Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Pangkor & Taiping. :D
Entry tertunggak 2: Langkawi
Entry tertunggak 3: Kelantan

Blog under renovation. Kelam kabut sikit sana sini.

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Monday, December 31, 2012

Menjelang permulaan 2013 yang segar macam embun pagi



Menjelang tahun 2013. Lagi 25 hari GB bertambah lagi umur. Boleh gitu? Huhuhu...

Adat la bila tahun baru, kita set azam baru. Tapi menjelang beberapa bulan kendian, azam tertinggal  tah ke mana-mana ntah. Pastu nak dekat akhir tahun, list down balik azam untuk tahun baru berikutnya. Kebanyakannya sama je macam tahun lepas. Kecuali mungkin beberapa yang telah tercapai dan terlaksana dengan jayanya, maka tak perlu di list down kan lagi.

Jadi boleh tak kalau GB cakap yang setiap kali tahun baru, sebenarnya kita reset diri kita dengan azam yang baru? Boleh kan?

Harapan GB, bangun pagi esok kita semua akan jadi fresh macam embun pagi. Malam ni sebelum tido boleh la list down wishlist memasing. List down je banyak-banyak. Tak tercapai semua, at least beberapa percent mesti akan tercapai punya. Yang penting kene tulis. Buat wishlist dalam hati kurang berkesan, nak nak kite kerap pulak makan kari kepala ikan yang ohsem tuh! Uish!

Itu cara GB sebenarnya. Dari tabiat tu, ada beberapa perkara major dalam hidup yang dah berjaya GB capai. Alhamdulillah. Memang la kadang-kadang GB akan tulis perkara yang mungkin nampak tak logik dek akal, tapi menulis tiada dosanya. Jadi...tulis je!

Kecuali wishlist yang satu tu. Takpe, bersangka baik dengan Allah sebab Allah dah tulis takdir GB di Luh Mahfuz. Tunggu je. Sambil minta. Sambil berdoa. InsyaAllah...

(Sekarang ni bunyi bunga api dah berdentum dentam kat luar. GB tak tengok tapi. Sorang. Tak berani.)

P/S: GB rasa malam ni kurang-kurang lunyai jugak beberapa keping kertas yang dibuat base untuk wishlist yang menggunung tinggi ni. Hihihi...

2012: Ape cer hujung tahun?

Akhirnya GB beli ND filter untuk my darling Lumix GF3. Kebetulan jumpa kat Digital Mall semalam.
Boleh la mengkapaskan air terjun lepas nih! ;D

Hujung tahun sudah. Tahun ni paling dramatik rasanya. Dramatik dengan ujian dan rahmat. Syukur. Ujian yang pedih-pedih dijadikan sempadan di masa hadapan. Ujian yang indah-indah pula harus disyukuri dengan rasa rendah hati,  dengan harapan agar yang indah itu dirahmati Allah.

GB rasa akhir 2012 ni GB lebih positif dari sebelumnya. Which is good, sebab negativity itu adalah memenatkan.

Hari-hari terakhir 2012 GB spend masa untuk bergathering dengan kengkawan blogger kat bawah pokok depan kilang Hitachi sambil ngap cendol dan rojak. Juga spend more time dengan family, jalan-jalan shopping-shopping. Dan beli ND filter untuk dak GF3 tuh.

P/S: Tahun ni GB berhujung tahun kat JB (yey!). Dan ye, esok satu haribulan satu, Jeybee tak cuti yer... Culture shock jap!

Sunday, December 30, 2012

What I Cannot Change



Pernah tak kadang-kadang kita terkenang perkara yang silam dan mulalah ada perasaan bercampur baur tentangnya?

Rasa marah, geram, bersalah...

Tapi apa je laa yang kita boleh buat sebab benda-benda tu semua dah lepas. Dah berlaku pun. Kita tak boleh ubah satu apa pun. Betul tak?

