Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, March 2, 2013

Hong Kong: The Land of Jackie Chan - Day 3 Part 1 (Avenue of Stars, Aberdeen Floating Village, Repulse Bay Beach)



Hari ketiga di sini bermula dengan cuaca yang lebih sejuk. 12 darjah Celsius. Baju yang tak tebal dilapis-lapiskan supaya rasa sedikit hangat, tapi tak hangat mana pun. Agenda utama nak ke Ocean Park. Tapi memandangkan Ocean Park bukak pukul 10 dan kitorang pulak ada banyak masa lagi, maka why not kite pusing-pusing tempat lain dulu kan? So we started the day dengan jalan-jalan kat Avenue of Stars yang boleh nampak skyline Hong Kong. Hmm...kalau malam menarik lah sebab ada lampu-lampu, tapi nampaknya next round ke Hong Kong lah baru GB gi tembak gambo malam. Setakat amik gambo tapak tangan Leon Lai...baik amik tapak tangan sendiri. Tapi GB amik juga gambo tapak tangan dia, sesaja. Sebab minat pun yerrr... Huhuhu.

Kat sini pada mulanya amoi tu bawak member dia, katanya kawan dia tu pandai amik gambo kalau kita nak mintak tolong amikkan. Pastu dia pun amik. Satu pakai kamera dia. Satu lagi pakai kamera kita. Sorang...sorang dia 'tolong' amikkan. Tup tup petang tuh siaplah sepiring (yerrr....dia print dan tampal atas piring..!) gambo kite yang dia jual dengan rege HKD200 atau RM80. Yerrr...siap nak terima duit MYR tuh kalau tak cukup cash HKD. Cis! Ada yang tak beli sebab eh hellowwww...ada kita mintak ke?? Walau dia pujuk-pujuk suruh beli, siap nak bagi special price kalau semua beli tuh. Huh. GB beli tapi... Dem.

*

Pastu amoi tu bawak gi boating kat floating village. Untuk info, floating village ini adalah kampung nelayan yang satu-satunya yang tinggal kat Hong Kong ni. Dulu banyak, tapi sekarang dah tinggal satu ni je. Mungkin lagi 10 tahun dah takde kot kampung nelayan ni. Sebabnya macam biasalah...Hong Kong kan tak cukup tanah. Lagipun industri perikanan bukanlah penyumbang utama ekonomi Hong Kong, so buat apa depa nak preserve? Depa pun main import je semua sumber makanan. Baik tambak untuk buat bangunan-bangunan untuk orang Hong Kong tinggal.

Itu cerita amoi tourist guide kitorang ye...

Boating dan lalu kat bot-bot nelayan, tengok view Hong Kong yang dah dikepung dek bangunan tinggi sana sini, dan lalu jap kat Jumbo Floating Restaurant (GB tak tau pun nape restoren ni femes nho??) ni cajnye adalah sebuah ucapan 'Toce auntie, Gong Xi Fa Cai' dan HKD60. Dabelcisbeger sungguh sebab ini kes macam paksa jugak sebab ada antara kitorang yang taknak naik sebab takut mabuk laut, tapi dipaksa naik jugak-jugak. Huh!

**

In both cases, GB malas nak amik pot sangat, nanti spoil mood cuti. Lagipun bukan tak penah makan dan kene bil ratus-ratus kan? Anggap je la untuk bulan tu GB tak payah la makan mahal-mahal. Boleh cover dah kat situ. Huhuhu...

***

Lepas tu kitorang singgah kejap kat pantai. Eh, Hong Kong ada pantai ke? Ado. Tapi kecik yo. Dan takleh banding la dengan pantai-pantai kat negara kita ni. Pantai diorang cuma sekadar suatu indikasi bahawa Hong Kong masih berpantai. Boleh gitu? Hahaha!

...to be continued...

P/S: Pengajaran Day 3 Part 1: 1. Jangan pernah terlupa bahawa walau di mana jua pun, bangsa China adalah teramat terer meniaga. Kite kene hati kering sikit banyak.

