Hari kedua bermula dengan angin yang kencang dan cuaca yang lebih sejuk. Terjaga awal sebab lapor...GB tengok je macam mana palma-palma kat bawah macam nak patah ditiup angin. Pastu masak air. Buat kopi. Nampak megi (Mamee Chef perasa Tomyam sebenarnya..) dalam beg. Uish...sedapnya. Rendam terus buat ehem early breakfast kononnya...huhuhu. Pastu siap-siap beg untuk checkout, turun bawah dengan segala barang dan join budak lain pegi brekfes.
Lupa nak kabo. Kitorang tidur satu malam kat Disney's Hollywood Hotel. Sea view katanya, tapiiiii...tak nampak laut sangat pong sebab time tuh laut dengan langit lebih kurang je rupa dia!
*
Hotel ni takde restoren yang halal certified. Sebab GB dah brekfes megi kat bilik, maka takdelah lapo bebeno. So kat bawah cuma amik cereal dan salad je dan grapefruit juice. Ada option lain bagi yang lapar. Telur rebus ado. Cereal dengan susu. Buah. Jus buah. Yogurt.
**
Keluar hotel...zassss! Sejuk! 16 darjah celsius. Terus beratur nak naik shuttle bus. Orang sini pelik sikit. Kite beratur tapi depa selamba je potong Q dan tolak-tolak. Ugh. Kene berkasar jugak nampaknya. Tapi sekasar mana laaa orang Melayu ni boleh jadi kan? Nak nak GB.... Huhuhu...
Harini plannya nak gi Tomorrowland. Tengok Parade. Lunch. River Cruise. Toy Story Land. Dan sedikit aktiviti tinjau meninjau. So kitorang berpecah ke bebarapa grup ikut preference memasing. Yang penting pukul 1 wajib kumpul untuk lunch dan pukul 4 wajib jumpa kat bas stesen.
***
Di sini. Di Hong Kong ni. Ada beberapa benda yang GB tak pernah buat even masa kat Malaysia. Contohnya naik roller coaster. Sebenarnya kat Tomorrowland, GB join member queue up kat Space Mountain. Ingatkan depa bagi spek 3D dan kerusi je gerak-gerak. Rupanya roller coaster terus. Dalam gelap ala angkasa lepas pulak tuh! Menyumpah jugak la dalam hati sebab rasa tertipu tapi sebelum tu dah baca doa naik kenderaan dulu. Hihihi. Sebenarnya GB bukan jenis yang naik roller coaster atau game-game macam gini. Tak berani. Sayang jantung! Dah ternaik tu... masa badan kene lipat-lipat, jerit je la kuat-kuat sambil tobat tak akan naik dah roller coaster lepas nih! Tak best!!!
****
Selebihnya, lunch...makan kat tempat semalam. Tukar menu tapi. Pastu gi Toy Story Land. Landscape sini menarik sebab semuanya scale besar, so kite ni jadi 'kerdil' kat situ. Pastu naik river cruise. Lintas rumah tarzan, gajah-gajah, buaya, bada air, zebra dan segala macam binatang lagi. Semuanya binatang tipu lah. Tapi boleh gerak-gerak dan bunyi sebijik macam yang real. Huhuhu. Sempat spent time beratur jap nak amik gambo dengan Mickey. Ni kes nak elak dipaksa naik roller coaster lah nih. Hahaha!!! Dan sedikit aktiviti dalam kedai souvenirs. Kitorang terlepas parade tapi...sedihhhh!!! :(
By 3.45pm GB dan geng GB dah gerak ke stesen bas. Kaki dah sakit sebab kasut. Badan dah letih. Bateri kamera dah nak abis. Tak tau sempat caj ke tak. Padahal malam ada agenda lain yang memerlukan kamera. Cane ni??
P/S: Pengajaran Day 2 Part 1: 1. Bawa bersama krim panas atau minyak panas, dan ubat-ubatan lain just in case ada yang sakit badan, sakit sendi, migrain dan sebagainya. 2. Sediakan bateri dan memory card extra supaya keseronokan mengambil gambar tidak terhenti.3. Atau bawa saja power bank.
...to be continued...

