Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Pangkor & Taiping. :D
Entry tertunggak 2: Langkawi
Entry tertunggak 3: Kelantan

Blog under renovation. Kelam kabut sikit sana sini.

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Friday, November 30, 2012

Bila semuanya di hujung jari...




'You, cane nak buat origami ek you..?'

'Alah...dalam youtube ada...'

*

'You, cane nak buat DIY ND filter?'

'Kat internet ada banyak perrr tutorial...'

*

'You, I nak mintak resepi penkek, plisss....'

'You google je Martha Steward...senang..!'

***

Kadang-kadang, orang bertanya sebab nak bermanja. Kalau semua nak tanya google....

*

Tapi, beberapa hari lepas...mesej watsap masuk...

...'You, let's go for outing, I wanna use my machine. I wanna learn from you, that's why I ajak you. You have to teach me.'...

Ahhhh.....finally. A man, a human being. Not another google type. Syukur...

P/S: Sometimes we know that we have everything at the touch of a finger, but a human touch is more than that everything...

Kisah suami isteri

Night at Leisure Farm, Gelang Patah


Semalam GB stop kat Petronas jap lepas habis meeting. Sebab ada urusan mencucuk duit sikit. Lepas tu beli eskrem. Makan dalam kete.

Sebuah pikap trak kaler putih park kat depan kete GB. Seorang lelaki Melayu berpakaian kemas keluar. Dia ke belakang, gi toilet dulu. Lepas tu dia ke depan. Melepasi kereta GB sambil menjeling GB yang tengah makan eskrem kat dalam tu.

Lepas beberapa minit, GB nampak dia kat side mirror, nak jalan balik ke keretanya. Eskrem GB belum habis. Dia unlock kereta dan buka pintu. Lepas tu dia toleh belakang, pandang GB. GB tengok je. Tak senyum. Dia pun sama.

Tapi ada eskrem di tangannya.

Ok. Comel.

Heheh!

P/S: Tajuk takde kene mengena dengan entri sebenarnya. Heheh!

Thursday, November 29, 2012

Bulan madu di awan biru: Part 2

Kerana kamera GB tak canggih, maka ini sajalah yang termampu ditembak dalam gelap malam sorang-sorang. Takut la pulak nak tunggu lama-lama. Anyway, bulan 15 Muharram 1434H ni GB tujukan jugak-jugak kepada CikPuanLawa di sana di sana di sana...!!!



Nak tengok Bulan Madu di Awan Biru part 1? ;D

P/S: Masa supermoon dulu GB ada tembak juga. Kat sini ye... ;D

Wednesday, November 28, 2012

Dah masuk dalam wishlist. Belum tick tapi...

Lumix LX7

I wish...

I wish...

I wish that um...

P/S: Just heard someone commented about me to someone else, that sent shivers down my spine. Hmm...

Tuesday, November 27, 2012

The Art of Survival



GB amik lesen lambat. Umur 27 baru terkedek-kedek nak amik lesen. Tu pun sebab syarat nak beli kete kene ada lesen. Ada hati kan nak beli kete tapi lesen takde? Kononnye sebab dah reti drive, auto je la tapi. Huuu...

*

Masa nak tunggu turn buat test parking, GB ada berborak dengan sorang makcik ni. Saje borak dengan makcik-makcik supaya diri tak terasa kertu sangat amik lesen lambat. Huhu...

Mulut tak ringan bertanya kenapa dia ambil lesen di usia begitu. 50-an. Tapi makcik pulak ringan mulut bercerita tentang dirinya. Tentang usianya. Tanggungannya. Dan tentang bagaimana dia perlu survive selepas kematian suami yang selama ini dia bergantung penuh kepadanya, hatta mahu ke mana-mana sekalipun, kerana katanya, pegang stereng pun dia tak pandai, yang akhirnya membawanya ke situ, agar kereta peninggalan arwah suaminya dapat dimanfaatkan demi sebuah kesinambungan kehidupan.

GB terdiam.

Seni survival seorang manusia adalah mengagumkan.

P/S: GB pass sekali amik je. Masa atas jalan raya mati enjin dua kali, tapi pegawai JPJ luluskan. Mungkin sebab GB senyum manis persis Maya Karin kepadanya kot sepanjang test. Heheh!

Ex-Boifren



Kadang-kadang GB rasa macam ada boifren. Kadang-kadang macam tak. Selalunya lebih kepada tak. Sebab macam tak diambil berat pun. Tapi jangan ingat GB tiada kisah cinta. Cinta tak berapa nak monyet masa sekolah menengah, masa zaman matric UIA, masa kat main campus, even sekarang ni. Kisah cinta itu masih ada.

Sweet. Ada pahitnya tapi.

*

Dan...kita juga berjalan di atas muka bumi ni sambil setiap degup nadi bagai mengunyah perjalanan cinta orang lain. Sungguh setiap cerita cinta itu tidak sama. Sungguh setiap cerita cinta itu, penyudahnya tidaklah sentiasa indah. Kadang-kadang lebih perit dari selumbar yang terlekat di peti suara.