Sebab tu GB suka lagu ni... :)





Lee Ann Rimes - What I Cannot Change

I know what makes me comfortable
I know what makes me tick
And when I need to get my way I know how to pour it on thick
Cream and sugar in my coffee
Right away when I awake
I face the day and pray to God I won't make the same mistakes
Oh the rest is out of my hands

I will learn to let go what I cannot change
I will learn to forgive what I cannot change
I will learn to love what I cannot change
But I will change, I will change
Whatever I, whenever I can

I don't know my Father
Or my Mother well enough
Seems like every time we talk we can't get past the little stuff
The pain is self inflicted
I know it's not good for my health
But it's easier to please the world than it is to please myself
Oh the rest is out of my hands

I will learn to let go what I cannot change
I will learn to forgive what I cannot change
I will learn to love what I cannot change
But I will change, I will change
Whatever I, whenever I can

Right now I can't care about how everyone else will feel
I have enough hurt of my own to heal

I will learn to let go what I cannot change
I will learn to forgive what I cannot change
I will learn to love what I cannot change
But I will change, I will change
Whatever I, whenever I can

Friday, December 28, 2012

Johor Premium Outlets: Tempat hangout yang laaaagi cool.... ;D

Double shot hot cappucino. The Coffee Bean and Tea Leaf. JPO. Malaysia

Semalam GB dating dengan beliau di JPO. Sebab JPO dekat je dengan opis dan rumah, dan on the way pulak kalau nak balik ke KL. Sesuai sangat lah sebab beliau tu semalam nak gerak balik ke KL. That's why GB ajak jumpa kat situ. So lepas abis opis hour GB gerak ke sana. Lepak jap, minum kopi, borak-borak. Sekejap je, rasa cam tak puas tapi better la dari takde langsung kan...?

:D

P/S: Need more reasons to love JB? I have more than enough. Heheh...

Puteri Harbour: Tempat hangout yang cool... ;D

Borak-borak tentang kehidupan sambil tengok view kapal-kapal. Cool. :D

Dia macam ni tau.

Kita ada banyak benda nak borak dengan kawan kita. So, kene la pegi tempat yang sesuai. Macam kat Puteri Harbour ni ke...

Sebab, member tu lupa pulak nak bawak passport. Kalau tak dah hang out kat seberang tambak dahhhh....

Kan kan?

P/S: Borak kat mamak pun boleh. Tapi hingar bingar banyak la... huuuu~

Thursday, December 27, 2012

Dua filem. Dua lelaki. Satu wanita.

Arachis pintoi

GB baru je lepas tengok movie-movie ni sebenornye... Kisahnya kebetulan dua-dua movie ada sorang perempuan dan dua orang lelaki. Macam sama, tapi langsung tak serupa.

*

(1)

Istanbul Aku Datang.

Ada Beto, Lisa, Tomok. Ada Istanbul yang very romantic and charming.

Sweet.

Very sweet it makes me torn with smiles on my face.

**

(2)

Lagenda Budak Setan 2: Katerina.

Ada Maya Karin, Farid Kamil, Bront Palarae. Ada Bhutan yang very exotic.

Tragis. Hitam. Tragedi aje. Tension pun ada. Hahaha!

***

P/S: So kalau diberi pilihan GB lebih suka ulang tengok (1) berbanding yang (2). Kalau ulang tengok yang (2) tu pun sebab ada Maya Karin. Tuh je lah. Heheh!

Wednesday, December 26, 2012

Apa lagi yang boleh dibuat di JB masa hari cuti?

Singapore from afar. Not really far though. Midnight view from Stulang Laut.


Monday, December 24, 2012

Biar langkah terhalang. Biar kena halau. Biar kaki tenggelam. Tapi kami tak gentar. Kerana, hak menembak hak kami! - Part 2

Another sunrise behind thick clouds. HDR kononnye...

Sambungan...

Ye. Kitorang kene halau. Sebabnya bukan aje sebab construction site tu, tapi jugak sebab memang ada booth polis kat hujung jambatan cantik yang kat belah kanan gambar di atas. Kenapa diorang kat situ? Sebab ada satu construction site yang sungguh grand kat seberang sana. GB tak pasti construction untuk apa. 

So, memang tak dapek la nak sesuka hati menyunrise kat situ melainkan kalau nasib baik diorang tak perasan kehadiran kitorang. Takpe lah... tapi degil tetap degil ye...! Hahaha!!!

