365 hari yang lepas, GB drive dak pepel sorang-sorang menuju Selatan, meninggalkan cinta-cinta hati yang dah lama setia menemani di KL. Demi satu penghijrahan. Selepas diuji dengan segala ujian yang tak pernah GB terfikir GB akan hadapi selama ini.
Orang fikir GB berhijrah kerana cinta hati ada di sana (seperti kebanyakan orang, mungkin). Tapi tidaklah. GB sengaja mahu mencabar diri sebenarnya.
GB selalu percaya kalau kita berhijrah, maka Allah akan lorongkan kurnia dan rezeki seiring dengan penghijrahan itu. Dah rasa. Sedang rasa. Dah jadi pun. Syukur. Syukur sebab Allah beri ilham dan keberanian untuk GB buat sesuatu yang luar dari biasa. Pulangannya ada dan haruslah share dengan yang memerlukan kerana ada bahagian untuk orang lain juga di dalamnya. InsyaAllah.
*
Dan dalam 365 hari ini jugak, GB cuba menjelajah ke seluruh pelusuk JB dan daerah lain. So far cuma sempat sampai ke area UDA, Bandaraya JB, Danga Bay, Nusajaya termasuklah Kota Iskandar, Legoland dan Puteri Harbour, Gelang Patah, Pontian, Tanjung Piai, Kulai, Senai, Sedenak, Mersing, Tanjung Leman, Pulau Sibu, Seri Alam, Masai, Pasir Gudang, Segamat, Bukit Kepong, Muar, Pagoh, Stulang. Err..mana lagi ek?
**
Pun begitu, tinggal di sini pun ada ujiannya. Adatlah bila deal dengan manusia yang susah nak dipuaskan hati. Kite pulak pompuan. Bujang. Orang berkelana pulak tuh. Kadang tu meletup jugak sebab geram. Tapi takpe. Sekejap je meletup sebab selebihnya cinta mengatasi segalanya. Pengalaman macam tu buat GB cuba apa sahaja asalkan aura positif sahaja yang mengiringi GB. Aura cinta.
Ya. GB rasa ada cinta yang kuat di sini. Cinta itu GB rasa sejak bulan pertama bekerja lagi. Dan yang manisnya, sampai sekarang cinta itu masih ada.
Semoga cinta itu akan berterusan untuk 365 hari akan datang. Dan seterusnya. Dan semoga ada suatu pengakhiran demi sebuah permulaan.
:)
P/S: Sebagai seorang pemakan sejati, GB juga enjoy makanan kat sini. Laksa Johor, kacang pool, jelly ice, rojak Asma, mee rebus tulang, air katira, tauhu bakar, lontong kering, nasi ambeng - ada yang GB tertinggal ke? Aha, cuma belum jumpa sup tulang merah dan murtabak singapore yang sedap je kat sini.

nak makan fish manhattan tak yah sampai ke johor... kt kl byk :-)
ReplyDeleteSemoga 365 hari yang mendatang takkan pudar rasa cintanya itu :D
ReplyDeletecinta marathon ... itu lupakan.. itu mendukakan.. mengecewakan...
ReplyDeletecari dan kunci cinta sejati itu ketat2 dalam hati..
jangan bagi siapa buka melainkan si empunya cinta...
Mee rebus Pak Wahid dah cuba ke..? Best tu hehe...
ReplyDeletePantai Air Papan kat Mersing dah pergi lom..? Best gak tu.. Tapi jauh la kalau dari JB.. Lagi satu pantai apa entah kat Endau-Rompin tu.. Tak ingat dah..
Akak dulu merasa gak pergi tempat2 tu sebab ikut bas rombongan tempat kerja(kilang).. Bercampur-aduk la dengan minah2 indon yang jadi operator.. Orang kita ni tak berapa nak sangat join kalau ada orang indon ni.. Tapi akak buat 'derk' je join... huhu..
GB baru setahun kat Johor dah merata pergi mana2.. Akak yang lebih 10 tahun dok sana, cuma beberapa tempat je yang akak pernah pergi.. huhuhu...
Kluang dah lepas belum..? Kat situ ada gak gunung apa entah, lupa lagi.. hehe..
semoga cinta terus mewangi dan mekar di sana bersama gb...^^
ReplyDeleteDah setahun GB...cepat betul masa berlalu. Setiap apa yg kita lakukan sekiranya degn ikhlas dan penuh minat insyaallah walau bagaimana kuat cabarannya kita sangup hadapi.
ReplyDelete=)
ReplyDelete
ReplyDelete' hutan belantara' kata ...
life 'pun' is like a box of chocolate
you will never know what you gonna get
jOHOR MMG BANYAK MAKANAN YG BEST2!
ReplyDeletejOHOR MMG BANYAK MAKANAN YG BEST2!
ReplyDeletemoga jumpa chenta sejati..
ReplyDelete.
semoga dapat apa yang diidami...
ReplyDeleteyou go girl!
ReplyDeletedah try Mi Racun dkt Batu Pahat?
sedap tu air katira..akak pun suka..:)
ReplyDeletemoga cinta sentiasa segar dalam hati GB..luaskan kuasa cinta itu!
ReplyDeleteSemoga terus bahagia di Johor.
ReplyDeleteSalam, sy follow blog sis n sis follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.
ReplyDeletewah...merantau sampai ke selatan. semoga hidup gembira di sana
ReplyDeletesemuanya tentang cinta
ReplyDeleteorang cakap, bila kita berkelana dan berseorangan ni ada cinta seseorang yang akan muncul. Harap cinta yang dimaksudkan bukanlah hanya cinta kepada dunia pekerjaan tu tapi jugak cinta tuttttttttttttttttttttt...hehe
ReplyDeletecinta hati cinta sejati..semua pasal cinta..heee..cinta sama kamu jugak...ahahahah
ReplyDeleteSekejap dah setahun tak kakak sangka. Patut pun dah banyak tempat sudah ditinjau..
ReplyDeletei love jb.
ReplyDelete:)
ada lagi kau kena try.
otak-otak gelang patah, roti john, dendeng.
woah!
di mana jua GB berada nekcik doakn agar cinta GB sentiasa mekar..
ReplyDeletecubalah otak otak asli (bukan otak otak kempas) tu...putu piring kuning dan burasak...jangan tak cuba GB
wah.. johor tu negeri saya tu.. org johor santun2.. jangan risau... bahasanya standart, cuma ada 'ek' di hujung ayat... di johor tu, lidah kena biasakan dengan tempeh, sambal kicap, kopi pekat... hmmm dah cuba botok2 johor.. tu pun perlu cari..
ReplyDeletesalam perkenalan...
bertabahlah hati di rantau orang...