Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, June 22, 2013

Sibu Island Excursion - Night 1


Khamis, 13/6/2013

Lepas sunset, kitorang lepak jap tepi pantai sampai betul-betul gelap. Nak tunggu pukul 9 malam sebab nak join Moonlight walk, tapi cam lambat lagi je. Baik pegi makan jap. Pegi cafe, belek menu je nak dekat 20 minit sebab nak order benda yang cepat siap, sebab takut tertinggal ketapi. Tapi last-last bende yang cepat siap banyaknye takde, kecuali mushroom soup. Boleh laaa dari takde, buat alas perut.

Pukul 9 startlah kitorang berjalan dalam gelap pusing pantai, meredah kemuncup dan patah balik ke pantai. Time ni excited memasing nak tengok Bioluminescent Ostracods atau 'blue sands' atau 'sea firefly'. Benda ni dibawak dari laut ke pantai dan akan melekat kat pasir di gigi air. Kalau tengok betul-betul, akan nampak cahaya warna biru berkerlipan kat pasir. Boleh amik dengan tangan. Tapi kalau pakai lampu suluh, kite takkan nampak kerlipan cahayanya. GB cuba amik gambo tapi fail sebab tripod tinggal kat kaunter. CPL dapat capture a few times tapi... :)

Oh. Kat sini ada cerita kelakar sikit. Guide yang bawak kitorang pada mulanya budak pompuan. Lepas tu separuh jalan guide lelaki ni take over. Dia la yang bawak kitorang gi tengok blue sands kat pantai. Sekali imbas, nampak macam someone yang GB familiar dan terfikir pulak nak kenal. Terfikir je pun. Tetibe encik guide macam melekat dengan kitorang berdua. Macam kitorang berdua je yang nak tengok blue sand, macamlah orang lain taknak tengok. Eh? Kelakar Parah nih.

Pastu kitorang berdua nak stay, nak amik gambo bintang. Bintang sungguh banyak di langit yang tak berawan. Best sangat! So GB dan CPL nak gi amik tripod dulu kat kaunter. Encik guide tuh ekhem tetibe nak belajar amik gambo bintang kononnye. Hahahaha! Maka temanlah kitorang ke kaunter dan patah balik ke pantai pun dia ikut. Sungguh-sungguh nak belajar amik gambo bintang ye?? Sungguh-sungguh jugakla mengajo sampai patah tripod GB! Huwaaaa!!!!

Kitorang sengih-sengih sesama sendiri bila dia tanya itu ini.  Berdua je ke? Adik beradik ke? Berapa malam kat situ? Bilik nombor berapa? Jaga-jaga tidur malam, ada banyak creatures. Katanyalahhh.... Amboi amboi amboi...

Takpelah...terima kasih sebab teman kitorang memblue sands, membintang dan mengumang-umang di tepi pantai ye. Dia ajak karoke, tapi kitorang balik bilik ah nak rehat! Dan nak cabut kemuncup!

Umang-umang di bawah cahaya lampu torchlight encik guide. :D

P/S: Aktiviti malam kat sini yang itulah. Moonlight walk dan karaoke. And tripod murah GB dah terkubur di sana.... sobs! Nasib baik GB bawak satu lagi tripod yang DrSinga bagi dulu. Dan satu lagi...be careful of what you are wishing for. Kita tak tahu bila waktunya hijab langit terbuka luas. :)

19 comments:

  1. Assalamualaikum,
    cer citer macam mana rupanya bluesand tu

    ReplyDelete
  2. eerrr... ada citer seram2 ke?
    nak tgk bluesand tu...

    kalau dulu masuk hutan, ada sesetengah kulat yang ada bio-luminance nih gak... tapi masa tu tak ada kamera, masih budak lagi....

    ReplyDelete
  3. jadi takde la gambar bluesand tu yer gb? alaa....

    ReplyDelete
  4. alaa...kumbang mana nak lepaskan bunga depan mata hehe..

    ReplyDelete
  5. Sampai patah tripod apa-apa gambarlah yg dicaptured agaknya..

    ReplyDelete
  6. siapa nama dia encik guide ituu ..??

    ReplyDelete
  7. GB ... kagum akak ni tengok hasil tangkapan ni.. ehm kena bersabarlerkan nak tunggunyer...
    en guide yang sedang mencuba nasib...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum GB...cantik2..

    ReplyDelete
  9. warghhhh cantik.......... nasib penyu tak bertelur kat Pulau Sibu... :)

    ReplyDelete
  10. Teringin pulak nak tengok blue sand tu..

    Encik guide tu dah jatuh hati ka? :D

    ReplyDelete
  11. wawaawaa...sudah ada yg nak pasang jaring

    ReplyDelete
  12. wawaawaa...sudah ada yg nak pasang jaring

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D