Kalau takde passion, ingat orang sanggup ke nak bersesak kat stesen minyak demi nak memenuhkan tangki sebelum harga petrol naik 20 sen? Ingat sesaja ke orang nak bersesak macam tu kalau tak ada sebab? Minyak naik 20 sen, satu tangki nanti akan extra RM8 lebih kurang. Isi full tank 4 kali sebulan sebih kurang, dah extra RM32. Kalau orang tu punye increment RM100 je tahun ni, tolak EPF lagi..dapat lah kurang RM90 je. Tolak RM32, berapa yang tinggal...kan? Kalau takde increment langsung lagi la haru. Huhu...
Orang yang mampu mungkin boleh sit back and relax, tapi kepada yang betul-betul ketat bajetnya, pasti akan terasa pressure nya. Orang yang mampu mungkin boleh kurangkan bercakap tentang 'ah, sikit je naik tu. Apalah sangat kan?'. Sebab kata-kata itu pedih untuk mereka yang kurang mampu.
Be patient.
Jadilah warga yang bertimbangrasa dengan tidak menampakkan sangat yang diri itu lebih mampu dari yang sebahagian lainnya.
Bagi mereka yang terasa tekanan petrol naik harga ni, sabar. Be patient. Memang nak tak nak kita terpaksa mengikut arus. Petrol dah naik harga, maka pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan agar impaknya tidaklah menjadi terlalu besar sehingga boleh terganggu mental dan emosi. Cuba kurangkan speeding. Ikut je had laju yang ditetapkan. Kalau highway Perling suruh bawak 60km/j, ikut je, jangan lebih. Maka jimat la sikit petrol tu. Ops, tak boleh. sebab takut sampai lambat? Terpaksa sampai on time? Boleh....bagaimana? Dengan cara merancang masa perjalanan. Nak merancang bagaimana? Dengan cara disiplin, be punctual or even better, be early.
Oh, sekadar info. GB boleh jimatkan lebih kurang RM60 untuk perjalanan pergi dan balik JB-KL-JB kalau memandu ikut hadlaju. Kalau ikut hadlaju biasanya 4 jam atau lebih sikit maka GB akan sampai. Pernah juga GB terpaksa kejar masa sebab ada event kat KL. Drive 180km/j, dalam 2 jam setengah GB sampai. Minyak? Full tank habis kering! Puncanya masa tu sebab banyak sangat contingencies sana sini kat JB sebelum dapat gerak balik KL. Lepas tu wa fikir la sendiri.
Kesimpulannya bila ada isu macam ni, otak kita kena sentiasa berfikir bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga untuk orang lain. Contohnya, bila kita bercakap atau menulis, bukan kita je yang baca, orang lain pun baca juga. Kalau sensitiviti mereka tersentuh, bagaimana? Mata dan telinga kena sentiasa berfungsi. Buka. Guna. Fungsikan. Jangan simpan, nanti rugi.
Jadi warganegara sebenarnya perlukan pengorbanan. Jadi apa pun, kita perlu berkorban. Tak besar, kecik. Itu adalah fitrah. Berkorban itu fitrah. Mungkin ada yang cakap 'ah...abis kite je kene berkorban? Pak-pak menteri senang la tak payah fikir nak squeeze duit sana sini'.
GB pula fikir; tak semua orang mampu jadi pemimpin. Tapi semua orang wajar dipimpin. Cerita takkan habis di sini, jadi sebelum entri ni disalah anggap sebagai entri berbaur politik atau yang sewaktu dengannya, cukuplah.
Kasut kita semua tak sama.
Nak kasut muat-muat selesa? Jom kita kejar syurga di sana. Be patient in your passion. :)
P/S: Banyak lagi siri Antara Passion dan Patient yang GB nak tulis. Rajin nak baca?