Terkadang, orang yang kita cintai itu tidak dapat kita miliki. Dan selalunya juga hakikat lebih busuk dari fantasi. Mungkin kerana sayang, maka kita terpaksa menerima seadanya, begitu seadanya, sedangkan sebelum itu kemungkinan kita tiada toleransi terhadap kekurangan seperti itu di diri orang lain. Oh sesungguhnya, cinta bisa saja memadukan hempedu.

*

Itu yang GB rasa bila layan zine Ex-Boifren ni. Kemas. Ringkas. Padat. Kompilasi cerita cinta yang penuh kejujuran dan jauh dari bayang dongengan. Cerita kita, cerita semua mungkin ada terselit di dalamnya. Penuh dengan pelbagai emosi. Segala rasa bagai termamah tatkala GB menutup mukasurat terakhir zine ini. Terimbau segala rasa. Bagai begitu dekat di hati.

Cubalah nikmatinya. Harga? Lebih murah dari makan tengah hari di warung di JB ni. Bagaimana dapatkannya? Email saja penulisnya ayinayusof@yahoo.com (Azreen si BonekaDalamChermin). Cepat! Cetakan ke-7 sedang kehabisan. :)

P/S: Masih tertanya-tanya kenapa tema cinta masih tidak putus-putus diperkata dari dulu hingga selamanya? Kerana, cinta itulah nafas kehidupan... :)

Monday, November 26, 2012

Kegigihan detik 4.30 pagi...

Fettuccine Carbonara, cooked with love 

Biasanya GB akan terjaga sebelum alarm bunyi. Semalam pun sama. Sebelum bunyi GB dah buka mata. Cuma bezanya semalam punye GB set jauh lebih awal. 4.30 pagi.

Bukak mata ja terus teringat pasal ciken slice dan bawang yang nak dipotong. Fettuccine yang nak kene rebus. Tin sos carbonara yang kene dibuka pakai pisau diketuk dengan lesung batu

Yeppp...GB tak penah masak betul-betul kat umah sewa sebelum ni, setakat masak megi cincai cincai je, jadi can opener memang takde. Lupa nak beli sekali masa shopping bahan nak buat fettuccine carbonara tuh. Gigih okeh! Padahal sebelum ni kat umah GB la yang paling bising kalau can opener lesap dalam laci senduk sudip kat dapur. Sanggup pegi beli baru asalkan tak payah nak berpisau berlesung bagai semata-mata nak bukak tin!

*

Dah tong tang keletung kat dapur dalam sejam gitu, siap la fettucine carbonara GB...elok-elok azan Subuh time tuh. Cekcepat kemas dapur, buang sampah, naik atas dengan hasil masakan, taruk dalam beg bagai, mandi, solat, bukak TV, dan bersiap sambil tengok Motivasi Pagi.

**

Kat opis. Muka-muka happy masuk satu persatu. Sorang bawak sandwich. Sorang lagi bawak nasik briyani. Then time lunch kitorang ngap semua makanan tuh termasuk la fettucinne carbonara yang di request dek budak-budak opis GB...

Kesimpulannya sos carbonara tu bukan aje untuk dimakan dengan fettuccine, malah boleh jugak ditaruk atas sandwich atau dibuat lauk tambahan untuk nasik briyani. Pot luck, biasalah kan? Seronok pulak tengok diorang makan sampai nak abis. Heheh.

P/S: Boleh la GB masak untuk suami pulak nanti. Cewwwwaaaahhhhh!!!!

Sunday, November 25, 2012

Ku Seru Pontianak Jibam-jibam!

Akhirnya! Dapat jugak FM Pontianak ni (dan lain-lain) ke tangan GB setelah sekian lama (lah sangat!) menuntut dari WakG yang tengah bizi berprojek 50 days 50mm nye, sampai naik rimas pulak eh asyik menuntut je kejenye?
Ahahah! Tengkiu WakG! Jasamu kukenang!

*

Cerita lain.

Wiken ni sibuk sikit shopping barang nak pot luck kat opis. Budak-budak opis nak makan fettucine carbonara katanya. Takpelah...bagi muka sikit, baru memasing rajin bekerja. Huhu.

**

Cerita lain lagi.

Sebut pasal pontianak, antara filem all time favourite GB adalah Pontianak Harum Sundal Malam, both I dan II. Faktor utama, pelakon faveret ada dalam tu. Faktor kedua, pengarahnya GB suka. Faktor ketiga, soundtrack filem best dan dinyanyikan oleh penyanyi feveret GB. Dan faktor keempat, cerita dia sendiri best. Sebab tu GB beli DVD original dua-dua filem ni, tapi dah hilang okey! Missing in action! Hangin GB...

Oh ye...boleh donlod kan? WakG....boleh tak tolong donlodkan pontianak tu...? Pliss...heheh!

***

So meh la GB share klip youtube Ku Seru by Misha Omar, soundtrack filem Pontianak Harum Sundal Malam II.




