Tentang GB

My Photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the real source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, January 8, 2013

Mee Udang Kg. Tiram Duku. Dan Kisah Tempias Taufan Sonamu.

Kuey Tiau Kari Udang. RM 4 aje. Murah sebab rasa dia macam makan megi kari cuma mi nya digantikan dengan kuey tiau. Huhuhu. Belakang tu Air Lemon Laici. RM 2.50. 

Tengah hari tadi GB dan bebudak opis cari makan jauh sikit. Jauh tak jauh sangat la, kat Kampung Tiram Duku, Gelang Patah. Diorang cakap ada warung mee udang best kat situ. Ok...try!

Cara nak pegi agak mudah. Ikut hiway menghala ke Tanjung Pelepas/Gelang Patah. Pastu masuk susur ke Tanjung Pelepas. Then kat first traffic light, kona kanan. Lepas tu jumpa simpang menghala ke Leisure Farm, kona kanan lagi.

(Kalau kona kiri tu dah menghala ke Kampung Tanjung Adang pulak ye. Situ ada restoren seafood terapung yang nampak view Pelabuhan Tanjung Pelepas).

Tak jauh nanti dah nampak signage Kampung Tiram Duku. Drive terus sampai jumpa sekolah. Then...warung tu dalam 500 meter dari sekolah tu, kat sebelah kiri jalan. Dekat dengan bengkel kete.

Menu ada banyak. Sume ada udang besor. Nak udang lebih pun boleh... Harga agak murah bagi GB. Bab rasa...kene try sendiri.

Feeling makan kat warung bawah pokok sebab ada pokok ceri besor kat kedai tu. Feeling dolu-dolu sungguh!

*

Time balik...GB kene drive, sebab pegi tu naik kete budak opis. In fact masa pegi pun GB yang drive. Tapi on the way balik tu rasa macam kereta ditolak-tolak ke tepi. Seriau jugak GB sebab dah la kete orang kan, dengan ada 5 orang kat dalam tu. Mula tu ingat sebab GB tak biasa dengan Myvi punye stereng ke kan. Pastu tak lama kemudian hujan turun. Dengan angin ribut yang kencang. Terbang abis segala daun dan ranting. Lagi kuat kete kene 'tolak'. Terus lah GB terbayangkan... ini kot tempias ribut taufan Sonamu yang dah diverted menghala ke Johor nih?

P/S: Syukur kitorang selamat sampai. Member lain kat Johor, ada kena ribut cenggitu tak?

35 comments:

  1. bagai org lapo disogok dengan mknn lagi la lapo GBOB. terliur tgk mee kari tu, feveret feveret feveret.

    ReplyDelete
  2. nampak sedappppp mee udang tu...
    nak pi terasa jauhlah sangat...
    tolong tapau satu!!!

    ReplyDelete
  3. Ooooo.....ingatkan apa yg tolak ...

    ReplyDelete
  4. Sampai ke johor tempiasnye...

    ReplyDelete
  5. aku kat sri iskandar nie panas leting...

    ReplyDelete
  6. johor bukan selalu ribut kan?

    sebab masa aku kat u, selalu nak puting beliung tapi yang kecik la...

    nasib baik GB selamat. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. kena cuba ni... ada sedara duduk kat pasir gudang...

    ReplyDelete
  8. Perghh jauh tu GB jalan2 cari makan.. Tak pernah rasa lagi makan kat sini..

    ReplyDelete
  9. ahhhh, lama tak ke bumi Darul Takzim ni ... Takpe, kalau kesana nanti, tahulah nak cari sapa hehehe ...

    ReplyDelete
  10. Ada gak tengok video yg dorang share kat fb pasal ribut tu.. Seriau jugak tengok.. Harap2 semuanya selamat...

    Rajin GB cuba2 makanan ni, kan... Kalau akak, idok le.. hehe..

    ReplyDelete
  11. ada sorang lg rakan blogger saya yg stay di jb juga ada rasakan tempias sonamu tu, ya Allah mudah mudahan selamat semuanya..

    ReplyDelete
  12. Amboiii ringan ringan sungguh budak berlima tu ya, sampai kene tiup angin pun boleh mereng ke tepi. hehehe

    ReplyDelete
  13. Hah.... bukan ke taufan tu diramalkan ke Pantai Timur... camne lak tempias boleh sampai ke Selatan ni.

    Semalam dah tanya mak.. so far kat kampung tenang jer... takder pun angin atau ribut macam yang diramalkan

    ReplyDelete
  14. mengapakah namanya Tiram Duku...?

    ReplyDelete
  15. Tatau pun Johor ade mee
    udang. Huuuuu~

    Nsb bek semuanya baik, kan? Angin kuat tu...

    ReplyDelete
  16. igtkan makan x cukup kenyang.. sbb tuh kete jd ringan mcm melayang2.. hehehe..

    sedapnyaaa!
    awak.. nnt bawak saya g makan sini tau.. bila tuh? nanti ye.. nantiiiiiiii~

    *mengidam!*

    ReplyDelete
  17. The kuah is rich and thick. So tempting.

    ReplyDelete
  18. angin lintang~~kalau kat higfhway mau terbalik kereta~~seb baik gb ok~~

    ReplyDelete
  19. Ni tgh memerati je ni (sambil dua jariku dimata dan ke screen laptop berulang kali....)

    Erm...asyik citer bab restoran je ni cik kak....jangan lupa set appointment baru k

    ReplyDelete
  20. orang kata kuah mee udang tu dia orang rebus kulit udang dan kepala udang lama-lama untuk buat stok.... ek?

    ReplyDelete
  21. tak pernah tahu pulak ada warung ni, selalu makan di Yeo atau Asam pedas GP jer..

    rupa sedap tapi kenapa rasa kuah maggi kari?? Patut rasa kuah udanglah kan...

    ReplyDelete
  22. kalau ada org tolong kopekkan kulit udang lagi best ek...

    ReplyDelete
  23. Kalau terus lagi dah dekat tempat kerja abang GB.

    Semalam memang tempat kita rata-rata kena ribut. Sepanjang kakak balik banyak pokok yg tumbang dan dahan rekah dari pokok.

    Nasib baik pokok papaya kakak tak tumbang walau pokok bunga semua senget dah..

    ReplyDelete
  24. oh, tu efek udang yg ditelan berenang2 ke tepi, tu yg terasa camtu tu

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum GB...kat skudai pun ada tadi habis daun pokok berterabur depan rumah takut juga..;)

    ReplyDelete
  26. sedap nyew meee udanag..murah giler kan..jalan johor mmg kuat angin dia kan..kalau dari kl ke jb selalu jumpa tanda angin tu..kalau kl pahang tak rajin plak jumpa sign tu :)

    ReplyDelete
  27. Aik...Gelang Patah saya selalu pergi dulu zaman zaman keja kat JB...Tapi tak pernah tau wujud mee udang...adakah masih baru lagi? Or saya yg ketinggalan komuter?

    ReplyDelete
  28. pagi2 ni , blm sarapan tengok plk gamba mi udang ni..bikin terlioq jaa..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D