P/S: Lepas tu sambung tembak lagi kat port yang jauh sikit dari situ, yang tanahnya lembik berpasir sampai kaki tenggelam, tapi view adalah sungguh ohsem! Dan jogging kat Taman Merdeka. (Lebih kepada brisk walking sambil menembak sebenonye). Pastu balik umah (umah opismate hewhew) buat pancake for breakfast. Dan tumbuk (blender...hewhewhew) sambal belacan cicah ulam siap ada petai jeruk tuh for lunch. Ohsem Sunday!

Biar langkah terhalang. Biar kena halau. Biar kaki tenggelam. Tapi kami tak gentar. Kerana, hak menembak hak kami! (Update)

Site yang dimaksudkan. ;D


Gitu haaa tajuk...ada ceritanya tapi. Huhuhu~

Semalam pagi-pagi GB dan opismate dah pegi kejar sunrise dekat tepi Sungai Danga yang tengah under construction tu. Under construction, tapi bagi kitorang masih boleh access sebab kitorang pun memang spesis yang turun site sokmo.

GB dah geram kat tempat tu dah lama dah. Sebab dari situ boleh view sunrise, mengadap Danga Bay lagi. Last month dah penah usha tempat tu dengan CPL tapi baruuu nak feeling feeling, ado pulak polis datang. Terus kitorang cabut.

Kenapa construction site? Entahlah. Tapi one thing for sure adalah view yang kita akan dapat adalah unik dan biasanya takkan dapat dah selepas tu. Mungkin hodoh dan merbahaya untuk sesetengah orang, tapi untuk sesetengah orang yang lain pulak, tempat macam tu adalah ohsem! Kecuali kalau ada yang datang mengganggu.

*

Nak dijadikan cerita, rupanya semalam pun sama. Park tepi jalan. Kitorang baruuu nak pacak tripod, dah ado bapak polisi datang. Alahai...kawasan larangan katanya. Tak kasi tembak. Sedih.

(Ada sebab kenapa polis asyik datang je bila kitorang muncul kat kawasan tu, tapi takpe, lain entry GB citer)

**

P/S: Tapi kitorang degil. Huhuhu...

Sunday, December 23, 2012

Keroncong Hujan



Musim hujan sekarang. Kat JB ni asal pukul 3 petang je, hujan. Asal hujan je..pukul 3 petang. Hihih. Tempat lain gitu jugak ke?

Bila hujan kerap dan lebat ni, pergerakan memang la sedikit terbatas, nak nak GB kene turun site. Tapi hujan tu rahmat, jangan lupa. Dan jangan lupa jugak yang waktu hujan ni adalah waktu yang mustajab untuk berdoa sebab waktu ni pintu rezeki terbuka luas.

Bila hujan ni kadang-kadang kite cepat lapar. GB laa...orang lain GB tak tau. Selalunya terasa nak makan benda panas-panas berkuah. Macam mee kari ke...nasik arab ke... *lap air liur sekarang!

*

So sempena meraikan musim hujan yang sejuk sejuk romantik ni, meh le GB share klip youtube nih. Keroncong Hujan by Adibah Noor. OST filem feveret GB, Mukhsin. :)



Keroncong Hujan - Adibah Noor 

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi


Saturday, December 22, 2012

Bila Abah Zino datang JB~

Mangkuk tomyam. Banafee Village. The verdict? Ohsemmm!!! (Sebab orang belanje ngeee)

Abah Zino mungkin jadi sumber kejelesan beberapa blogger (sebut balik: beberapa) sebab beliau datang JB untuk selebret birthday yang ke ehem ehem dan GB dating dengan beliau 2 hari. Ye, 2 hari ok! Tapi sila baca sampai habis. Dating dengan abah, mem dan adik yer...huhuhu~

Sepatutnya Acik Erna pun datang sekali, tapi acik tak sihat pulak... Kalau acik ada mesti lagi meriah!

GB personally dan virtually baru je kenal-kenal Abah Zino ni, tapi bila bersua muka tu, rasa eh, boleh borak la kitorang. Mungkin sebab kita ada topik yang sama yang boleh diborakkan. Sebab abah keje dengan ehem authority kat ehem KL sana. Sorry la abah terkutuk dulu baru tau. Ahahah!

