Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, March 10, 2013

Hong Kong: The Land of Jackie Chan - Day 3 Part 2 (Ocean Park, Mong Kok Road)

Cable Car at Ocean Park
Kat pantai tadi GB singgah kat 7 Eleven jap, meninjau dan beli apa yang patut. Beli Dark Chocolate Hershey's yang macam takde kat Malaysia, tapi tak tau lah ada ke tak sebab tak penah jumpa lagi kat Malaysia. Ada logo halal, sebab tu berani beli. Logo halal from Malaysia ok...rupanya import dari Malaysia. Hahaha. Terus feel at home. Gittewwww... :p

*

Ok. Sudahlah jalan-jalan kat tepi Repulse Bay Beach yang comel tu...Jom cepat ke Ocean Park.

Ummm...apa yang GB nak cerita pasal Ocean Park ek? Mungkin GB boleh taruk dalam bentuk point je lah kot... (dah malas nak cerita pun ye jugak. Heheh...)

Grand Aquarium


  1. Masuk Grand Aquarium. Besor weh aquarium nya. Dan ehem kalau nak tau ni first time masuk aquarium gergasi macam ni sebab Aquaria KLCC tuh pun GB tak penah sampai lagi..tup tup masuk yang kat Hong Kong pulak. Ehehehe...
  2. Gi Giant Panda Adventure. Panda betul tapi dalam kurungan. Tengah lepak-lepak makan buluh pulak tuh. So shot panda kat sini tak cantik!
  3. Naik Cable Car. First time nih GB naik cable car. Kat Malaysia tak penah naik pong! Hahaha!
  4. Masuk North Pole Encounter. Ada penguins banyak!!! Penguins betul ok.... Takleh pegang tapi...
  5. Main game air kat Expedition Trail. Kene splash-splash bagai sampai basah atas bawah! Kamera pun sipi-sipi lagi nak kene air! *Ehem, first time gak nih main game gini. Maklum, tak penah pegi Sunway Lagoon...hehehe...
  6. Water ride kat Raging River. Punnnnn basah jugak!!! Seb baik member bagi baju hujan! Nak beli mahal sangat, sampai HKD40 sehelai! Kat sini ride dia agak extreme tapi tah kenapa orang Hong Kong ni sume control cun, takmo jerit-jerit. Kitorang dari Malaysia ni pulak yang jerit lelebih sampai orang lain yang tunggu turn suma gelak-gelak dan tepuk tangan. E'eh?? Depa rasa fun kot dengar kitorang menjerit?
  7. Intai anjing laut kat Pacific Pier. 
  8. Selebihnya just tolong tangkapkan gambo member yang tengah naik ride pusing-pusing seram kat Space Wheel dan roller coaster extreme kat Hair Raiser dan The Dragon. The Dragon ni siyesli gilo sebab berapa kali pusing 360 darjah dan ride nye kat tepi laut pulak tuh! Bayo 10 hibu pun GB tak sanggup! Never!
Kawan-kawan boleh tengok sini untuk tau apa yang GB maksudkan.

Kesimpulannya kitorang tak abis jalan pun sebab ada banyakkkk lagi tempat yang best yang tak terpergi. Besor Ocean Park nih. Sehari tak cukup. Ye lah...sedangkan Legoland pun tak cukup sehari nak cover kan... Takpelah. Even kalau yang bukan jenis naik rides atau games, pun mungkin akan rasa satu hari itu tidak cukup.

The Dragon punye roller coaster. Part of it. 

Gambar pun GB tak amik banyak sebab bateri sobs sobs!! Dan kaki pun rasa nak ranap sebab naik turun bukit. Huuu....

Kitorang turun bawah naik Ocean Express. Macam LRT. Instead of naik cable car macam masa mula-mula tadi.

Frankly kalau pegi sendiri (bukan dengan package), GB tak pegi kot tempat macam ni. Sebab GB lebih suka tengok natural setting, life and culture of the locals instead of pegi for having fun macam ni. Sebab tu Genting pun GB tak penah pegi. USS pun. Sunway Lagoon pun. Haa...sebab dah faham kan kenapa?

Tapi dah alang-alang dah pegi tuh kite enjoykan diri saja la... tak gitu? :D

**

Habis jalan, Kitorang dibawa makan malam kat another Chinese Muslim Restaurant kat Kowloon tapi GB dah lupa apa nama dia sebab takde gambo dari kamera GB. Bateri dah kong. Sini makan dia sedap jugak. Tapi drama sentiasa ada lah ye...

Member GB mintak cili padi sebab lauk sume tak pedas. Depa bagi lah sikit. Pastu masa nak balik tu depa mintak sikit nak bawak balik. Tokey dah buat muka. GB tak sure dapat ke idok sebab GB lebih risau pasal kaki yang sakit dan kamera yang dah kong tuh. Tapi last-last baru dapat tau yang cili tu harga dia mahal kat Hong Kong ni. Lagipun, orang situ bukan pemakan cili, so stok takde lah banyak nho kat dapur tu. Gitu lah ceritanya.

