GB sempat caj sekejap aje bateri kamera sebelum kitorang keluar jalan-jalan di Kota Hong Kong. Ada la satu bar. Huuu. Puncanya sebab kite nak kejar shuttle bus pukul 10pm dari hotel ke Tsim Sha Tsui. Shuttle bus kerap, tapi kite nak maksimakan masa meninjau-ninjau, itu pasal la. Lagipun last bus pukul 11.15pm. Kalau terlepas kene naik cab pulak. Huuu...
Jalan-jalan di Kota Hong Kong sewaktu Raya Cina is around the corner adalah agak mengujakan. Cuaca sejuk, jadi banyak fesyen yang kita boleh tengok. Ada yang pakai baju tebal-tebal macam sejuk nho, ada jugak yang selamba je pakai seksi-seksi. Tapi personally GB rasa cuaca dia memang sejuk, cuma GB takde baju tebal. Just lapiskan dua cardigan je dengan t-shirt dan inner kat dalam.
Kat sini kitorang ended up membeli sedikit barang kat kedai tepi jalan. Boleh bargain dan jangan terkejut kalau dengar depa cakap Melayu untuk certain term biasa tawar-menawar lah. Tapi kalau kita cakap balik depa tak faham pun.
Sini juga ada banyak kedai barang elektronik. Kamera. Henpon. Tablets. Oh, lupa nak kabo. Hong Kong adalah negara duty free jadi harga barang elektronik especially kamera memang dijual murah banyak dari Malaysia. Kalau ada bajet nampak gaya berbaloi jugak beli kamera kat sini. Ada international warranty so tak payah risau bila balik Malaysia karang. Mulanya GB risau takut ehem barang tiruan ke sebab murah benor? Tapi dari cerita amoi tourist guide, Hong Kong sangat menjaga quality dan originality barang yang masuk dalam
Pukul 11.15pm, kitorang tunggu kat bus stop untuk balik ke hotel. Esok kene bangun awal sebab ada agenda full day! Ok. Mari kite pulang, buat jama' ta'khir, caj kamera, mandi kalau rajin dan tido!
P/S: Pengajaran day 2 Part 4: 1. Banyak juga bangsa asing di sini (macam India, Pakistan, Bangladesh). Jadi ada kompleks yang bila kite pergi, bangsa itu je yang banyak. Kalau rasa tak sedap hati sila beredar dari situ dan jangan jalan sorang-sorang especially pompuan.
...to be continued...
