Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, February 27, 2013

Hong Kong: The Land of Louis Khoo - Day 2 Part 3 (8 Degree Hotel Harbour Plaza)



...sambungan dari sini...

Untuk pengetahuan, geng jenjalan Hong Kong GB ni kuat makan semuanya. Kalau buffet breakfast tuh diorang makan macam bela jin dalam badan. GB tak makan banyak lah tapi. Hehehe...

So, lepas Victoria Peak, kite naik bas menurun bukit. Lalu kat kawasan perumahan elit Hong Kong nih. Laluannya sempit dan ada member cakap ini tempat shooting filem Initial D. Tak tau la dia cakap fakta atau auta. Sekarang perut memasing dah lapar. Kita dibawa ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre untuk makan malam. Situ ada Muslim food canteen. Of kos lah kan, kata dalam masjid.

Kitorang dihidangkan dengan nasik sorang semangkuk kecik. Stail orang China makan la. Lauk pauk banyak jenis tapi GB tak amik gambo sebab bateri dah abis. Huhuhu. Sebab nasik dia melekat, maka GB makan pakai chopstick. Hihihi layannn...sebab kalau nasi kat umah nak makan pakai chopstick alamatnye takde la orang nak masuk meminang sebab bersememeh!

Ok. Nasik dia sedap. Lauk dia pun sedap.

Tetiba ada pulak yang mintak tambah nasik. Tak cukup semangkuk. Kakak canteen bawak semangkuk besor. Yang mana tak kenyang lagi tuh balun lagi satu dua round. Ish..macam anak jin! Tapi mungkin jugak sebab sejuk maka perut tak kenyang-kenyang. Agaknye la. Lepas dah kenyang puas hati memasing, memandangkan nasik dalam mangkuk tu masih ada, kitorang ingat nak mintak tapau. Boleh makan dengan sambal ikan bilis dalam tin yang dah dibawak siap-siap dari Malaysia. Heheh...

Diorang mintak tolong GB mintak tolong akak tu tapaukan nasik. GB pun dengan budi bahasa berkata...

"Can we take away the remaining rice?"

Kakak tu dengar dan reaksinya macam terkejut. Pastu dengan mata terjegil dan bersuara kuat ala memekik, dia cakap...

"What??? Tapau?? You want to tapau??? Kenot! Kenot!" sambil dia angkat pinggan mangkuk dan nasik yang tak habis tadi tuh.

Erk.

Sentap GB kene marah sebab nak tapau nasik je pun!! Sobs!

*

Rupanya baru tau...sini takde budaya tapau kalau tak abis makan. Tapi ada jugak dengan soksek yang nasik tambah tu dia bagi free, sebab tu tak kasi tapau. Abis tu kalau tak bagi tapau dia masuk balik dalam periuk nasik ke? Huhuhu...musykil... :p

**

Ok. Time to check in kat hotel. This time hotel kat tengah Kowloon. 8 Degree Hotel Harbour Plaza namanya. Nak tau kenapa nama dia begitu? Sebab most element dan design termasuk lantai dan column dan decoration dibina menyenget sebanyak 8 degree. Hahaha cool. Check in. Caj bateri kamera jap. Then kitorang nak kuar jenjalan kat Tsim Tsa Shui. Weehooo!

P/S: Pengajaran Day 2 Part 3: 1. Study dulu culture diorang sebelum buat bawak culture kite masuk. 2. Kalau ada lain yang GB ingat GB akan update later.

...to be continued...

32 comments:

  1. kedekut ..

    pesal tak boleh tapau....

    kalau cakap nak beli ..rasa-rasanya dia bagi tak..?
    kalau bawak tapawe sendiri.. tapau sendiri.. rasa-rasanya boleh tak..

    banyak benau tanya...

    ReplyDelete
  2. haishhh... penampau bg kat dia.. heheheee....

    ReplyDelete
  3. pengalaman berguna dirantau org..lain tempat,lain adat..

    ReplyDelete
  4. aik..ke tapau tu maksudnya lain? haha

    ReplyDelete
  5. oo tak boleh tapau pulak ey, lain tempat lain ragam.. :)

    ReplyDelete
  6. Budaya beza payah gak...
    Nak 'tapau'jer pun... Ken?

    ReplyDelete
  7. tak boleh tapau?

    lain kali bawak je stanby tupperware.. kikii..

    ReplyDelete
  8. Kalau tapau senyap2, boleh tak? ;-)

    ReplyDelete
  9. hahahaha...cop, korang makan free ke makan bayar?

    ReplyDelete
  10. Itulah dah kebiasaaan makan tak habis tapau, sampai HK pun nak tapau juga:)

    ReplyDelete
  11. tak leh tapau pun takpelah.. tak payah lah cakap garang2 he..he..

    ReplyDelete
  12. la..tak boleh rupanya..kesian kena marah..kalau ye pun cakap baik2 tak boleh ke eik...??

    ReplyDelete
  13. @Dr Singa

    takde tapawe time tuh, kalu ada dah angkut dahhh!

    ReplyDelete
  14. @Munnafendy

    tak.

    kan kite cakap take away.

    dia terus translate tapau.

    sama maksud le tuuu. :D

    ReplyDelete
  15. @* FAR *

    lain kali tu bila time lah agaknya kan?

    ReplyDelete
  16. @Hanis Azla

    ha tuh la... cakap bebaik takleh ke? hahaha~

    ReplyDelete
  17. kreatif betul yg ambik gambar tu...cam dlm frame pulak...hehe

    ReplyDelete
  18. mana nak cukup mangkuk kecik hehheh

    ReplyDelete
  19. mana nak cukup mangkuk kecik hehheh

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum GB...tapau senyap2 jer...:)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D