27 comments:

  1. pandai berniaga dan pandai memujuk....tak pandai tolak pujukan, memang terkena la jawabnya..hehehe....

    ReplyDelete
  2. oooo...mcm tu yee...kene buat hati kerimg...

    ReplyDelete
  3. amoi tu buat baik sebab ada agenda tersembunyi... huhu

    ReplyDelete
  4. pcl kalo tgk pantai...mancinglah, gB tak nampak ke kaki pancing kat sana?

    ReplyDelete
  5. wah..camna boleh dpt gambar tapak tangan Leon Lai..

    ReplyDelete
  6. agaknya, criter Pirates of the Caribbean: At World's End depa buat set kat kampung nelayan tuh.

    ReplyDelete
  7. best nye gi hongkong..seronok tengok tempat orang ni..suasana pun berbeza :)

    ReplyDelete
  8. Sgt geram kalo terkena pd k.lynn kot :(

    Mujur kena pd gb yg byk sabar.kena pd kita harus kena bhs jiwa bgsa jgk tuh !

    ReplyDelete
  9. sbb tu JM x gemar pegi ada tourist guide selesa pegi sendiri huhuhu

    ReplyDelete
  10. salam ziarah sorry late ja ke laman anda...

    ReplyDelete
  11. Kes terkena gini yg tak best. Agak mahal juga la su amoi jual gambar tu.



    sokong. Bangsa mereka mmg hebat dlm industri perniagaan ni. Tanpa mereka di Malaysia, pasti negara kita kurang maju dari segi ekonomi

    ReplyDelete
  12. Aberdeen Ni memang cun kan
    pnh naik Boat kat Floating Village ni
    seronok gak dpt tengok kehidupan dia urang....

    ReplyDelete
  13. Terpaksa beli sebab muka GB dah ada di piring ye:) kena tipu bulat-bulat dgn amoi tu..

    ReplyDelete
  14. huhu...redho je la kan GB.. sat lagi macam GB cakap le, kalau dikenang nanti spoil mood huu..

    ReplyDelete
  15. amboi sonoknya GB berjalan jauh ya... =)

    ReplyDelete
  16. best best..

    arwah bapak pon kata belajar berniaga cara china tapi elakkan yg haram..

    ReplyDelete
  17. terkena juga ya GB.. akak pun selalu cair dengan pujukan.. wah tapak tangan leon lain.. akak pun minat dia dulu..

    ReplyDelete
  18. ammvoiii sonoknyer gi hongkong kanns.., ada amek gambr patung Bruce Lee tuuu..,ehHHee

    ReplyDelete
  19. Noted....den akan ingat tu.....ahakz

    ReplyDelete
  20. Kenapa dah berubah jadi Jackie Chan pulak?..

    Memang bangsa Cina pandai berniaga.. tapi kat mana2 pun selalu dengaq cerita peniaga2 suka pekena pelancong..

    Makchaq pernah jugak masa pi Langkawi ada orang tau2 mai tunjuk gambaq makchaq kat piring suruh beli.. tak perasan dia ambik masa kami sampai tempat tu, bila nak keluaq dah ada gambaq atas piring tu.. tapi tak beli la sebab mahai sangat..

    Seronok makchaq tengok gambaq2 ni.. Makchaq kalau pi mana2 selalu tak terambik gambaq, kamera ada tapi dok dalam beg ja...tak ingat nak ambik gambaq..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum GB...seronoknya berada di Hong Kong...:)

    ReplyDelete
  22. Kena marah tak masa tawar menawar nak beli barang

    ReplyDelete
  23. Kurang asam betul orang yang berniaga main paksa2 ni..

    ReplyDelete
  24. best tak GB pi HK...cam byk jugak tmpt yg dilawati...agak2 la kan abis brapa duit kite...hehe

    ReplyDelete
  25. akhirnya thanks kat kak fid berjaya wat blog he he

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D