Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, November 25, 2013

KK lagi : Part 2 (Desa Cattle Farm, Ladang Teh Sabah, Pekan Ranau)




...maka hari kedua di Kundasang berakhir dengan tido bertemankan cuaca dingin menusuk tulang dan bunyi angin yang berderu kencang di luar.

***

Hari ketiga. Kitorang bangun, siap-siap, breakfast dan check out. Mandi dengan air yang dingin macam ais. Kebas satu badan. Tapi best jugak la rasanya. Hahaha. For info, kat Kinabalu Mountain Lodge ni water heater nya hanya dipasang dari pukul 5 petang sampai la 8 malam. Pelik kan? Untuk traveler bajet macam kitorang, water heater tak penting pun. Asalkan dapat tempat tidur dan tempat siap-siap untuk ke destinasi seterusnya, itu dah kira okey sangat! Kalau nak mandi berwater heater tunggulah masa honeymoon karang. Ahah!

(Sebenarnya pasal water heater ni GB dah tau masa booking kat Agoda.com lagi. Tapi kitorang on je sebab murah i.e. RM130 je sebilik. Masa last time kat Kundasang, bilik airnya ada water heater yang boleh dipasang bila-bila masa, tapi lagi murah. RM30 je satu kepala. Hihihi... )

Pagi ni kitorang menuju ke ladang lembu. Alaaa... yang ramai orang cakap macam New Zealand tu. Bagi GB, tujuan ke sana adalah untuk snap snap lagi dan minum susu segarrrrr dari ladang, tapi yang lebih utama lagi adalah untuk amik gambo ladang lembu tu berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dengan puncaknya sekali. Sebab last time pegi, puncak gunung tak nampak dowh! Dannn....impian GB tercapai! Alhamdulillah.... Sangat cantik gunung hari tu, puncaknya nampak clear walau ada awan lalu dan pergi. So next time kalau tak pegi ladang lembu tu pun takpe dah...takde la rasa ralat.

Bagi geng lain, ini first time untuk diorang. So bayangkanlah diorang punya excited tu macam mana.... hehehe.

Cuma...kali ni tengok development macam dah terlalu banyak kat kawasan tu. Dua tahun lepas lebih nyaman rasanya. Hmm...

*

Kitorang gerak ke Ranau. GB tak cadang nak masuk Poring Hot Spring. Sebab umm...kitorang kena turun balik KK by harini jugak. So tak boleh cover semua. Nanti tak puas. Lagipun on the way balik nak singgah rumah terbalik pulak. Sudahnya GB cuma bawak pegi jalan Ladang Teh dan Kampung Luanti. On the way ke Ladang Teh, sebenarnya GB terlanggar lubang kat tengah jalan. Tak perasan! GB dah risau takut tayar pancit ke apa ke lepas terlanggar lubang tu. Sebab lepas langgar lobang tu GB nampak macam ada ring besar tayar bergolek. GB ingat tayar dah tercabut. Lagipun kereta belakang ada hon hon macam nak bagitau something. Tapi lepas keep on driving, takde rasa pelik pun kat tayar. But still... risaunya...tapi harap-harap takde apa la yang buruk berlaku... :(

Lap peluh!

Kat Ladang Teh yang forever macam tuuuu jugak...baru la perasan cap rim kete tu dah tercabut! Terus rasa hilang darah kat muka. Alaaa...cemana ni?? Dah la kete sewa...Kang kene caj rim pulak. Adoi...spoil mood time tu. Nak bersuka ria pun dah tak berapa nak rasa. Terus otak pusing-pusing fikir cemana la nak setel ni?

Oh ye, Ladang Teh Sabah still macam itu jugak. Still less attractive than the one kat Cameron Highlands. Mungkin next time GB kena pegi awal pagi kot, sebab dengarnya time sunrise cantik sebab bergunung dan berkabus. Sunset pun cantik. Hmm..ok la. GB tak putus asa. Cuba lagi next time.

Pastu pegi singgah jap Kampung Luanti. Nak try fish spa. Tapi ramai orang. Kena beratur. Amik nombor. Dan masa terhad. Too commercialized. Last-last kitorang keluar gitu je. Tak rasa enjoy. Lagipun perut dah lapar.

Fikiran terganggu pasal rim pun ada jugak...

...to be continued...

P/S: Kalau takde drama...tak sah ek jenjalan? Ek??

50 comments:

  1. GB..seruisly...terpana melihat kecantikan alam semulajadi disana..nampak begitu nyaman dan bersih...lembu2 tu mcm kat NZ la pulak..

