Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, January 31, 2013

Siri Cuti Panjang 3 Rasa: Down Memory Lane sambil terbaring terguling di KL Botanic Garden.

Eucalyptus deglupta (Rainbow tree)


Duluuuu...nama dia Taman Tasik Perdana. Sekarang sudah tukar jadik Taman Botani Perdana lah!

Duluuuu masa zaman belajar...GB sangat suka datang sini. Tak kisah lah walau kene naik bas dari Gombak pastu sama ada menapak dari Central Market, atau naik teksi sampai ke situ. Bukan dengan boifren tapi sebab GB tak pernah ada boifren masa zaman belajar dan lepas zaman belajar pun tak penah dating gaya gitu. Pernah datang joging. Piknik. Just jalan-jalan kutip bijik saga dan tangkap katak pun pernah.

GB suka sebab sini banyak pokok. Dak landskap kan mesti la suka benda-benda pokok-pokok ni. Paling GB suka adalah pokok Eucalyptus deglupta dan pokok saga.

*

Khamis minggu lepas GB ke sini lagi setelah bertahun tak jejak. Bawak tikar bagai konon nak bentang berpiknik lepak tapi tak buat pun. Self portraiting dan menyibuk kat orang lain punye wedding photoshoot. Kali ini pun bukan dengan boifren. Heheh. Tapi dengan gudfren. Nak tau siapa? Meh le ke sini dan boleh juga sini. Huhuhu...

Setengah hari jugak kat situ, tapi sebab sangat banyak benda nak tengok, sikit je la boleh cover. Dengan puasa dan selipar putus lagi. Hahah!

P/S: Tapi...pokok kat atas tu mampu buat kitorang bentang tikar dan berguling berbaring sebab nak kan shot yang best. Situ je setengah jam kot? Hahaha!

Tadaaa!!!

Tuesday, January 29, 2013

Siri Cuti Panjang 3 Rasa: Thank you Kak Zakie dan Dato' LF

Moist Choco Cake. GB buat sendiri dengan penuh kasih sayang. Tapi mak punye resepi la. Cuma GB terlebih baking powder so dia jadi gebu sikit. Mungkin lepas sehari dua akan jadi lembab elok. GB bawak kek ni sebagai buah tangan ke rumah uncle LF dan juga untuk Kak Zakie sekeluarga. Ehem...kalau ada yang nak rasa boleh tempah ye...nanti GB taruk kat side bar berapa regenye. ;D


GB tumpang taruk kereta kat rumah Kak Zakie selama empat hari peninggalan GB, sebab tak berani pulak nak tinggal dak purple tu kat umah dengan takde sapa tolong tengokkan. Dan satu lagi, sebab rumah Kak Zakie memang kat Senai pun. So dekat bebeno la dengan Senai Airport. Cadang GB nak amik cab dari situ ke airport dan bila balik karang just dari airport ke rumah Kak Zakie je. Murah sikit ngeee...

Tup tup Kak Zakie kata nak tolong antokan dan amikkan bila balik nanti. Segan memang segan tapi kalau tolak karang GB kena marah pulak. Hahaha!!! Takdelah. GB ok je. Ngeeee....tengkiu Kak Zakie sefamily!!!

Yang menambahkan segan lagi pulak sebab GB bantai dinner sekali kat rumah Kak Zakie. Tapi sekarang dah tak segan dah dengan family Kak Zakie...bagus kan?? ;D

*

Siang sebelum GB balik ke JB, GB ke rumah Uncle Dato' LF, ada makan-makan sempena suatu event dan sesi angkut harta karun sikit. Tengkiu uncle!!! Hahaha! Dapat bejumpa dengan anaknya dan cucunya yang balik bercuti dari US. Dan of kos lah ramai geng blogger kat situ juga, macam biasa. So kite bergathering sekali harung lah kan. Tapi GB tak boleh lama. Lepas ngap je mee udang dan roti boom cicah kari kambing ohhhhsemmmm yang anak uncle LF buat dan cekodok durian sedap yang Kak Ida buat, GB terus cabut sebab dah pukul 5 lebih.

P/S: Sekarang dah tak boleh speeding speeding kat area Bangi sebab ada AES. Memasing menyiput je. Tapi...elok je lepas camera, haaa...amik ko! *Mengata diri sendiri sebenonye. Huhuhu~

Monday, January 28, 2013

Siri Cuti Panjang 3 Rasa: Nyambek is my middle name

Nak amik gambo lain, dapat gambo lain. Layan je lahhhh...!


Sempena cuti panjang ni GB akan buat entri bersiri. Sebab banyak nak citer tapi taknak taruk suma dalam satu entri.

