![]() |
Sarawak DUN Building, inside and outside |
Menurut cerita tour guide kitorang, kucing di Sarawak tidak dipanggil Kucing, sebaliknya 'Pusak'. Jadi bermaksud bukan Kucing lah yang dimaksudkan dengan Kuching itu, sebaliknya perkara lain yang tiada kaitan dengan haiwan itu langsung.
Oleh kerana itu, GB langsung tak beli any souvenirs yang ada gambar kucing. Sebab macam misleading. Heheh.
*
Company tempat GB bersuka ria ni ada branch di KL, JB dan Penang. Itu yang di Malaysia. Kawan-kawan tau kan GB keje kat branch JB? Dari JB ada dalam 40 orang macam tu, jadi kite terbang dari Senai. Ada 2 staff dari Penang join grup JB dan sorang staff dari KL pun masuk grup kitorang jugak sebab nama dia masuk last minit. Dari KL diorang ada chartered flight sebab dah lebih 100 orang, so diorang naik kat KLIA laaa...
Group JB yang paling untung sebenarnya...pegi paling awal tapi balik paling lambat. So kitorang ada banyak masa untuk berjimba-jimba di Bandaraya Kuching ni dibandingkan dengan group dari KL. Hahah!
Dipendekkan ceciter...kitorang sampai dalam pukul 9.40am. Mujur tak payah buang masa menunggu mereka yang dari KL, sebab diorang kul 12 lebih baru sampai. Jadi kitorang dibawa sarapan dan check in hotel dulu. Boleh rehat-rehat sebab petang tu nak pegi Bangunan DUN Sarawak. *biasalah kan company trip punya itinerary...hehehe...
*
Breakfast pertama di Kuching...laksa Sarawak kat satu kedai makan di kawasan Kota Sentosa. MasyaAllah ohsem sungguh. Authentic dan memang jauhhhh lagi sedap dari laksa Sarawak versi Secret Recipe yang GB ingat dah cukup sedap tuh!!! Disebabkan kitorang serbu kedai tu ramai-ramai, tuan kedai tu sanggup pegi beli mangkuk extra sebab semua orang order laksa Sarawak!
Sweet kan... :)
Satu perkara yang dipesan oleh encik tour guide...orang kat Sarawak ni slow and steady. Jadi kite kene sabar kalau makanan lambat sampai. Jangan tanya-tanya banyak kali sebab memang mereka slow and steady. Contohnya, kalau ada 5 orang satu meja order makanan...mereka akan prepare sampai semua jenis makanan siap baru akan dihantar ke meja. So far yang GB perhati...macam itulah. Takpe...ikut je cara orang tempatan...betul tak?
*
Lepas check in, rehat jap, then group KL pun sampai dalam pukul 12 lebih. Pukul 3 dah kena ada kat Bangunan DUN. Sebenarnya GB tak amik tau sangat pasal tentative sebab before pegi tu GB gile busy sampai tak sempat nak study tentative program. Ikut je laaaaaa.....
*
Kat Bangunan DUN, selain dari dibawak pusing seluruh bangunan tengok design dan structure, kitorang juga secara ekslusif dapat address note dari Speaker Dun Sarawak sendiri, Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar. Peluang yang rare dan diakui sendiri oleh staff kat DUN tu. Siap boleh bergambar dan dihantar pulang olehnya dengan lambaian tangan.
Personally bagi GB, bukan calang-calang orang boleh jadi Speaker DUN. Orang hebat dan berkarisma sahaja boleh jadi Speaker DUN. Dan beliau adalah salah seorang yang hebat itu. (Walau GB tertido kejap dalam hall, bukan sebab bosan tapi sebab penatttt sangat!)
P/S: Basically banyak tempat kitorang dibawa pegi untuk tengok architecture dan landscape design. Mentang-mentang la akitek-akitek punye trip. Adoi...layan je la kan... next entry kite citer lagi ye.

dah macam-macam jenis laksa.. laksam pun ada... laksa penang, laksa Johor... laksa Sarawak... kopius aku... hahaha
ReplyDeletebestnya:)
ReplyDeleteakak pergi Kuching pun tak beli benda kucing2 tu.nanti tak boleh simpan dlm rumah .
kucing adalah ikon bandaraya Kuching bro!
ReplyDeleteseahorse pulak adalah ikon bandaraya Miri.!
jd, depa jual sebenir berdasarkan ikon...
:)
sukenya jln2 ke Kuching...assalam gadis bunga.
ReplyDeletePusak tu bukan kucing ke dalam bahasa sarawak? Hehe.. Bestnya dapat jalan kuching kan.
ReplyDeleteIngatkan Gb ni cikgu.hehe
ReplyDeleteJalan2 ikut company cam tulah main ngikut je kecuali kita jadi AJK...:)
ReplyDeletekita punya company trip bulan doblas. lambat laieeee
ReplyDeletetgk desing dan architecure?..wahh..kerjaya yg hebat nih heee
ReplyDeletejom gi Miri..
ReplyDeletekita serang Dak Sepa
wah... pg pusak... tentu banyak survinior best ni... ade t-shirt i luv pusak tak? bak sehelai... hehehe..
ReplyDeletebestnya.. tak pernah gi kuching lg.. i wish some day. kalau nk makan kena sabar la menunggu eh :)
ReplyDeletesalam GB..
ReplyDeleterindu ko..lama xjumpe...bestnye jenjalan..da lama xg kuching...hehhe
mkn mee kolok x?
berdengkor tak masa tido?
ReplyDeleteI like the bird-eye view of the river (Sarawak River).
ReplyDeleteWhere did you shoot this from? Macam tinggi tempatnya.
laksa sarawak...!!! woaahhh yummehhh..
ReplyDeletehari ni MS baca banyak entry yang ada sebut pasal laksa...macam nak kena cari aje ni, rasa dah kecur air liur!
ReplyDeletewahhhh... syoknye dapat jalan2 ke kucing.. teringin juge nak pegi sane.. macam best je.. =D
ReplyDelete