Anyway, jangan serik serik datang JB ye abah. Kawan-kawan lain pun, kalau nak datang JB tu, roger-roger la GB. Kalau ada waktu boleh je GB bawak jalan-jalan. Huhuhu~

P/S: Ni pose abah sefamily. Gambo GB? Tak payah lahhhhh...!

Abah, mem, adik. Takde tripod yo!

Thursday, December 20, 2012

What's special today?

Into the rain

20.12.2012.

What's special today?

Johor cuti. So GB cuti. 1/4 of the day tidur la dari kul 12am to 6am ofkos. And 1/4 of the day GB spent untuk melulur dan pakai mask dan cuci baju dan mengemas. 1/4 lagi di ofis. Sekejap je tapi. Tengok Istanbul Aku Datang, tapi 1/4 je sebab file korap pulak.

Sekarang tinggal lagi 1/4 hari. Mau cari makan yang special pulak. Special bagi GB la tapi...

P/S: Megi asam laksa pun special sebenarnya. Penangan Istanbul Aku Datang yangsempat tengok 1/4 je tu. Oh by the way, suke suke suke deko dan costume dalam citer tu!!! Red Communications films memang tak pernah mengecewakan!

Wednesday, December 19, 2012

Night shooting without a tripod

Danga Bay Seafood Restaurant, without a tripod. Ada bulan. :D


Kadang-kadang kita perlu adapt dengan keadaan yang kurang dari biasa, walaupun agak sukar pada mulanya. Contohnya, bila terlupa atau tertinggal tripod tapi nak amik gambo memalam, kena la adjust setting mana yang patut. Betul tak?

P/S: Dalam hidup pun begitu juga. Tripod tak sentiasa ada. :D

Monday, December 17, 2012

Bila anak raja memandangku



Sabtu. Danga Bay Convention Centre. Attend wedding seorang kawan. Antara tetamu VVIP yang hadir adalah Sultan Johor dan kerabatnya. Masa Sultan nak berangkat pulang, tetamu lain berbaris mengiringi keberangkatan pulang. GB pulak cuma berdiri di belakang sebab GB nak ambil gambar saja. Tiba-tiba nampak Tengku Mahkota tengah berjalan nak keluar. Cepat-cepat GB laraskan kamera ke eye level sebab taknak nanti snap-snap nampak bahu orang pulak. Terus zoom dan fokus sebab ehem bukan senang nak jumpa depan mata kan...? Setting dah cantik, tinggal nak snap aje.

Tiba-tiba Tengku Mahkota pandang GB. 3, 4 saat juga. Terus GB parkinson!

Alasan Parkinson adalah yang terbaik untuk cover gambo yang gegar. Heheh.

Sengih tak putus sampai ke malam. Anak raja pandang kita...mau tak seronok! Dalam hati tertanya-tanya, adakah di hatinya terdetik rasa? Terus feeling Puteri Impian, boleh??

*

Kuikuikui! Ehem. Ok. Boleh stop berangan sekarang, ye GB... Keje banyak tengah tunggu tu wehhh!

GB dan member ofis, Raihan (kiri), yang sudi temankan GB ke wedding Azrin dan Azhar (Azhar ni ada bukak Cool Blog kat UTM Skudai ye.... :D) di Danga Bay Convention Centre Sabtu lepas. Ada dua pasang pengantin sebenarnya. :)

P/S: Dah hujung tahun dan masih belum pegi bercuti hatta ke Pulau Singa yang sepelaung tuh aje pun. Tak bestnye!!!

Sunday, December 16, 2012

Santa Monica: On the internet, I can be anyone, even a supermodel

Taman Tasik Shah Alam. Miss the one I was with waktu ni. :)


Selamat hari Ahad. Minggu lepas takde lagu. Jadi minggu ni biarlah GB taruk lagu yang GB suka.

Kenapa GB suka lagu ni? Sebab sedap. Hahah.

Anyway, tang tajuk tu jadi gitu sebab sebenarnya lirik asalnya adalah "But on the telephone line I am anyone, I am anything I want to be, I could be a supermodel or...". Sebab zaman ni mana ada internet lagi. Kalau ada pun tak meluas macam sekarang. So orang nak menipu ke hape ke pakai telefon sudah. Zaman sekarang tak payah telefon. Menipu pakai FB je paling sonang!

