Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, January 14, 2013

Explorace versi Larkin Sentral: Tak mengapa, semuanya okey...



Human mind and body needs to be forced and pushed and stimulated and activated in order for it to do something a human being thinks is impossible for him to do. Macam Adidas punye quote, "Impossible is nothing".

*

Last wiken GB balik Shah Alam (SA) naik bas. Tapi GB dah beli tiket online hari Isnin lagi. Namun sebab terlebih heksaited GB terbeli tiket salah hari. Gabra 2 jam! Nak kene beli tiket baru ke ni?? Pastu baru tau rupanya tiket tu boleh tukar hari... Cekcepat GB gi Larkin Sentral tukar hari. Kene caj RM3.40. Better la dari bayo another RM35 untuk tiket baru kan? Huhuhu...

Jumaat tu GB mintak budak opis tolong hantarkan ke Larkin Sentral. GB kabo ke dia, bas GB kul 11.30pm gerak. So dia stay opis dulu sementara GB balik siap-siap. Lambat jugak GB balik pun...dalam pukul 9pm. Dah siap packing-packing, GB lepak jap tengok TV. Jam pun pukul 10.30 malam. Sejam lagi baru bas gerak. Larkin Sentral dalam 7-8 minit away je dari umah GB.

For final check-up, GB bukak wallet nak cek apa yang kurang. Kuarkan tiket nak pastikan tarikh betul atau tak (lagi sekali). Ok. Tarikh dah betul. Tengok time. 11pm. Gulp. 11??

Oh no...terus call budak opis. Masa tu dah pukul 10.40pm. Gila. Gila! Budak opis bebel jap sebab dia kat opis lagi sebenarnya (senak pankreas dah time nih!). 5 minit kendian dia call lagi. Jalan jammed. Ada roadblock katanya. Mungkin sampai lambat. Arghhh...lagi senak pankreas GB!!!

Takpe. GB doa banyak-banyak, kalau betul kepulangan GB ni ada kebaikannya, maka GB akan naik jugak bas tuh walau ada halangan. Kalau GB tak dapat naik bas tu...pasti ada hikmahnya. Kalini GB berserah dan bertawakkal pada Allah.

**

Kul 10.50pm. Dak opis GB call. Dah dekat. 10.53pm, dia sampai. Cekcepat GB naik dan dia pecut laju-laju ke Larkin Sentral. Tepat pukul 10.59pm kitorang sampai. Time tu dah nampak ada satu bas Transnasional dah gerak kuar dari platform. Huh. Dupdapdupdap dah jantung GB. Tapi ada satu lagi bas Transnasional belum gerak. Harap-harap itu bas ke Shah Alam.

Berlarian GB ke platform tu. Bila sampai, tengok-tengok tu bas ke KL...sah lah yang dah gerak tadi tu bas ke Shah Alam. Cool GB cool. Jangan gabra. GB saja buat-buat tanya kat driver bas ke KL tu, 'Bang, bas ke Shah Alam dah gerak ke?'

'Dah, baruuu je gerak. Nak gi Shah Alam ke?'

'A'ah...ala..boleh tak tolong call kan driver dia suruh stop jap?'

'Abang boleh try call dik, tapi dia ni susah sikit nak angkat talipon. Takpe, abang call jap eh...'

*****************************************************************************

'Dik, tu bas tengah nak kuar simpang, dia tunggu kat situ.'

'Ok, tengkiu banyak!'

Dan...bermulalah adegan explorace GB berlarian berWatson Nyambek dengan kasut wedges dan handbag gedabak kaler biru demi mengejar bas idaman yang dah dihon-hon dek bas-bas lain yang nak kuar simpang tapi kene block dek bas GB. Gittewww...

Sampai je...co-driver dia yang dari jauh ada gaya cam Dr. Faiz angkasawan tuh dah turun menunggu. Kacak tuh! GB dah sempit paru-paru sebab semputttt....!!!! Nasib baik diorang tak marah. Hihihi...

*

Back to mukadimah. Berlari adalah sesuatu yang GB tak suka buat sebab GB tak yakin GB boleh berlari. Tapi bila dalam keadaan terpaksa yang mana melenggang kangkung bukanlah satu opsyen yang bijak, rupa-rupanya GB mampu berlari. Laju ok! Sekian.

P/S: Sila paksa GB buat benda lain yang GB rasa GB tak mampu buat juga. Seperti mengorat orang lelaki bujang yang berpotensi ke...susah nho GB nak buat, tapi kalau terpaksa boleh je kan kan?? :p

30 comments:

  1. nyempat lagi tu dia pandang2 jeling2 abg itewwww. Malam ni bukak sesiap Airasia, ade twrn.. Sabah Sarawak tggu aku..

    p/s: tlg la bg peluang utk ANON mcm I ni nak komen, I dah xde belog.