Misha Omar – Ku Seru

Ku membayangi jiwa hati mu
Tapi perpisahan menunggu
Ku ingin membelai mu
Namun kasih ku tiada restu

Diri begini kerna selalu
Di tinggalkan marah sengsara
Hingga hilang terlupa
Siapa aku sebenarnya
Sayang…

Oh dengarlah sayu tangisan ku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan berlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu

Oh dengarlah sunyi tangisan ku
Kau tahu ku amat menyayangi mu
Pergilah kau bukan milik ku
Pulang pada yang mengasihi
Diri mu…

Kesepian berlalu…
Maafkan daku…

Sampai di sini ku lepaskan pergi
Biar ku damai bersemadi
Luka mu ku mengerti
Kan ku hilangkan derita… ini

Kau ku seru…


P/S: Kesimpulannya...jangan menjahati orang lain, kelak ada pontianak yang akan menjelma. Sekian.

Friday, November 23, 2012

Fountain situ sana sini



Niat asal bukan la nak buat GIF animation ni, tapi since dah pacak tripod dan shoot banyak-banyak, terasa macam 'eh, boleh guna gambar fountain ni buat animation'. Mula tu pakai photoshop. Dah buat. Dah 'save as'. Tapi bila post kat blog taknak menari-nari pulak fountain ni. Terus watsap madu CikPuanLawa mengadu. Dia cadangkan kite pakai photoscape. 


Then donlod. Try buat. And terus jadi! Jauh lebih senang dari pakai photoshop! Thank you awak...! ;D


P/S: Nak tengok fountain menari-nari yang lebih best lagi? Meh tengok kat sini meh!

Tuesday, November 20, 2012

Kantoi 1

Dataran Pahlawan Sunset

Bila kite gelak terkekek-kekek dan dengan gembiranya menari-nari setempat dan tiba-tiba kite perasan ada orang yang memerhati senyap-senyap.

Blushed!

P/S: Make sure lepas tu buat macam takde pape yang berlaku okeh!

Monday, November 19, 2012

Yang belated dan yang ter'advanced'

Pantai Murni, Yan, Kedah

18 November 2012. Tetibe teringat GB tak wish lagi birthday kat adik nombor 3 yang dah jadi bapak Syifa' tuh, yang jatuhnya semalamnya. Terus SMS dia.

GB: Happy belated birthday Zube. Celebrate kat mana?

Zube: Belum lagi la Along. 27hb ni la.

*

Dem. Simptom apakah ini? GB tak penah silap birthday family member lagi. Cis!

P/S: Terus tarik balik birthday wish!
P/S 2: Ok. 18/11 tuh yang sebenor-benornye birthday Alien laa... Happy belated birthday Alien!

Shot Milky Way yang tak jadi


Sabtu lepas masa jalan balik umah lepas teman member tengok bola, GB nampak langit sungguh la clear tak berawan dan bintang nampak berkerlipan, sungguh indah sekali...

Terus terfikir nak try shoot Milky Way, mana tau nampak kan...

Shoot punye shoot, rasa makin sejuk pulak kat luar rumah tu. Gelap lagi. Nyamuk lagi. Sorang-sorang lagi. Lepas a few shots, GB pun masuk.

Tapi tak nampak bayang Milky Way pun... :(

*

GB ingat kene edit-edit kat photoshop dulu baru nampak. Tapi dah masuk photoshop pun tak nampak...setakat bintang je. Then baru terfikir nak gugel cemana nak shoot Milky Way. Gugel punye gugel, baru la tau rupanya GB salah setting ISO...

Jadi lah gambo bintang aje...hihihi~

Takpe. Try lagi next time. Never give up GB.

P/S: Chop. Kalau ada member yang terfikir nak buat projek yang sama, silalah roger GB. Sebab sebaiknya kene cari port yang gelap gulita, maka berdua adalah lebih baik. Lebih pun better.

Sunday, November 18, 2012

Lagu Cenderawasih

Sekarang GB obses dengan roti nih. Sedap gile.

GB rasa lagu ni tak femes di kalangan bukan peminat rock kapak. Ingat lagi betapa susah GB nak cari mp3 lagu ni dulu. Lagu tak femes la katakan... Sebenarnya bukan lagu ni je GB susah nak cari. Ada lagi beberapa lagu lain yang susah jugak GB jumpa mp3 nye. Mungkin sebab GB suka lagu-lagu yang rare kot. Atau GB yang memang tak reti cari.

Tapi GB suka suka suka lagu nih sejak Form 1 lagi! Boleh la GB claim ni lagu yang paling GB suka sepanjang zaman. Sebab melodi dan lirik dia best. Nak tau best ke idok, sila lah dengar sendiri ye. Enjoy...!


Kris - Lagu Cenderawasih 

Matamu...
Mencerminkan resah
Kembara ke ancala yang bersalju
Peperangan kuasa dan jasad
Di dalam lamunan merentas bakawali

Jauhanmu...
Mencorakkan rindu
Berputik di ranting mayapada
Perjanjian naluri dan hikmah
Di dalam impian menggamit cinta sakti
Lagu cenderawasih

Sesungguh ku dambarkan pasangan dua dunia
Benar hingga melampaui adat dan masa
Sesungguh ku dambarkan pasangan dua dunia
Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata

Peperangan kuasa dan jasa
Di dalam lamunan merentas bakawali
Perjanjian naluri dan hikmah
Didalam impian menggamit cinta sakti
Lagu cenderawasih

Matamu...
Mencerminkan resah
Kembara ke ancala yang bersalju

P/S: Last week Ahad GB lupa nak taruk lagu sebab bizi dating dengan scandal kawan baik. Huhuhu~

Saturday, November 17, 2012

(3+4=7. I wanna share something!) Dah nama pun blog personal... : Part 2

Ini cuma selingan. Tapi mau share jugak dengan kawan-kawan. Ye..GB dah confirmed. Heheh...

