Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, June 2, 2013

Air Terjun Bekok



Haritu kan masa cuti Hari Wesak, GB dengan budak umah pegi piknik kat Air Terjun Bekok. Kitorang pegi bertiga sebab lagi sorang balik kampung. Nama sebenarnya Hutan Lipur Sungai Bantang, tapi sebab letaknya kat Bekok makan senang orang panggil air terjun Bekok aje.

So kitorang siapkan bekalan untuk piknik. GB buat laksa goreng. Yang jadi laksa goreng tu sebab masa beli bahan kat Tesco, kompiden ingat ada bihun kat umah. Sekali balik tengok yang ada tu bukan bihun, tapi laksa. Laksa pun laksa lahhh...

Dak umah goreng keropok, nugget ayam, pastu bawak jajan untuk diabiskan time piknik nanti. GB pulak yang paling penting tripod dengan tapaknya, dengan ND filter, dan of kos kamera lah. GB tak niat nak mandi pun, so takde pulak bawak baju spare. Towel kecik bawak tapi..

Maka kitorang pun gerak. Jauh juga nak ke situ. Kene ikut highway, masuk susur Yong Peng Selatan, menghala ke arah Segamat. GB ikut GPS je so nak bagi direction tu dah ingat-ingat lupa. Tapi sebelum sampai ke simpang air terjun yang sebenar, ada satu simpang masuk ke Empangan Bekok. Jangan masuk yang tu tau. Memang tak jumpa la air terjun nya...

Lepas Zohor kitorang sampai. Dalam sejam setengah jugak amik masa. Cari port yang takde orang, bukak makanan pastu makan! Laksa goreng GB tergoreng banyak pulak. Maklum laa, biasanya goreng kat umah untuk perut-perut piranha memang la banyak, heheh. Ni bila dok dengan kawan-kawan, terbiasa buat macam tu. Tu pun GB dah edit banyak tuh.

Takpe. Yang tak abis kite simpan. Sementara budak lain dah pegi main air dan cabut-cabut pacat, GB pasang tripod dan attach ke kamera. Pacak dalam air. Shoot. Owh..heavennye weekend macam ni. Pasal pacat GB tak risau sebab pegi mana pun pacat taknak gigit GB. Darah pahit agaknya. Huu. Tapi bila rasa gatal-gatal kat kaki tu seriau la jugak. Ngeee...

Port kitorang lepak tu tak nampak pun air terjunnya. Mungkin kene jalan ke dalam lagi baru jumpa kot.

Dalam kul 5 lebih tu kitorang dah gerak pulang. Tapi belum pulang lagi. Nak singgah umah makcik member kat Pagoh dulu. So ikut jalan lain. Pakai GPS juga...huhuhu. Yang bagusnya, lalu kat Balai Polis Bukit Kepong. Singgah....! GB rasa apa yang kitorang tengok kat situ, kawan-kawan lain tak penah tengok lagi. Mungkin la. Nanti next entri GB cerita apa yang GB jumpa. :)

Nak dekat pukul 7 baru sampai Pagoh. Jauh jugak rupanya ikut jalan tu. Next time better patah balik ke Segamat, ikut highway dan ikut susur Muar/Pagoh. Tapi kalau patah balik ke Segamat tak lalu la Bukit Kepong...

Masa kat umah makcik member tu, GB perasan seluar kat betis ni ada kesan tompok macam darah. Tapi GB ignore sebab ingat mungkin tanah kat air terjun tadi tu ke tercalit kat situ. Member pun perasan. GB cek tapi takde pun. Tanah lah kot. Laksa goreng yang lebih tadi GB bagi kat anak makcik member. Dia panaskan. Bila Maghrib je penuh la budak-budak balik dari bermain, tetibe memasing senyap je kat dapur. Bila cek tengok buat apa, rupanya memasing tengah makan laksa goreng kite....hahaha!!! Sedap katanya. Ngeee...

Malam tu jugak kitorang balik JB. Tak tidur situ pun. Sampai dalam pukul 10 lebih. Bila sampai umah, tengok tompok tu dah jadi dua. Bila tengok betul betul, eh, ade kesan gigit dan darahnya masih mengalir keluar. Pacat punye keje rupanya!!!!

P/S: Pasni nak gi pulau pulak. Wew. Tak sabar!!!

68 comments:

  1. yehaaaa andre andre. Gbob nak kawen. Penantian anda berbaloi.

    ReplyDelete
  2. @Amanda Suria

    hahaha. sesekali memang seronok. kalau dapat selalu lagi seronok! ~

    ReplyDelete
  3. @EE

    amboi spekuuuu...! :p

    jap jap. GB aminkan. aminnnn...! :D

    ReplyDelete
  4. Fobia dengan pacat.. Tak pergi pun tak apa la haiihh... huhu...

    Belum apa2 lagi dah meremang bulu tengkok.. Itu baru nampak tulisan oacat tu.. eiiii... idok la weiii... haha..

    #Bekok ni dekat dengan rumah kakak.. Akak suka pergi Air Terjun Ledang.. Semacam je bau wangi kat situ.. heeeeeee....

    ReplyDelete
  5. @~ Cik Azz ~

    kikiki. kite pun takut pacat. nasib baik tak kantoi depan mata, just nampak bekas je. kalau tak mau menjerit!

    air terjun ledang tak penah pegi lagi. wangi apa yang kat situ kak?

    ReplyDelete
  6. baru2 ni akak gi air terjun tangkak, tak perasan plak situ ada pacat ke tidak..nice pic GB :)

    ReplyDelete
  7. Salam Kak GB...

    Wow lawalah gambar air terjun tu!

    Oh lamanya tak mandi air terjun or air sungai. Dok kat Kuantan ni dah jemu dah mandi laut...