Awak mmg nmpk kurus skg.
ReplyDeletekene bawak stok megi banyak2 gamaknya ye
ReplyDeletebestnyaaaa~
ReplyDeletekita jeles.. uhukkk!
owh..tak suka naik roller coaster jugak. tak mau ambik risiko pening muntah segala.
ReplyDeleteGB boleh tahan..okey la tu.
orang sana memang kasor...kalut je. takat kita ni..sikit je kena rempuh dah terhoyong hayang dibuatnya.
Dah ternaik roller coaster tu nasib baik tak gugur jantung.
ReplyDeleteEh... banyak lagi ke cerita. Kakak nak tengok semua gambar-gambar.
senyum awak hampir sama lah dengan t rex itu!!
ReplyDeletehehehheee
comelnya gmbr gb ngan trex! agak2 kalo jumpa yg betol bleh bg senyuman comel mcm tu tak? hahahahahha
ReplyDeleterolerkoster dalam gelap...perghhh....nampak ape jer.... :D
ReplyDeleteopocot... tibe2 ada gajah :)
ReplyDeleteBestnya GB pergi HK ya.
ReplyDeletekiranya TERnaiklah roller coaster tu ya GB he..he.. akak pun kalau jalan2 stok megi kena ada..
ReplyDeletejangan lupa tripod jugak tau...
ReplyDeleteletak gambo banyak2 plissss...
jangan lupa balik JB GB..selat tebrau sedang mnanti GB
ReplyDeleteiskh..bila la nk sampai Disneyland nie
ReplyDeletepandai gB buat cerita ni..
ReplyDeletemacam malam ni jugak nak pergi...
16 darjah cecius??peghh!!sejuk tu..
ReplyDeletemerasa bateri xde masa p USS aritu. sampai2 USS nak tgkp gmbr, alamak bateri nak dkt kong. sempat snap sikit je gmbr jadila
ReplyDeleteNampak badan GB dah susut. Oh is it because of the cold weather? .... ngeeee
ReplyDeleteBetul lah...GB dah kurusss. Yeaaa!!
ReplyDeleteP/S : Akak pun anti roller coaster juga.
Comel senyuman si gadis sebelah denosorrr tu :D
ReplyDeletehai!!!
ReplyDelete(lambai dari jauh..)
HongKong? tak pernah sampai..
(terus menabung demi masa depan yang cerah-tagline!!)
wah..best weh!!!..citer la lagiii!!!!
ada org kata rakyat HK suka potong Q.
ReplyDeletetali kat dino tu mcm tali nak gantung je hehe
ReplyDeleteplanting for screening tu nambak best la.. nampak macam pokok tebu pun ada..
ReplyDeletereally create the impact of scale la.. mesti rasa macam kita dok jadi kecik dan jalan dalam rumput kan..
Siapa nak kurus, mmg kena pergi melancong kat tempat yang susah nak cari makanan halal.. hehehe..
ReplyDeleteGamaknya pengsan la akak kalau macam tu.. Dah la akak ni jenis makan nasi.. Tak jumpa nasi, rasa nak pitam je.. adehh..
cina HK jenis kiasu kot..tu pasal suka potong Q...hahahah
ReplyDeleteden pun tak suka naik roller coaster...tapi pernah ternaik kat universal studio singapore....sakitnya hati den...
ReplyDeletememang bengang gila kalau org potong Q..
ReplyDeleteDinasoree ijau tu macam geramm kat Gb jee kan...haha...
ReplyDeleteGambar tak cukup.. Nak tengok lagi..
ReplyDeleteGB, Kc gi Disneyland Hong Kong tahun 2007. Masa tu musim panas. Peluh meleleh2 .. sian mekap Cinderella cair. Hehehe.
ReplyDeletebest nya.. tak sempat nak merasa chinese food halal kat sana..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletejauhnya tinggalkan malaysia..senyum lebar,
buah tangan ada ke? hehe
I'm here GB. I have no blog anymore. T_T
ReplyDeleteseronok sangat tengok gambar tu...
ReplyDeletekena bw stok megi ngan bubur segera byk sket nnt..myk angin penting gak, leh urut kaki pas seharian berjalan2
ReplyDelete