Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, February 27, 2013

Hong Kong: The Land of Louis Khoo - Day 2 Part 4 (Tsim Sha Tsui)



GB sempat caj sekejap aje bateri kamera sebelum kitorang keluar jalan-jalan di Kota Hong Kong. Ada la satu bar. Huuu. Puncanya sebab kite nak kejar shuttle bus pukul 10pm dari hotel ke Tsim Sha Tsui. Shuttle bus kerap, tapi kite nak maksimakan masa meninjau-ninjau, itu pasal la. Lagipun last bus pukul 11.15pm. Kalau terlepas kene naik cab pulak. Huuu...

Jalan-jalan di Kota Hong Kong sewaktu Raya Cina is around the corner adalah agak mengujakan. Cuaca sejuk, jadi banyak fesyen yang kita boleh tengok. Ada yang pakai baju tebal-tebal macam sejuk nho, ada jugak yang selamba je pakai seksi-seksi. Tapi personally GB rasa cuaca dia memang sejuk, cuma GB takde baju tebal. Just lapiskan dua cardigan je dengan t-shirt dan inner kat dalam.

Kat sini kitorang ended up membeli sedikit barang kat kedai tepi jalan. Boleh bargain dan jangan terkejut kalau dengar depa cakap Melayu untuk certain term biasa tawar-menawar lah. Tapi kalau kita cakap balik depa tak faham pun.

Sini juga ada banyak kedai barang elektronik. Kamera. Henpon. Tablets. Oh, lupa nak kabo. Hong Kong adalah negara duty free jadi harga barang elektronik especially kamera memang dijual murah banyak dari Malaysia. Kalau ada bajet nampak gaya berbaloi jugak beli kamera kat sini. Ada international warranty so tak payah risau bila balik Malaysia karang. Mulanya GB risau takut ehem barang tiruan ke sebab murah benor? Tapi dari cerita amoi tourist guide, Hong Kong sangat menjaga quality dan originality barang yang masuk dalam negaranya negerinya. So kebarangkalian untuk terbeli barang tiruan kat sini adalah lebih kurang 0.1%. Tak macam China. Sana kebarangkalian untuk terbeli barang tiruan adalah 99.9%. Huhuhu.  GB tak beli tapi...

Pukul 11.15pm, kitorang tunggu kat bus stop untuk balik ke hotel. Esok kene bangun awal sebab ada agenda full day! Ok. Mari kite pulang, buat jama' ta'khir, caj kamera, mandi kalau rajin dan tido!

P/S: Pengajaran day 2 Part 4: 1. Banyak juga bangsa asing di sini (macam India, Pakistan, Bangladesh). Jadi ada kompleks yang bila kite pergi, bangsa itu je yang banyak. Kalau rasa tak sedap hati sila beredar dari situ dan jangan jalan sorang-sorang especially pompuan.

...to be continued... 

25 comments:

  1. penat jugak melancong ni kan... kejar masa :-)

    ReplyDelete
  2. mana tak pandai cakap melayu, org melayu yg sampai kat HK pun dah ramai.

    ReplyDelete
  3. Depa pandai cakap melayu sebab orang melayu memang suka tawar menawar......keh keh keh.....

    ReplyDelete
  4. where art thou or wherefore art thou?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    seronoknya berjalan!

    ReplyDelete
  6. maknanya depa tak mau barang depa sama kuality dengan china la kot..kan??

    ReplyDelete
  7. kawan cha ya nun alip saya kata..
    yang tak menipu.. cha ya nun alip Islam ja..

    ReplyDelete
  8. Tiap kali GB bercerita, mak rasa mak ada sama... :)

    ReplyDelete
  9. nk beli lens kita pi hong kong je la eh...? :)


    .

    ReplyDelete
  10. GB...nanti jgn lupa abawa along eh..hehehehehe....jeles la...Hong Kong x pernah sampai lagi..

    ReplyDelete
  11. HP akak hubby beli di Hong Kong. Tahan dah almost 3 years. Tapi tak reti amsuk Android Market sebab semuanya Hong Kong version..huhuhuhu. Hubby kena godek and try and error untuk masuk market sebab dia boleh baca tulisan cina sikit2.

    ReplyDelete
  12. assalamualaiakum GB....bestnya dpt makan angin...:)

    ReplyDelete
  13. bestnya jejalan HK, jeles betei


    eh GB napa dlm pic tu ada amoi pandang ke arah kamera?

    ReplyDelete
  14. Salam kenal GB, JM sebenarnya dh lama follow blog ni hari ni baru nk komen :-)

    ReplyDelete
  15. Part duty free yg sedap sangat dengaq tu :)

    ReplyDelete
  16. [url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#jqneh]buy cialis[/url] - buy cialis online , http://buycialispremiumpharmacy.com/#kumsm cialis online

    ReplyDelete
  17. GB akak plan nak ke HK bawak staffs next year... nnt kita meet up.. cite kat akak bebanyak pasal ni ye...

    tak nak pakai package lah.. nak explore sendiri. baru terujaaaa..

    ReplyDelete
  18. [url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#bqruc]buy viagra[/url] - buy viagra online , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#zzqwa buy cheap viagra

    ReplyDelete
  19. Besst kan GB..jom kita ke hong kiong!!!

    ReplyDelete
  20. salam. dah lama tak kesini. seronok yer berjalanaaaannnnnn.

    ReplyDelete
  21. berapa harga vitamin c? Kat tepi tu letak sekali details about that which is it's price, quantity and ur emel for more info

    ReplyDelete
  22. ada jumpa retis HK tak kat situ hehehe

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D