Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, December 1, 2013

KK lagi : Part 3 (Pekan Ranau, KK Park, Rumah Terbalik Tamparuli, Pasar Filipina)





Kitorang decide untuk cari rim tu on the way back ke Kundasang. Berharap tu tak la sangat tapi itu last resort sebelum call tuan kete untuk beritau rim kete dia tercabut. Disebabkan tu GB drive slow-slow takut terlepas tempat kejadian, dan geng lain diwajibkan untuk mereport kalau ternampak sebarang benda yang menyerupai rim kat tepi atau tengah jalan. Lori dan kereta lain sabar je membontoti kereta kitorang. Nasib baik diorang tak hon. Huhuhu...

Akhirnya...betul-betul kat lubang yang GB terlanggar tadi, geng yang duduk kat belakang menjerit! Dia kata ada benda macam rim kat tepi jalan, terletak elok kat atas bukit tepi jalan tuh. Apa lagi...terus bagi hazard light, berhenti, dan member keluar berlari ke arah benda yang macam rim itu.

Betul!!! Memang rim kete kitorang! Hahaha syukur alhamdulillah...! Siap amik gambo kenangan lagi! Heheh.

Lepas tu baru senang hati nak sambung jenjalan. Lunch dulu kat Pekan Ranau. Makan nasi padi bukit yang rare (sebab tu first time GB nampak) dan sedap! Lepas dah kenyang kitorang gerak lagi, singgah bergambo kat depan Kinabalu Pine Resort dan sekejap kat KK Park sekadar untuk gi toilet dan amik gambo kat depan dan kat decking tu je. Nak gi Timpohon takut terbabas time nanti. GB kan tak suka drive kat Jalan Kundasang ni time gelap...

Tapi takpe, dah tak stress dah driving sebab rim dah jumpa. Esok kitorang try pasang kat KK. Huuu...

*

Lalu Pekan Tamparuli, dan singgah kat Rumah Terbalik. Tiket masuk harga RM10. Tapiiiii......

Tapi GB tak rasa rumah tu menarik sangat pun. Sekadar semuanya diterbalikkan. Kata diorang rumah asalnya ada kat Kota Belud. Tapi...frankly laa...kalau diorang terbalikkan rumah tradisional Sabah adalah lebih menarik lagi. Memang susah, memang mencabar, tapi kurang-kurang kita puas hati. Ni rumah moden je kot... masuk tak sampai 5 minit, pastu kuar. Diorang tak bagi amik gambo kat dalam, luar je boleh. Kalau kene tangkap kene denda RM100. CCTV merata-rata tapi GB tak tau la function atau tak. Hehehe...

Sekali masuk...cukup kot bagi GB. Mahal tuh RM10 sorang. Mode kedekut. Huuuu...

(Pendapat peribadi GB je ni. Sapa rasa nak pegi, silakan. At least rumah terbalik ni ada kat Tamparuli aje... huuu)

**

Kitorang bergegas balik sebab nak cari masjid. Kalau ikutkan GB nak singgah je kat mana-mana masjid yang jumpa on the way, tapi last-last solat kat Masjid Negeri. Nasib baik sempat. Sambil tu ingat nak caj kamera sekali...bateri dah kong. Sebab kitorang plan nak gi Pasar Filipina lepas Maghrib karang, dan nak makan seafood.

Sedihnya tak dapat pulak GB tumpang caj kamera kat masjid. Huu...tak dapat la amik gambo happening malam-malam kat KK town ni... Maka sebab itu, GB missed nak amik gambo malam kat pasar sebelah Pasar Filipina dan kat tempat seafood. Pinjam kamera member je untuk amik gambo food, tu pun sebab nak elakkan kempunan. Huuuu....

***

Kitorang check in kat hotel yang sama kitorang duduk masa first day sampai. Rest, charge apa yang patut, dan prepare for last day esoknya...

ZZzzzzz......

46 comments:

  1. akak rasa kan... kalau CH hilang tak lama lagi, kita ke KK je lah. kita ke Kundasang.

    ReplyDelete
  2. ah..bilalah ada peluang ke KK..ada je kwn2 yg menunggu kat sana tp belum ada rezeki..

    ReplyDelete
  3. PASAR fILIPINA tutup awal masa akak pergi dulu. Tapi tempat makna2 sebeah dia happening sebelah malam .