*

Semalam ayah anto GB gi Subang Skypark sebelum Maghrib lagi. Flight pukul 8.10pm. GB solat kat situ je, senang. Lepas tu jalan-jalan pusing-pusing, tengok baju, tengok spa products. Eh, baju kat Subang Skypark cantik-cantik dan murah-murah tau!!!

Normally GB tak suka check-in luggage. Tapi semalam beg sangat kembung sebab banyak barang. Dengan kek nye la. Anak patung la. Segala jenis barang sume sumbat dalam backpack tuh. Pastu GB ingat, check-in je lah. Sebab dah buat web check-in awal-awal lagi, maka GB terus ke kaunter untuk orang yang dah buat web check-in. Tup-tup orang kaunter kata dah tutup. Gate pun dah closing.

Erk. GB salah tengok jam ke? Baru pukul 7.30 kot??

Then dia kata "Cik kene lari, kalau tak, tak sempat kejar kang."

Dem. GB jeling jam. 7.45 dah rupanya. Ralit tengok baju punya pasal lah nih. Dan scrub dan mask yang wangi tuh. Arghhh!!!

'Alamak! Ok tengkiu'. Dan terus berlari mengejar tak pandang belakang dah. Alamak lagi...ada beberapa manusia terkedek-kedek nak scan beg. Abis laaa GB...!

Setel je GB terus sambung ber Watson Nyambek tak pandang orang dah. Tak malu dah. Walau beg kembung kat belakang pun dah ahhh...tak pedulik!

Dan akhirnya...GB orang last naik dan elok je naik, pintu terus tutup. Hewwww...peluh semput cungap rasanya! Beg kembung tuh? Sumbatttt sampai muat! Dan tepat pukul 9 kite touched down kat Senai airport. Alhamdulillah!

P/S: Syukur lahhh... Kalau terlepas tuh mau kene kaw kaw dengan ayah. Hahaha!!!

Sunday, January 27, 2013

Will You Still Love Me



Lagu sentap namanya nih...huuu..

*

Kisahnya...suatu ketika dulu ada sorang nih bagi lagu ni dan beberapa lagu lain suruh GB dengor.Of kos lah bila orang bagi lagu, kita akan tengok liriknya jugak kan? Lepas dengar lirik dah tentu la kita ingat dia nak cakap something kan? GB dah perasan sangat dahhhh.... Sekali tup tup dia kata dia suka suka je bagi lagu tuh...takde maksud pape pun.

Vah. Nangis dalam kete! Hahaha!!



Chicago - Will You Still Love Me

Take me as I am
Put your hand in mine now and forever
Darling here I stand, stand before you now
Deep inside I always knew
It was you, you and me
Two hearts drawn together bound by destiny
It was you and you for me
Every road leads to your door
Every step I take forever more

CHORUS:
Just say you'll love me for the rest of your life
I gotta lot of love and I don't want to let go
Will you still love me for the rest of my life?
'Cause I can't go on
No, I can't go on
I can't go on
If I'm on my own

Take me as I am
Put your heart in mine, stay with me forever
'Cause I am just a man who never understood
I never had a thing to prove
Till there was you
You and me
Then it all came clear so suddenly
How close to you that I wanna be

CHORUS

Bridge:
Do you believe a love could run so strong?
Do you believe a love could pass you by?
There was no special one for me
I was the lonely one, you see
But then my heart lost all control
Now you're all that I know

Friday, January 25, 2013

250113. Hari lahir terakhir sebagai seorang single mingle

Berlatar belakangkan Ficus benjamina tua di Taman Tasik Perdana
25 Januari 2013.

Yep. GB punye birthday. Sila wish di kotak komen andai sudi ye. Hahaha!!

Namun GB sudah dapat hadiah sehari awal. Tengs to CPL yang sudi beri hadiah dan belanja makan sup tulang merah.

Dan terima kasih juga kepada yang sudi wish dekat fesbuk. GB agak bizi minggu ni sebenarnya...sebab tu tak dapat nak komen sakan kat fesbuk dan juga kat belog. InsyaAllah dalam tempoh cuti panjang ni GB akan catch up balik mana yang tertinggal.

P/S: Berkenaan tajuk tu, kawan-kawan semua aminkanlah ye. Terima kasih. Sebab sejujurnya belum ada lagi yang kata dia mahu jaga GB. :)

Tuesday, January 22, 2013

Keranamu Wak Rado(L)

Lidi satey yang ditinggalkan dek pekerja kedai makan (nama dirahsiakan kuikuikui) di Bandar Baru Uda sebab dia nak amik pinggan. Apa, lidi satey tu takleh angkut sekali ke? Adoiii laaaa~


Last week, opismate GB puasa Isnin. GB tak puasa tapi..heheh. Cuma malam tu dia cadang nak makan sate, so kitorang pun setuju nak terjah Sate Wak Rado(L) kat Tampoi sana. Kemain la berkejaran sambil air liur hampir berjejeh mengenangkan sate yang bakal kitorang ngap tu. GB tak penah rasa lagi sate tu sebenarnya...tapi sebab femes kan, mesti la nak terai.

