Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, September 3, 2013

Antara Passion dan Patient - Minyak




Kalau takde passion, ingat orang sanggup ke nak bersesak kat stesen minyak demi nak memenuhkan tangki sebelum harga petrol naik 20 sen? Ingat sesaja ke orang nak bersesak macam tu kalau tak ada sebab? Minyak naik 20 sen, satu tangki nanti akan extra RM8 lebih kurang. Isi full tank 4 kali sebulan sebih kurang, dah extra RM32. Kalau orang tu punye increment RM100 je tahun ni, tolak EPF lagi..dapat lah kurang RM90 je. Tolak RM32, berapa yang tinggal...kan? Kalau takde increment langsung lagi la haru. Huhu... 

Orang yang mampu mungkin boleh sit back and relax, tapi kepada yang betul-betul ketat bajetnya, pasti akan terasa pressure nya. Orang yang mampu mungkin boleh kurangkan bercakap tentang 'ah, sikit je naik tu. Apalah sangat kan?'. Sebab kata-kata itu pedih untuk mereka yang kurang mampu. 

Be patient. 

Jadilah warga yang bertimbangrasa dengan tidak menampakkan sangat yang diri itu lebih mampu dari yang sebahagian lainnya.

Bagi mereka yang terasa tekanan petrol naik harga ni, sabar. Be patient. Memang nak tak nak kita terpaksa mengikut arus. Petrol dah naik harga, maka pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan agar impaknya tidaklah menjadi terlalu besar sehingga boleh terganggu mental dan emosi. Cuba kurangkan speeding. Ikut je had laju yang ditetapkan. Kalau highway Perling suruh bawak 60km/j, ikut je, jangan lebih. Maka jimat la sikit petrol tu. Ops, tak boleh. sebab takut sampai lambat? Terpaksa sampai on time? Boleh....bagaimana? Dengan cara merancang masa perjalanan. Nak merancang bagaimana? Dengan cara disiplin, be punctual or even better, be early. 

Oh, sekadar info. GB boleh jimatkan lebih kurang RM60 untuk perjalanan pergi dan balik JB-KL-JB kalau memandu ikut hadlaju. Kalau ikut hadlaju biasanya 4 jam atau lebih sikit maka GB akan sampai. Pernah juga GB terpaksa kejar masa sebab ada event kat KL. Drive 180km/j, dalam 2 jam setengah GB sampai. Minyak? Full tank habis kering! Puncanya masa tu sebab banyak sangat contingencies sana sini kat JB sebelum dapat gerak balik KL. Lepas tu wa fikir la sendiri.

Kesimpulannya bila ada isu macam ni, otak kita kena sentiasa berfikir bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga untuk orang lain. Contohnya, bila kita bercakap atau menulis, bukan kita je yang baca, orang lain pun baca juga. Kalau sensitiviti mereka tersentuh, bagaimana? Mata dan telinga kena sentiasa berfungsi. Buka. Guna. Fungsikan. Jangan simpan, nanti rugi.

Jadi warganegara sebenarnya perlukan pengorbanan. Jadi apa pun, kita perlu berkorban. Tak besar, kecik. Itu adalah fitrah. Berkorban itu fitrah. Mungkin ada yang cakap 'ah...abis kite je kene berkorban? Pak-pak menteri senang la tak payah fikir nak squeeze duit sana sini'. 

GB pula fikir; tak semua orang mampu jadi pemimpin. Tapi semua orang wajar dipimpin. Cerita takkan habis di sini, jadi sebelum entri ni disalah anggap sebagai entri berbaur politik atau yang sewaktu dengannya, cukuplah.

Kasut kita semua tak sama.

Nak kasut muat-muat selesa? Jom kita kejar syurga di sana. Be patient in your passion. :)

P/S: Banyak lagi siri Antara Passion dan Patient yang GB nak tulis. Rajin nak baca?

33 comments:

  1. kalau bawak 60 di lane kanan, nanti orang belakang marah.

    nak bawa 60 di lane kiri, jalan banyak lubang. nanti suspension kereta merundum. tambah duit lagi nak servis.

    ReplyDelete
  2. @t.a.t.a

    kalau hadlaju dia memang 60km/j, orang belakang tak boleh marah sebenarnya. tapi agak agak la kan, ada 3 lane kot..

    ReplyDelete
  3. mcm tak berbaloi je beratur hampir 3 jam semata mata nak isi minyak....

    ReplyDelete
  4. sepatutnya memang tak boleh marah, tapi pemandu malaysia ni kan, alaa faham-faham je la.

    ReplyDelete
  5. MS..memang akan terasa dengan kenaikan minyak ni..sebab hari2 menempuh jalan yang jem..huhu tapi apa nak buat terpaksa terima...lepaskan kena bajet semuanya :)

    ReplyDelete
  6. ... lepas ni air.. lepas ni letrik.... lepas ni????

