Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, April 9, 2013

Kisah hantaran RM15 Ribu



Ada member kat opis nombor dua ni cerita, kawan dia orang Singapura, bertunang, belanja sampai SGD15 ribu.

Tu baru bertunang. Belum kawin.

Kawan yang lagi sorang, hantaran kawin dia kat pengantin perempuan, RM15 ribu. Belum belanja kenduri dan lain -lain lagi.

Kawan yang kawannya bertunang dan belanja SGD15 ribu tu dah pening kepala sambil sengih-sengih kat GB. Hahaha!

*

Gb gelak ja. Sebab GB bukan jenis yang nak grand-grand kalau bertunang atau kawin. Bertunang pun macam tak perlu je. Nikah terus, better. Itu pun GB tak mau pelamin. Tak mau berdewan bagai. Mahu majlis yang santai dan mesra. Cukup sekadar tetamu yang hadir cukup makan, tapi makan kena sedap ye. Lebih bagus kalau GB boleh layan semua yang hadir tu sama rata. Boleh bersalaman dengan semua yang hadir. Kalau bersanding, mungkin ada antara tetamu yang kita perasan dari atas pelamin sahaja dan boleh senyum dan lambai-lambai sahaja. Itu pun kalau perasan diorang hadir. Kalau tak perasan lagi haru. Kan?

So, GB muktamad. Takmau sanding. Takmau hantaran berdulang-dulang. Hantaran kahwin GB mahu rahsiakan. Maskawin pun nak rahsiakan juga. (Eh jap, boleh ke rahsiakan maskawin? Hihihi). Eceh, planning ahead. As always. Plan as if dah ada calon je. Typical GB.

Simplicity is beauty. Tak gitu? ;D

P/S: Hey, orang pandang GB macam fussy, macam high maintenance, tapi hakikatnya tak ramai yang tahu. Takpelah. Biarlah yang mahu betul-betul tahu saja yang tahu. Belum ada yang betul-betul nak tahu lagi tapi. Mungkin ada tapi GB yang tak tahu atau buat-buat tak tahu. Mungkin. :p

43 comments:

  1. kadang2 kena ikut kehendak org tua juga dlm hal ni, ada yg nk tgk anaknya naik pelamin... so pelamin nak tak nak kena ada gak nnt..hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Yg penting berkat

    ReplyDelete
  3. saya kalau tak, taknak bertunang..tapi si dia yang request..masa tunang saya taknak pun hantaran..tapi bakal mak mentua request nak bagi jadi saya kena balas..lepas tu saya nak buat makan2 je antara famili, tapi famili dan maksu request suruh buat majlis walaupun kecit..

    saya punya hantaran tak sampai puluh ribu..kalau ikut hati takmau mintak..tapi kena jaga hati famili dan bakal famili jugak..mas kawen pun tak sampai ribu..saya mintak yg saya rasa bakal suami mampu..masa majlis kalau tak saya nak buat simple2 je..macam yang GB cakap kat atas..tapi bila ada campur tangan famili semua tu saya terpaksa pejamkan je..kena jaga hati famili dan sedara mara jugak..huhu..

    ReplyDelete
  4. wow...rm15k....pengsannn.....kaya betui LAKI itu....

    ReplyDelete
  5. Hantaran perkahwinan Along juga buat mak tercekik sampai sekarang!

    ReplyDelete
  6. org lelaki fenin pale berpeluh dahi dok pikirkan pasal hantaran zaman milineum ni

    ReplyDelete
  7. GB tak mintak berdulang dulang......mintak satu dulang je...camera sempoi punya...mau lembik kaki "abang" tu :)

    ReplyDelete
  8. mahalnye skrg ni..
    silap2 tak terkahwin plak kan..
    hihi

    ReplyDelete
  9. anak dara akak nanti,tak payah la berbelas2 dulang...cukup la bg sekeping 'cek' sejuta ke...hehe..

    ReplyDelete
  10. kesian laki kan..kalau nak kawen je mesti pening hehehe yang si pompuan ni berpada2 la ukur baju di badan sendiri..

    ReplyDelete
  11. Belanja ala kadar pun bahagia sampai
    Anak cucu
    Buat grand pun setakat masa majlis..
    Lepas majlis bercerai berai..
    Dah banyak contoh

    ReplyDelete
  12. alohhh....
    nak jadi pengapit...!!!...

    ReplyDelete
  13. SAYA DULU PUN PLAN TAK NAK BERSANDING,TAPI MAK CKP KALAU TAK NAK SANDING TAK PAYAH BUAT BAJU CANTIK2,PAKAI JER BAJU BIASA YG PAKAI UTK PERGI KERJA...HUHUHU..