Sejak geBu gemuk (ok sila ketawa), GB tak pernah tak usaha nak diet. Nak kurang kan berat badan. Nak panjat Gunung Kinabalu. Nak hiking. Nak trekking. Nak sihat. Nak fit. Tapi bukan la nak kurus sangat. Curves yang ada tu GB nak menten tapi lemak-lemak spare tyre yang melambak tu GB nak buang lah. Boleh gitu?

Tapi frankly, berat GB turun paling-paling banyak masa matric dulu. Turun 15 kilo dalam tempoh 6 bulan dari berat asal masa baruuu masuk matric yang sebanyak XX kg. Kuikuikui... Tak diet tapi. But nampak la bezanya. Masa baru masuk matrik muka dan badan bolat! Bila dah abis matric, dah kurang dah kebulatannya. Heheheh.

Sebab-sebab turun? Mungkin bizi kot? Bizi dengan studio. Kelas start seawal 8 pagi. Kuar pagi balik pun pagi. Berembun kat studio tu perkara biasa. Pastu dorm tingkat 4. Of kos la takde lif kan. Naik turun tangga. Then selalu sangat-sangat lupa nak makan. Kadang tu dah nak Maghrib baru sedor 'Eh, GB tak makan lagi sehari suntuk.'

Kalau niat puasa dah dapat pahala dah...

*

Then, GB menten berat dan shape yang sama sampai abis belajar. Sebab tu masa baru keje dulu GB boleh berlari dalam high heels sebab nak kejar cab. Pastu lari lagi nak kejar meeting. Dalam high heels juga. Time tu sokmo naik public transport sebab belum ada kete lagi.

**

Lepas tu GB beli kete. Bermula lah episod pengumpulan lemak kembali. Naik balik badan GB yang solid nih. Nasib baik tak sebanyak masa GB baru masuk matric tu. Tapi banyak la jugak. Mula la kelam kabut try diet tu, try diet ni. Ada diet yang berkesan tapi efeknye GB sembelit sampai rasa macam nak beranak (agaknye la, GB hentam je ni sebab tak penah beranak pun kan). Then stop diet tu. Ada diet yang bukan je tak sedap, malah kene kontrol apa yang kite makan. Nasi takleh. Itu takleh. Ini takleh. Aisshhh...ini takleh jadi nih! Then failed.

***

Last month GB contact Aspen. Nak beli Herbalife shake. GB nak try. Dah lama GB fikir nak try tapi dok tangguh-tangguh. Tapi time tu GB dah janji nak jadik pengapit untuk housemate GB dan adik GB pun nak kawin bulan doblas jugak. So GB nak la slim down sikit, kot kot cukup 2 bulan untuk turun at least 10kg ke. Mano la tau kan kot kot boleh nampak cam Maya Karin atau Kajol atau Rani Mukherjee ke time tuh? Nak nampak cam Catherine Zeta-Jones jauh sangat la pulak rupanya. Hahahaha!

Aspen datang umah. Dia timbang-timbang GB dan adik dan ayah. Last-last GB beli 2 shake. Adik GB beli 1. Then mulai hari tu GB pun diet ikut cara yang Aspen (coach) ajor. Disiplin jugak la. Yang boleh disiplin tuh sebab diet dia tak susah. Time makan, makan sampai kenyang. Dan shake tuh sedap pulak tu. Cuma satu je susah sikit. Air kene minum banyak. Haa..yang tu kadang GB cheating-cheating jugak sebab asal minum je nak gi toilet. Kalau kene gi site susah sikit sebab toilet jauh. Tapi bila dah balik opis GB topap la air...

Tapi ada sekali tu GB skip shake nak dekat seminggu sebab demam. Tak lalu nak sumbat apa pun. Makan apa pun tak. Tapi lepas baik demam, GB continue amik shake.

Note: Pada masa yang sama adik GB tak minum shake pun. Dia buat harta karun. Boleh??

****

Last week GB balik KL. Coach datang umah nak timbang. Timbang-timbang, eh, turun 3kg! 3kg untuk orang yang suka tipu-tipu dan skip nak dekat seminggu dan kadang makan tak hengat tuh GB kira dah cukup banyak! Wah...ni festaim diet GB berkesan. Dan adik GB? Naik 2 kilo. Hahahaha!!! Baru reti nak jeles... :p

Then, GB beli Tea Mix sebab nak assist lagi weight lost. Reason? GB tak sempat eksesais yo! Kire cheating gak la kan?

Pastu GB continue amik shake macam biasa, makan macam biasa, cuma tambah Tea Mix aje dalam diet kali ni. Hmmm...hampir seminggu... Pagi tadi GB timbang. GB pisat-pisat mata. Betul ke mesin timbang ni? Sebab GB turun lagi 4kg. Pastu turun tengok kot kot ada sisihan. Then naik balik. Eh ye la.. memang dah turun lagi 4kg. So maksudnye total GB dah turun 7 kilo!!! Wahh!!

