Hari kedua. GB terlepas sunrise. Bilik GB tak mengadap sunrise tapi... Patutnya kalau nak menyunrise GB kene ketuk bilik kawan GB yang mengadap timur tapi kitorang pakat-pakat jet-lagged lah (sangat...! :p)...hihihi.
Siap-siap, turun bawah breakfast. Breakfast kat hotel menu dia macam biasalah. Memang la buffet tapi takde food yang authentic dari Sarawak. Siyesli next time nanti GB datang lagi, memang tak laaa nak breakfast kat hotel. Better keluar cari laksa Sarawak lagi nyaman! Huhuhu.
By the way, kitorang ditidurkan (hewhewhew) kat Four Points by Sheraton Hotel ye...
*
Pastu gerak la kitorang mencari Orang Utan dan Buaya. Tak banyak kot GB nak cerita pasal makhluk-makhluk Allah ni. Cuma nak cerita...kat Semenggoh Rehabilitation Centre tu, kita ada option sama ada nak berjalan dari parking ke tempat bagi makan orang utan, atau naik van. Kalau jalan jaraknya dalam 1km lebih, tapi jalannya naik turun bukit. Semput jugak kot sementara nak tengok orang utan makan. Kalau naik van, cepat sampai. Tambang ada la sikit, macam biasa. Cuma kalau nak kejar masa, GB nasihatkan naik la van. Jalan kaki ni sesuai kalau trip kite lebih kepada santai dan tak terikat dengan itinerary.
**
Kat Jong Crocodile Farm ni ada banyak buaya of course... ada buaya kudung buaya buta buaya muda buaya tua...semua ada. Peak of the show adalah waktu bagi buaya makan. Buaya-buaya beratur dalam air sambil cuba ngap daging-daging yang tergantung merentas tasik. Tukang tarik tali yang mana daging bergantungan tu pulak saje main acah-acah buaya. Suruh kasi effort lebih sikit kot kat buaya-buaya tuh. Apa-apalah...
GB tengok kejap, pastu bosan. Nasib baik ada port cantikkkk sangat kat dalam Taman Buaya tuh. Boleh la kite duduk-duduk amik gambo. Selebihnya..GB tak sabar nak keluar sebab tempat macam tu bukan favourite GB kalau gi jenjalan. Cuma satu perkara nak beritahu...buaya adalah sangat banyak di Sarawak. Kat Sungai Sarawak tu memang banyak buaya sebab itu habitat dia. Kalau ada kes manusia kena baham tu...mmm...nak buat cemana kan. Manusia yang duduk berurusan kat habitat dia la yang kena hati-hati.
***
Petang membawa ke malam..aktiviti adalah pusing-pusing tengok segala jenis bangunan dengan architecture yang menarik kat Bandaraya Kuching ni. Jalan-jalan town, Gambier Street, Kuching Waterfront...etc etc...
Ok pass.
****
Malam. Masa yang ditunggu-tunggu. Semalamnya kan kitorang naik cruise pusing sungai, nampak lah tempat yang happening kat seberang sungai tu. So malam ni kitorang dah pakat-pakat nak baik bot tambang (water taxi) ke seberang sana. Tambang adalah sangat murah. 50 sen je! Tujuan ke seberang sana: dah tentu la makan! Ok la, pengembaraan ke seberang sungai berbaloi. Pengembaraan 2-3 minit je pun! GB dapat rasa nasi goreng dabai. Sedap. Yeay! Dan kawan-kawan lain order mee kolok tapi diorang cakap macam tak bape sedap. Rezeki diorang la kalau cemtu. Huhuu...
Hari yang panjang. Balik hotel baru terasa penat. Esok nak checkout dan menuju ke Santubong pulak...zzz...
P/S: Sepanjang waktu di sana, GB selalu nampak dua gunung yang letaknya jauh antara satu sama lain. Satu adalah Gunung Santubong, dan satu lagi Gunung Serapi. GB teruja sikit tempat yang ada background gunung ni sebab cantik sangat!!!

