Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, August 13, 2013

Masih tak jemu


Beraya bukanlah beraya namanya kalau bukan di desa. Sebab tu walau dah gigih drive dari JB ke KL, malam raya pertama tu masih gagah berkonvoi dari KL ke Kedah pula. Kalau nak diikutkan memang penat, tambahan pulak sepanjang bulan puasa ni GB punya energi macam hilang tak tau ke mana. Tapi bila dah sampai...tengok sawah padi, sunrise, Gunung Jerai... dan dan hilang penat!

Dua malam di rumah makngah kat Kampung Batu 18, Yan...GB masih tak jemu menatap Gunung Jerai dari kejauhan dan masih seronok terbongkok-bongkok mengambil gambar padi yang dah tunduk menguning waktu golden hour.

Padi tunduk itu nampak lebih indah sebab masih ada embun yang berkilauan bak intan di daunnya

Lepas tu terdengar suara memanggil dari dapur, suruh masuk dalam untuk sarapan. Sarapan kita adalah nasi putih panas-panas, ulam rebung buluh madu fresh dan sambal belacan, sambal ikan dan ikan masin goreng. Ahh..syurga!

Lepas tu baru bersiap nak pergi beraya pula.

Indah kan beraya di desa? Tambah-tambah pulak sebab masih boleh update gambo kampung masuk kat facebook walau takde wifi...heheh! :)

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ye kawan-kawan. Untuk pengetahuan, GB dah maafkan semua orang dalam hidup GB. Tolong maafkan GB jugak eh. Tengkiu... :)

P/S: GB tak jemu juga nak taruk gambar kampung ni walau dah beberapa kali featured kat blog ni. Kalau nak tengok yang lepas-lepas, silalah tengok kat entri sini , sini, sini, dan sini.

38 comments:

  1. Teena teringin sangat nak ke sawah padi. Seumur hidup x penah masuk sawah. Sebab kampung xde sawah..huhu

    #selamat Hari Raya Aidilfitri. :)

    ReplyDelete
  2. salam
    Lawatan di petang syawal dari tirana aduka

    ReplyDelete
  3. kg k.zie batu 17. depan simpang sedaka. dekat sangat tu dgn 18 (kat sana org panggil 17 dan 18 saja kan, tak sebut penuh kg. batu.....
    saudara gb 18 masuk ikut sungai tu ka?

    ReplyDelete
  4. assalama GB..selamat hari raya..maaf zahir dan batin.
    18 tahun acik dok Tanjung Karang..selama tu la bergelumang ngan sawah padi

    ReplyDelete
  5. uncle nampak sarang labah-labah .. betul ke apa yang uncle nampak tu ?

    ReplyDelete
  6. org utara mmg mkn nasi pagi pagi kan

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya.. maka rugilah siapa yg tidak dikurnia kampung halaman... tiadalah nikmat berhari raya seperti kita yg ada kampung ni....

    GB.... maaf zahir dan batin ya....

    ReplyDelete
  8. Seronoknya ada sawah padi..

    Kat sini takde apa2.. Sawit merata-rata.. Mujurlah sawit tu belakang rumah.. Kalau depan rumah, sesak jugak mata... huhu..

    *Tak beraya ke manapun.. Duduk rumah je.. Having fun with siblings.. masak2 + makan2 + gelak2.. :)

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    mana nak lawan nay beraya dikampung kan GB? Nasib baik kita ada kampung.
    Kampung akak pun ada sawah padi tepi bukit .

    ReplyDelete
  10. wow so cantik!!!
    ye lah kita tak beraya kerana tak punya desa. jeles!
    thank u maafkan kita.

    sji

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya buat GB jgak...

    Rasa tenangkan kalau rumah depan sawah padi..sejuk je mata memandang..

    ReplyDelete
  12. Nasib baik kakak ada kampung:)

    Kakak dah ada rumah, bila nak rasa kuih kakak. Jemputlah sebab semua dah dok menunggu GB tau..

    ReplyDelete
  13. Kampung tetap kat hati. Nnati kalau dah boleh beli kamera macam GB akak tayang2 jugak gambo padi cam gitu...ahahaa...

    ReplyDelete
  14. GB, yang golden nya is you. Gambar nie super amazing. Boleh bingkaikan, gantung kat dinding bilik. Sejuk dan damai jiwa yang menyelaminya. Selamat Hari Raya dik. Tiada kesalahan untuk di maafkan.

    ReplyDelete
  15. foto terbaekkk...

    Selamat Hari Raya, Beb.
    Maafkan salah silap aku.



    .

    ReplyDelete
  16. tu arr naper diharap padi seberang.,ahhHKss

    psst. gambirn padi menghijo tu memey jeliterr.,,;-D

    ReplyDelete
  17. bila dapat balik kampung tengok suasana yang tenang jauh dari hiruk pikuk kota.. heaven sekejap rasanya.. ;)

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya GB.. gambar GB semua cantek cantek.. mahu tahu jenis detail kamera yang digunakan.. boley.. =)

    ReplyDelete
  19. awak... pokok padi ni...kita nak cakap jelita sesangat...dah ade org cakap pulak... (tapi kita dah cakap masa awak tunjuk tu hari...kan..)

    kali ni kita nak cakap pokok padi yang lawa macam kita hehhe ..boleh...

    ade spider web....

    bila nak bawak kita ke sini....

    dan .. kita takde gambar berdua hari raya kali ni... ;(

    ReplyDelete
  20. Selamat Hari Raya GB.. makan masakan kampung memang syurga.. uuuuhhh!! nyaaamaaannn...

    ReplyDelete
  21. Selamat Hari Raya..Cantik gambar padi tu..

    ReplyDelete
  22. meriahnya blog GB.. CANTIK!

    Selamat Hari Raya GB! Maaf zahir dan batin ya... :)

    ReplyDelete
  23. rebung buluh madu... Hhmmm sounds yummy

    ReplyDelete
  24. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin GB..menu breakfast mmg the best! kalau balik kg MS memang suka sangat mengadap breakfast camtuh :)

    ReplyDelete
  25. lain kali nak ikut balik Yan!!


    psst..
    harap mimpi jadik kenyataan!! hahhaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  26. betul GB..kat kampung banyak objek utk disnap..pucuk ubi kayu pun akak snap hehe

    ReplyDelete
  27. oo..Gb ni orang kedah rupanya..

    ReplyDelete
  28. salam raya gb, maaf zahir batin..
    betul bila maafkan orang hati jadi lega, moga Allah redha dan orang pun sama maafkan

    ReplyDelete
  29. pergi juga ke sawah padi..
    baru nak bercamwhore2

    sekali dah kena pacat

    langsung sampai balik tak pergi dah sana...haha

    ReplyDelete
  30. Wah.. Sarapan dengan nasi putih.. Agak janggal kan. hehe

    ReplyDelete
  31. saya punyalah selalu tgk sawah padi dari kecik, so bila balik kampung, padi keliling rumah pun terlupa nak tgk keindahannya macam GB buat!

    ReplyDelete
  32. cantiknya.. GB guna lens micro eh?

    raya klau xbalik kg memang xsah. selamat hari raya juga,, mohon maaf jika ada salah dan silap :)

    ReplyDelete
  33. dulu umah nenek CiM kat melaka, belakangnya sawah padi. lps tu dah takde anak bangsa yg nak menuai pagi2, diratakan....jadilah taman...hampeh ler bagi kita2 ni yg suka take2 pica' ni.

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D