Happy? Of kos la happy! Nak kata nampak kurus tu belum la. Lemak tepu ni amik masa nak kasi cair abis. Tapi perasaan tu memang berbeza. Baju dan seluar jadi longgar, dah macam pakai baju pinjam. Pastu kalau pakai jeans, tang perut dan bontot dah nampak kurang bulky. Kalo idok tu nampak geBu kentang sokmo. Ish! Baju yang selama ni bila pakai dia sangkut kat perut pun dah tak sangkut dah. Perut still boncet la tapi dah tak nampak obvious kat baju yang agak body fitting tu. Dan satu lagi GB rasa lebih energetik. Badan rasa ringan so rasa rajin sikit. Hehehe.

Lepas ni tak geBu dah la GB. Heheheh!

Kalau GB ikut betul-betul cara yang coach suruh, mesti turun lagi banyak kan? Heheheh...

P/S: Kenapa GB cerita semua ni? Alohhh...sebab dah nama pun blog personal kan? Kalau taknak baca takpe, GB tak kisah pun. Lagipun GB seronok sebab diet Herbalife ni memang berkesan, dan aim untuk selim melim bakal tercapai akhirnya. InsyaAllah... Yey!!

Ujian ialah peluang dan tanda kita dipandang oleh Allah

Satu GB punya. Satu lagi bukan GB punya. :)


Lihat tajuk. GB baca tu kat sini.

*

Orang yang pernah diuji dengan ujian demi ujian sampai satu tahap dia hampir jatuh terduduk, akan tahu apa perasaannya bila seseorang bercerita betapa ujian demi ujian datang menimpanya.

**

Entri ini GB tujukan kepada seorang teman.

Kepada awak, sabar. Yang baik-baik dan indah-indah sedang menanti hambaNya yang redha dengan ujianNya. Ujian itu penghapus dosa. Petunjuk yang Allah sayangkan kita. Dan sebagai peluang untuk kita menjadi orang yang lebih baik lagi. InsyaAllah.

P/S: Itu je yang mampu GB cakap sebab GB pernah berada dalam situasi diuji tu. Sampai menangis terduduk jadinya.

Friday, November 16, 2012

Dah nama pun blog personal... : Part 1

Danga Bay. Blue hour. Last night. Yes. After I dropped the camera.

Ada sedikit kerisauan dalam fikiran. Lagi 2 bulan dah masuk tahun 2013. GB pulak January baby. Umur cepat je bertambah. Awal-awal tahun dah tambah umur. Dan itu buat GB risau. Risau banyak nih, bukan sikit-sikit. Risau apa? Bab kawin laaa...

Di saat orang lain dah bertukar status walau pada mulanya dia pun macam GB jugak, GB masih takde boyfriend mahupun calon suami. Please take note ni. Boleh? Ahahah abaikan.

GB faham selalunya orang kompius dengan status GB. Mungkin ada yang anggap GB dah ada steady boipren. Kadang tu bila GB melawa lain macam ke opis, orang anggap GB ada date lepas opis. Padahal GB stay back je buat keje. Kepada yang dah kenal lama dengan GB, diorang tahu je  GB ni jenis yang boleh melawa, berjangok, happy-happy dan bermood baik without a man behind as the reasons. Dan GB jugak boleh hilang mood, malas nak lawa-lawa, dan boleh emo, juga without a man as the reasons. Tak ramai yang tahu GB jenis macam tu la tapi... Itu kot yang buat orang pelik dengan GB. GB pulak memang jenis pelik sikit banyak. Orang pelik memang macam tu kot?

*

So bila dah naik risau macam ni, mula lah GB menyesal - kenapalah GB tak flirt awal-awal dulu? Atau nape laaa GB tak grab je peluang bila ada orang ajak kawin? Atau nape laaa GB tak jadi secantik Maya Karin atau Catherine Zeta-Jones (heheh, ini mula la otak dah mengarut nih) so orang boleh suka kita dan kejar kita dengan cincin? Atau simply fikir, napekah GB ni pelik?

Sebenarnya sampai satu tahap GB rasa macam nak biar je. Bukan tak doa. Doa hari-hari. Nak kata tak cari, cari je. Sampai ke JB kot. Hahaha! Tapi asal jumpa je banyaknya mesti dah attached. Dah ada girlfriend. Atau memang laki orang, siap ada anak 2-3-4-5 orang lagi. Ye la...nak expect apa kan? Orang lain sume kawin awal. GB je yang takde rezeki nak kawin awal.

Satu lagi, nature GB yang pemalu, blur dan tak kompiden atau simply tak nak orang anggap GB ni perasan rupanya really has it's toll on myself. Sebenarnya GB tak lah reti bersembang sangat. Maksud GB macam ni... Ada orang yang boleh ramah tamah dan bersembang dengan semua orang tak kire sape pun, tapi GB tak macam tu. GB memilih sikit. Ada orang yang GB boleh borak buat kawan sekelip mata je. Ada orang yang GB tak bercakap pun dengan dia sampai ke sudah. Bukan sengaja. Tapi GB memang macam tu lah. Bukan sombong. Tapi dengan certain orang, GB tak reti dan takde modal nak berborak. So, tutup mulut dan diam je la... Dan senyum aje...