Ok. Sila enjoy the song. Selamat berhujung minggu!!!




Savage Garden - Santa Monica 

In Santa Monica in the winter time
The lazy streets so undemanding
I walk into the crowd
In Santa Monica you get your coffee from
The coolest places on the promenade
Where people dress just so
Beauty so unavoidable
Everywhere you turn
It's there
I sit and wonder what am I doing here?

But on the telephone line I am anyone
I am anything I want to be
I could be a supermodel or Norman Mailer
And you wouldn't know the difference
Or would you?

In Santa Monica, all the people got
Modern names
Like Jake or Mandy
And modern bodies too
In Santa Monica, on the boulevard,
You'll have to dodge those in-line skaters
Or they'll knock you down
I never felt so lonely,
Never felt so out of place
I never wanted something more than this

But on the telephone line I am anyone
I am anything I want to be
I could be a supermodel or Norman Mailer
And you wouldn't know the difference
On the telephone line, I am any height
I am any age I want to be
I could be a caped crusader, or
Space invader
And you wouldn't know the difference
Or would you?


Friday, December 14, 2012

Berapa kalikah wallet anda hilang?



GB?

Termasuk yang semalam, 4 kali.

*

GB ada satu perangai yang prominent yang even guru kelas darjah 1 dah pinpoint lamaaaa dulu: careless.

**

Semalam. GB hantar boss ke airport Senai tanpa wallet dalam handbag. Tanpa cash walau minyak dah nak abis. Dan tanpa kad bank sebab semua tu kan dalam wallet. Yang ada cuma Touch&Go aje.

Siyes GB ingat GB misplaced wallet itu dalam opis atau tergolek kat seat belakang. Sampailah tiba-tiba GB dapat call dari seorang perempuan Cina. Katanya dia jumpa wallet GB kat parking depan ofis GB.

Astaghfirullahalazim. Allahuakbar. Alhamdulillah. Syukur.

GB memang careless tapi Allah hantar seorang yang jujur untuk pulangkan wallet tu.

***

Sepanjang jalan ke opis untuk amik balik wallet GB, terfikir semua yang dah terbuat. Pasal namecard GB yang ada nombor telefon yang GB dah transfer masuk dari poket belakang handbag ke dalam wallet 2 hari lepas, and that's why dia dapat call GB. Pasal perkara-perkara lain yang GB buat dengan harapan supaya Allah pandang GB lebih. Dan dengan harapan supaya Allah lindungi dan dengan harapan agar urusan GB dipermudahkan, agar rezeki disucikan dan diberkati.

Syukur. Itu aje mampu GB ucap. Dan terima kasih kepada perempuan Cina itu yang tunggu GB sampai ke situ dan pulangkan wallet GB yang dah basah sebab terendam dalam air, dan takde pape pun yang hilang.

P/S: Owh. Berapa kali wallet hilang? Termasuk yang semalam, 4 kali. 3 daripadanya, GB jumpa balik. :)

Wednesday, December 12, 2012

A durian a day keeps the craving away

Doyan. Export quality katanya. Memang pun. Sebab nak dibawa terbang ke Abu Dhabi sana. Huhuhu~

P/S: Sebijik durian crepe aje buat GB rasa nak demam, pening dan pusing kepala. Tapi makan doyan 3 bijik, tahan pulak. Steady je siap boleh drive lagi lepas tuh!

Siapa GB pada umur 12 tahun? Dan 12 tahun yang lepas? Juga 12 tahun akan datang?



Masa umur 12 tahun, GB duduk di darjah 6 Berlian, di SRK Pengkalan Tentera Kuantan. Masa latihan penulisan pertama darjah 6 tu, GB dapat markah tertinggi. Cikgu Razali (Cikgu Bahasa Melayu GB waktu tu) suruh GB baca kuat-kuat supaya satu kelas dengar apa yang GB tulis. Selepas habis je baca, Cikgu puji. Katanya penggunaan bahasa bagus. Ayat dinamik dan tersusun. Deskriptif. Dan penyudah yang luar dari biasa.