    ReplyDelete
  4. Assalam
    Bestnyer gi Sabah. Teringin nak gi Kundasang lagi..insya allah

    ReplyDelete
  5. Boleh ada lagi penutup rim tu kat situ ye GB, kalau kat KL dah lama hilang!

    Rindunya nak gi KK lagi kali ni kalau ada rezeki nak tido kat kaki gunung kinabalu!

    ReplyDelete
  6. Pergi jalan2 dengan geng sekepala memang best, kan...

    ReplyDelete
  7. org kata beras huma tu mahal... mengalahkan beras jepun...ek?

    ReplyDelete
  8. Kenapa tak singgah sembahyang kat masjid UMS atau masjid Terapung Bandaraya KK?

    Cantik kalau ambik gambar masjid2 tu….

    ReplyDelete
  9. Sangat teruja tengok percutian yang menarik ni.. ;)

    ReplyDelete
  10. seafood dkt KK mmg terbaik & murah pulak tu..BEST!

    ReplyDelete
  11. Kalau ke KK mmg cam tak lengkap je kan kalau tak ke rumah terbalik di Tamparuli tu..JM pernah ke KK tapi belum sampai kat sana lagi..perlu repeat nampak nya heeee

    ReplyDelete
  12. Rumah terbalik tu, akak memang tak teruja. Tapi, gambar makan tu akak teruja. Haip..tengok saiz akaklah dik..hahahhaha. So, care to introduce the dishes?

    ReplyDelete
  13. nasib baik jumpa balik cap rim tu hehe

    ReplyDelete
  14. best nyer makan2....

    rim tercabut?

    ReplyDelete
  15. rumpai laut tu eh?
    yang rasa ' laut' tu..?

    ReplyDelete
  16. Sangat epik journey ni! Cerita " rim" tu pasti kenangan yg tak boleh dilupakan..:P

    ReplyDelete
  17. Tengok gambar kt sini trus terindu nk ke sna lagik...hihi
    Miss u gb ♥

    ReplyDelete
  18. kawan ckp kundasang lg sejuk dr cameron.. wahh bestnya kalau dpt pegi

    ReplyDelete
  19. @Azian Elias

    saya sanggup kak. gi 2-3 kali setahun pun ok. heheheh

    ReplyDelete
  20. @Ann Ishak

    setuju.

    rasanya lain sikit tapi still sedap. hihi

    ReplyDelete
  21. @nyanyisunyi

    insyaallah tak lama lagi dapat la akak pegi kk. :D

    ReplyDelete
  22. @Nieda

    yep.

    happening.

    kalau bukan sebab dah penat seharian rasanya mau lagi pusing pusing jalan situ malam tu..

    ReplyDelete
  23. @t.a.t.a

    tu ada kat dalam gambo 1st...budak pompuan tengah pegang rim tu...

    ReplyDelete
  24. @JunAina

    kaki gunung kk sejuk. best. awesome. dan view dia is to die for!!!

    ReplyDelete
  25. @Kazaztan Team

    a'ah..redup sebab awan tebal. kalau awan kurang nampak langit biruuuu~

    ReplyDelete
  26. @~ Cik Azz ~

    syukur diorang tu jenis sekepala tauu..hihihi

    ReplyDelete
  27. @Nizam.Ariff

    aku beli nasinya harga macam biasa ja. huhu~

    ReplyDelete
  28. @Yunus Badawi

    sebenarnya saya pergi masjid bandaraya. bukan masjid negeri. :D

    ReplyDelete
  29. @Aziela


    hahaha.

    dari kiri atas. umai ikan. ubi kukus. sotong sambal. rumpai laut. dan ikan siakap masak stim limau...!

    ReplyDelete
  30. @eita

    hahaha.

    festaim rim tercabut masa tengah driving. huuu

    ReplyDelete
  31. @Dr Singa

    rasa lauttttt sangat!

    tapi better dari jenis yang satu lagi tuu

    ReplyDelete
  32. @Daddy Ziyyad

    amboi...

    sebab pegi tempat lain tak penah jadi, maka yang ini terpaksa la cerita macam telenovela. huhuhu~

    ReplyDelete
  33. gB, aku tak nampak pun gambar tu. yang aku nampak adalah gambar nasi tu. hahahahaha

    ReplyDelete
  34. nampak menu2 makanan yg berbeza disana kan !

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D