dah roller coaster lepas nih! Tak best!!!

****


Selebihnya, lunch...makan kat tempat semalam. Tukar menu tapi. Pastu gi Toy Story Land. Landscape sini menarik sebab semuanya scale besar, so kite ni jadi 'kerdil' kat situ. Pastu naik river cruise. Lintas rumah tarzan, gajah-gajah, buaya, bada air, zebra dan segala macam binatang lagi. Semuanya binatang tipu lah. Tapi boleh gerak-gerak dan bunyi sebijik macam yang real. Huhuhu. Sempat spent time beratur jap nak amik gambo dengan Mickey. Ni kes nak elak dipaksa naik roller coaster lah nih. Hahaha!!! Dan sedikit aktiviti dalam kedai souvenirs. Kitorang terlepas parade tapi...sedihhhh!!! :(

By 3.45pm GB dan geng GB dah gerak ke stesen bas. Kaki dah sakit sebab kasut. Badan dah letih. Bateri kamera dah nak abis. Tak tau sempat caj ke tak. Padahal malam ada agenda lain yang memerlukan kamera. Cane ni??

P/S: Pengajaran Day 2 Part 1: 1. Bawa bersama krim panas atau minyak panas, dan ubat-ubatan lain just in case ada yang sakit badan, sakit sendi, migrain dan sebagainya. 2. Sediakan bateri dan memory card extra supaya keseronokan mengambil gambar tidak terhenti.3. Atau bawa saja power bank.

...to be continued...

Sunday, February 17, 2013

Hong Kong: The Land of Leon Lai - Day 1 Part 3 (Disney's Hollywood Hotel, Disneyland)

Some of the first day's

Hari pertama di Disneyland bermula agak lewat. Lebih kurang pukul 4 lebih petang. Ye lah kan, sampai pun dah pukul berapa.

Untuk ke sana dari hotel, kene naik shuttle bus yang akan bawak terus ke Disneyland. Kurang 10 minit, sampai la. Masa sampai kat pintu gerbang tuh rasa cam nak lompat-lompat happy sebab excited. Tapi tak buat pun ngeee...

Sebab tempat ni agak luas, cadangnya kitorang nak naik tren dulu pusing-pusing tinjau-tinjau so boleh la decide nak ke mana esoknya. Nak cover habis Disneyland memang tak dapek la. Luas jugak! Attractions pun banyak.  Kalaulah Hong Kong tu dekat macam Singapura je memang GB tak kedekut nak upgrade to annual pass terus so boleh pegi selalu! Layan fireworks aje pun ok!!! Ehem!

*

So kitorang naik tren. For info, route tren kitorang dah study. Spot of interest sepanjang route pun kitorang dah study. Tempat nak ngap punnn kitorang dah study, huhuhu. Sebab memasing ada map, so ada la idea sikit sebanyak. So agenda utama hari tu adalah untuk pusing by train, mark tempat yang nak spend masa esoknya, pastu cari makan malam dan lepak depan Cinderella's Castle tunggu fireworks pukul 8 malam.

Tup tup sampai first stop kitorang disuruh turun. Kitorang ingat boleh la abiskan circle...rupanya kene turun. Kalau nak naik balik, kene beratur balik dan naik ikut turn. Wuwuwu. Tak sanggup den nak beratur lagi!

Sudahnya kitorang turun menapak je. Menapak pun takpe sebab tak panas. Tapi jalan-jalan pusing-pusing ajelah. Tak singgah mana-mana pun sebab takut terbabas timing. Just amik-amik gambo. Posing-posing. Pastu dalam pukul 6 petang, kitorang bergegas pegi ke Tahitian Terrace Restaurant. Aha...for info...ini adalah satu-satunya restoren yang dah certified halal dalam Disneyland nih. Syukur kan...? Walau satu set Chicken Tandoori and Lamb Kebab with Indian Briyani Rice dia rege HKD80 (MYR32 kalau tukar duit kat Malaysia. Kalau tukar kat Hong Kong harganya jauh lebih mahal!)...tapi redha je. Makan sampai habis! Sebab ehem frankly kan....rasa dia boleh tahan sedap! Hahaha!!!