Semenjak dari itu GB dikenali sebagai Novelis Sekolah. Hihihi.

Cikgu bawa penulisan GB sebagai contoh karangan untuk bengkel penulisan yang dia buat, up to bengkel penulisan SPM. Sebab kata cikgu penulisan GB dah exceed SPM level.

Dan untuk UPSR, GB dapat A untuk penulisan. Juga untuk subjek-subjek lain.

*

12 tahun lepas, GB baru masuk main campus. Struggle dengan kelas dan studio landscape. Dan baru turun 15kg selepas setahun kat matric. Macam-macam la kalau nak diceritakan. Ada manis ada pahit. Adatlah kan. :)

**

12 tahun akan datang. GB berdoa agar GB dah ada family dengan suami yang memahami dan anak atau anak-anak sebagai penyeri. Dalam bab kerjaya, harap-harap time tu GB dah ada butik Avon sendiri, kalau duduk kat Malaysia la. Kalau duduk di luar negara, mungkin GB akan buka cafe. Atau kalau asben tak bagi keja, GB enjoy kat umah dengan anak-anak dan jalan-jalan makan angin. Besar harapan tu. Semoga Allah makbulkan doa GB ni.

Atau mungkin juga 12 tahun lagi GB sudah tiada lagi, dan hanya entry ini sebagai bukti pengharapan. Biarlah pergi dalam syahadah, moga-moga. Amin...

P/S: GB takde yang spesel harini. 12/12/12. Cuma entry ni je la kot. Soalannye...Spesel ke? Huhuhu~

Tuesday, December 11, 2012

Perahu Kertas dan Kapal Terbang Kertas untuk Erique Ettiqazz, Kimia Saya

Terbanglah kau wahai kapal terbang kertas. Ikut sahaja angin. Terbanglah setinggi mana dan sejauh mana pun.
Berlayarlah kau wahai perahu kertas. Rentaslah segala lautan dan muara. Tiada apa yang boleh menghalangmu andai kau percaya. Namun setinggi dan sejauh mana pun kau terbang atau berlayar, yakinlah kau yang pasir di bumi akan setia menyambutmu pulang.
~EE~


GB dulu amik Sains Tulen. Sebab tetiba masa Tingkatan 3 tergerak pulak hati nak amik bidang forensik kononnye... Tapi cita-cita asal nak jadi akitek masih digenggam erat-erat. Tamak kan?

Tapi sudahnya GB paling bengap mata pelajaran Kimia. Fizik, boleh-boleh la, tapi Biologi paling pandai. Sebab minat kot. Dan mungkin disebabkan tu GB tak dapat course yang diidamkan tuh. Jadik akitek jugak akhirnya GB...

*

Kimia lain.

GB percaya kimia antara insan itu ada walau mereka tidak pernah berjumpa. Untuk EE, GB rasa GB faham sangat tentang beliau sebab kitorang ni macam lebih kurang je. Membaca tulisan dia kadang-kadang macam baca tulisan diri sendiri. Begitu juga dengan dia. Di waktu orang rasa kita ni sukar difahami dan sering dianggap pelik, bila ada orang lain yang sepelik kita dan sekomplikated kita, mesti la seronok kan? At least bila kite bercerita ada yang memahami. Bliss!

**

P/S: EE. Ni perahu kertas dan kapal terbang kertas yang GB tengah rajin origamikan. Berkerut-kerut dahi nak membuatnya semalam. Hahaha!

Monday, December 10, 2012

Mukadimah yang panjang (Updated)

Masjid Besi dan langit biru yang cantik. Nak tengok Masjid Besi dengan langit kelabu asap dan mentari membahang yang GB shoot 6 bulan lepas? Sini eh... (Please note yang angle matahari dah lari banyak berbanding 6 bulan lepas. )


Sedikit cerita pagi Sabtu yang lepas.

GB sampai Shah Alam lambat. Pukul 1am lebih baru sampai rumah. Sebab drive slow-slow je dari JB, plus gerak from JB pun dah agak lambat. Tidur nak dekat pukul 2. Tapi nak bangun awal dating sunrise kat Putrajaya.