    GST lak...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. susah nak cakap pasal minyak nie

    penat dah huhuh

    ReplyDelete
  9. Wah! Hari ni bil elektrik naik sikit sebab GB taip ada extra 20 minit, hehehehe..

    suka entry GB nih!!

    ReplyDelete
  10. GB, untuk orang yang macam saya, yang drive pergi balik kerja sekurang-kurangnya 50km sehari, terasa la jugak impak kenaikan harga minyak tu. Tapi tu lah, kita ni mengikut arus, bertempik, mengomel macam mana pon, bukan ada efek. maka, ikutlah arus tu kan

    ReplyDelete
  11. Saya tak komplen, sebab saya tau, harga minyak kita masih rendah di rantau ini, berbanding negara negara utama pengeluar minyak macam Vietnam, Singapura, Thailand dan Kemboja.

    ReplyDelete
  12. seminggu dua lagi senyaplah isu ni..:)

    ReplyDelete
  13. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. orang bising bukan sebb 20sen tapi kerane sebb 20 tu lah akan ada chain reaction yg lebih besar impak dia..apa2 pun hope for the best!! nice header pic! luv it!

    ReplyDelete
  15. tak tahu harga minyk dah naik . kalau tak isi penuh2

    ReplyDelete
  16. saya tak tau nak ckp ape..
    hurmmmm~ hurmmmm~

    *terkedu sendiri*

    ReplyDelete
  17. nak gali minyak sendiri lahh cam ni..

    ReplyDelete
  18. Malaysiaku indah... anugerah selepas 56 tahun mencapai kemerdekaan. Akan ada lagi anugerah yg buat semua tersedak sana-sini tak lama lagi!

    ReplyDelete
  19. Rajin nak baca
    Nanti tulis lagi ya..

    ReplyDelete
  20. Kenaikan harga ni adakalanya mengajak kita untuk berjimat..

    Kita ni dalam dok bising-bising semua harga naik tapi kita tetap membazir tanpa sedar..

    *Laju giler bawak 180km/j.. Akak ni 100km/j pun dah kecut dah.. Mungkin seab jadi penumpang je, tu yang rasa laju tu.. Orang yang drive mmg dia tak rasa laju kot.. hehh..

    ReplyDelete
  21. itulah.. kita yang belum guna kereta ni sedaplah kata "setakat naik 20 sen pun nak kecoh" tapi cuba bila kita berada di tempat mereka yang sentiasa buat bajet dalam hidup. nilai 20 sen nampak aje kecil tapi 'besar' juga penangannya kan.

    -tulis aje Miss GB, suka aje baca.. =)

    ReplyDelete
  22. Pakai baju ukurlah kat badan sendiri. Akak lebih risau kalau subsidi kesihatan dikurangkan!

    ReplyDelete
  23. setuju dengan langkah memandu mengikut had laju tu.. makin tekan makin pelahap la kereta tu makan minyak... kita sendiri kena bijak juga.... betul...

    ReplyDelete
  24. Ada positif dan negatifnya kenaikan harga minyak ni. Memang kena berjimat cermat dah lepas ni.

    ReplyDelete
  25. Bak kata pemimpin kita.....banyakkan bersabar, be patient...sampai jadi patient kat hospital. LOL

    Sebut pasal hadlaju. Adalah salah disisi undang-undang jalanraya sekiranya memandu di lorong laju tetapi bawak kereta dibawah hadlaju ditetapkan. Saman kang hah

    ReplyDelete
  26. kalau komen saya berbaur politik Gb remove ya...apa saya nak kata adalah...itulah harga yang perlu dibayar atas apa yang kita pilih, juga harga dan hadiah sebuah kemerdekaan!

    ReplyDelete
  27. betul kata gb,bagi org senang,kaya dan mampu,blh la duduk relax je dgr harga minyak naik tapi bagi org yg tak mampu,miskin,kais pagi makan pagi kais petang makan petang,yg sblm ni pun dah sangat tetekan dgn kos hidup.pasti sangat sangat terasa...kesian utk diaorg.. pada petani,nelayan,u ibu ibu tunggal.manalah diaorg nak cekau duit lagi.huhu. lepas ni harga brg,tambang bus sure naik .nya.bkn dlm masa tedekat pun tapi pasti akan naik

    ReplyDelete
  28. takda kereta sendiri..hehe
    naik beskal jelah

    ReplyDelete
  29. Org yg susah mampu kah?? Nak catu mkn kr?? Nak catu ape lg??? Kite boleh catu tp yg susah....

    ReplyDelete
  30. iyerlah GB. kita pun kena byk2 sabar, kalau tak sakit lah. nak marah2 pun buat tambah dosa jer...baik berdoa. nak kuTuk2, bila plak masanya nak mintak maaf. tunggu open house mmg sthn laaaa menanggung, buatnya tak sempat..
    esok2 tu turun lah...tp klau brg naik...paham2 ajerlah.

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D