***

Balik hotel. Ada sikit time untuk refresh, solat dan charge kamera sebelum kitorang keluar pegi Ladies' Market kat Mong Kok Road. This time kitorang naik cab je. Nasib baik ada cab sebab kan CNY Eve time tu. Amoi tourist guide pun balik awal sebab mak dia tunggu nak makan besor. Happening la Hong Kong malam tu sebab orang sibuk shopping last minit. Esok raya maa...huhuhu.

Tempat ni nama dia gitu sebab barang yang dijual banyaknya barang untuk pompuan. Tapi barang lelaki pun ado. Harga dia so-so, tapi kalau pandai tawar memang dapat murah giler. GB beli beg untuk mak, rege HKD280. Tawar-tawar dapat HKD150. Yey.

Member GB beli beg dengan rege yang sama. Tawar-tawar dapat HKD80. Dem! Giler terer menawar.

Ok GB mengaku bab ni GB fail. Sobs!

Sold at Ladies' Market
Kat sini kitorang jumpa orang Keramat. Ahahaha!! Seb beik friendly maka boleh borak-borak kutuk-kutuk cakap Melayu. Heheh! Takde lah kutuk, cuma feeling dia lain la bila kita jumpa orang yang boleh cakap bahasa ibunda kat tempat orang.

***

Kaki GB memang sakit sepanjang jalan. Sebab kasut, bukan sebab jalan. Mana la GB tau kasut tu tak sesuai nak dibawak jalan jauh. Sudahnya member tolong carikan kedai kasut yang bukak lagi untuk GB beli sandal. Jumpa. Tapi HKD70 lah sepasang. Beli la jugakkk...sobs!

****

Balik time. Kalau nak sunrise ke apa ke kat Hong Kong ni dari bilik hotel, esok pagi aje yang tinggal untuk waktu ini. So far memang tak nampak any sunrise nor sunset moments kat sini. Takpelah. There's always next time. Kite tengok esok pagi cemana.

Malam ni kena kemas-kemas barang, pack elok-elok sebab esok dah nak balik. Yey!

P/S: Pengajaran Day 3 Part 2: 1. Sentiasa bawak sehelai baju hujan dalam beg, just in case. Dalam kes GB ni berguna masa main water ride kat Ocean Park. 2. Bawak makanan sendiri kalau nak pegi Ocean Park. Sebab situ takde restoren halal (so far). Ada Malay food kiosk tapi tak tau certified halal atau tak and  kitorang tak pegi sebab jauh nho nak patah balik. Tapi kalau yakin nak makan Fillet O Fish McD, silakan. 3. Makanan luar TAK BOLEH dibawak masuk ke dalam Ocean Park (dan juga Disneyland). Diorang akan cek beg setiap orang. Tapi boleh seludup kalau sorok dalam baju atau beg kamera atau celah mana yang boleh disorok lah. :D. 4. Pakai kasut yang paling selesa, tak cengkam kaki dan tak makan kaki. Sandal pun ok sebab Ocean Park ni tempatnya berbukit. 5. Ladies Market ni culture lebih kurang sama macam Petaling Street. Kalau dah tawar-tawar pastu tak amik...siap la... huhuhu.

...final part to be continued soon...!!!...

14 comments:

  1. pulau kecik tapi padat dengan tarikan pelancong...

    ReplyDelete
  2. Wah, bestnya! Dgr pun dah rasa best, aptah lagi g sndiri

    ReplyDelete
  3. bestnya. teringin sgt nak gi hong kong. tak pernah smpai lagi.

    ReplyDelete
  4. seronok GB..cantiknya souveneir dia :)

    ReplyDelete
  5. Kasut memang main peranan penting masa jln2.... Salah pakai kasut boleh rosakkan mood jejalan... :)

    ReplyDelete
  6. Camane tu GB ckp bawak mkanan ke ocean park pastu ckp tk leh bwak masuk makanan luat ke ocean park? Kira kena sorok2 la ye..

    ReplyDelete
  7. first trip tak sempat ke OP ni..so nest trip perlu jejak kaki jugak ke sini :-)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum GB...seronoknya bila la mama dpt pi sana...:)

    ReplyDelete
  9. hong kong banyak pulau2 kan.?!

    ReplyDelete
  10. dpt tgk gambar pun dah rasa cam dapat pegi sana, mesti bestkan

    ReplyDelete
  11. tetiba pecah akuarium Grand Aquarium.. alamat kena ngap la dgn jerung tu.. besar gila..

    masa kecik2 dulu penah g under water world.. kalau tak silap kat langkawi.. best! tu dulu la skrg mesti lg best kan..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D