**

Lepas tu jalan lagi... Dan lebih kurang pukul 7 gitu terus pegi chop port nak tengok fireworks. Nak amik gambo!!!! Dan...time tu la GB sedar yang GB dah tertinggal tripod dalam bilik hotel!! Arghhh!!!!

***

Redha je lah. Bengang sikit dengan diri sendiri tapi itu tak menghalang GB untuk merasa sisi romantik dalam diri GB dari saat fireworks bermula sampai habis (lebih kurang 10 menet!) sambil amik gambar dengan setting burst dan tangan angkat tinggi-tinggi sebab tak nak nampak kepala orang depan...hewwwww......

Handheld. This is not video. A gif animation instead.

Same goes to this one. I should have produced a better animation if I did not leave my tripod.


P/S: Pengajaran  Day 1 Part 3: 1. Pastikan tripod tidak tertinggal kalau plan nak amik gambo fireworks. 2. Lepas dah chop tempat untuk tengok fireworks, jangan pegi mana-mana dah sebab kemungkinan untuk orang lain take over port itu adalah teramat tinggi, even port itu adalah sebuah tong sampah sekali pun! Nak ke toilet? Mintak tolong member jaga rapi tempat kita. 3. Pastikan botol air mineral kosong sentiasa ada dalam beg. Untuk kemudahan beristinjak ye kawan-kawan...  ;D.

...to be continued...

Friday, February 15, 2013

Hong Kong: The Land of Leon Lai - Day 1 Part 2 (Hong Kong International Airport)

 


Dah lepas imigresen, jumpa dengan travel agent kat sana (yeee....gi dengan package. Quite fun tapi ada gak yang bikin spoil sikit banyak. Takpe, next time gi sendiri sebab dah tau sikit selok belok. Lebih murah dan lebih seronok! Gittewww...) kitorang proceed to makan again kat Popeye. Rasa macam baruuu je makan atas flight tadi. Perut tak la lapar sangat tapi bedal jelahhh...! Sebab memang termasuk dalam itinerary lagi pun. Boleh? Hahaha! Kitorang dicadangkan amik nasik dengan kuah mushroom dan ayam goreng dua ketul. Sedap weh! Tak tau la sebab GB ni tak memilih atau memang nasik tu sedap. Hahah!

Kat Hong Kong International Airport ni ada satu je restoren yang dah certified halal. Syukur lah ada jugak yang certified halal kan? Dari takde langsung.. Tapi bila kita dah tempat orang ni pandai-pandai laa nak hidup. Pilihan itu ada. Plan awal untuk elak kesulitan. Research. Survey. Google. Tak gitu?

*

Dalam airport rasa suhu biasa jaa. Tapi bila dah kuar, mula terasa angin kencang dia. Sejuk woh! Tapi masih boleh bertahan dengan cardigan sehelai je. Kat sini takde drama. Semuanya smooth je. Kitorang dibawak pegi ke hotel untuk check in sebelum berjimba-jimba kat Disneyland. Weehoooo!!!


Hong Kong ni sebenarnya terbahagi kepada tiga pulau. Airport dan Disneyland letaknya kat pulau yang sama, iaitu Lantau Island. So boleh GB katakan kat Lantau Island ni pemandangannya lebih luas dan lapang berbanding kat Hong Kong Island. Eh? Ada beza ke Hong Kong dengan Hong Kong Island? Ada... Hong Kong Island adalah bahagian pulau terbesar Hong Kong. Antara tempat terpadat di dunia.

Ni semua Cik Tourist Guide tu yang cerita. Dia cerita tak berhenti sampailah kitorang tiba kat hotel. Hebat tak?