    Waa tak pernah dengar pun laksa goreng? Macam mana tu? Laksa tu, my favourite food, t'tarik pulak laksa goreng!... ;)

    ReplyDelete
  8. Best nye dpt mndi air terjun, da lme x pergi..
    Teena dulu pernah kna gigit ngn pacat, mmg GELI sgt..

    ReplyDelete
  9. woaaaahhhh.... awesome pic.. kalau ada lens panjang besar ni mesti cantik pics waterfall kami... alahai.. nak hangkut berat sgt..

    ReplyDelete
  10. alamak ada pacat kat air terjun ke ?? huwaaaaaaaaa kalau akak dah lama balik huhuh

    ReplyDelete
  11. Mesti sedap laksa goreng gB
    Pernah kena gigit pcat waktu kecik2.. Cool masa tu sbb mmg tak tahu apa...
    Skrg kalau kena mau pitam dan jerit macam kena histeria sbb geli...

    ReplyDelete
  12. Pacat...kakain geli klu benda lembik2 nii...lintah ke...

    ReplyDelete
  13. Salam GB,

    Maklong dah lama tak merasa berkelak gitu.

    Mana yang berkelah dah tak berapa boleh duduk-duduk tak tentu hala macam dulu, lutut jadi penghalang.

    ReplyDelete
  14. sungguh indah pemandangan di air terjun ni.

    ReplyDelete
  15. waah..bestnya air terjun...lama xmandi air terjun and picnic2

    ReplyDelete
  16. Nasib baik tak melompat tengok pacat!

    ReplyDelete
  17. air liur pacat ada disiasat untuk digunakan untuk mencairkan darah dalam badan manusia

    ReplyDelete
  18. bestlah kawasan air terjun tu..dah lama MS tak mandi manda kat kawasan air terjun! alaaa nape tak tepek rupa laksa goreng tu nak gak tengok fisrt time MS dengar :-)

    ReplyDelete
  19. lekok bestnya ! dulu masa study kat uitm segamat selalu p situ. best mandi situ dulu tak ramai orang. skrg mesti dah ramai kot

    ReplyDelete
  20. Laksa goreng tu dah tak ada lagilah yer....

    ReplyDelete
  21. mana itu laksa goreng? mau tengok rupa dia

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum GB...seronoknya jenjalan aje kan...;)

    ReplyDelete
  23. cantik sgt view air terjun tu! nk ke pulau mana tu GB...

    ReplyDelete
  24. Laksa goreng? festime dgr dan tak pernah mkn :-)

    Pacat?..eeeeeeeee...takutnya..tak jadi lah nk pegi air terjun ni heee

    ReplyDelete
  25. lama x singgah sini, cantiknyer pic ni

    ReplyDelete
  26. sape kata darah awak pahit...

    manis la tu.. kena gigit pacat...hehe

    nak ikut g pulau awak... :)

    ReplyDelete
  27. haha..dah agak mesti pacat punya kerja! =D

    ReplyDelete
  28. Saya dulu pernah lalu area Bekok ni, cumanya tak pernah singgah air terjun nya..cantik air terjun dia( kata sedara saya la).

    Terbayang kepenantannya sebab awak tawaf dari Bekok - Pagoh - JB ! hahaha

    ReplyDelete
  29. @Hanih Borhan

    salam dik.. tengs! kuantan pun ada air terjun ape.... :D

    laksa goreng...nanti akak taruk cane rupanya ek!

    ReplyDelete
  30. @m.u.l.a.n


    heheh tengs! lens kite pendek je tapi. hihi~

    ReplyDelete
  31. @ieda immi

    rugi la balik kak. dah la jauh. hihihi~

    ReplyDelete
  32. @ainnoraini

    kite pun sebenornye... kontrol jerit je haritu. hahaha!

    ReplyDelete
  33. @Mak Long a.k.a Kunang-kunang

    boleh la maklong...ada je port yg friendly dengan lutut. heheh~

    ReplyDelete
  34. @JunAina

    saya mengelak. nak lompat takleh sebab takut kamera lompat sama. hihi~

    ReplyDelete
  35. @Dr Singa

    bekas gigit dia memang darah tak beku kak...~

    ReplyDelete
  36. @Mas Zull

    salam mama. seronok..release tensen. heheh~

    ReplyDelete
  37. @CiKPuaNLawA

    tuh la. makan banyak gula kot this lately~

    ReplyDelete
  38. @Daddy Ziyyad

    siyes penat!!!!! tapi gigih drive sampai jb!

    ReplyDelete
  39. bekok?? kat area yong peng?

    hmmmm.... mcm tak pernah dgr hihihi
    berapa bayaran masuk ke kawasan ni GB

    ReplyDelete
  40. GB ceta pasal pacat tu kan, mcm rilex jer, mcm tak takut pun....yg saya yang baca ni tergeli geleman....huehue...hiii....kalau saya kena pacat mau menjerit sekampung dengar....

    ReplyDelete
  41. assalam,

    GB bunda sedang makan vit C 1000 mg tu...

    ReplyDelete
  42. @Telor Power

    atas lagi rasanya. heheh. tak pasti sangat. ikut gps je~

    ReplyDelete
  43. @Mama2Q

    rilek sebab masa gigit tak nampak depan mata. cuba kalau nampak...

    ReplyDelete
  44. pacat leh tanggal eik gb?
    kak xpernah smpai. terro kamu kesitu.

    laksa goreng? wow... nak rasa

    ReplyDelete
  45. nanti syer ttg balai polis bukit kepong. nak tau gak

    ReplyDelete
  46. @rinduan citarasa


    boleh tanggal...!!! nak ke rasa laksa goreng saya? hehehe~

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D