Ok. Dipendekkan cerita. Hari ketiga. Kitorang agak santai pada paginya. Turun bawah breakfast dengan muka yang macam dah mandi padahal tak mandi lagi. Turun awal la tapi. Dah makan kenyang-kenyang, baru naik atas untuk mandi, siap dan packing sekali untuk check out. Dalam 9.30 cemtu kite dah setel semua, naik bas dan menuju ke bando.
Konon plan nak gi muzium la..mana-mana laa...tapi ended up dengan ramaiii yang buat aktiviti sendiri sebab kebetulan bas takleh masuk ke jalan muzium sebab tutup sebab sambutan Hari Malaysia. GB rasa ramai yang cari souvenirs. GB pulak lebih kepada jalan-jalan tengok town sambil amik gambo dan sikit aktiviti membeli souvenirs kalau berkenan.
Lepas tu kitorang naik bas semula dan gerak ke Santubong. Kat sini...ada sikit drama berlaku...
Kitorang sampai time lunch. GB sebenarnya agak tak sedap perut sejak pagi lagi. Tak tau..salah makan atau sebab angin...atau sebab makan banyak sangat sepanjang waktu kat Kuching. Tapi yang penting, time lunch tu GB tak enjoy langsung makan walau budak-budak lain sume cakap lauk dia sedap. Gambar takde snap satu pun. Dan...most of the time GB spend kat toilet sebab muntah.
Lembik... )':
Tapi GB cuba jugak la kuatkan diri, tambah-tambah lepas muntah tu perut dah ok sikit. Pegi jugak la ke Sarawak Cultural Village. Jenjalan masuk umah tu kuar umah ni...tengok architecture dan budaya masyarakat dan suku kaum Sarawak yang berwarna-warni. Pastu tengok cultural show diorang yang GB boleh bagi two thumbs up!!! Best! :D
Cuma cam biasa...kalau pegi sendiri tempat-tempat macam ni GB tak pegi kot. Huhu...
Perut lapar sebenarnya...maklumlah..semalam-semalam makan tak ingat dunia...tup tup harini tak makan...mau tak kebuluran. Mana-mana jajan yang GB jumpa GB beli je. Nak alas perut.
Cepat betul Allah tarik nikmat makan dan nikmat kesihatan...insaf kejap...
Anyway, lepas dah abis jenjalan kat cultural village tu, kitorang pun menapak ke resort tempat nak tido malam ni. Juga tempat nak grand dinner by the sea kononnye malam ni. Beg semua bas dah anto ke sana, lepas tu diorang cabut. E'ehhh...main taruk ke beg orang sesuke ati! Kalau nak tau, ada satu plastik bag souvenirs yang GB beli hilang tau! Dalam tu ada keychain dan fridge magnet untuk bagi kengkawan. Sebab mana nak tau diorang nak buat gitu, GB taruk je kat belakang seat lah. Alih-alih jadi gitu...bising jugak laa GB tapi tak jumpa sampai ke sudah. Grrrr....
*
Kitorang check in. GB redha je lah kalau tak jumpa souvenirs tu. Anggap je dah bukan rezeki. Perut pun tak berapa nak sedap lagi. Rehat jap...lepas tu nak gi pantai. Lagi bagus. Cuaca pun tak panas. Mendung...so takde la burn. Heheh.
GB tak mandi pantai tapi...Just amik gambo, lari-lari sikit, jerit-jerit lepas tensen sikit, dan amik gambo bebudak lain yang kemain seronok mandi pantai dan lompat-lompat...
Time tu diorang dah setting tempat untuk Grand Gala Dinner kitorang. Meja kerusi, decorations, tempat nak BBQ...suma dah siap.
**
Pukul 7.30 malam. GB dah siap-siap mekap untuk gi dinner. Sambil pandang-pandang luar sebab GB boleh nampak tempat setting dinner dari bilik. 7.32pm...angin kencang. Pokok kelapa kat luar tu macam nak tumbang ditiup angin. Macam nak hujan pun ada...
Tiba-tiba tengok hujan turun lebat sangat....! Dalam sekelip mata kosong kat luar. Meja kerusi ada la...tapi chef-chef tukang BBQ lesap. Dah angkut barang-barang masuk dalam. Huhuhu...gala dinner kitorang kena buat kat indoor la nampak gayanya...huhuhu...
**
GB masih teruskan aktiviti muntah-muntah sepanjang malam. Makan pun...setakat sayur tu mampu la. Nak ayam sangat, kambing sangat, sotong sangat atau udang sangat...tak mampu. Masuk sikit...kuar balik. Wuwuuw...lembik. Hilang nikmat makan. Wuwuwuuu....
Lupa pulak...hari ini jugak kek lapis yang kitorang order kat Dayang Salhah sampai. Sebenarnya semalamnya kitorang singgah kat Dayang Salhah untuk buat testing dan beli kek lapis. Kalau ramai-ramai gini boleh je place order, bayar, pastu diorang akan hantarkan ke tempat kite menginap. GB beli kek batik red velvet. Sedap seksangat!!!
Ok sambung. So malam tu sebelum tidur, GB telan Gaviscon yang member bagi. Harap-harap esok perut akan bertambah baik. Lagipun esok last day...
P/S: Dari situ, Gunung Santubong sungguh dekat di depan mata. Menurut cerita tourist guide...Gunung Santubong ni ada cerita mistiknya. Mmm... takpelah. Sambung last day next entry yer...