Dan orang pun anggap GB sombong.... padahal GB ok je sebenarnya....

**

Orang boleh nasihat GB dengan kata-kata yang menyedapkan hati. Tapi kebanyakan mereka dah ada keluarga sendiri, dah kawin, atau kalau belum kawin pun dah ada steady boyfriend/girlfriend atau masih muda belia so belum masanya nak risau-risau...

***

Tapi GB kene risau. Tambah-tambah bila baca entry YB yang ini, GB terfikir, takde ke orang kat mukabuku yang minat nak kenal dan nak ajak GB kawin? (Ehem. Jawapannya ada tapi GB takut nak anggap dia serius. Ajak jumpa GB takmau. Last-last unfriend gitu je. Bukan jodoh la tuh kot?). Atau...takde ke orang kat blog ni yang nak kenal GB dan ajak kawin? Eceh... Atau orang kat luar sana ke? Ada ke? Ke takde?

Ye laa...GB sedar. GB bukan jenis yang orang boleh jatuh cinta pandang pertama bila tengok GB. GB rasa orang kena kenal dulu untuk mereka suka GB. Tapi bila dah kenal pun macam la orang akan suka GB kan? Satu lagi GB ni penyegan. Segan nak kenal orang dan even orang nak kenal pun GB segan. Abis cane? Apakah kesudahan jodoh untuk orang yang macam GB ni?

Ke sebenarnya GB yang dah malas nak melalui proses perkenalan? Boleh ke kata gitu? Ahahaha. Abaikan.

P/S: Rajin ke kengkawan nak baca luahan merapu GB nih? Kalau tak rajin baca, tengok gambar je lah ye. GB tak kisah. Tapi GB nak jugak tulis kat sini. Ye lah. Nama pun blog gadisBunga. Blog personal. Tak gitu? ;D

Primadonna yang Careless

Ini shot selepas kamera GB jatuh. Sunset pertama GB di Danga Bay. 1 Muharam. Mujur cuaca baik. :D

Semalam petang, cuaca baik. Matahari menyinari alam. GB intai dari balkoni dan terus gatal kaki tangan nak tembak sunset. Ape lagi...kuor laju-laju nak gi Danga Bay. Dekat je Danga Bay dengan BBU...

Sampai je kat u turn nak ke Danga Bay, punye la lama traffic lite tu merah. Matahari cepat je nak tenggelam. Aishhh...kelam kabut GB. Sesampai je Danga Bay terus grab kamera dan tripod pastu lari-lari-lari nak kejar matahari. Sebab bawah tu berawan, matahari dah nak tinggal separuh. :(

Sambil lari sambil amik kamera dalam beg. Sambil pegang tripod. Sambil cari port. Tetibe *efek bunyi kamera jatuh! Terbukak hood. Flash pun terbukak.

Semua fotografer yang ada kat situ pandang GB. Femes jap. Bak kata kawan saya, jadi primadonna jap.

GB cuba cool walau dalam hati dah nangis macam nak crazy. Cekcepat amik, tutup flash dan pasang hood. Seb beik takde kecederaan serius kecuali calar sikit kat body. (Nangis!). Terus jugak snap matahari yang dah tinggal separuh di balik awan. Eh, nampak cam makin cantik lak gambo lepas kamera ni jatuh (alasan nak sedapkan hati...). Lepas tu baru pacak tripod sampai blue hour...

Masa menembak-nembak, dengar soksek soksek fotografer lain kat belakang. Rupanya diorang nak tau cemana kamera GB lepas jatuh tadi... Agaknya sebab lepas tu GB cam steady je tembak-tembak. Pastu ada sorang dua datang borak-borak tanya lens apa GB pakai, camera apa GB pakai sambil dia pun pacak tripod sama. Dan kitorang borak-borak lagi sambil tembak-tembak.

Dan matahari pun terbenam membawa kesedihan dan frustration GB bersama-sama...

**

P/S: Bila diorang tanya GB memang ada join photography courses ke...GB iyekan aje. GB belum penah join lagi sebenarnya tapi memang niat nak join courses. Tunggu Lumix buat woksyop kat area Selatan nih kot.

Wednesday, November 14, 2012

Kemaafan Dendam Terindah

Danga Cruise 8. Naik ni dia bawak pusing-pusing sampai ke Pantai Lido.
Ini kapal besor, RM20 sekali naik. Tapi available malam Jumaat, Sabtu dan Ahad aje.
Kapal kecik available hari-hari. RM10 je sorang. Ape lagi? Mai la Danga Bay! ;D
(GB tak penah naik lagi la tapi...huhuhu)

Kadang kita marah. Sebab kita ni manusia. Tak boleh nak kontrol perasaan tu. Sampai akhirnya jadi marah betul sampai efek banyak benda dalam hidup kita. Ye lah...sekecik-kecik takleh konsentret keje pun adalah efek yang agak mengganggu jugak. Tu belum lagi sampai tahap buat apa pun tak menjadi.