Eh, ok gak jenjalan ada tourist guide. Boleh dengar dia bercerita. Huhuhu~

P/S: Pengajaran Day 1 Part 2: 1. Make sure tukar duit HKD siap-siap kat Malaysia. Rate around 3.90 to 4.20 bergantung kepada tempat. GB rugi banyak sebab terpaksa tukar sedikit banyak kat Hong Kong. Kat JB sempat tukar HKD1000 je (RM400 lebih kurang). Sebab kat Hong Kong kadar tukaran adalah lebih kurang 2.20 je. Arghhhh!!!!

...to be continued...

Thursday, February 14, 2013

Hong Kong: The Land of Leon Lai - Day 1 Part 1 (KLIA)



Rabu malam, GB bergegas balik KL dalam kul 6.45pm. Kul 11pm sampai umah. Amik a few baju yang nak dibawak dan terus sumbat dalam beg. Esok pagi seawal pukul 4 dah bangun, mandi dan siap-siap sebab nak kene sampai KLIA awal. 5.45am sampai. Subuh kat sana. Jumpa sorang geng jenjalan kat luar surau. Dan kitorang tunggu geng lain sampai sambil brekfes kat KFC. Sempat minum kopi je tapi sebab tetibe geng dah sampai so kene bergegas sebab nak group check-in. Sandwich tuh GB sumbat je dalam beg.

Panjang pulak intro.

Dipendekkan citer...sorang tertinggal passport (Bukan GB yerrrr...). Boleh?? Kitorang dah risau sebab kitorang dah kene check-in dah. Tapi dipendekkan citer lagi...last-last passport dia sampai dengan jayanya, dan dia pun check-in, naik tren dan berWatson Nyambek sampai kat gate tepat pada masanya. Hahaha!

*

Around 12.45pm kitorang touched down. Touched down on the second attempt sebab angin kencang yang amat.

...to be continued...

P/S: Pengajaran Day 1 Part 1: 1. Sila jangan tertinggal passport kat atas dashboard kalau takmau muka hilang darah bila sampai kat gate. 2. Lepas solat Subuh better tak payah berlama-lama atas sejadah sebab orang raaaamaaaaiiii lagi nak solat.

Wednesday, February 13, 2013

Tripod-less romantic moment



Gini.

GB tertinggal tripod kat hotel masa gi Disneyland. Padahal nak amik gambo fireworks malam tuh. Owh sungguh bengang. Dah la sejuk ketar-ketar. Dengan tong sampah tempat nak tumpang taruk kamera pun dah ada orang conquer taruk anak dia. Alahai...

So bila fireworks start, terpaksalah GB buat apa saja aksi yang boleh asalkan dapat capture that moment sambil feeling romantic sejuk-sejuk sorang-sorang sebab geng lain sume kat port lain and diorang ada tripod okeh!

Nanti GB akan citer detail sikit pasal jenjalan Hong Kong nih ek!

P/S: Next time pegi, sila bawak hasben bersama. Sebab siyes romantic!

Monday, February 11, 2013

12 darjah celsius


I'm back!!!

Hi kawan-kawan! Rindu lah! ;D

P/S: Penat. Tapi best gile!

Wednesday, February 6, 2013

Magic



Salam.

GB cuti awal sikit. Lama sikit. Jauh sikit. Tapi masih tak sempat nak balas komen dan return visit ke rumah kawan-kawan. Maaf. Jangan amik hati eh.

Thank you kat semua yang sudi komen kat entri lepas. Akuszle ayu, afendi ariff, Amin A.R, the malay male, mrs azmi, Aziela, Rina Avail, MystoryPic, Nizam.Ariff, Daddy Ziyyad, nash, Jemarisuri, jeBateja, CikPuanLawa, Mat Gebu, Ann Ishak, mie, kucinggorenggemok, sepa, j.u.l.i.e, Mak Long Kunang-kunang, tasekM, DrSinga, Kay, JunAina, Lya Colours, Queen, Kakzakie, Hanis Azla, makchaq, diana, Mama2Q.  Sayang semua. Selamat bercuti. :)

P/S: Ada yang tanya, apa magic GB pakai? GB tak jawab. Tapi dia kata magic senyuman. GB tak kata. Dia yang kata. *Sambil mata dia tak lepas dari cincin kat jari GB. Adoiyaiii... :D

Tuesday, February 5, 2013

Dear Subway, read this!