Sampai-sampai je...tutup! Cheh!!

Apa la wak ni!!!

*

Sate tetap sate. Tapi kat Bandar Baru Uda jugak akhirnya kitorang menyatey. Huhuhu...

P/S: Sungguh banyak halangan mahu menyatey haritu tau. Order kat BBU tu hampir diorang tak buat sebab lupa. Boleh pulak lupa orang punye order??? Pfttt!!! Hangin. tapi nasib baik sedap!

Monday, January 21, 2013

Sometimes, 'kesian' is sooo annoying to listen



Contoh eh.

"Nape tak kawin lagi ni?"

"Belum jodoh kak..."

"Kesian..."

*

Wow... like...umm... I don't need your kesian. You don't have to pity me. Because I am perfectly alright on my own (if you really think that I only have myself to date with?)! Or maybe you have to kesian to yourself for your shortage of vocabulary sebab kecik-kecik dulu malas nak bukak kamus?

**

Sometimes, one should open a dictionary and enrich his vocabulary. Say something else but 'kesian' ek...

***

Ilmu jiwa beb. Belajarlah...

P/S: Same goes to some other situation. Like when they ask me for what reason do I ask for the remaining of my ****** and my answer is 'I got bills to pay' and the feedback I got is 'kesian'? Dem.

Kalau GB keje cikgu...

Casio Exilim, Digital Mall, PJ


...dah lama GB kawin. Itu mak la yang cakap. Dulu...

Tapi ada je kawan GB yang keje sama macam GB pun dah kawin awal juga. So maksudnya kerjaya bukanlah penentu kawin awal atau lambat, kan? Hihihi...

*

Cerita lain.

GB dah buat list panjang lebor for the next jalan-jalan. Antaranya satu beg spesel punye yang GB boleh sumbat kamera, ND filter, lenses, tripod mini, beg duit, mekap, telekung dan botol air. Sebab malas nak gendong beg asing-asing untuk kamera dan barang lain tu. So minggu ni GB akan mulakan operasi mencari.

P/S: Barang lain....errr... nak cari boots baru, lalala... Dan juga battery kamera dengan memory card extra. Dan ada banyakkkk lagi sebenonye. Heheh~

Sunday, January 20, 2013

Our Farewell



GB first time dengar lagu-lagu ala-ala Celtic Gothic ni masa kat main campus dulu. Lama dah... Room mate selalu pasang kat PC dia. Minat pulak. Sedap la bagi GB.

Ni GB share dengan kawan-kawan. Mungkin ada yang boleh terima, mungkin ada yang tak. Tapi GB memang dah stail suka dengan macam-macam jenis music, Mandarin, Tamil, Jepun, Korea, Spanish suma GB dengar, dan ini antara jenis yang GB suka.

Enjoy...! ;D



Within Temptation - Our Farewell


In my hands like a sea of memories
I can hear you say my name
I can almost see your smile
Feel the warmth of your embrace
But there is nothing but silence now
Around the one I loved
Is this our farewell?

Sweet darling you worry too much, my child
See the sadness in your eyes
You are not alone in life
Although you might think that you are

Never thought
This day would come so soon
We had no time to say goodbye
How can the world just carry on?
I feel so lost when you are not at my side
But there's nothing but silence now
Around the one I loved
Is this our farewell?

Sweet darling you worry too much, my child
See the sadness in your eyes
You are not alone in life
Although you might think that you are

So sorry your world is tumbling down
I will watch you through these nights
Rest your head and go to sleep
Because my child, this not our farewell.
This is not our farewell.

Wednesday, January 16, 2013

Masih gadis kah?

Only in Senai. Nak culik Kak Zakie dan Adik jalan-jalan amik gambo kat Pekan Senai lah!


Seorang kawan lama bertanya tentang GB kepada seorang kawan baik, "gadisBunga tu gadis lagi ke?"

Maksudnye...GB ni dah kawin ke belum??? (Member tu tanya je ye...takde maksud lain...sebab dia jugak dah kawin and ada anak. No speku speku hokeyyy....)

Jawapan GB... "Walau dah kawin, walau dah ada anak...nama saya tetap gadisBunga ye.".. wink!

P/S: Nenek besfren GB tetap dara walau dah tua. Sebab namanya Dara. Hihihi~

P/S 2: Jawapan untuk soalan feveret dalam entri semalam adalah...Mano ado! Baju tak sedondon langsung. Lagi kontra ada laaaa....huhuhu~

Soalan paling hot semalam adalah...?