Tapi lama-lama bila fikir balik, tak elok dibiarkan benda-benda negatif ni berpanjangan. Jadi GB rasa biarlah kemaafan yang menjadi dendamnya. 

Bagus jugak. Sempena Tahun Baru ni kan. Biar jiwa kita berhijrah supaya lebih tenang dan kekal muda lebih lama. Marah-marah dendam-dendam pun tak bagus untuk kejelitaan kita ni kan. Itu azam GB. InsyaAllah.

Selamat menyambut Maal Hijrah kawan-kawan yang GB sayang. Kalau ada salah silap GB yang selalu emo tak tentu pasal nih, harap dimaafkan juga ya. :)

P/S: Ingat nak taruk lagu Aishah, Kemaafan Dendam Terindah tuh. Tapi lirik tak kena la pulak. Huuu~

Cuti cuti cuti cuti keje cuti keje cuti keje cuti cuti yang oh-so-ohsem!!!

Puteri Harbour yang golap gulita, dah berapa kali punye visit. This time pegi dengan Alien dan member beliau.
Pakgad cakap owner yacht tido dalam tu malam-malam. Sebab tu depa kene jaga supaya takde orang buat bising. 

Cuti cuti cuti cuti keje cuti keje cuti keje cuti cuti. (Lagi ekstra dua cuti cuti kat depan tuh sebab GB dah amik EL dua hari last week.)

Itu deskripsi terbaik untuk minggu ni. Kan kan?

*

Puas hati jugak la cuti kali ni yang sebenarnya dah bermula sejak Khamis lepas lagi bagi GB walaupun Isnin tu GB keje. Bersama seorang kawan baik, aktiviti tembak menembak tu wajib. Pehtu tambah lagi satu aktiviti. Practice setting untuk self-portrait'ing'. Tak kire tempat. Tak pedulik orang. Lantok le orang nak tengok ke nak kata apa ke. Yang penting kompiden. Hewwwww...

Dan...petang Deepavali pulak GB sambut Sang Alien, berdua dengan kawannya yang singgah JB jap dalam trip cuti-cuti naik tren ke seluruh Semenanjung yang buat GB jelesssss banget! Sebab last year kan GB dah plan tapi tak jadi. Huuu...bestnye kalau dapat ikut diorang naik tren!

Eh jap. Semalam borak tak hengat dengan Sang Alien tu sampai terlupa yang kitorang baruuuu first time jumpa! Kelassss....!

Bawak jalan-jalan pusing JB, tapi siyes at one point GB pun dah matikutu sebab taktau nak bawak diorang gi mana. Hujan lagi pun. Tapi harap-harap sampai ke saat diorang naik tren ke Gemas semalam, diorang enjoy lah yer kat JB ni...

P/S: Esok cuti lagi. Dah takde yang temankan. Ke ada? Roger GB eh! ;D

Monday, November 12, 2012

Pencerahan yang akhirnya cerah secerah-cerahnya


Bila kita fikir kita tahu sesuatu tapi kita tak pasti tentangnya.

Bila kita tak pasti tentangnya maka jiwa kita tak boleh tenang.

Bila jiwa tak tenang maka minda akan bermanipulasi tentang macam-macam.

Bila minda bermanipulasi macam-macam, maka segala perasaan akan timbul. Cemburu. Geram. Sedih.

Maka, mohon pencerahanlah.

*

Sebab saya pernah melalui situasi tanpa sebarang pencerahan, dan mungkin takkan ada pencerahan tentangnya sampai bila-bila.

Maka sekarang saya belajar dari kesilapan itu.

Saya dapat pencerahan yang saya inginkan. Dalam keadaan aman. Tenang. Santai. Dan paling penting, rasional.

Terima kasih, awak. :)

**

Tapi paling penting, saya dah jumpa seorang yang sangat-sangat lain dari orang yang saya pernah jumpa sebelum ini. Yang boleh sama rasional dan tenang dan aman dalam proses pencerahan, sama seperti saya. Yang untung? Dia...

P/S: Tapi, Bumi kan berputar. Setiap kali ada tempat yang cerah, pasti ada tempat lain yang dah gelap gelita. Yang rugi? Dia juga akhirnya...heheh!

Sape makan pangkal timun dialah yang rasa pahitnye...



Saya tak faham. Kenapa dalam berhati-hati menjaga hati kita dan hati orang lain, tapi masih boleh terluka hati ni.

Saya mengaku saya tersilap bagi hati. Tersalah jatuh hati. Menyampahnya. Huh!

Sedih. Pedih. Teruk betul. Huh!

Tapi saya gembira sebab semua instinct saya selama ni betul. Maksudnye? Yelah...selama ni kan saya tak penah percaya instinct sendiri sebab kononnye rasa macam sixth sense saya tak kuat. So maksudnye, lepas ni I can trust my instinct lah. Yeah!!!

P/S: Tapi perasaan ni taklah teruk sangat sebab saya tak sempat nak fall in love head over heel dengan awak. Nasib baik saya blur dan naive dan lurus bendul!

