Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, April 25, 2013

Kan ku terus mencari sampai Tanjung Piai. Gittewww... :D

Boardwalk ke hujung benua


Ahad lepas, lepas puas menggugel tempat-tempat best yang boleh dijelajah kat sekitar JB ni, akhirnya GB dan member decide nak ke Tanjung Piai. Lama dah plan nak ke sini, tapi Ahad lepas sebenarnya benda tu jadik something unplanned that worked. Takpelah. Plan lama-lama pun selalunya tak jadi pun kan? Yang redah tu pulak yang menjadi biasanya.

Mujur dalam bab ni GB ada member sekepala segila. Eheheh.

Tapi, kenapa Tanjung Piai ek? Ala..senang je. Mesti la sebab nak jejak kaki kat Penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia. Cool kan?

*

Pegi sana macam biasa, pakai GPS. Tapi to be frank signage yang ada adalah agak efektif, jadi kalau tak pakai GPS pun insyaAllah boleh sampai takde sesat. Sampai sana dalam kul 5 lebih. Beli tiket. Amik-amik gambo kat landmark depan tu guna kamera pinjam, then Asar dulu, pastu jalan meredah hutan paya bakau. Redah ikut boardwalk ajelah.

Tiket sorang rege RM5 ye.

Dari Kompleks Pelawat, boleh jalan ke tip of Mainland Asia tuh. Jalan lebih kurang 635 meter, sampai la ke hujung benua tuh. Tak terasa macam berjalan sejauh tu pun sebab tengok tup tup nampak globe tu, eh, dah sampai hujung? Mungkin sebab sepanjang jalan tu ada banyak info pasal paya bakau, pastu boleh snap gambo, baca-baca, agaknya tu pasal tak terasa jauhnya. Jauh ke tapi? Heheh.

Dah sampai hujung. Yeay!


*

Mulanya rasa mungkin macam nak spoil je sebab sebenarnya Ahad tu hujan. So kalau nak amik gambo langit tak cerah mana. Tapi turned up jadi cantik pulak sebab ada reflections atas lantai basah. Dan seronok tengok laut. Monyet pun ada. Dari sini boleh nampak sunset (dan sunrise juga rasanya), tapi kitorang tak tunggu. Tak nampak sunset pun sebab mendung. Dalam tak tunggu tu lama jugak la bertapa kat situ. 6.50 baru gerak balik. Dah gelap. Orang pun takde. Nyamuk banyak.

Sampai kat Kompleks Pelawat  rupanya lampu dah tutup. Kecuali kat info kaunter. Ingat ada orang lagi, tapi rupanya monyet yang dah take over! Cekcepat kitorang jalan ke parking lot. Tinggal 2 kereta je dan kat keliling tu monyet banyak betul! Alahai...

Nasib baik masih ada orang tunggu kat gate, dia bunyikan hon, mungkin sebab nak halau monyet kot. Cekcepat kitorang masuk dan kunci pintu. Cabut! Lepas keluar je, gate pun terus tutup.

Rupanya dah setengah jam tempat tu tutup. Isk! Nasib baik tak bawak tripod bagai, mau carried away menyunset kan? Pastu gelabah sebab dah gelap. Hahaha!

Interprem sikit. Hewwww...

P/S: Bunyi macam scary kan? Tapi GB dan member gelak-gelak dalam kete sebab rasa kelakar. Ad hoc mini getaway yang berjaya! Nanti kite gi yang betul-betul punye pulak!

24 comments:

  1. hihi mujur dorang tunggu kat pagar..kalo tak bermalam pulak gb kat situ kan :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Sampai Tanjung Piai lebih 10 tahun lepas...hu hu hu hu tempat ni tadak lagi masa tu

    Bila nak ajak ni?

    ReplyDelete
  3. tak semapt 'dapat' sijil ke...?tanda dh ketanah hujung benua?

    ReplyDelete
  4. vedi veci veni jugak akhirnya!!

    ReplyDelete
  5. ada jual fridge magnet tak kat situ hihi

    ReplyDelete
  6. nampak kapal bersusun... sibuk juga selat tu ye..

    ReplyDelete
  7. cantik tempatnya..
    setengah jam?selamat la tak kunci lagi kalau tak mau tido ngan cik nyet huhuhu

    ReplyDelete
  8. Hahahhah...monyet take over kaunter. So, x dapat sijil lah yer...hihihihi

    ReplyDelete
  9. Tak pernah sampai lagi kat situ..

    ReplyDelete
  10. Masa masuk dia tak inform ke pukul berapa tutup. Nasib baik tak kena kerumun dek monyet..

    ReplyDelete
  11. bila nak bersnorkeling di Sibu Island?

    ReplyDelete
  12. nak tanya. signboard tuh bahasa apa.?!

    ReplyDelete
  13. Cuma nak komen...Payung GB tu lawaaaaa....sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  14. Hehe..tak jauh dr kg saya & kak zakie tu.

    Last time pegi sana pun musim ujan, lngsung xleh masuk sbb ada fenomena air psg besar. Dah mcm air terjun kat tangga ke kaunter tu.

    ReplyDelete
  15. tempat tu bila dah nak malam( lepas sunset), mmg agak scary...hahah

    ReplyDelete
  16. dah lama saya merancang nak ke tg piai tp tak kesampaian smpai skrg. Nak sgt lihat penghujung benua asia ni. Stkt ni baru smpat smai ke penghujung borneo sahaja kt tg simpang megayau kudat sabah.

    ReplyDelete
  17. cantik jugak tmpt ni...mmg terbaiklah..^^

    ReplyDelete
  18. eh...ada 3 gambor lah..hihi

    kak ati berazam kalau ke JB
    wajib tempat ini ada dlm plan :)

    ReplyDelete
  19. Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..

    Terima kasih.
    ~Hijab valley~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum GB....mama x masuk lagi ke sini bila senang nak juga pergi la ke sini...best la..:)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D