Appreciation Dinner upon completion of Legoland, at Danga Bay Convention Centre

Semalam terkocoh-kocoh GB balik umah dari opis, tukar baju, mekap dan zoom berdezup ke Danga Bay. GB pegi dengan sorang opismate lelaki yang memang team mengkomplitkan Legoland dari awal sampai siap dan dah tak bujang, pegi asing-asinglah tapi.

Dinner ni short notice bagi kitorang yang kat JB ni sebab email invitation sume diorang anto ke KL. Pastu boss tak dapat turun KL JB semalam, maka kitorang diminta jadi representative. GB ok je sebab boleh laaa...dari tak buat apa malam-malam...

Selain dari makan free, GB dapat lucky draw! Weeheee!!

Lucky draw! GB dapat voucher Jusco RM50. Tapi pak guard dapat iPad 2 okeh!!!

Cuma...semalam panas sikit sebab soalan bertalu-talu dapat dari semua orang yang menegur opismate GB tuh, "Eh, your wife ah??".

Penat nak jawab!

P/S: GB bukan orang yang handle projek Legoland...sebab tu diorang tak kenal. Join inspection pun bape kali sangat... :p

Monday, January 14, 2013

Explorace versi Larkin Sentral: Tak mengapa, semuanya okey...



Human mind and body needs to be forced and pushed and stimulated and activated in order for it to do something a human being thinks is impossible for him to do. Macam Adidas punye quote, "Impossible is nothing".

*

Last wiken GB balik Shah Alam (SA) naik bas. Tapi GB dah beli tiket online hari Isnin lagi. Namun sebab terlebih heksaited GB terbeli tiket salah hari. Gabra 2 jam! Nak kene beli tiket baru ke ni?? Pastu baru tau rupanya tiket tu boleh tukar hari... Cekcepat GB gi Larkin Sentral tukar hari. Kene caj RM3.40. Better la dari bayo another RM35 untuk tiket baru kan? Huhuhu...

Jumaat tu GB mintak budak opis tolong hantarkan ke Larkin Sentral. GB kabo ke dia, bas GB kul 11.30pm gerak. So dia stay opis dulu sementara GB balik siap-siap. Lambat jugak GB balik pun...dalam pukul 9pm. Dah siap packing-packing, GB lepak jap tengok TV. Jam pun pukul 10.30 malam. Sejam lagi baru bas gerak. Larkin Sentral dalam 7-8 minit away je dari umah GB.

For final check-up, GB bukak wallet nak cek apa yang kurang. Kuarkan tiket nak pastikan tarikh betul atau tak (lagi sekali). Ok. Tarikh dah betul. Tengok time. 11pm. Gulp. 11??

Oh no...terus call budak opis. Masa tu dah pukul 10.40pm. Gila. Gila! Budak opis bebel jap sebab dia kat opis lagi sebenarnya (senak pankreas dah time nih!). 5 minit kendian dia call lagi. Jalan jammed. Ada roadblock katanya. Mungkin sampai lambat. Arghhh...lagi senak pankreas GB!!!

Takpe. GB doa banyak-banyak, kalau betul kepulangan GB ni ada kebaikannya, maka GB akan naik jugak bas tuh walau ada halangan. Kalau GB tak dapat naik bas tu...pasti ada hikmahnya. Kalini GB berserah dan bertawakkal pada Allah.

**

Kul 10.50pm. Dak opis GB call. Dah dekat. 10.53pm, dia sampai. Cekcepat GB naik dan dia pecut laju-laju ke Larkin Sentral. Tepat pukul 10.59pm kitorang sampai. Time tu dah nampak ada satu bas Transnasional dah gerak kuar dari platform. Huh. Dupdapdupdap dah jantung GB. Tapi ada satu lagi bas Transnasional belum gerak. Harap-harap itu bas ke Shah Alam.

Berlarian GB ke platform tu. Bila sampai, tengok-tengok tu bas ke KL...sah lah yang dah gerak tadi tu bas ke Shah Alam. Cool GB cool. Jangan gabra. GB saja buat-buat tanya kat driver bas ke KL tu, 'Bang, bas ke Shah Alam dah gerak ke?'

'Dah, baruuu je gerak. Nak gi Shah Alam ke?'

'A'ah...ala..boleh tak tolong call kan driver dia suruh stop jap?'

'Abang boleh try call dik, tapi dia ni susah sikit nak angkat talipon. Takpe, abang call jap eh...'

*****************************************************************************

'Dik, tu bas tengah nak kuar simpang, dia tunggu kat situ.'

'Ok, tengkiu banyak!'

