Last day. GB bangun awal walau kaki sakit. Nak intai sunrise, tapi nan hado. Takpelah. Final packing. Nak checkout. Then turun breakfast, tapi before that GB dah balun dulu roti dengan sambal ikan bilis dalam tin. Nikmatnya makan gitu kat tempat orang....! Hihihi.
Harini tak sejuk sangat. Boleh je kuar jalan-jalan without stokin dan sarung tangan. Cardigan pun GB dah cabut sebab tak berapa sejuk.
Bas bawak kitorang pegi kedai ginseng dan kilang barang kemas. Dua-dua tempat ni ada orang Hong Kong yang pandai cakap Melayu. Cakap Indon sebenarnya. Pekat sungguh slang, dah macam tengok movie Indon pulak. Sebenarnya GB tak faham nape nak dibawak ke sini sebab tak menarik pun. GB tengok-tengok je dan tak beli walau dipujuk-pujuk-pujuk-pujuk dek diorang. Tapi diorang kata ini tempat yang government dia wajibkan pelancong pegi kalau datang Hong Kong. Iyelah tuuuu...
Then we off for lunch. Lunch awal sebab japgi dah nak gi airport. Makan kat Indian Restaurant pulak kalini. Punye awal sampai...makanan pun tak siap lagi. Takpe, kitorang tunggu! Macam biasa, rasa boleh tahan. Sedap gak. Dan GB layan dia punye dessert (rice vermicelli in milk) sampai 2 kali! Oh, lunch ni konsepnye buffet so boleh ulang amik apa yang kite mau.
*
On the way ke airport, GB cuma cuci mata tengok kota Hong Kong yang padat amat ni. Snap snap sikit. Tengok scaffolding buluh kat site yang under construction. Pokok-pokok yang sama macam kat Malaysia. Dan seterusnya sampai ke Lantau Island. Dan sampai ke airport.
Dah setel sume urusan check in, kitorang solat dulu. Kat airport ni ada bilik solat tapi multi religion punya. Pandai-pandailah. Ada petak untuk muslim bersolat, dah siap direction ikut arah kiblat.
**
Untuk balik, kitorang naik Cathay Pacific. Ada sikit konflik masa kat sini. Mulanya kene naik kat gate 32. Kitorang berpecah sebab ada yang nak shopping cekelat la, beg la, perpium la tapi janji nak jumpa balik kat port tu 30 minit before boarding. Tiba-tiba akak tourist guide call kata tukar gate. 41. Nak ke gate 41 nih kene naik train. Kitorang inform semua. Pada waktu yang dijanjikan tuh memasing dah tunggu nak naik train. Tapi ada yang tak sampai walau time tu lagi 15 menet nak boarding. As sudah... Call call katanya tengah jalan ke gate 41. What?? Kitorang dah gelabah. Kene naik train lah baru boleh ke situ!
Then sorang turun naik untuk pastikan member tak salah bagi info. Lepas tu kocoh-kocoh dia turun suruh kitorang sume naik train without member yang takde lagi tuh. Lagi 5 minit nak boarding tuh.
***
Turun train. Kitorang berlari lagi macam Amazing Race. Sampai gate 41..rupanya member tadi dah ada kat situ! Katanya dia jalan, tapi jauh gile la. Ooohhh..mana la kitorang tau ada connecting bridge kat level lagi atas tuhhhh....! Ahahaha!!
****
Kitorang dijangka sampai pukul 7.45pm gitu. So GB dah aim nak shoot sunset! Seat bukan kat tepi tingkat tapi... tapi itu bukan satu masalah sebab GB dah pesan kat member yang duduk kat tepi tingkap, sila roger GB kalau side dia nampak sunset. Berjaya! Walau kene marah dengan stewardess sebab flight dah nak touched down time tu, dah kene pakai seatbelt, tapi GB lari dari side sana ke side sini sebab nak shoot sunset. Hahaha!!! Nasib baik member tolong shoot kan sebab GB tak sampai tangan.... :D
Kitorang selamat sampai KL dalam kul 7.45pm. Heaven sangat dapat jejak kaki kat tanah air sendiri walau panas. Heaven sangat dapat tengok muka mak, ayah dan adik-adik. Heaven sangat dapat makan sate Kajang kat R&R Dengkil. Makan lagik! Hehehe.
*****
P/S: Kesimpulannya diet GB selama kat Hong Kong ni burst. Makan banyak giler. Tapi bila timbang naik sekilo je sebab banyak eksesais jalan kaki kot. Tapiiii....GB sedikit dehydrated sebab kurang minum air sebab 1. Malas nak bawak air botol besor. 2. Cuaca sejuk, takut banyak minum karang banyak buang air pulak. Dah satu hal nak berkejar ke toilet selalu.
Ok dah. Sekian. :)

wah berbaloi kena marah. pic cantik.
ReplyDeletetukar tukar gate tu memang tensen apatah lagi jika diumumkan pada saat2 akhir
ReplyDeletetetaplah berwatson nyambek lagi kan gb...kih3....
ReplyDeleteHoyee dah habis trip HK..
ReplyDeleteYang pasti last picture tu mmg cantik bangat..subhanallah
assalamualaikum GB....menariknya gambar tu dan pasti seronok dpt berjalan ke sana...:)
ReplyDeletekalau dulu nak solat di New Delhi airport pun org kata susah. bila akak pegi aritu, punya lah besarr.. then kat Hong KOng siap ada tanda arah ye.. how nice.. cuba tgk kat Air asia..menyedihkan...
ReplyDeletemmg amazing race ni.. takpe takpe sudah boleh hilang byk kilo kat situ..
ReplyDeleteawesome pic..!!!
Hujan batu jugak yg seronok...Cinta Malaysia x 100,000,000
ReplyDeleteLama tak singgah sini. Dh sampai ke Hong Kong rupanya. hehehe
ReplyDeleteskrng ni trend amik pic dari ekor kapal eh..hihi...ohsem!
ReplyDeletelepas ni gi mana gitewwwww....?
ReplyDeleteBerbaloi kena marah dengan stewardess. Sunset tu cantikkk sangat.
ReplyDeletePart kena lompat sna lompat sini gate tu buat menyusahkan la.
ReplyDeleteinfo pula lewat dapat. Mangkuk betul.
tapi kan...lepas ni dah boleh plan masuk amazing race dah ni.
Pasal Ada rasa kelam kabut utk kejar masa. Syok tu...
pasni nak jalan mana plak. nak ikutttttttt
ReplyDeleteBestnya jalan2 kan GB. Agaknya perasaan tu ada kat setiap org yang gi obersea. Touching je kat bumi Malaysia ada satu perasaan yg sukar di ungkap.
ReplyDeleteSalam.. bru 1st singgah sini :)
ReplyDeletewah bestnya melancong
dan lagi tu nak menyunset..kihkih
ReplyDeletenice capture...berbaloi :)
wah sunset...cantikkkk
ReplyDeletewelcome back!
ReplyDeletenext?
Giler lawa gambaq last tu....tapi gambaq paramugari tak de ke...ahakz...ahakz
ReplyDeleteamboi mmg berseronok abis lah di HK ye GB
ReplyDeleteSalam GB....WELCOME HOME...NI MESTI TENGAH BILIK GAMBO KAN....KAN
ReplyDelete