eeeee...JM takut buaya..tak kira buaya sungai atau buaya darat heeee
ReplyDeletekita nak air teh tiga layer tu jaaa... hehe
ReplyDeletelen kali pegi bawak kita.... okehhh... ;)
Nasib baik korang ditidurkan dan bukan ditiduri ..... hahaha
ReplyDeleteNak tengok org utan tu elok naik van aje dari parking tu. Kalau datang awal mungkinlah boleh jalan kaki. Kalau dtg lambat dan memilih jalan kaki, sampai di tempat bagi makan org utan tu, binatang tu pun dah masuk ke dalam hutan semula ..... huhu
ReplyDeleteSian buaya tu.. Takde pun gambar dia yang lepas masuk.. hehehe...
ReplyDeleteEhh, naik bot tak pakai jaket keselamatan ke..??
Angkat tabung ayam goncang2 tak penuh lagi...bila la nak pi Sarawak ni...
ReplyDeletesalam perkenalan dari ida
ReplyDeletejemput singgah blog ida ye
umielman.blgospot.com
dah follow blog ni no 1086
aaah dah lama tak minum tea 3 layer..terus teringin!
ReplyDeletetercari-cari gak kalo terselit gambar buaya kat entry ni :)
puteri santubong puteri sejinjang
ReplyDeletepenjaga gunung negeri sarawak
itu aje aku ingat. yang lain tak tahu lirik dah. haha
cantik matahari tu...
ReplyDeletedan buaya di situ bukan suku sakat bujang senang ek?
suka foto awak yg last tu...
ReplyDeleteko sebut 'nyaman'
ReplyDelete.
masa aku kecik dulu tiket sampan tuh 5sen jeh. rumah kitaorng kat seberang Masjid Negeri tuh... naik sampan jeti Kampung Tanjung.
.
:)
.
mana gambo buaya? mana gambo orang utan? mana? mana?!!
ReplyDeletebuaya darat banyak tak kat sana??
ReplyDeletehahah
buaya darat banyak tak kat sana??
ReplyDeletehahah
buaya darat yang tua ada.....?!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam. pertama kali jejak ke sini. salam perkenalan. nasi goreng dabai memang best, makan dabai saje pun best jugak. mee kolok tu memang terkenal kat sarawak, kesian lak kwan2 yg makan mee kolok yang tak bape sedap : ) tapi mee kolok kat area pasar satok memang sedap.
ReplyDeletesalam. pertama kali jejak ke sini. salam perkenalan. nasi goreng dabai memang best, makan dabai saje pun best jugak. mee kolok tu memang terkenal kat sarawak, kesian lak kwan2 yg makan mee kolok yang tak bape sedap : ) tapi mee kolok kat area pasar satok memang sedap.
ReplyDeletebestnya dpt jenjalan...js gak baru sekali smpi srwk...hihi..
ReplyDeleteMakchaq pernah bagi makan buaya...kat taman buaya sabah...
ReplyDeletemasa tu depa tengah lapaq kot... sampai berdiri2 sambaq makanan melibas-libas siap lawan2 lagi... memang takut...... terbayang kalau kita terjatuh dalam kandang tu... mesti kena sambaq macam tu jugak...
lima posen je tambang? murah betul.. kat sana tentu masih indah dek alamnya yg masih belum banyak diteroka kan? teringinla nak pi sana..
ReplyDeletemelihat bukit bukau pun hati dah jadi tenang
ReplyDeleteKat Kat Jong Crocodile Farm ada buaya darat?
ReplyDeletebestnya jalan2 kucing :)
ReplyDeleteKalau nak tengok buaya dekat Melaka pun ada kan GB. Buat apa la sampai ke Sarawak tu. Hehehe
ReplyDeleteAkak ditidurkan di Grand Margherita. Awesome sunset and sunrise. And best laksa Sarawak ever dalam buffet breakfastnya. Jom pegi lagi nak?
ReplyDelete