Dan...bermulalah adegan explorace GB berlarian berWatson Nyambek dengan kasut wedges dan handbag gedabak kaler biru demi mengejar bas idaman yang dah dihon-hon dek bas-bas lain yang nak kuar simpang tapi kene block dek bas GB. Gittewww...

Sampai je...co-driver dia yang dari jauh ada gaya cam Dr. Faiz angkasawan tuh dah turun menunggu. Kacak tuh! GB dah sempit paru-paru sebab semputttt....!!!! Nasib baik diorang tak marah. Hihihi...

*

Back to mukadimah. Berlari adalah sesuatu yang GB tak suka buat sebab GB tak yakin GB boleh berlari. Tapi bila dalam keadaan terpaksa yang mana melenggang kangkung bukanlah satu opsyen yang bijak, rupa-rupanya GB mampu berlari. Laju ok! Sekian.

P/S: Sila paksa GB buat benda lain yang GB rasa GB tak mampu buat juga. Seperti mengorat orang lelaki bujang yang berpotensi ke...susah nho GB nak buat, tapi kalau terpaksa boleh je kan kan?? :p

Sunday, January 13, 2013

Einsamer Hirte (The Lonely Shepherd)

Japanese Garden, Taman Merdeka, JB

At first GB ingat ni lagu Kitaro. Puasssss cari di merasa ceruk tapi tidak berjumpa. Patut la tak berjumpa. Bukan lagu Kitaro rupanya. Ceh!

GB sangat sukaaaa lagu ni sebab bila dengar, dengan automatik rasa sayu je. Hahaha. So meh GB share dengan kengkawan pulak ye. The Lonely Shepherd by Gheorghe Zamfir.


Thursday, January 10, 2013

Menten

Some of the Veritasians version JB. Farewell party tadi untuk dak praktikal (duduk, kanan, pakai tudung kalerful) yang last day nye esok. Maaf gambar makanan terpaksa disorokkan untuk elakkan coach kena darah tinggi. Kuikuikui! 


Ok lah. GB tak nafikan yang GB makan lebih sikit sejak seminggu dua ni. Agaknya sebab penat kat site kot. Penat beb! Sampai hitam-hitam ni hah! So bila balik opis je.... amik ko...selera naik mencanak-canak lerr. Ngeee... Lupa pulak bila post-post kat belog, coach kite memerhati. So sekarang GB dah takut. Takut kena marah. Hahaha!!!

Ampun coach! Sorry coach! :p

*

Ok. Azam GB adalah untuk start balik diet Isnin depan. Err...did I typed Isnin? I'm sure it's not a typo. Lalalarikkk!!!

P/S untuk coach: Coach, you don't worry. I weigh myself everyday sebab takut gak terlajak kan. Berat menten tak naik-naik dah, tapi... menten je la..turunnye selowww...kuikuikui!

P/S untuk semua: GB dah kurang burned dalam tempoh kurang 2 minggu. Amazing kan? Selalunya mau makan bulan baru pulih semula. Sebab GB consume Pure Marine Collagen dan Vitamin C! Sama jugak dengan budak berdua yang duduk kat belakang tuh. ;D

Wednesday, January 9, 2013

Saya marah dengan Uncle Tony. Dan juga Tokey Rimau!

(Shot from my cap ciken camera. Heheh)
Gunung Kinabalu dari kejauhan dan ketinggian.
Dan ray of lights (ROL) dek matahari pagi yang menimpa awan yang tebal.
Rindu rindu rindu kat momen ni! Namun...

...namun, apa kan daya. 

Semalam GB dah berjaya dapat free seat yang Air Asia offer tuh. Ke mana lagi kan kalau bukan ke KK (lagi!). Tapi ada tragedi berlaku...

Masa nak bayo, GB pilih transfer by bank. Pakai Maybank2u aje lah. Sebab GB dah lamaaaa takde kredit kad ye...tetibe masa nak bayo boleh ek system down??? Try lagi dan lagi, namun tetap tak berjaya! 

(Urut-urut dada masa GB menaip ni sebab geram yang amat....huhuh)

GB dah terminate kredit card. Visa Debit pulak GB lupa nak hapdet nombor tepon untuk diorang hantar MSOS code. Oh sungguh geram. Cuma satu je la...kenapakah system bank mesti di down kan selepas pukul 12 tengah malam???

Oh ye. Lepas 3 minit GB cuba lagi. Tapi...tapi....dah takdo dah tiket murah tuhhh!!! Kecewanya sayaaaa....!

*

P/S: Untuk mengubati hati yang cedera ni maka GB post gambo ni untuk tatapan diri sendiri dan juga kawan-kawan. Sebenarnya ada banyakkk lagi gambo GB post. Di sana ye...di sanaaaa.... ;D

Tuesday, January 8, 2013

Mee Udang Kg. Tiram Duku. Dan Kisah Tempias Taufan Sonamu.

