Sabtu lepas GB dan kawan-kawan pegi Kemensah Adventure Park main ATV (All Terrain Vehicle). Sesuai dengan nama dia, memang ATV ni boleh lalu kat atas semua jenis permukaan. Sebab kitorang bawak masuk dalam hutan, maka segala jenis laluan, walau se 'steep' mana pun pon kite boleh redah. Mencabar jugak sebab kontrol mesin ni totally di tangan sahaja. Kaki kite tak payah buat apa-apa, tapi kalau rasa macam nak terbalik selalunya mesti akan keluar kaki, konon nak tahan. Amik masa jugak nak biasakan.
Kitorang amik pekej ke Sofea Jane Waterfall, so spend masa dua jam merempit dalam hutan tu. Break dalam setengah jam kat air terjun. Pastu sambung balik merempit ke kem. Laluan memang mencabar dan menguji tangan sebab minyak dan brek sume kene kontrol kat tangan. Brek pulak bukannya jenis lembut. Keras yang amat!
Nak jadi cerita, tangki minyak hitam ATV GB bocor masa nak patah balik. Minyak hitam keluar merecik-recik. Berasap. Panik jap GB, nasib baik ada instructor. Dan nasib baik jugak tak kene bayar. Kalau eksiden pecah bumper, aha...yang itu kena bayar. RM400. Gulp. Hahaha!
Naik ATV ni kelajuan bukan perkara utama, yang penting semua surface dia boleh lalu. Bak kata instructor lah. Tapi siyesli fun giler! GB nak repeat, next time bawak adik-adik pulak.
Kalau nak tau pasal ATV ride kat Adventure Park nih dengan harga pekejnya sekali, klik sini.
*
Oh satu lagi, GB nak cerita sikit. Haritu GB cakap GB amik produk mencerahkan kulit kan? Sebenarnya GB minum Aura White yang GB beli dengan kawan kite kat sini. Masa ber-ATV, by petang tuh GB dah berpeluh sakan dah. Kalau ikutkan keadaan biasa, time macam tu GB dah nak nampak hitam betul dan selalunya tak sabar nak gi cuci muka dan pakai moisturiser dan bedak semula. Sekadar touch up pun dah takde kesan. Tapi Sabtu lepas GB kekal cerah even dah berpeluh berpanas sakan. By that time GB dah consume 12 hari.
Kesimpulannya, produk ni berkesan untuk GB. Sekian. Heheh.
P/S: Still annoyed with my optimism? Don't be. Buang masa je. Khalas. :)

terasa nak mencuba tapi takde geng.. :)
ReplyDeleteminyak hitam bocor?
ReplyDeleteberasap je kan... tak terbakar kan?
tapi kalau enjin kereta rally yang panas tu, minyak brek tumpah kat pangkal ekszos pun boleh terbakar... ini Tg. Djan (drift king) yang bagi tau bila aku tanya kenapa dia balut brake oil reservoir dengan 'stokin'...
Masa time sekolah dulu akak ke Kg Kemnesah ni untuk mandi air terjun dengan kenkawan...
ReplyDeletemenapak dari tempat turun bas.. jauh juga tu.. tapi demi air terjunnya yg awesome... kami ramai2 sanggup....
Nak cari kawan ajak ke sana lagi...
peh memang dasyat ber-ATV sampai bocor minyak hitam hehehe
ReplyDeletepatut nampak makin comei..siyes tak tipu nampak glowing2
wah tersangat la extrem bagi ku.. kalau kita la mesti dah kejang2 urat tangan.. huhu
ReplyDeleteWow! merempit dlm hutan. That sounds interesting!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBawak ATV tu tak perlu lesenkan? Ahahhaaaa...
ReplyDeleteGB akak dah gantung lesen merempit.
La...GB. Np dgn P/S tu? Mcm defensive je. Persetankan aje. Huhuhuhu....
ReplyDeleteWah! TEringin gak nak merempit ATV ni. Tp si tenit tu mst sibuk nak itut skali. Huhuhuhu!
wuuhuuuu..
ReplyDeletesungguh ganas sekarang yer!!!
wuuhuuuu..
ReplyDeletesungguh ganas sekarang yer!!!
Best gila, naik ATV!! Saya dah lama nak naik...Buat benda2 advenceressss ni, hobby mommyZZ ...:)
ReplyDelete1st time naik ATV ni masa kat krabi
ReplyDeleteAssalamualaikum GB...wah bestnya mcm nak cuba je...:)
ReplyDeleteTERINGIN JUGAK NAK GUNA AURA WHITE TU..TAPI MAHAL LA..UNTUK ORANG TAK KERJA MACAM AKAK NI MAHAL LA..HEHEH
ReplyDeleteakak rasa macam dah terlambat dah nak mencuba..hehe
ReplyDeleteI teringat taman negara la u...Ahaks!!
ReplyDeletewah aktiviti menarik ni
ReplyDeleteBestnya beriadah.. Tak reti nak bawa ATV ni.. besar sangat..
ReplyDelete