Pukul 5.45 terjaga. Alamak. Memang dah lambat. Terkocoh-kocoh bangun, mandi, solat, bersiap. Lepas tu rembat jeans dan t-shirt, shawl lilit ala kadar pastu zass!

Sampai Putrajaya, langit dah cerah. Alamak. Dah lah janji nak pass tripod kat CPL, tapi kite pulak yang lambat. Abis cemana?

***

Ok lah. Dipendekkan ceritera...sebenarnya jeans yang GB rembat pagi tu dah lamaaaaa GB tak pakai sebab tak muat. Tetiba pagi tu boleh button, dan siap rasa longgar-longgar lagi kat peha.

Nak tengok jeans mana? Sini. Heheh~

Baru laa sedar bahawa berat GB dah turun banyak. Heheh. Dah. Tu je nak cakap sebenonye. Sekian. Lalalaa..

P/S: Mukadimah sikit punye panjang. Berbual sungguh! Hahaha!

Kenapa saya kene repeat? (Updated)



Sebab saya dah terlepas blue hour dan hues sunrise yang ohsem giler macam yang kakak DrSinga dah captured kat sini!!!

(Nangis tengok gambar dia sebab saya baru sedar apa yang dah saya terlepas!)

Last time datang jerebu kelabu, so viewnya lain. Nak tengok? Sini..

*

Pape pun, hilang jugak gian nak menyunrise. Untuk seketika. Yerr...untuk seketika ye. Walau tak puas hati sebab diri sendiri sampai lambat, tapi saya puas hati sebab dapat menyunrise bersama kawan-kawan yang saya sayang. :)

Kawan-kawan yang saya sayang. Dari kiri: CikPuanLawa, DrSinga, gB.
(Nak tengok photo kitorang bertiga di port yang sama 6 bulan lepas? Sini eh...)


P/S: Harap-harap bulan January nanti cuaca cantik supaya dapat sunrise dan sunset yang cantik-cantik juga. ;D

Friday, December 7, 2012

"Hi, I tengah on the way gi solat Jumaat. Tetibe teringat kat awak pulak."

Iguana dalam sangkar di Restoren Tupai-Tupai


Ok. Senyum.

Lepas tu dia cakap pasal projek yang bukan GB yang handle. Motif?

*

Dia bukan boyfriend lah tapi. Cuma seorang client yang dulunya garang kemaen. Tetiba sekarang dah mesra. Cuma kadang-kadang dalam talipon nak jugak buat garang.

Tapi bila kita depan mata pandai pulak dia tak garang. Baguslahhh...takdelah balik ofis dalam keadaan bad mood kan...?

P/S: Menunggu time nak gerak balik ke KL ni...tu yang macam-macam rapuan dalam entry ni...

Kahwin



I wish my future husband nanti pandai amik gambar, so nanti dia boleh amik gambar anak kitorang cantik-cantik nanti.

*

Tapi kalau dah cinta, amik gambar tercropped sebelah badan pun takpe. Sayang je. Seni katanya. Kalau dah cinta lah kan?

P/S: Susah nak jadi senseless sebenarnya. Susah. :)

Thursday, December 6, 2012

Yang ingin GB kongsi...



Dulu GB suka masuk contest. Masa zaman sekolah, masuk contest mewarna dan teka silang kata kat majalah Dewan Pelajar. Menang tempat pertama contest mewarna. Saguhati untuk teka silang kata.

Lepas tu masa kat main campus GB pernah join contest kat Cleo. Menang juga. Dan pernah menang surat pilihan dalam majalah Cleo tu juga.

Lepas tu GB dah tak sempat join contest.

*

Sekarang ni ada dua contest yang menarik yang GB teringin nak join. Harap-harap sempat la sebab sekarang ni dah busy balik. Contest photography dari Areef Ibn Naeem (klik link untuk join) dan contest Maybank2U yang macam GB dah baca kat blog Mat Gebu.

Jom la join. Tak kisah la menang ke tak menang kan.

Harap-harap GB sempat curi time untuk join. Sekian...

P/S: To Nina, be strong. Kepada ibunya juga. Anda kuat. GB dan kawan-kawan sentiasa di sisi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...