Klik untuk baca menu breakfast


Sabtu lepas GB pegi beli breakfast kat Subway Aeon Bukit Indah (macam yang GB dah kabo dalam entri lepas). Sorry la lambat update sebab GB sangat busy mengalahkan orang yang nak raya. By the way, dak Purple punye aircond dah ok, tapi radio pulak tak dapat channel. Bengang je GB. Cabut reti, pasang tak reti. Huh. Dah kabo ke Ah Mok. Nampak gaya lepas raya Cina ni la baru dapat anto kasi repair.

Caj? RM750 termasuk tukar minyak hitam sekali. Ini pun rege dah abis senyum dah nih. Lari bajet jalan-jalan. Wuwuwu...

*

Back to the topic. Kawan-kawan dapat baca tak menu tuh? Sila konsentret kat menu brekfes je ye...

**

GB selalunya amik wrap, jarang amik roti. Kecuali kalau beli sub of the day, baru amik roti sebab murah. Amik wrap kene caj rege biasa.

So untuk breakfast tu...GB dah usha menu. Nampak...eh, 6-inch/wrap (tanda '/' bermaksud ATAU, setuju?) adalah sama harga. So GB decide nak wrap. Tapi sebelum tu GB tanya dulu, boleh kan amik wrap for breakfast?

Tup-tup depa kata kalau wrap harga lain. Oh... GB argue pada mulanya. Sebab kat menu yang terpampang tuh tak kata gitu pun. Budak tu tak boleh jawab sebab dia pun tengok menu. Tapi dia tanya staff lain. Staff lain masuk dalam, kuar balik and cakap, 'kalau wrap tak dapat harga tu'.

Wow. GB takmau argue lama-lama sebab tetibe ramai pulak orang queued up. GB agreed amik roti je. Tapi GB tak puas hati. Tetap tak puas hati. Terus amik gambo pakai Nokia E5 ni je (sebab tu kualiti gambo out! Hahaha!).  GB dah plan nak tulis dalam blog pasal ni.

So masa time bayo, GB cakap kat dak cashier, 'Dik, you tolong suruh boss you check you punye menu. Kenapa you letak 6-inch OR wrap kalau harga lain-lain??'

P/S: SO Subway? How? Yang lain...pernah jadi macam ni?

Sunday, February 3, 2013

What I've Done

Dak Purple jadik transformers. Barai sampai gini sekali!

PAGI-pagi lagi GB dah pi Aeon Bukit Indah beli Subway buat brekfes. Pastu anto Dak Purple gi tukar minyak itam dengan repair aircond sekali. Kata Ah Mok kene tinggal Dak Purple 3-4 jam je. Ni dah doblas empat puluh enam pagi tak siap lagi. Cooling coil kene ganti. Pastu dia kata Persona ni spesis problem nak pasang balik? Eiii....Sudahnya Ah Mok suruh amik esok. Hu...patah kaki GB.

Patah-patah kaki pun sampai ke Masai sampai ke JPO juga. Hahaha!!!

Oh ye, tolong ingatkan GB pasal nak tulis entri komplen kat Subway esok-esok. Tengkiu..!

*

Sempena hari Dak Purple jadik transformer, meh la GB share klip OST Transformers by Linkin' Park. What I've Done katanya...



Linkin' Park - What I've Done

In this farewell
There’s no blood
There’s no alibi
‘Cause I’ve drawn regret
From the truth
Of a thousand lies

[Pre-Chorus:]
So let mercy come
And wash away
What I’ve done

[Chorus:]
I'll face myself
To cross out what i’ve become
Erase myself
And let go of what i’ve done

Put to rest
What you thought of me
While I clean this slate
With the hands of uncertainty

[Pre-Chorus]

[Chorus]

For what I’ve done
I start again
And whatever pain may come
Today this ends
I’m forgiving what I’ve done!!!

[Chorus]

What I’ve done
Forgiving what I’ve done