    ReplyDelete
  14. heh kita sama lah ! kita pernah cakap dengan mak kita, tak nak tunang, nak nikah je. tak mau sanding tak mau pelamin. tapi kesimpulannya, mak kita jegil mata kemain beso kat kita hahaha

    ReplyDelete
  15. orang biasa biasa..
    RM 30,000 diletaknya
    katanya bakal mertua kaya raya
    kerja kat luar negara

    kalau makcik yang kena...mau balik lenggang kangkong saja.

    ReplyDelete
  16. Apapun kehendak kena seiring dgn keluarga ke dua-dua pihak. Bila tu? Jgn lupa kakak tau.

    ReplyDelete
  17. ana baru kawin tahun lepas.. xde pelamin, x de photographer.. blh salam dgn semua yg dtg sbb x bz nk berphotoshoot bagai.. hahaha...

    mmr ramai yg mengata la, tapi buat x kisah je la.. yg penting lepas kawin duit banyak.. siap blh beli rumah 2 bijik..

    mmg fmly marah.. dorg cakap malu kat orang xde pelamin semua.. last2 aan DIY je pelamin.. kos lebih kurang 200..

    ReplyDelete
  18. Jangan lupa jemput akak okeh!

    Buat majlis kecil-kecilan tapi grand utk tetamu dan keluarga...

    ReplyDelete
  19. Aku dah lepas... *fuhh*
    nak fikirkan duit belanja meminang untuk anak 10 tahun lagi... arghh

    ReplyDelete
  20. Membazir je bertunang bagai ni kan.. Buat majlis simple2 sudah.

    ReplyDelete
  21. Err,,, boleh tak GB tunggu anak bujang akak membesar? Nak pinang GB lah... heheheheheh

    ReplyDelete
  22. Sy sokong GB. Sy beri galakan.

    Tak payah war-warkan. Semua itu nonsense.

    Pelamin? Sy menyesal sbb dulu bersanding.

    Huh!

    ReplyDelete
  23. setuju dgn pndapat GB :)
    nina pun rasa mlas nk brtunang. kawen je terus kan. smua org ada angan2 sndiri right

    ReplyDelete
  24. hai kakak cantek! lama sy xdtg cni.kawen nnt jemput tau! hehe

    ReplyDelete
  25. Mak Aih..SDG15K tuh..terlopong sekejap..

    JM pun suka style GB..simplicity :-)

    ReplyDelete
  26. bersederhana lagi afdal.. tak payah berhutang sana2 nk kawin punya pasal.. cepat GB kawinnn!!

    ReplyDelete
  27. ambil yang sunnah ... jgn bebankan ...

    ReplyDelete
  28. takut dgr hantaran kawin makin mahal skrg ni, pihak pompuan untung ckit la sb menerima, pihak lelaki kena kerja keras le kumpul duit

    ReplyDelete
  29. Amboi, baru belanja tunang 15k tu, kahwin mestilah lebihlah grand nanti.

    ReplyDelete
  30. k.Ayu tunang hanya pakai selendeng dan baju kurung. y dtg jiran.
    btunang lps isyak. lps btunang bsuh pinggan sorang2.

    ala.. pokok pangkal kita tau diri kita.

    bab kawin pun kita panjat kepala katil ketuk paku pasang langsir sendiri..

    ReplyDelete
  31. bersederhanalah dlm segala hal.

    Awak, jgn lupa jemput tau!

    ReplyDelete
  32. kadang tu, campur tgn sedara n org luar tu yang jadi beribu raban.
    kite nak ringkas, tak nak beban, tp org lain yg over. kalau tlg support sikit xpe, ni kite jugaaaaaa yg kene merealisasikan angan2 dorang. ish...

    ReplyDelete
  33. biarlah berpada2 kan.. tapi tu la kan kalo sedara mara masuk campur tangan kaki kepala, lain jadik nya..

    ReplyDelete
  34. I kawen 5 ribu ja.
    Kalau letak 15k, sampai skrg belum jd kawen. Ekekek.

    ReplyDelete
  35. Bagus ni, kita ambil yg sunnah, asalkan tetamu kita terlayan dan berita pernikahan dikhabarkan.
    Semoga dipermudahkan segala urusan .. Amin
    Sihat itu Indah

    ReplyDelete
  36. hmm zaman skg~~ moga GB dapat calon masuk meminang n kawin ;)

    ReplyDelete
  37. Besarnya kos tu.. Hmm.. zaman dah berubah.. Jangan sampai ada niat nak menunjuk2 sudah.. Kena ikut kemampuan buat ikut trend...

    ReplyDelete
  38. rasa membazir kalau berhabis duit bagai..
    baik simpan untuk masa depan.. bukan sehari dua nak kahwin.. tapi tak semuanya setuju dengan kehendak hati kita..
    tapi bila kita buat seadanya, ada pulak yang mengata bagai.. alahai..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D