    ReplyDelete
  2. Apsal x ngurat je abang co-driver tu

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha.....tatau nak komen apa, cuma boleh kata "syabass betehhh!!"..

    ReplyDelete
  4. Wakaka, rasa macam drama pulak GB punya cerita ni, nasib sempat, rezeki GB la tu:)

    ReplyDelete
  5. Best..
    Citer u ni mmg best.. Ada suspen..
    Byk btl halangan u nak balik naik bas...
    Next time nak naik bas lg?

    ReplyDelete
  6. GB. lain kali tengok tiket betul2 ye...

    ReplyDelete
  7. akhirnya dah boleh belari.. haha. tahniah2..

    ReplyDelete
  8. Orang kalau tak biasa naik bas, mmg salu cenggitu la GB.. hehe...

    Mujur la akak tak pernah jadi macam tu.. Selama duduk JB, sanggup tunggu bas sejam dua kat Larkin tu.. Tiket bas pukul 10.30 malam, lepas Isyak, akak dah keluar rumah dah.. Tambahan jalan skudai tu jammed manjang..

    Lagipun, dulu mana ada enpon nak call driver bas yg dah gerak tu.. hehe..

    ReplyDelete
  9. tergelak baca cerita GB ni..dah hampir citer lebai malang dah...

    ReplyDelete
  10. haha senyum sesorang baca cite GB ni:)
    betul,bila keadaan terdesak kita sanggup buat apa saja kan..btw,tahniah sbb berjaya berlari ala2 watson nyambek hahaha

    ReplyDelete
  11. Tak heran la kalu banyak benor cabarannya nak balik naik bas. Maklum tak pernah pernah balik naik bas ekspress, kan?

    Permulaan beli tiket dah silap tu pun dah tahu, tentang naifnya. hehehe

    ReplyDelete
  12. *tepuk dada belah jantung*


    "all izz well... aal izz well.."

    ReplyDelete
  13. "go GB, go... go GB, go... go GB, go"

    (pom-pom boy bersorak di kaki lima jalan tu, perasan tak?)

    ReplyDelete
  14. baca citer awak sampai hujung..tunggu bila mana awak nak urut dada sambil kata "all is well..all is well.."

    hehehehe..tak sempat agaknya ekk..ye lah nk berWatson Nyambek bagai..kehh kehh.. :)



    p/s : saya pun pernah "kejar" bas kat Pudu dulu..masa tu rasa kulit muka tebal gila sbb punya la ramai manusia tengok..aduuhhh maluuu... ;-p

    ReplyDelete
  15. duduk sblh laki ke pompuan..?

    :D


    .

    ReplyDelete
  16. Pernah jd kes kena tggl bas
    Nanges!!

    Huhuhu

    ReplyDelete
  17. cuba jantan yg buat, harus kena maki...mahahahahhaa...

    ReplyDelete
  18. mesti gojesss sgt2 berlari ke arah bas dgn memakai wedges! awwwww.....

    ReplyDelete
  19. nasib baik dereber bas tu jawab tepon kan GB..adoyaiii..yang tak menahan explorace dengan kasut wedges tu..hehe

    ReplyDelete
  20. kalau akak dah hilang dah wedges tu masa berlari..hahah

    ReplyDelete
  21. Wah berlari GB nak kejor bas... Nasib driver bas tu sanggup tunggu.. Pulak tu siap boleh lari laju sambil pakai wedges tu .. hmmm tak dapat bayangkan macam mana.. kira hebatlah tu.. hehe...

    ReplyDelete
  22. nasib baik watson nyambek tak tengok GB berlari kan

    ReplyDelete
  23. ahahah dah dpt bayangkan macam mana GB berlari time tuu ekek ;)

    ReplyDelete
  24. teringat zaman belajar kejar bas sbb terlambat... yg tak suka berlari jadi mumtaz jaafar kekdahnya dulu tu..

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah nasib baik la driver bas tu nak berhenti tgu GB kan..amboooi sempat lagi GB tngok muka abg co-pilot ye..


    eh next week...time cuti maulud shida nak ke johor..jom jumpa.teringin nak kenal GB

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah nasib baik la driver bas tu nak berhenti tgu GB kan..amboooi sempat lagi GB tngok muka abg co-pilot ye..


    eh next week...time cuti maulud shida nak ke johor..jom jumpa.teringin nak kenal GB

    ReplyDelete
  27. hihi..sib baik driver bas tu mau tunggu kan..alhamdulillah.rezzeki ;d

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D