Kuey Tiau Kari Udang. RM 4 aje. Murah sebab rasa dia macam makan megi kari cuma mi nya digantikan dengan kuey tiau. Huhuhu. Belakang tu Air Lemon Laici. RM 2.50. 

Tengah hari tadi GB dan bebudak opis cari makan jauh sikit. Jauh tak jauh sangat la, kat Kampung Tiram Duku, Gelang Patah. Diorang cakap ada warung mee udang best kat situ. Ok...try!

Cara nak pegi agak mudah. Ikut hiway menghala ke Tanjung Pelepas/Gelang Patah. Pastu masuk susur ke Tanjung Pelepas. Then kat first traffic light, kona kanan. Lepas tu jumpa simpang menghala ke Leisure Farm, kona kanan lagi.

(Kalau kona kiri tu dah menghala ke Kampung Tanjung Adang pulak ye. Situ ada restoren seafood terapung yang nampak view Pelabuhan Tanjung Pelepas).

Tak jauh nanti dah nampak signage Kampung Tiram Duku. Drive terus sampai jumpa sekolah. Then...warung tu dalam 500 meter dari sekolah tu, kat sebelah kiri jalan. Dekat dengan bengkel kete.

Menu ada banyak. Sume ada udang besor. Nak udang lebih pun boleh... Harga agak murah bagi GB. Bab rasa...kene try sendiri.

Feeling makan kat warung bawah pokok sebab ada pokok ceri besor kat kedai tu. Feeling dolu-dolu sungguh!

*

Time balik...GB kene drive, sebab pegi tu naik kete budak opis. In fact masa pegi pun GB yang drive. Tapi on the way balik tu rasa macam kereta ditolak-tolak ke tepi. Seriau jugak GB sebab dah la kete orang kan, dengan ada 5 orang kat dalam tu. Mula tu ingat sebab GB tak biasa dengan Myvi punye stereng ke kan. Pastu tak lama kemudian hujan turun. Dengan angin ribut yang kencang. Terbang abis segala daun dan ranting. Lagi kuat kete kene 'tolak'. Terus lah GB terbayangkan... ini kot tempias ribut taufan Sonamu yang dah diverted menghala ke Johor nih?

P/S: Syukur kitorang selamat sampai. Member lain kat Johor, ada kena ribut cenggitu tak?

Botox - Rahsia Awet Muda

Paras rupa botok-botok (atau GB panggil Botox sebab nak jimatkan air liur)

Last week GB dengan budak-budak opis pegi lunch kat satu restoren ni, Restoren ZZ namanya dekat dengan Hospital Tuanku Aminah kat JB ni. Sebabnya budak-budak ni nak suruh GB rasa botok-botok. Sebab diorang tau GB sangat suka sayur dan ulam. So kata diorang makanan ni sesuai  untuk GB sebab memang banyak daun dalamnya.

Memang pun! Banyak betul. Daun pucuk betik dan spesis daun lain yang GB pun tak tau dah daun apa. Rasa herba macam makanan ibu dalam pantang. Tapi tekak GB boleh terima. Siap ada ikan tenggiri lagi kat dalam tu. Licin la kitorang kerjakan....tinggal daun pisang tu je. Kalau makan selalu memang boleh awet muda dan perut pun lawas. Huhuhu~

*

Cerita lain.

Sanggup ke kawan-kawan nak pergi bermalam kat tempat yang takde tempat makan? Eh, mana boleh kan? Kita kan orang Malaysia. Makan tu wajib! Bukan setakat makan nak isi perut. Tapi kene sedap! Wajib tuh! Hahaha!

Sebab tadi GB baca entri akak Singa ni ha...tu pasal la.

P/S: Mee rebus tulang kat Hutan Bandar GB belum terjah lagi. Patutnya terjah dengan Kak Zakie Ahad lepas, tapi takpe. Nak terjah jugak sendiri dalam minggu ni. Yeah!

Monday, January 7, 2013

Takkan Melayu Hilang di Dunia. Dan Kisah Malam Tadi.

Dataran Pahlawan, Melaka
(Pic is unedited. TQ)

Haritu masa GB jenjalan Melaka, GB perasan ada banyak rupanya muzium di Melaka. Muzium Setem laa... Muzium Dunia Melayu dan Dunia Islam la.. Muzium Umno laa... heheh!

GB tak masuk pun tapi. Tak sempat.

*

Cerita lain. Semalam GB bersorak sorang-sorang tengok AJL ke 27. First half tu memang bosan tapi. Siap komplen dalam fesbuk. Pengacara punye skrip hanco. Nasib baik masuk second half tu diorang dah back on track. Nasihat GB, pengacara, tak payah lah buat lawak yang tak lawak. Better straight forward dari cuba nak melawak yang macam itu.