Saturday, November 10, 2012

Rahmat Hujan Rahmat

Hangout dengan seorang kawan baik. Rahmat Tuhan jugak dia tuh. ;D

Definisi bercuti bagi GB bukanlah sekadar jalan-jalan cari FM atau chop passport. Dapat hangout dengan seorang kawan yang kite I Love You kat dia sampai pukul 4 pagi pun dah macam satu percutian yang refreshing bagi GB. Walau plan asalnya nak sunset sesama, tup tup sebab hujan maka sunset pun bertukar menjadi teh tarik session to cappucino session to just duduk sembang sembang session sampai ke pagi.

Dua orang yang sama wavelength. Sama issues. Sama rasional. Dan sama jeliter. Dan sama tengah acu senapang kat tupai yang sama. Boleh? Hahahaha!

P/S: Tupai...jaga-jaga melompat-lompat tuuu. ;D

Wednesday, November 7, 2012

Bila orang pelik dengar kite nak bercuti, apa maksudnye tuh??

Cantik tak FM Lost World ni? Thank youuuu to Cik Puan Nida...untung GB sebab nama terpilih! ;D

Hah? GB nak bercuti?? Siyes? Ke salah cakap nih? Atau salah dengar??

*

Hamvoiii...mementang la GB ni hantu opis, perlu lah memasing tak caye bila dengar GB nak cuti ek? Melampauuu....hahaha!

Bior le GB cuti. Kejap je pun. Haritu dah keje sampai nangis nangis demam demam. Wiken punnn keje. Tu pun nak tinggalkan opis takde keje pending okey. Sume siap! Tender pun dah siap. Design siap. BQ siap. Pe lagi? Pack baju, polish kamera, start enjin, pastu challo la angkat kaki kite gi cuti!!!

**

P/S: Next year raya Cina punnnn kite nak gi cuti cuti jugak. Jauh sikit. Jauh sikittt je dari Malaysia ni. ;D

Sunday, November 4, 2012

Wide Awake



GB suka lagu ni. Suara Katy ni beso beso tapi sedap didengar. Video klip dia pun syiok. Teringat citer The Labyrinth yang David Bowie dengan Jennifer Connelly berlakon tuh. Teringinnnn nak tengok balik. Err...ada tak yang nak tolong donlodkan citer tu untuk GB? Hewwww~



Wide Awake - Katy Perry

I'm wide awake
I'm wide awake

I'm wide awake
Yeah, I was in the dark
I was falling hard
With an open heart
I'm wide awake
How did I read the stars so wrong?
I'm wide awake
And now it's clear to me
That everything you see
Ain't always what it seems
I'm wide awake
Yeah, I was dreaming for so long

[Pre-Chorus]
I wish I knew then
What I know now
Wouldn't dive in
Wouldn't bow down
Gravity hurts
You made it so sweet
'Til I woke up on
On the concrete

[Chorus]
Falling from cloud 9
Crashing from the high
I'm letting go tonight
Yeah, I'm falling from cloud 9

I'm wide awake
Not losing any sleep
I picked up every piece
And landed on my feet
I'm wide awake
Need nothing to complete myself, no

I'm wide awake
Yeah, I am born again
Out of the lion's den
I don't have to pretend
And it's too late
The story's over now, the end

[Pre-Chorus]
I wish I knew then
What I know now
Wouldn't dive in
Wouldn't bow down
Gravity hurts
You made it so sweet
'Til I woke up on
On the concrete

[Chorus]
Falling from cloud 9 (it was out of the blue)
I'm crashing from the high
I'm letting go tonight (yeah, I'm letting you go)
I'm falling from cloud 9

I'm wide awake
Thunder rumbling
Castles crumbling
I'm wide awake
I am trying to hold on
I'm wide awake
God knows that I tried
Seeing the bright side
I'm wide awake
But I'm not blind anymore...

I'm wide awake
I'm wide awake

[Chorus]
Yeah, I'm falling from cloud 9 (it was out of the blue)
I'm crashing from the high
You know I'm letting go tonight (yeah, I'm letting you go)
I'm falling from cloud 9

I'm wide awake
I'm wide awake
I'm wide awake
I'm wide awake
I'm wide awake

Friday, November 2, 2012

Membaca kondisi

Air ni sedap. Siyes. Beli kat R&R Nilai. Pastu tak jumpa dah jual kat mana-mana. Huh.

Ramai....ramai....raaamaaaiiii kawan-kawan dapat call for intebiu untuk jawatan-jawatan dalam kerajaan yang tengah rancak berlangsung sekarang nih. Termasuklah GB.

Good luck lah ye kepada yang dapat panggilan intebiu tu.  GB lebih eksaited dalam membaca kondisi di sebaliknya instead of eksaited study untuk intebiu. Dah takleh absorb la akta itu akta ini. Fungsi Jabatan Landskap Negara pun merangkak-rangkak nak ingat. Otak dah berkarat gamaknye. Bukan material otak gomen, mungkin.

Pegi pun nanti sekadar cukup syarat tak bagi kene blacklist je. Hu.

P/S: Harini badan rasa lebih sihat dari semalam semalam, walau semalam tuh batuk teruk gile sampai rasa nak putus nyawa. Syukur Allah masih panjangkan nyawa GB....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...