    ReplyDelete
  2. woah very new zealend lembu tu
    cap rim tu murah je kot. dulu kita pernah beli cap rim untuk kancil, 20 hengget je

    ReplyDelete
  3. Bestnya...cantik
    Makchaq KK ni memang sentiasa dirindu... macam kampung sendiri..

    ReplyDelete
  4. tengok lembu-lembu tu seperti berada do obersea pulak kan...ehh..JM ni..mmg obersea pun kat di Sabah tu hiks

    ReplyDelete
  5. tu la pasal kan, nampak lelembu tu dah rasa macam iklan Fernleaf pulak. hahaha.

    jap. apsal jadi lelembu pulak ni? lembu-lembu la.

    ReplyDelete
  6. kalau nak water heater...
    pergi masa honeymoon..karang...
    ekekekekekekek
    macam dah makin dekat 'karang' tu jer...

    ReplyDelete
  7. Kalau pergi honeymoon memang kena ada water heater. Kalau tak, mahu tak solat subuh …. hahaha

    ReplyDelete
  8. Jumpa balik tak cap tu?

    Dah nampak ada benda tergolek kenapa tak berhenti? …… huhu

    ReplyDelete
  9. YB, kenapa sampai tak solat subuh?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. ok..ok.. okk....

    [komen dengan sopan dan tak niat menyentap..]

    jangan sesiapa kawen bulan sebelas!

    [ tak ada kaitan dengan entri tapi]
    wahahhahaa!!


    ReplyDelete
  12. habis tu macam mana dgn rim tu kena ganti ke?

    ReplyDelete
  13. Adoi la GB terbayang tak kalau yg tergolek2 tu tayar kereta sendiri...ahahaaa...

    ReplyDelete
  14. teruja tengok lembu...
    saya sangat jealous dengan GB sebab gambar yang GB snap semua menjadikkk....cantikkk..

    ReplyDelete
  15. @makchaq

    saya pun nak buat kk jadik kampung angkat lah!

    ReplyDelete
  16. @t.a.t.a

    lelembu pun boleh...menglembu punnn boleh... hahaha

    ReplyDelete
  17. @Ibu n Abah


    hahahaha!!!

    anytime can be 'karang' u know! :p

    ReplyDelete
  18. @Yunus Badawi

    kalau ada water heater tapi rosak macam mana pulak? still tak solat subuh ek?

    ReplyDelete
  19. @Yunus Badawi

    tak berhenti sebab takut illusion optic ke...

    ReplyDelete
  20. @Dr Singa


    kalau kawen pun takpe, tapi sebelum bulan sebelas. tadehal! hahahaha!!!

    ReplyDelete
  21. @d!LLah

    ala...jangan la jeles dengan kite....hihihi

    ReplyDelete
  22. fuuuhhhhh awesome trip... nak sgt pi KK...

    ReplyDelete
  23. Akak kalau ke Sabah, nak spend lelama kat Kundasang kot... Mesti nyaman kan. Bawa tikar, piknik kat tepi ladang lembu tu boleh tak GB?

    ReplyDelete
  24. Pandai betul Lodge tu meniaga kan..dia ON water heater dia 5pm - 8pm, sebab dia tau time tu ramai yg tak mandi!! wakakakakaka....Kalau betul2 utk kemudahan, ON kan waktu 5 am - 8am, kannnn?:P

    ReplyDelete
  25. Hai GB!!! Kalau saya pergi KK salah satu perkara yang saya paling suka adalah masakannya terutama sekali menu seafood nya....sedap bah :)

    ReplyDelete
  26. Aarrr.. bila nak repeat kundasang ni..
    Festaim gi dulu pun x nmpk puncak kinabalu. Huhu

    ReplyDelete
  27. so ape jadi dengan rim tu?
    cuaca elok gambar kat farm tu pun nampak sangat cantik

    ReplyDelete
  28. @Aziela

    hihi. ladang lembu tu memang nyaman, kalau kalau piknik situ kene tahan la bau lembuuuu....hahhahaha!!

    ReplyDelete
  29. @Daddy Ziyyad


    tuh la. malas nak argue. pasrah saja mandi sejuk sejuk. hahaha

    ReplyDelete
  30. @Didz

    didz!!!!

    hilang lama. kusangkakan kamu tak ingat kita lagi. :D

    ReplyDelete
  31. @h4ni3

    tu tandanya kena la repeat! hehehe!!!

    ReplyDelete
  32. @mrs.smile

    saya dah citer nasib rim tu kat entry latest. ;D

    ReplyDelete
  33. sronoknya tak sabo nk gi sabah ni.. :)

    ReplyDelete
  34. GB buat nina jeles nk melancong ke sana. dh mcm NZ versi malaysia. huhu

    ReplyDelete
  35. my wishlist yang masih x tertuani2 lagi....

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D