Bab performance. Ada a few yang GB sangat suka. Aizat of kos! Dan Mojo. Dan Black & RJ. Dan Bedroom Santuari. Dan Misha omar. Dan uncle-uncle rock kapak tu terbaikkk!

Music arrangement...GB puas hati. Kecuali beberapa lagu slow macam Ombak Rindu dan Patah Seribu. Ngantuk je GB dengar. Yang selebihnya best! Dato' Ramli M.S. memang terer.

Konsep... Bagi GB ini antara konsep terbaik AJL. TERBAIK! Suke suke suke!

Kesimpulannya. walau GB komplen pada mulanya, keseluruhan AJL termasuk keputusannya...GB puas hati. Walau ada lagu feveret yang tak menang, tapi takpe. Cuma, kan bagus kalau ada tempat keempat dan kelima sekali. Heheh~

P/S: Kalaulah Hang Tuah masih ada, teringin GB nak mengorat Hang Jebat. Hahaha!

Sunday, January 6, 2013

Ren Zai Li Ming (人在黎明) - Person in Dawn



Wahhh...GB minat lagu Kantonis?

Ehem.

Kisahnya...

Dulu masa darjah tiga enam GB suka sangat nonton drama bersiri Kantonis petang-petang pukul 6. Tajuknya The Breaking Point. Ada Leon Lai, Maggie Shiu. Tak boleh miss langsung, kalau tak bad mood esoknya!

Ceritanya lagi...lagu yang GB share harini adalah salah satu lagi yang ada dalam drama tu. GB suka gila lagu ni sampaikan masih boleh humming melodi dia even after yearsss cerita tu abis. Susahhhh sangat nak cari lagu ni ok... Dah la tak tau sapa yang nyanyi. Tajuk lagi laa tak tau. Cuma tau dia penah muncul dalam cerita tu je.

Korek la jugak sampai jumpa. Jumpa pun! Cuma mp3 nya GB belum dapat lagi. Dapat wma file, tapi CD player kete GB takleh read wma...cane nak karok? Huuuu~





Ren Zai Li Ming - Leon Lai

yi yi xi xi xiao shi de pian duan
lang dang lu zhong zhe xin na pa geng suan
luo mo ri zi tong guo le bian suan
yi wang de tai duo tai luan
ming yun xiang feng bao yi sheng duo bian dong
mu rui mian kong se suo pu xiang yu zhong
fu zhe ji mo jia suo ai fang zong zi wo
fu you de xin bu dong zhen xi mei meng
tong tong kuai kuai yong bu zai shuo ai
ji ji mo mo du chu zai men wai
piao hu zong ji dao bie hou bu zai gui lai
jue bu guan sheng ming zen yang jie shu
gu dan zu yin reng shi ji xu
yi tian tian zai cang sheng zhui zhu WOO
ye xing an fu zhe gu du bei ying
duan cu de guo qu quan mei ji ren
pi qi feng sheng you gao bie li ming

Chinese Lyrics

人在黎明 黎明
依依稀稀消失的片段
浪荡路中这心那怕更酸
落寞日子痛过了便算
遗忘的太多太乱
命运象风暴一生多变动
木枘面孔瑟缩扑向雨中
负着寂寞枷锁爱放纵自我
浮游的心不懂珍惜美梦
痛痛快快永不再说爱
寂寂寞寞独处在门外
飘忽踪迹道别后不再归来
绝不管生命怎样结束
孤单足印仍是继续
一天天在苍生追逐 WOO
夜星安抚着孤独背影
短促的过去全没记认
披起风声又告别黎明


(Direct translation dari WakGugel)

People at the dawn of the dawn

Yiyi venues tend to disappear fragments
The dissolute Road heart even if more acid
Lonely days of pain they
Too messy too forgotten
Fate as storm life more than changes in
Wood tenon faces Huddled toward the rain
Negative lonely shackles love to indulge self
The planktonic heart do not know to cherish the dream
Frankly never say love
Lonely lonely lonely alone outside
Erratic trail no longer returned to say goodbye
Never tube life is how to end the
Lonely footprints still continue
Day by day in the common people chase WOO
The Night Star appease the lonely back
Was no more a mark by short
Phi from the wind and to bid farewell to the dawn


P/S: Kalau kawan-kawan ada jumpa mp3 file nye...sudilah kirenye roger GB dan email ke GB ye...mekasih....muah!

Saturday, January 5, 2013

Happy Birthday, Sugar Daddy. ;D

Ayah GB yang tengah melawan bosan menunggu mamat komputer install software.
Hari lahirnya hari ini. 

Dulu masa GB dan adik kecik lagi, pantang ayah balik keje, mesti berkerumun memasing nak tarik stokin ayah.

Dulu masa kecik-kecik, bila dengar bunyi pintu diketuk stail ayah, berebut memasing nak bukak pintu.

Dulu masa kecik-kecik, pantang pukul 9.30 malam, ayah suruh tutup TV, pakai tudung, pastu duduk ramai-ramai. Ayah nak buat taklim. (Baca buku hadis).

*

Sekarang kitorang dah besor-besor, so takde la berkerumun nak tarik stokin ayah lagi. Tapi kitorang totap anak-anak kecik ayah.

Selamat hari lahir to ayah GB. InsyaAllah seboleh mungkin GB akan cuba jadi anak yang baik. Kek sikret resipi feveret ayah next week ehhh Gb beli, sebab minggu ni tak balik Key Ell. Huhuhu~

P/S: Dalam pada tu godek godek gak resipi kek kot kot ada yang tersama, boleh buat senirik. Jimat sikit. Hahahaha!!!

Friday, January 4, 2013

Konsep Gorengan

Nephelium ramboutan (Pulasan) dan Lansium domesticum (Langsat)
Pssttt... nama scientific pulasan memang begitu ye. Rambutan pulak Nephelium lappaceum.
Dan ye...gambo takde kene mengena dengan cerita~


Kalau menggoreng, contohnye karipap, karipap tu kene angkat bila dah start kekuningan. Sebab lepas tu dia akan tambah menguning atau mencoklat bila dah diangkat nanti. Jangan tunggu sampai nampak kuning sangat dalam kuali baru nak angkat, sebab nanti dia akan jadi rupa hangit lepas beberapa minit diangkat.

Begitujuga kalau goreng benda-benda lain. Biasanya GB angkat lepas dah nampak kuning sikit dari warna asal. Warna dia akan jadi bertambah gelap lepas diangkat nanti.

Baru la hasil gorengan akan nampak cantik...

*

GB pulak adalah hasil konsep gorengan yang terlebih goreng. Sebab sehari lepas berjemur kat site (dengan sunblock SPF50 kononnye), GB tak nampak beza sangat kat muka. Cuma sedikit panas kat kulit. Tapi lepas 2-3 hari, amik ko! Jadik gelap segelap-gelapnya GB!

Terus segannnn nak berjumpa dengan pemangkin dalam meeting. Hahahaa!!!

P/S: Tengah gigih nak mencerahkan kembali kulit yang dah hangit ni. Berpayung kat site. Sapu colagen rajin-rajin. Korek segala petua pencerahan. Pakai produk yang mak belikan (mak terkezut tengok anak dia dah gelap bebenor!). Dan gigih makan Vitamin C Dr Hanie dan Pure Marine Colagen. Tapi in the mean time apply juga mekap yang sesuai untuk kulit tanned. Gitewwww....

Thursday, January 3, 2013

Pokok reject


Pokok dalam gambar ni ada kat Kota Iskandar. Status? Kene reject la. Sebab daun dia dah berlobang-lobang. Contractor kene ganti pokok baru.

Tapi lobang-lobang pun cantik pulak GB nampak. Cuma, reject tetap reject la kan. Huuu~

P/S: Moral of the story, walau apa pun situasi atau keadaan, cantik ke, buruk ke, bagi kaki tembak...semuanya cantik!

Wednesday, January 2, 2013

New Year Dusk

New Year's Dusk, Danga Bay, JB, Malaysia

Semalam GB berkejar nak ehem tembak something special kononnye untuk hari pertama tahun baru ni. Sebab kuar opis pun dah lambat, maka yang terlintas di pikiran time tu hanyalah Danga Bay (lagi!).

Maka dengan berkebaya merah sambil setting dak GF3 yang dah terpacak di atas tripod dan tak lupa juga mengetest ND filter yang baru GB beli Ahad lepas, sorang-sorang la GB menembak di situ. Sambil juga melayan angin yang makin kencang yang menampar pipi GB yang dah sunburned dek seharian berjalan kat site. Hitam balik den!

P/S: Yeee...Danga Bay lagi...tu je yang paling dekat dan nampak sunset. ;D

Tuesday, January 1, 2013

Tahun baru tanpamu~



GB kerja harini. First time ever kerja masa hari pertama tahun baru. Tapi tak rasa pape pun. Huhu~

Tapi tetap juga GB nak wish Selamat Tahun Baru 2013 kepada kawan-kawan yang GB sayang. Semua-semualah yaa..

Dengan uchapan, azam yang ditulis-tulis semalam tuh dah terbuat ke hari ni?~

P/S: Last year GB pusing KL jalan kaki dengan sorang member masa cuti tahun baru. This year pun GB pusing jalan kaki juga. Pusing site la tapi. Banyak kalori terbakar! Hahaha!!!